Di dorm, di dapur....
Kelihatan Yuma & sahabat-sahabatnya sedang meletakkan bahan-bahan untuk membuat manisan di atas meja bagi menyediakan manisan istimewa buat Leon.
"Baiklah, rasanya ini je bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat kek cawan tu,"kata Yuma yang sedang merujuk buku resepi.
"Baiklah, mari kita mulakan kerja kita!"kata Hiro dengan bersemangat.
"Baiklah, tapi korang mulakan dulu ya. Aku ada benda nak buat kejap. Nanti aku datang balik untuk tolong korang,"kata Yuma sambil memandang kedua orang sahabatnya.
"Baiklah, Yuma,"kata Zariel sambil melipat lengan bajunya yang panjang itu.
"Baiklah, mari kita mulakan dulu ya, Zariel,"kata Hiro sambil tersenyum.
Zariel yang memandang Hiro hanya mengangguk lalu memulakan kerja bersama dengan Hiro sementara Yuma menguruskan kerja rumah yang lain yang masih belum selesai.
Beberapa minit kemudian...
Di saat Yuma baru saja selesai melakukan kerja & mahu pergi ke dapur untuk membantu sahabatnya, dia terus saja memberhentikan langkahnya sebaik saja terpandang kedua orang sahabatnya yang sedang sibuk menyediakan adunan itu.
"Baiklah, sekarang kita kena adunkan semua bahan ni sampai sebati,"kata Hiro yang mengacau adunan sebaik saja memasukkan bahan-bahan tersebut sambil merujuk buku resepi.
"Baiklah, sekarang masukkan esen vanilla,"kata Zariel sambil membaca resepi.
"Baiklah,"kata Hiro sambil mengacau adunan.
"Hiro, lipat lah lengan baju tu. Nanti comot & kotor pulak kalau terkena adunan tu,"kata Zariel yang terus saja menarik & melipat lengan Hiro dengan lemah lembut tanpa menganggu sahabatnya yang sedang sibuk mengacau adunan.
"Aww, terima kasih sebab ambil berat, Zariel,"kata Hiro sambil tersenyum.
Hiro terus saja mendekati Zariel yang sedang sibuk membaca buku resepi malah menyediakan bahan-bahan itu lalu mengusap kepala sahabatnya itu.
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AdventureKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...