🌿1:Dibuang Oleh Keluarga Sendiri

7K 382 92
                                    

Di sebuah Kerajaan...

21 Januari, Jam 9 malam..

Telah lahir 2 orang putera kembar. Pihak istana sangat gembira akan hal itu. Walaupun begitu, kegembiraan itu tidak lama sebaik saja permaisuri yang melahirkan kembar itu melihat anaknya yang pertama itu. Dia berasa sangat terkejut dengan rupa anaknya itu sehingga dia gementar ketakutan sehingga dia sama sekali tidak mahu memeluk mahupun menyentuh anaknya itu.

"Tuanku, janganlah takut. Dia anak Tuanku permaisuri. Tolonglah jangan buatnya begitu,"kata maid itu sambil mendukung bayi yang kecil itu.

"Tidak!!! Jauhkan dia dari beta!! Dia bukan anak beta!! Buang dia jauh dari sini & bunuh dia!!"jerit permaisuri itu sambil memeluk anaknya yang ke-2.

"Tapi macam mana dengan suami tuanku? Dia pasti kecewa & bertegas agar dia tidak dibuang,"kata maid itu lagi.

"Beta tidak kisah!! Bawa dia jauh dari sini! Pastikan tiada sesiapa tahu yang dia wujud termasuklah sang raja sekali & pastikan kamu bunuh dia & bawa jantungnya balik sebagai bukti!"kata Permaisuri itu.

"Baiklah, kalau itu yang tuanku mahukan,"kata maid itu itu.

Pada tengah malam itu...

Ketika semua sedang tidur, maid tadi telah keluar bersama seorang pahlawan lalu menaiki kuda menuju ke sebuah hutan yang jauh dari situ. Walaupun berat hatinya untuk melakukan hal itu, dia tetap saja menurut arahan itu kerana risau nyawanya diancam.

Di Hutan yang dipenuhi salji yang dingin..

Maid tadi terus saja turun dari kudanya lalu meletakkan bayi kecil itu di bawah sebatang pokok lalu meletakkan sebuah bakul di sisinya. Bayi tadi sama sekali tidak menangis melain hanya terdiam sambil tersenyum ketika memandangnya. Rasa sebak hatinya melihat sang bayi yang tidak berdosa itu.

"Maafkan aku, wahai sang putera. Kamu hanyalah seorang bayi yang tidak berdosa. Tapi itulah realiti dunia. Dunia ni terlalu kejam untuk si kecil seperti kamu. Maafkan aku,"kata maid itu.

"Cepat, kita kena pergi sebelum ada sesuatu menyerang kita. Mari kita bunuh dia sekarang,"kata kesatria itu lalu mengeluarkan pisau miliknya.

"Nanti! Biarkanlah dia hidup. Kasihan dia,"kata maid itu sambil memandang kesatria itu.

"Baiklah, kalau itu yang kamu nak,"kata kesatria itu lalu membunuh seekor serigala yang melalui kawasan itu lalu mengambil jantungnya.

"Maafkan kami. Sekiranya kamu masih hidup sang putera, carilah keluarga kamu setelah kamu sudah besar nanti. Jaga diri kamu baik-baik,"kata maid itu lalu berlalu pergi bersama kesatria tadi.

Tak lama kemudian...

Kelihatan seorang lelaki sedang membawa senapang & sedang sibuk memburu. Ketika dia sedang mengejar seekor rusa, dia terus saja mengejarnya lalu menembaknya & terus saja menyembelih rusa itu. Pada masa yang sama, dia terpandang sebuah balutan kain yang berada di sisi sebuah bakul lalu berjalan mendekati balutan itu sambil berhati-hati.

Ketika dia mendekati balutan kain itu, dia terus saja membuka balutan kain itu. Dia kelihatan terkejut sebaik saja terpandang bayi yang berada didalam balutan itu. Bayi itu sama sekali tidak kelihatan seperti bayi manusia. Pada mulanya, dia mahu membunuh bayi itu menggunakan senapangnya walaupun begitu, dia berasa kasihan lalu membatalkan niatnya itu.

Dia terus saja memeriksa bayi itu. Syukurlah dia masih berada dalam keadaan baik & masih bernafas walaupun sedang berada di atas salji yang dingin itu. Dia terus saja mengangkat bayi itu perlahan-lahan lalu memeluknya. Bayi itu hanya ketawa kecil sambil memandangnya. Hatinya berasa sebak sebaik saja melihat bayi itu lalu dia membawa bayi itu pulang sambil membawa hasil buruannya & bakul yang berada di sisinya itu.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now