🌿42: Sesuatu Yang Lain Daripada Kebiasaan

1.3K 183 43
                                    

Pada awal pagi itu, di dorm...

Kelihatan semua orang sedang bersiap untuk pergi ke akademi mereka kecuali Zariel yang masih berada di dalam bilik. Pada masa yang sama, mereka semua terpandang Rin yang mulai berjalan keluar dari biliknya.

"Selamat pagi, Rin! Kau rasa macam mana lagi ni?"tanya Matsuno sambil tersenyum.

"Selamat pagi. Aku baik je,"kata Rin sambil memandang Matsuno.

"Kau nampak lain sikitlah hari ni. Kau pasti yang kau ok, Rin?"tanya Amane.

"Yelah, aku sedar ada sesuatu yang lain tentang kau!"kata Yashito dengan serius sambil memandang Rin & memegang kedua-dua pipinya.

"Apa dia, Yashito? Teruk sangat ke apa yang kau nampak tu?"tanya Matsuno yang risau.

"Kulit kau nampak sangat licin, gebu & berseri lah! Cemburunya aku! Macam mana kulit kau boleh jadi secantik ni secara tiba-tiba hah?!"tanya Yashito yang cemburu akan hal itu.

"Kulit kau nampak sangat licin, gebu & berseri lah! Cemburunya aku! Macam mana kulit kau boleh jadi secantik ni secara tiba-tiba hah?!"tanya Yashito yang cemburu akan hal itu

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"Huh? Pasal kulit je ke?"kata Hiro sambil memandang mereka.

"Merepek jelah kau ni!!!"marah Rin lalu mengetuk kepala Yashito sehingga dia terjatuh.

"Yashito! Kau tak apa-apa ke?!"tanya Noboru sambil memandang sang remaja itu.

"Dah lah, aku nak pergi ke akademi,"kata Rin dengan geramnya lalu terus saja berjalan keluar.

"Nantilah, Rin! Aku nak pergi sekali dengan kau!"kata Matsuno yang cuba mengikuti Rin.

Di hanya berjalan pergi tanpa mengendahkan sesiapa. Walaupun begitu, dia mulai tertanya-tanya akan dirinya sendiri kerana dia tiba-tiba saja merasa lebih baik & jauh lebih baik daripada kebiasaan pada pagi itu. Malahan rasa sakit pada bahagian tangannya akibat tercedera masa latihan sebelum ini juga turut dapat digerakkan bagaikan ia sudah sembuh seperti sediakala.

"Apa yang dah terjadi pada aku sebenarnya ni?"tanya Rin sambil memandang tangannya.

Pada masa yang sama, dia turut memegang kedua-dua pipinya yang dikatakan memang gebu seperti mana yang dikatakan oleh Yashito.

"Sejak bila pulak kulit aku boleh jadi segebu ni? Seingat aku, aku tak pernah pun pakai apa-apa pelembap kulit atau skincare macam Yashito,"kata Rin yang pelik akan hal itu.

Di Akademi Demora's Shield, di sebuah kelas...

Leon hanya terdiam sambil memandang Zariel yang sedang memandang ke luar tingkap & hanya terdiam lebih daripada kebiasaannya.

"Kau dah kenapa ni? Asyik termenung je aku tengok. Ada masalah ke?"tanya Leon sambil membaca buku.

"Tak, saya cuma rindukan Tuan Haise. Macam mana keadaan dia di sana selama saya tiada dengan dia ya?"kata Zariel perlahan.

"Haih, sebab tu je ke kau jadi macam ni? Gembira lah sikit. Tuan Haise bukan main bangga dengan kau sebab kau dapat masuk ke sini. Setakat rindu tu, kau boleh lepaskan bila dah cuti akademi ni,"kata Leon sambil memandang Zariel.

Zariel:Budak Berhood PutihKde žijí příběhy. Začni objevovat