🌿53: Ujian Stamina (Part 3)

1.2K 176 27
                                    

Di sebuah kawasan hutan...

Setelah lama berjalan, mendaki malah melalui pelbagai rintangan yang merbahaya seperti tebing, kawasan gaung yang merbahaya & perangkap sama, mereka mulai berehat seketika di sebuah kawasan yang berdekatan dengan sungai yang ada di sekitar kawasan hutan itu.

"Huh, akhirnya dapat juga kita berehat sekejap,"kata Yuma sambil melepaskan lelahnya.

"Wah, air sungai ni nampak jernih sangat lah,"kata Silvia sambil melihat air sungai itu bersama Zariel yang turut tertarik dengan keindahan sungai itu.

Pada masa yang sama, dia terpandang tapak tangan Zariel yang berbalut dengan pembalut luka lalu terus saja menarik lembut tangan Zariel untuk memeriksanya.

"Apa dah jadi pada tapak tangan awak?"tanya Silvia yang kelihatan risau.

"J..Jangan risau, i..ia cuma luka biasa & c..calar saja,"kata Zariel yang mahu menarik tangannya daripada diperiksa oleh Silvia.

"Jangan risau, saya cuma nak periksa ia saja. Tapi, kalau awak tak kisah, boleh biarkan saya rawat luka ni menggunakan kuasa saya?"tanya Silvia.

Zariel hanya menundukkan wajahnya sedikit sambil mengangguk perlahan. Silvia yang melihat respon Zariel hanya tersenyum lalu membuka pembalut luka itu perlahan-lahan.

Sang remaja perempuan itu terus saja mencelupkan tangannya masuk ke dalam air sungai itu & menarik tangannya keluar sambil memegang satu gelembung air yang dibuat olehnya.

"Saya ada banyak cara untuk gunakan kuasa penyembuhan yang saya ada ni sebenarnya tapi kuasa penyembuhan saya ni sedikit berbeza sebab ia berunsur penggunaan elemen air. Mungkin ia akan sakit sikit tapi ia cukup untuk sembuhkan luka awak,"kata Silvia lalu membaluti luka-luka pada tapak tangan Zariel menggunakan gelembung air itu.

Zariel yang melihat hal itu hanya mampu terdiam kerana terlalu kagum. Setelah beberapa minit, dia hanya melihat tapak tangannya yang sudah sembuh tanpa meninggalkan sebarang luka atau calar.

"Macam mana? Rasa lebih baik?"tanya Silvia.

"Y..Ya, t..terima kasih sebab dah t...tolong sembuhkan luka s..saya,"kata Zariel sambil memandang Silvia.

"Sama-sama, ia cuma hal yang kecil kalau nak dibandingkan dengan jasa awak yang telah selamatkan saya beberapa kali sebelum ni. Saya cuma berharap yang saya dapat balas semua jasa budi awak tu, Zariel,"kata Silvia.

Yang lain hanya terdiam sambil memerhatikan mereka termasuklah Dyana. Mereka hanya menjadi pemerhati & sama sekali tidak mahu menganggu.

"Aku mesti tangkap gambar ni. Tapi sayangnya aku tak bawa apa-apa,"kata Yuma yang kecewa.

"Cepat betul kawan kita ni membesar ya,"kata Hiro yang kelihatan bangga & terharu dengan Zariel yang kelihatan akrab dengan Silvia pada pandangannya.

"Aku tak sangka yang budak tu pandai pikat hati perempuan,"kata Leon.

"Aku tak sangka yang Silvia ada cita rasa yang pelik terhadap budak lelaki,"kata Dyana.

"Nanti! Ini bukan apa yang awak semua fikirkan! S...Saya cuma merawat luka Zariel saja!"kata Silvia sambil menahan rasa malunya sebaik saja menyedari yang mereka berdua sedang diperhatikan.

Zariel hanya terdiam & melemparkan pandangannya ke arah sungai yang sedang mengalir dengan tenang itu tanpa mengisahkan apa-apa.

Pada masa yang sama juga, dia mulai mengingati saat dimana dia pernah pergi ke sungai bersama dengan Haise disaat dia masih kecil buat pertama kalinya. Tanpa sedar, dirinya mulai mengukir sebuah senyuman kecil sebaik mengingati hal itu.

Zariel:Budak Berhood Putihحيث تعيش القصص. اكتشف الآن