"I panggil you Rayyan lah? It sounds sexy" Sarah berbicara meleret. Sengaja bibir bawahnya digigit dan satu kenyitan mata diberikan kepada lelaki itu.

"Sayang, you sengaja tak nak bagi I pergi kerja ke apa ni?" soalan Mukhriz yang berbaur sedikit cuak itu Sarah biarkan tergantung sepi.

Dia terus menuju ke ruang tamu dan menyarung shawl yang memang dia tinggalkan di tepi pintu. Senang jika ada tetamu mengejut datang ke rumah. Briefcase dan kasut kulit suaminya dijinjit sekali.

"I panggil you darling je lah" bisiknya nakal apabila Mukhriz sudah merapatinya. Mukhriz terus kepit hidung isterinya seperti biasa dan merangkul pinggang wanita itu menuju ke kereta.

"Haz dengan Faizal mana?" soal Sarah setelah punat alat kawalan jauh untuk pagar ditekan. Tidak kelihatan pula kereta mereka seperti selalu.

"Tak follow kot hari ni, ada lah tu papa bagi arahan apa-apa. Okey lah sayang, I pergi kerja dulu, ya. Jaga diri elok-elok. Jangan buat benda pelik-pelik" pesannya sebelum terus mengucup dahi dan tangan isterinya. Sarah tergelak kecil.

"You too. Take care, darling."

Satu flying kiss dia layangkan kepada lelaki itu sebaik sahaja Mukhriz masuk ke tempat pemandu. Sebaik sahaja Porsche Cayenne milik suaminya melepasi pagar rumah, Sarah terus teringat sesuatu. Ya ALLAH, terlupa nak cakap. Dia menepuk dahi perlahan, tak apalah malam ni boleh.


——————————

Siaran di televisyen dia tukar lagi. Keluhan perlahan spontan terkeluar daripada bibirnya. Tiada yang menarik. iPad di sisinya dicapai dan dibelek pula. Perutnya yang sarat diusaplembut. E-mel yang dikirim Collins, isteri kepada Josh semalam dibaca lagi. Rumah mereka disita pihak bank kerana Josh diisytiharkan muflis. Berita duka itu dikongsinya seminggu yang lepas. Tempat kerja Josh hangus dimamah api kebakaran yang mulanya berlaku di premis perniagaan di sebelah.

Sejumlah wang, Sarah pindahkan kepada akaun bank milik Collins. Mujurlah dunia kini semakin maju dan dia hanya perlu menggunakan kaedah perbankan atas talian untuk memindahkan wang kepada pihak ketiga. Sekali lagi keluhan kecil keluar daripada mulutnya. iPhonenya tiba-tiba berbunyi nyaring. Tertera nama Puan Sri Ruby di atasnya. Hubungan mereka semakin membaik sejak kejadian empat bulan yang lalu.

"Assalamualaikum Sarah" lembut suaranya menyapa.

"Waalaikumsalam, yes Ruby."

"I nak ajak you keluar ni, kita cari barang baby jom? I dah call kan Mukhriz pun, dia dah bagi izin" ajaknya masih ceria.

Sarah mengukir senyuman. Jam di dinding dijeling sekilas.

"Yes sure. Boleh jugak tu. I pun dah lama tak shopping barang baby. Ingatkan nak cari baby crib untuk letak dalam bilik I."

"Papa ada belikan satu baby crib hari tu. Semangat dia pilih untuk cucu dia. Nanti I suruh budak-budak hantar sekali. Sarah siap-siap dulu ya, dalam setengah jam lagi I sampai."

Sarah terdiam. Sudah lama juga dia bertegur dengan Tan Sri Suazwan. Rasanya kali terakhir mereka berbual pun semasa Mukhriz menjemputnya untuk pulang ke rumah mereka sebulan yang lepas.

"Sarah, papa tu dah lembut hati tu. Dia rindu dekat anak dia ni. Jangan lahmerajuk lagi" pujuk Puan Sri Ruby lembut. Sarah masih diam.

"Tak apa lah. You siap-siap je. See you dear."

Talian dimatikan. Sarah membeku seketika sebelum terus melangkah ke atas untuk bersiap-siap.


——————————

SARAH ✔️Where stories live. Discover now