"Buat apa je kat sana?"

"I penat lah. Nanti-nanti lah you call lagi. Gotta go. I nak mandi."

"Okey. Bye." Talian terus dimatikan isterinya.

Mukhriz terus menghempas tubuhnya ke atas katil. Entah mengapa dia rasa terlalu awal untuk dia dan Sarah menimang cahaya mata. Dia belum bersedia. Hm.. bukan ke ini yang kau nak Mukhriz? Kau bukan muda lagi. Matanya dipejam rapat dan dia terus terlena tanpa sedar.

——————————


"Kak Sarah, jom lah masuk" ajak Deena ceria.

  Sarah mengangguk sedikit. Senyuman hambar masih terlukis di wajah, iPhonenya dia genggam erat. Sumpah, dia sentap dengan Mukhriz.

"Lama Sarah tak datang rumah mummy" sapa Puan Sri Ayda bersama senyuman manisnya dimuka pintu.

  Sarah terus tunduk menyalami wanita tua itu hormat.

"Tak sempat lah mummy, ni pun Riz bukan ada. Tapi kan baru je mummy dengan daddy datang rumah hari tu" balas wanita itu sopan. Tangan ayah mertuanya juga disalam hormat.

"Mummy kamu ni Sarah, biasa lah, rindu sangat dekat menantu dia. Sarah sihat?" sempat juga Tan Sri Mahadi mengusik isterinya. Sarah dan Deena tergelak kecil.

"Alhamdulillah sihat, daddy. Daddy dengan mummy sihat?"

"Sihat jugak Alhamdulillah" jawab lelakk tua itu perlahan.

"Dah lah, Deena bawak kak Sarah naik bilik. Rehat-rehat dulu" pesan Puan Sri Ayda pula.

  Deena mengangguk patuh. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke tangga.

"Sarah nak air ke sayang?" teriak Puan Sri Ayda  lagi apabila dua wanita itu sudah sampai ke tingkat dua.

"Tak apa mummy, nanti kalau Sarah nak, Sarah paksa Deena buat!" sahut Sarah kuat.

"Jahatnya" ucap Deena bersama wajah kelat.

Sarah tergelak panjang.  Pipi adik iparnya dicubit geram dan sekaligus menggamit tawa gedik wanita itu.

"Silakan wahai permaisuri kanda adinda yang cantik lagi menawan" Deena terus mempersilakan Sarah untukmemasuki bilik Mukhriz. Wanita itu menampar bahu Deena geram.

"Thank you Deena." Deena hanya mengenyitkan matanya seraya terus beredar.

  Sarah terus menutup pintu dan membuka pin tudung dikepalanya. Dia memerhati bilik suaminya itu lama.. Betul kata Mukhriz, biliknya di sini memang sangat sama dengan bilik mereka di rumah mereka. Susunan perabot, kamar mandi, dan juga potret perkahwinan mereka yang tersergam indah di kepala katil juga hampir seratus peratus sama. Sarah menarik nafas perlahan sebelum terus mengemas baju di dalam bagasi dan masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Sarah dan Deena sudah terlebih dahulu singgah di rumah Shaz untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak tadi. Sempat juga lah aku mereka berbual untuk seketika. Sebenarnya Shaz melarang mereka untuk pulang dan bermalam dirumahnya sahaja, tapi apabila memikirkan Tan Sri Mahadi dan Puan Sri Ayda yang sedang menunggu, terpaksa juga lah mereka menolak. Sarahterus merebahkan diri di atas katil dan mencapai iPhonenya. Nombor Isaac didail.

"Hello Isaac" sapanya perlahan apabila panggilan disambungkan.

"Hello. Yes, Sor. What's up?" suara Isaac ditalian menggamit debar wanita itu.

"You kat mana sekarang?"

"I kat lobby resort. Why? Riz dah masuk bilik dia tadi, you nak I panggilkan ke?"

SARAH ✔️Where stories live. Discover now