"Ya ALLAH, melampau betul perangai si Riz ni tau. Tunggu lah nanti mummy report kat daddy, biar basuh sikit perangai anak kesayangan dia tu."

"Eh, mummy mana boleh mengadu dekat daddy" halang Deena beria.

"Kenapa pulak? Ada pulak Riz yang kena handle projek ni."

"Mummy tanya lah daddy dengan uncle Syazwan tu, diorang yang luluskan syarikat Tikah bekerjasama dengan syarikat kita. And for your information, uncle Syazwan sendiri yang suruh abang untuk handle."

"Diorang tahu tak yang Tikah wakil syarikat tu?" Deena mengangguk bersama riak muka yang masih toya.

"Habis tu, yang lagi pergi suruh Riz handle tu dah kenapa? Ya ALLAH, geram betul hati mummy sekarang ni" ucap Puan Sri Ayda geram. Deena tergelak kecil. Belakang mummynya diusap perlahan.

"Cool mummy, cool. Mungkin daddy dengan uncle buat macam ni supaya kita tak benci kat Tikah kot. Eh, not benci but berhenti memusuhi. Mungkin.."

"Tapi mummy heran lah, Tikah tu kan cuma personal assistance selama ni, macam mana dia boleh tiba-tiba dapat pangkat tinggi dekat syarikat baru dia? Musykil betul."

"Entah lah mummy, Deena ada jugak try tanya kenalan Deena yang kerja dekat syarikat Tikah tu, diorang pun kata tak tahu apa-apa. Tapi Tikah kan hot masa kes dia dengan abang dulu, sebab tu lah kot dia ditawarkan jawatan tinggi. Lagi pun dia memang pandai pun mummy, dia ada first class degree dalam business admin. Tak tahu lah kenapa pilih kerjaya jadi PA dulu."

"Entah lah Deena, mummy tak tahu nak komen apa."

"Mummy percaya?"

"Percaya apa?"

"Dia dapat jawatan tu sebab kes dia dengan abang dulu?"

"No comment."

"I don't. Deena rasa dia ada affair dengan chairman company tu ataupun dengan anak pemilik company tu. Tapi itu apa yang Deena rasa lah, sebab macam nonsense sangat kalau tiba-tiba je dia ditawarkan jawatan tinggi macam tu atas alasan dia ada masuk paper and berita tu hangat. Kalau sebab berita panas macam tu boleh ditawarkan macam-macam jawatan, dah lama Deena pura-pura terjun KLCC and tunggu tawaran untuk jadi PM" ujar Deena tenang.

Puan Sri Ayda terus mencubit lengan anaknya geram.

"Ish! Buat lawak pulak dia." Deena tergelak halus.

Wanita tua itu melepaskan keluhan berat. Anak lelakinya pun satu juga, isteri tengah mengandung pun dia tinggal aje dekat rumah.

——————————


"Sarah, bangun Sarah. Kan I dah cakap jangan tunggu I"

Suara garau Mukhriz kedengaran sayup-sayup. Sarah membuka matanya berat. Pinggang yang terasa lenguh diusap perlahan.

"Pukul berapa ni?"

"Nak dekat pukul sebelas dah, ni you dah makan ke belum?"

Mukhriz membantu isterinya untuk bangun. Sarah menguak rambut panjangnya ke belakang dan diikat tinggi.

"I ngantuk lah, nak tidur" balas wanita itu tanpa menjawab soalan suaminya.

"You dah makan belum?" soal Mukhriz lebih keras.

Tangan Sarah ditarik menghadapnya.

"I ngantuk ni, you tak payah sibuk pasal I boleh tak" marah Sarah kembali.

  Matanya menjeling lelaki itu tajam. Mukhriz mengeluh berat.

"Suka hati you lah."

Mukhriz terus melepaskan tangan isterinya. Sarah terus mendaki anak tangga untuk naik ke bilik mereka. Entah bila dia terlelap di ruang tamu itu. Sarah  terus merebahkan diri di atas katil dan mencari posisi yang sesuai. Selang beberapa minit, kedengaran pintu bilik dibuka dari luar, Sarah sengaja buat-buat tidak dengar.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now