"You're turning 32 this year, Mr Mukhriz. You nak tunggu apa lagi. kalau dah ramai kawan means ramai lah calon. You pilih aje, then kahwin" celah Sarah berani.

Mukhriz memandang dia lama.

  "Sarah, you nak jadi wife I?"

Sarah tersedak. Mata automatik membulat memandang Mukhriz. Wajahnya masih tenang menunggu jawapan perempuan itu. Apakah? Dah gila agaknya Mukhriz ni.

—————————————

Mata Sarah masih fokus kepada jalan raya tetapi mindanya masih terbayang-bayang dengan soalan Mukhriz tadi. Mengarut betul! Baru jumpa dua hari kut?! Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba nak ajak aku kahwin. Kenal pun gitu-gitu aje. Lelaki gila!

  "Cik Sarah, kita dah sampai" suara Haz menyentakkan lamunan Sarah.

Kereta BMW yang selalu papanya naiki tidak kelihatan di garaj.

  "Haz, Faizal.. papa pergi mana?" soal Sarah sebelum bersiap-siap untuk keluar daripada kereta.

  "Tan Sri pergi melawat ibu saudara Puan Sri di Kedah, Cik Sarah" balas Haz. Aku menarik nafas sebal. Puan Sri? Huh, title itu hanya sesuai untuk mama sahaja.


"Bila baliknya?"

  "Tan Sri belum maklumkan apa-apa Cik Sarah."

Sarah terus keluar kereta sebelum sempat Haz membukakan pintu. Pintu Hummer papanya dihempas sekuatnya. Dia rimas!


"Jadi, esok pukul berapa Cik Sarah?" soal Faizal yang sudah mengiringi langkah perempuan muda itu.

Sarah berpusing mengejut. Kelihatan wajah cuak Haz dan Faizal.


"Esok macam biasa lah. Sudah lah, pergi balik! I selamat kat sini, lagi pun Pak Ali kan ada. Asyik mengekor aje lah korang ni" marah Sarah garang.

Cukuplah seharian dia didampingi dua orang lelaki ini. Naik rimas dirinya bila rasa diri diperhati.

"Kami hanya jalankan tugas kami, Cik Sarah" jawab Faizal serius. Kaca mata hitam Faizal yang dipegangnya, Sarah rampas sepantas kilat.

"I said I tak suka, so I tak sukalah! Hish, macam jebon!" bentak Sarah lagi sebelum terus meneruskan langkah.

Haz dan Faizal sudah tercengang.

  "Apahal dia tu? Datang bulan?" soal Haz penuh sindiran.

Sarah yang sedang mengatur langkah terus terbantut. Memang sengaja nak naikkan darah aku lah dua jebon ni! Pintu rumah Sarah  tolak kasar.

  "Datang bulan tengkorak engkau! Pergi balik!" halau Sarah lagi.

"Garangnya Cik Sarah ni, karang kami tak hantar makanan malam ni baru padan muka Cik Sarah kelaparan" balas Haz tanpa selindung.

Faizal di sisinya sudah beriak serba tak kena. Amboi, pandai melawan Haz ni rupanya.


"You ingat I ni tak reti masak ke? Hish! Pergilah balik!" halau Sarah lebih tegas. Handbag di tangan dia ayunkan kepada tubuh mereka kasar.


"Eh Cik Sarah ni. Apa pukul-pukul pulak, saya cakap betul lah tadi" ucap Haz lagi.

 
"Betul tu, jangan lah halau kami macam ni Cik Sarah" tambah Faizal pula. Ayunan tangan Sarah terhenti. Wajah mereka ditenung marah.


"Balik lah! Tak reti-reti lagi!" Sarah sudah bercekak pinggang di hadapan pintu utama. Mereka masih berdiri membatu.

  "Tan Sri suruh kami tunggu kat sini sampai dia balik" terang Haz perlahan. Atau boleh dikatakan lebih sopan. Hah, kan senang.. beralah ajelah.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now