ORKED IMANI: I Love You My B...

By CikMizz

129K 4.2K 437

[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan... More

Bab1
Bab2
Bab3
Bab 4
Bab 5
Bab6
Bebelan author💞
Bab7
Bab8
Bab 9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab 14
Bab15
Bab 16
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab28
Bab29
Bab30
Bab31
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab38
Bab39
BAB 40
Bab41
Bab 42
Bab 43
BAB 44
Bab45
BAB 46
Bab 47
Bab48
Bab49
FINAL CHAPTER

Bab37

1.7K 81 35
By CikMizz

Sudah hampir seminggu Orked bersikap dingin dengan Aryan. Begitu juga Aryan.

Telekung disangkut pada penyidai. Sejadah dilipat kemas. Kaki terus melangkah ke meja solek untuk mengoleskan gincu pada bibir agar tidak kelihatan pucat di depan Aryan.

Selepas sahaja bibir dioleskan dengan gincu, beg tangan yang berada di closet itu dicapai.

"Nak pergi mana?" tanya Aryan sewaktu Orked melintasinya yang berada di ruang tamu itu. Datar sahaja suara Aryan.

Orked memandang wajah Aryan sekilas sebelum dia mengorak langkah ke pintu utama rumah agamnya.

"I tanya nak ke mana?" makin keras suara Aryan. Dia membuntuti langkah Orked dengan mukanya yang ketat itu.

"Pergi rumah umi." jawab Orked dengan datar juga.

"Malam-malam macam ni?"

Diam. Orked tidak membalas.

"No." pendek dan ringkas arahan berupa tegahan yang Aryan berikan pada Orked.

Senyuman sinis diberikan. Orked memandang Aryan dengan pandangan tajam. "Encik dah lupa ke hari ni giliran Isya tidur sini? Ke encik memang buat-buat lupa? Ohh ye! Saya lupa yang encik sibuk melayan Iera berbanding anak encik sendiri. Betul tak?!"

Encik. Ye. Panggilan untuk Aryan telah dia ubahkan selepas sahaja agenda dirinya dihina oleh lelaki itu.

"Sejak bila you pandai melawan ni?!" sedikit meninggi suara Aryan ketika ini.

"Sejak seminggu lepas." kata Orked perlahan. Dia terus keluar dari rumahnya tanpa memandang wajah Aryan. Namun, sempat tangan lelaki itu disalaminya kerana dia tidak ingin dicop sebagai isteri derhaka.

Aryan menghantar pemergian Orked dengan pandangan matanya. Keluhan kecil dilepaskan.

Maafkan abang.






















Orked mengangkat wajahnya tatkala ada gelas yang mendarat di atas meja.

"Kak Orked ok?" punggung dilabukan di atas kerusi rotan yang berhadapan dengan Orked.

"Akak ok je." bohong Orked. Senyuman manis palsu terpaksa dia ukirkan.

"Lama kak Orked tak datang sini. Rasanya lebih seminggu kak Orked tak ke mari."

"Ohh..akak sibuk la." bohong Orked lagi.

Arieana mengerutkan dahinya. "Sibuk? Akak ada buat kerja part-time ke?"

Orked menggeleng perlahan.

"Dah tu? Ouhh ye! Mana abang Ryan? Biasanya kan dia datang dengan kak Orked kalau nak ambil Isya. Hari ni Riean tak nampak pun batang hidung abang Ryan."

"Err..Abang Ryan banyak kerja. Katanya ada projek baru. Tu yang akak datang seorang je." tipu sunat tak apa kan? Projek baru ke atau sesi perang dingin antara satu sama lain? Ke sibuk dok melayan keluarga tirinya itu?

Arieana berdecit. "Abang Ryan tu tak habis-habis dengan kerja lah. Dari dulu sampai sekarang. Dua puluh empat jam dengan kertas kerjanya."

"Kak Orked sihat? Riean tengok macam pucat je bibir tu. Baby kak Orked sihat?" Arieana cuba menukarkan topik perbualannya setelah Orked diam beberapa minit. Dia ingin memecahkan kesunyian diantara Orked dan dirinya.

Wajah Arieana dipandang dengan riak terkejut. "Da—dari mana Riean tahu yang akak mengandung?"

"Mana lagi kalau bukan lelaki playboy tu. Irfan. Kecoh dia beritahu Riean pasal berita ni." kata Arieana. Air yang dia bawa tadi dihirup dengan penuh berhati-hati.

"Abang Ryan dah tahu?" gelas yang dipegang tadi diletakkan semula di atas meja. Matanya memandang Orked untuk meminta jawapan pada soalannya itu.

Kepala digeleng perlahan.

"Sah! Riean dah agak yang kak Orked dengan abang Ryan ada masalah. Biar Riean teka. Abang Ryan kan yang buat masalah sekarang ni. Betul tak?" tebak Arieana.

Orked menundukkan kepalanya memandang cawan yang berada di atas meja.

Melihat saja reaksi yang Orked berikan itu, membuatkan tekaannya itu tadi adalah benar. Abang! Apa pula kali ni yang abang dah buat? Amber lagi ke?

"Tak payah beritahu. Biar padan dengan muka abang Ryan tu. Riean nak tengok selama mana abang Ryan tak tahu tentang kehamilan kak Orked ni." kata Arieana lagi. Datar saja suaranya ketika itu membuatkan Orked mengangkat kepalanya melihat wajah dia.

"Malam ni kak Orked tidur sini ya? Nak balik pula dah malam. Bahaya. Kak Orked tidur je dekat dalam bilik akak tu. Nanti Riean suruh Mak Nab kemaskan." ajak Arieana.

"Tap—tapi.." belum sempat Orked ingin berkata, laju saja Arieana memintasinya.

"Nanti Riean cakap dengan abang Ryan ye? Ala boleh la kak Orked. Lagipun dah lama kita tak buat sesi gossip-gossip ni. Riean rindu gila dekat kak Orked."

"Boleh ye kak Orked?" muka comel dia paparkan pada Orked. Sedaya upaya dia memujuk Orked untuk bermalam di rumah uminya.

Orked akhirnya menjatuhkan kepalanya tanda dia setuju dengan ajakkan Arieana itu.

"Macam ni la Riean sayang kak Orked!" terus tubuhnya Orked itu dia dapati dan dipeluknya.

"Err..Akak masuk ke dalam dulu ye. Nak tengok Isya tengah buat apa." pamit Orked.

"Ha pergilah. Nanti jangan lupa masuk bilik Riean ye untuk kita buat sesi pembawangan kita tu." pelukkannya itu dilepaskan. Sempat dia berpesan pada Orked sebelum kakak iparnya itu menghilangkan diri ke dalam rumah.

Sebaik sahaja kelibat Orked tidak kelihatan, telefon Arieana yang tiba-tiba berdering itu diangkat olehnya.

"Hello?" Arieana menjawab telefon dengan suara yang datar. Melihat saja nama si pemanggil membuatkan dia malas mahu menjawabnya.

"Nak apa?" tanya Arieana lagi setelah tidak disahut oleh si pemanggil tersebut.

"kak Orked dah balik dah. Okayh la Riean tutup telefon dulu." tanpa menunggu si pemanggil bersuara, Arieana terus mematikan talian. Tanpa memberikan ucapan selamat tinggal mahupun respon si pemanggil.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz kan? Bila menyampah, beginilah jadinya. Nak tak nak je dia melayan orang yang dia menyampah itu.

Maaflah Abang Ryan. Siapa suruh buat masalah?




























Aryan mundar-mandir di dalam bilik.

"kak Orked dah balik dah."

Dah balik? Tapi tak sampai-sampai. Mana you pergi sayang? Dah pukul dua belas tengah malam. Mana you ni sayang. Tolong jangan bagi I risau.

Bibir digigit dek risau. Dari tadi dia hanya menilik jarum jam pada tangannya itu. Dia juga tidak senang duduk.

"Abang tengah buat apa tu?" tegur seseorang dengan suara yang sengaja dilenggokkan.

Terus Aryan membetulkan kedudukannya itu. Diri yang dari tadi mundar-mandir segera duduk di atas kerusi kerjanya itu. Aryan berdehem kecil.

"Tak ada buat apa. Tengah siapkan kerja-kerja ni ha." dia sengaja mengalihkan pandangan matanya dengan memandang kertas-kerta kerja yang berselerak di atas meja.

"Ni kenapa Iera ke sini?"  tanya Aryan tatkala terlihat kemunculan Iera di depannya.

"Ouhh ye! Nah! Tadi Iera ada buat air. Tak sangka terbuat lebih. Itu yang Iera bagi abang. Tak tahu la kena dengan tekak abang ke tak." Gelas yang dia bawa tadi sebelum masuk ke bilik Aryan dihulurkan pada lelaki itu.

Aryan pula menyabutnya. Mata dilirikkan di sebelah tatkala dia merasakan ada nafas seseorang yang hampir dengannya.

"Eh!" tubuh segera dijarakkan. Namun, makin dia jarakkan tubuhnya, makin mendekat nafas itu.

Keluhan kecil dilepaskan. "Iera, abang Ryan nak buat kerja ni."

"Eh! abang buat ajelah. Iera saja je nak tengok abang buat kerja."

"Abang~" dilenggokkan suaranya.

Aryan mengeluh sekali lagi. "Apa dia?" dia terpaksa mengubah suaranya kepada orang yang perlu melayan.

"Minum la air yang Iera buatkan tu. Nanti sejuk dah tak sedap."

"Nanti-nantilah abang minum. Abang tengah banyak kerja ni." dia masih lagi menyibukkan diri dengan khusyuk memandang kertas-kertas kerja.

"Ala~ Iera nak tengok abang habiskan air yang Iera buatkan tu." Makin dia tolak gelas tersebut ke arah Aryan.

"Nantilah abang minum."

"Ala~ abang ni~" tak putus asa dia menghampirikan gelas tersebut pada Aryan. Seboleh-bolehnya dia menyuruh Aryan untuk meminumnya.

Malas mahu mendengar desakkan dari Iera itu, Aryan menghirup sedikit air yang disediakan oleh gadis itu.

"Macam nilah abang Ryan! Bravo!" dengan girangnya nada suaranya ketika itu.

Senyuman sinis terbentuk di bibirnya saat dia melihat kerutan dahi yang terbentuk pada Aryan selepas lelaki itu meminumnya dalam sepuluh minit yang lepas.

"Eh abang kenapa ni?!" segera dia menghampiri tubuh Aryan yang sedang memegang kepala.

"Tak tahu la. Abang rasa pening-pening kepala." Kepala dipegangnya. Tetiba kepalanya pusing. Dahi dikerutkan.

"Tak apa Iera tolong abang." Tubuh Aryan terus didapatkan. Dipapahnya tubuh lelaki itu dan dibawanya ke katil. Diletakkan perlahan tubuh Aryan di atas katil.

Sweet dream abang~

"ASTAGFIRULLAH ALAZIM!!!! abang Ryan!!!" jeritan seseorang telah membuatkan Aryan terjaga dari lenanya. Kepala dipegangnya lagi tatkala merasakan ada sedikit kepeningan pada kepalanya.

"Riean?" suara serak-serak basah.

"Apa yang abang buat ni ha?!!!!!" terus memetir suara Arieana di seluruh bilik tidur.

"Pakai baju abang sekarang. Orked tunggu abang dekat ruang tamu." kata Orked mendatar. Tanpa menoleh serta memandang wajah Aryan, segera dia meninggalkan bilik tidur tersebut.

"You're too much abang!" sempat dia memberikan ayat tersebut pada abangnya itu sebelum langkah Orked dia buntuti.

Aryan mengerutkan dahinya kerana dia sedang memproses situasi yang sedang berlaku ketika ini. Melihat saja Iera yang menangis-nangis disebelahnya itu menyebabkan dia terpaksa mengingati apa yang berlaku pada malam semalam.

Segera bajunya yang bersepah di atas lantai dicapainya lalu dipakaikan pada tubuhnya sebelum dia meninggalkan bilik tidur tersebut. Kaki diaturkan menuju ke ruang tamu rumah tersebut.

"Apa yang abang buat!!??? tak malu ke?!!!" terjah Arieana sebaik sahaja dia nampak kemunculan Aryan di ruang tamu. Pipi Aryan menjadi sasaran tamparannya.

PANG!!!!

Terteleng kepala Aryan dibuatnya. Begitu kuat tamparan yang Arieana berikan.

Tangan Arieana ditahan oleh Orked tatkala dia melihat gadis itu ingin menampar wajah Aryan sekali lagi.

"Abang tak buat benda terkutuk tu kan?" Orked mula bersuara. Dia memandang anak mata Aryan kerana menginginkan kepastian.

Aryan diam. Matanya dialihan dari tidak memandang mata Orked yang sudah berkaca itu.

"Orked tanya abang, abang tak buat kan benda terkutuk tu?" sekali lagi Orked bertanya. Dia berharap jawapan yang bakal Aryan berikan itu adalah 'tidak'.

Namun, hampa bagi Orked tatkala Aryan diam membisu. Mata lelaki itu sedikit pun tidak memandang dia.

Iera yang sedang duduk serta menangis itu dipandang sekilas sebelum dia beralih kembali pada Aryan.

"Abang tolong bagitau Orked yang abang tak buat semua ni. Hmm?"  boleh-boleh dia mengharapkan jawapan yang keluar dari bibir Aryan.

"Abang akan bertanggungjawab." kata Aryan setelah lama dia menyepi. Dia cuba untuk merenung anak mata Orked yang dari tadi sudah mengeluarkan butiran jernih.










Happy reading! Sorry bab untuk malam ni agak bosan sedikit🙇🏼‍♀️

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53.4K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
489K 21.8K 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja da...
77.2K 2.9K 36
First story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingi...
319K 8.8K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...