Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Rea...

Od azwari85

589K 18.6K 1.6K

~Spin off dr kisah Piah di hati Mr.Beku.~ Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti kisah abangnya... Viac

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Pre Order Di Buka(24 April-5Mei)
Sipnosis Kombo pedih
Teaser
Teaser 2
Teaser 3
Teaser 4
Teaser 5
Teaser 6
Teaser 7
Last Teaser
Ezine
Buku siap
Cara Pembelian dalam bentuk ebook
Pre order dibuka kembali
KOMBO GEGAR
Teaser Pedih
Teaser Panas😘
Teaser bersemut😜
Teaser Merajuk😥
Teaser Sebak😭
Teaser luluh😭
Dalam Perancangan
Preorder cetakan ketiga dibuka
Promo lagi💓
Teaser lg💓💓
Last Call today😊
Cetakan kali ke-4 bakal dibuka
Ready stok

Teaser Manja😘

3.2K 76 2
Od azwari85

"Biey nak minum?" Tanya Sakinah dengan manja sambil melingkarkan tangan di pinggang suaminya. Dagunya disandar pada dada Fakrul.

Fakrul tersenyum melihat isterinya yang sudah mula pandai bermanja dengannya tanpa rasa segan silu.

"Tak naklah. Lagipun dah dekat pukul 10 malam ni. Sayang tak mengantuk lagi ke?" Sekilas ciuman diberikan di pucuk hidung isterinya.

"Tak mengantuk tapi, sayang rasa laparlah," adu Sakinah. Dia sendiri pun pelik kenapa sejak akhir-akhir ini dirinya mudah benar terasa lapar.

Tercengang Fakrul dengan kenyataan isterinya. Selera isterinya sekarang sudah tidak dapat dikawal lagi. Risau pula jika Sakinah tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

"Sayang dah lama ke tak datang bulan?" Terpaksa juga soalan itu diajukan kepada isterinya walaupun dia sendiri pun segan untuk bertanya.

Dia baru sedar, sejak dari hari pertama mereka bernikah, belum pernah lagi Sakinah tidak bersolat berjemaah dengannya.

Terus Sakinah tegakkan badan sebaik sahaja soalan itu diajukan. Pelik apabila tiba-tiba soalan itu terpancul dari bibir suaminya. Malu pun ada. Namun dia cuba memikirkan bila kali terakhir dia datang bulan.

"Err... rasanya dah lewat." Jawab Sakinah kurang pasti.

Fakrul sudah semakin teruja.

"Sayang ingat tak bila last period sayang?" Kali ini Fakrul yakin yang isterinya mungkin sedang berbadan dua. Sudah menjadi kebiasaan buat Fakrul bertanya soalan ini kepada pesakitnya. Namun tidak sangka pula kali ini diajukan kepada isterinya.

Sakinah bermain dengan jari jemarinya sambil memikirkan jawapan untuk soalan itu.

"Tak silap sayang, dua minggu sebelum kita kahwin," jawab Sakinah.

Tersenyum lebar Fakrul dibuatnya. Terus tubuh kecil isterinya dipeluknya dengan erat. Sakinah yang keliru dengan perbuatan Fakrul hanya membalas sahaja pelukan itu.

"Esok biey kerja malam, so pagi esok kita buat check up ye." Fakrul memberikan cadangan kepada isterinya untuk membuat pemeriksaan rapi di klinik biasa dulu.

Tercengang Sakinah dengan cadangan itu.

"Hah! Siapa sakit?" Tanya Sakinah dengan riak terkejut.

Tergelak Fakrul dengan reaksi isterinya. Pasti Sakinah tidak faham lagi dengan situasi sekarang.

"Biey rasa sayang dah mengandung. Kalau betul, maybe kandungan sayang dah lebih enam minggu. Apa-apa pun kita buat check up untuk pastikan keadaan sayang ye." Terang Fakrul.

Kelu lidah Sakinah apabila diberitahu yang dirinya berkemungkinan besar sudah mengandung. Perlahan-lahan tapak tangannya mengusap perutnya yang masih kempis itu. Wajah suaminya dipandang lama.

"Tapi biey janganlah yakin sangat. Sayang takut itu cuma masalah hormon sayang je..." Sakinah mula berasa serba salah. Takut jika perkara yang diharapkan oleh suaminya tidak terjadi.

Sejujurnya dia sangat gembira jika benar dirinya sudah mengandungkan anak lelaki yang dicintainya itu. Namun, Sakinah tidak mahu memberi harapan yang terlalu tinggi kepada Fakrul.

"Ye, sayang jangan risau. Kalau sayang masih belum mengandung, biey anggap itu bukan rezeki kita lagi..." Fakrul cuba menyedapkan hati isterinya. Dia juga tidak mahu Sakinah terlalu tertekan memikirkan perkara ini.

Sakinah menarik nafas lega.

"Sayang nak makan apa? Abang pergi belikan." Tawar Fakrul.

Wajah Sakinah kembali ceria.

"Sayang nak burger bakar. Kita makan dekat kedai area Balok tu. Boleh?" Sakinah memeluk pinggang suaminya untuk mengambil hati Fakrul.

Fakrul tergelak lucu. Sah! Memang pembawakan budak agaknya. Isterinya tidak pernah gemar makan makanan berat ketika lewat malam.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝

Preorder untuk Rahsia Hati Mrs. Fakrul dibuka kembali untuk cetakan kedua. WhTsp 0129284568😍
Tebal 478 m/s.

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

102K 5.6K 43
[COMPLETED] Trauma ARIANA IRIS terhadap lelaki, semuanya berpunca daripada papanya sendiri. Kehidupan Ariana lebih teruk apabila dia dapat tahu yang...
1.2M 56.6K 67
Follow ig author: @wp.gulajawa TikTok author :Gula Jawa . Budidayakan vote dan komen Ziva Atau Aziva Shani Zulfan adalah gadis kecil berusia 16 tah...
1.2M 10.6K 22
(⚠️🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞⚠️) Hati-hati dalam memilih bacaan. follow akun ini biar lebih nyaman baca nya. •••• punya banyak uang, tapi terlahir dengan sa...
66K 2.2K 49
Buk! Tumbukan di beri tepat pada muka Zayan "sapa bagi kau izin sentuh bini aku?!" - amuk Emir. Wafie terus menahan Emir daripada terus mengamuk di...