ORKED IMANI: I Love You My B...

By CikMizz

130K 4.2K 437

[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan... More

Bab1
Bab2
Bab3
Bab 4
Bab 5
Bab6
Bebelan authorπŸ’ž
Bab7
Bab8
Bab 9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab 14
Bab15
Bab 16
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab28
Bab29
Bab30
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab37
Bab38
Bab39
BAB 40
Bab41
Bab 42
Bab 43
BAB 44
Bab45
BAB 46
Bab 47
Bab48
Bab49
FINAL CHAPTER

Bab31

2.6K 80 16
By CikMizz

Adik kakak, Dani jangan tinggalkan kakak tau.

Kakak ada seorang adik je, Dani.

Mummy! Tengok Dani ni! Dia yang cari pasal dulu.

Happy birthday Dani!

Sob..Sob..Duit kakak hilang dekat kantin. Mesti nanti ayah marah kakak kan sebab cuai?

Perkhemahan sekolah tu tak best la Dani! Sebab Dani tak ada.

Dani jangan demam tau. Nanti kakak tak ada teman nak bermain.

Dani kan kuat. Orang kuat mana boleh nangis. Luka sikit je ni. Meh akak sapukan ubat.

Siapa yang buli Dani? Bagitau akak. Biar akak belasah orang tu cukup-cukup.

Dani, esok akak ambil result spm. Dani akan jadi orang pertama akak bagitau.

Sampai hati Dani, mungkiri janji Dani pada kakak.

Kakak benci Dani!

Kakak rindukan Dani!

Mana Dani?..

Ingat janji Dani. Jangan tabur pada janji je.

Suara-suara tu lama kelamaan hilang disertakan dengan wajahnya sekali.

Air mata menitis perlahan-lahan pada kedua-dua belah mata Haq sebelum dia tersedar dari pengsannya itu dek kerana dia terdengar seseorang memanggil namanya sambil menggoncangkan tubuhnya itu.

"Nasib baik kau sedar dengan cepat. Risau aku dibuatnya." kata Irfan selepas dia menghelakan nafas lega.

"Apa yang terjadi dekat aku?" tanya Haq dengan lemah kepada Irfan.

"Aku tak tahulah kau bual apa dengan ibu semalam. Aku terdengar ibu menjerit semalam. Lepastu tengok-tengok kau dah pitam." terang Irfan dengan tenang sambil mencatatkan sesuatu di atas sehelai kertas.

"So, aku nak tanya kau. Kau ada rasa sakit-sakit kepala tak?" tanya Irfan kepada Haq.

Haq menggeleng perlahan.

"Betul ni?"

"Hmm.."

"Tapi, tadi kau menangis. want to share with me? Kau ada mimpikan siapa-siapa masa kau tidur tadi?" tanya Irfan. Matanya kini beralih kepada Haq. Risau jugalah dengan adik tirinya ini.

Haq diam. Tidak berbunyi.

"Iman?" tanya Irfan lembut.

Masih tiada balasan daripada Haq.

"Tak apa la. Kalau kau dah bersedia nak share dengan aku cerita kau mimpikan tu, kau cari aje aku ye? Tak apa. Aku tunggu. Just take your time ya bro?" kata Irfan. Dia menutup pennya itu. Irfan membetulkan jarum branula yang tercucuk pada tangan Haq itu sebelum dia ingin mengatur langkah pergi meninggalkan Haq di situ. Dia mahu Haq berehat.

Belum sempat Irfan mengatur langkah pergi, tiba-tiba sahaja namanya dipanggil oleh Haq.

"Yes?"

"Aku—..kakak aku Fan." lemah sahaja suara Haq ketika itu.

"Kakak aku.."

"Iyelah..kenapa dengan kakak kau?"

"Aku ingat muka kakak aku Fan. Di—dia orang terakhir aku ingat..Kenapa mesti dia orang terakhir bukan orang pertama." sayu sahaja suara Haq kedengaran ketika itu.

Irfan mengeluh perlahan.

"A—aku rindu dia." terhambur tangisan Haq ketika itu. Dia sudah jumpa siapa yang sudah mengusutkan hatinya selama ini dengan kekerinduan.

"Shhh..Dah la. Nanti kau jumpa akak kau tu." Irfan cuba menepuk-nepuk perlahan tangannya Haq bagi membujuk adik tirinya itu.

"Aku—aku dah jumpa dia, Fan."

Irfan mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti apa yang Haq katakan itu. "Maksud kau?"

"Semalam. Aku jumpa dia semalam. Dekat mall."

Irfan memandang Haq dengan wajah yang penuh tanda tanya.

"Maksud kau perempuan yang termuntahkan air susu pada baju kau tu ke?"

Haq mengangguk lemah.

"Okayh. Sekarang ni kau nak aku buat apa?"

"Kau jangan kata yang kau suruh aku cari kakak kau tu, Iman." sambung Irfan lagi.

"Kalau yang tu aku suruh, macam mana?" perlahan sahaja suara Haq ketika itu.

"Mana aku nak cari dia? KL ni besar Iman. Lagi-lagi ada muka yang sama dengan kita. Mana aku nak jumpa?"

"Tolong la aku Fan. Kau je yang boleh tolong aku. Kasihankan la dekat aku dengan mummy. Aa—aku perlukan dia sangat-sangat." raih Haq.

Irfan mengeluh perlahan.

"Kau rehatlah dulu. Aku tahu kau penat. Mungkin lepas kau rehat, emosi kau dah stabil." kata Irfan. Dia membetul-betulkan selimut Haq.

"Tolong aku ye? Kau sayang aku kan?" raih Haq sekali lagi.

"Aku tak boleh janji." jawab Irfan pendek sebelum dia meninggalkan Haq seorang diri.

Irfan menyandarkan tubuhnya pada pintu bilik Haq sebelum dia menutupnya. Kemudian, dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon pintarnya itu. Irfan menghubungi seseorang.

"Aku ada kerja untuk kau."

Humairah menutup mulutnya dengan belakang tapak tangannya.

Ngantuk sungguh pagi ni. Ni kes dia kena bermalam di rumahnya Orked lepastu melayan kerenah rakannya itu sampai ke subuh. Naik pening kepalanya dengan rakannya itu.

"Makan la Orked. Kau ni dari semalam tak makan. Penat la macam ni aku masak tapi kau tak makan." Humairah meletakkan kepalanya di atas meja.

Bukan setakat satu makanan je dia masak untuk Orked. Dah bermacam-macam aneka masakan dia masak untuk Orked. Namun, masakannya itu semua telah ditolak oleh rakannya itu. Habis membazir. Mujurlah dia seorang yang bijak. Apalagi? Sedekahkan dekat rumah bujang sebelah tu la. Nasib ada bujang sebelah rumah.

"Aku tak ada selera la." jawab Orked pendek. Makanan yang terhidang di depan matanya itu, dilihat begitu sahaja.

"Mana kak Linda?" Orked mengubah topik. Malas dia mahu memanjangkan isu makanan ni. Malas mahu mendengar seribu satu bebelan daripada Humairah.

"Dia dapat urgent call dari laki kau. Tu yang pagi tadi dia call aku, dia kena berangkat ke tempat laki kau."

Orked hanya membuat 'O' sahaja pada mulutnya.

"Cepatlah Orked makan. Aku rasa ni dah kali ketiga aku masak untuk kau pagi ni. Tapi, semua masakan aku kau reject. Kasihanilah aku." Humairah memuncungkan bibirnya. Sudah la dia tak cukup tidur. Nasib sayang kawan tau! Kalau tidak memang hurmm..Dia biarkan aje kawannya itu.

Orked menggeleng laju.

"Kau rasa la dulu sup cendawan aku ni. Sumpah sedap! Please?" Humairah membuat muka kasihannya itu.

Tidak sampai hati melihat wajah Humairah, akhirnya Orked menarik mangkuk yang berisi sup cendawan yang berada di hadapan rakannya itu.

Orked menyuap satu sudu sup cendawan itu ke dalam mulutnya walaupun dia tidak mempunyai selera makan.

"Macam ni la kawan aku!" Humairah segera menuangkan air teh ke dalam gelas kosong kemudian dia hulurkannya pada Orked.

"Aku nak pergi kerja. Kau kena jaga diri tau. Dalam pukul 12 tengah hari aku balik."

"Subuh-subuh macam ni? Kau kerja apa subuh-subuh nak pergi?" tanya Orked pelik.

"Kau ni kang. Aku pergi awal sebab tak nak tersangkut dengan kesesakkan lalu lintas. Office aku dengan rumah kau jauh. Jadi, langkah yang lebih selamat, aku kenalah keluar awal."

"Ni kau jaga diri. Jangan buat kerja berat-berat." Pesan Humairah. Dia menyandang beg tangannya itu.

"Yelah. Aku tahu la. Kau tu ingat. Jangan pecahkan rahsia aku ni pada laki aku."

"Ish pelik la aku dengan kau. Orang lain happy dan tak sabar nak bagitau berita kehamilan dekat suami. Yang kau ni pula nak rahsiakan."

"Suka hati aku lah. Ish kau ni!"

"Hmm apa-apa ajelah. Ni ingat pesan aku."

"Hmm"

Orked menjengah kepalanya melihat muka pintu. Cepat-cepat dia mengeluarkan kembali sup cendawan yang dia suakan pada mulutnya sebaik sahaja kelibat Humairah tidak lagi kelihatan.

Cepat! Hapuskan bukti mu wahai Orked Imani! Nanti tak pasal-pasal mak singa merajuk. Lepas sahaja dia menghapuskan bukti yang dia membuang sup cendawan itu, dia lantas bangun dan menapakkan kakinya ke bilik untuk mengambil telefon pintarnya itu.

Berbual dengan Isya lagi bagus daripada dok fikir pasal benda lain.

Betul dak?

"Hello assalammualaikum anak mama!" sapa Orked sebaik sahaja ada sahutan selepas sahaja dia mendail nombor telefon anaknya itu.

"Waalaikumusalam. Mama!!!" riang sahaja suara Irsya ketika itu.

"Ni Isya tengah buat apa? Awalnya anak mama ni bangun."

"Isya tengah berperang ni mama. Aunty Riean ni yang ajak."

"Ha?" berkerut dahi Orked. Nak tergelak pun ada. Dengar sangat bunyi bising di sebelah Irsya. Bunyi bising yang Arieana memarahi Irsya kerana memberitahu hal yang sebenar.

"Okayh la mama. Nanti meletup pula kek yang aunty Riean ni buat. Takut Isya dibuatnya. Bye mama."

Belum sempat Orked ingin berkata apa-apa, talian telefon telah ditutup oleh Irsya.

Orked menatap telefon pintarnya itu. Baru je dia hendak meluahkan hasrat supaya anaknya itu duduk sekali dengannya. Namun, sepertinya anaknya itu cukup bahagia duduk dengan tok uminya. Puas diajak sebelum ini. Tapi, anaknya itu lebih menggemari duduk di rumah tok uminya. Teman aunty Riean katakan.

Apa kau nak buat sekarang ni Orked? Hmm nampak gayanya kau kenalah habiskan semua drama-drama Korea kau tu.

Orked segera mencapai laptopnya itu lalu menbuka aplikasi Netflix. Daripada dia terus murung memikirkan masalahnya dan juga lakinya, lebih baik dia melayan Netflix pada pagi yang cukup mulia ini.

Okay, Orked Imani. Marilah kita sama-sama melayan Netflix ya.

Datin Sri Zaharatulaila meletakkan dulang makanan di atas meja kecil yang berada di bilik anak lelakinya itu.

Muka sedih dia pamerkan. "Maafkan mummy. Patutnya mummy tak perlu cerita pada Haq." Datin Sri Zaharatulaila labuhkan punggungnya di sebelah anak lelakinya, Haq.

"Mummy. Kenapa minta maaf? Mummy tak ada buat salah apa pun." Haq memegang tangan mummynya itu. Dia tepuk-tepuk perlahan tangan tua itu.

"Kalau mummy tak buka album-album gambar tu, Haq tak akan jadi begini." Menitis air Datin Sri Zaharatulaila ketika mengungkapkan ayat itu.

Haq mengesat perlahan air mata mummynya itu. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu Datin Sri Zaharatulaila.

"Haq dah ingat muka kakak. Haq janji akan cari kakak. Ye mummy?"

Datin Sri Zaharatulaila mengangguk perlahan.

Ya Allah bantulah aku. Pertemukanlah aku dengan anak perempuan aku.

Mummy. Haq dah jumpa kakak. Tapi, Haq kena selidik di mana kakak berada.

Kakak, tunggu Dani. Dani rindukan kakak. Apa khabar kakak sekarang ni? Mesti susahkan hidup tanpa mummy dan Dani?

Haq memejamkan matanya. Benar. Dia rindukan kakaknya yang manja.

"I—Im.." terbantut Irfan memanggil nama Haq.

"Eh, ibu! Fan ingatkan ibu pergi kelas fardhu ain dekat surau tadi." Irfan menyalami tangan wanita tua itu.

Haq mengalihkan kepalanya.

"Ibu hantar makanan Haq dulu. Takut nanti kelaparan pula anak ibu ni."

"Kamu nak jumpa Haq ke?" Datin Sri Zaharatulaila bingkas bangun dari dudukannya itu.

Irfan mengangguk laju.

"Hmmm kamu berdua berbuallah dulu. Ibu nak ke surau."

"Haq. Jangan lupa makan. Lepastu makan ubat. Jangan pandai marah pesakit je sebab tak makan ubat. Tapi, diri sendiri pun sama je tak suka makan ubat." pesan Datin Sri Zaharatulaila sebelum dia melangkah pergi meninggalkan dua anak bujangnya itu.

"Baik mummy."

"Ni ada apa kau nak jumpa aku? Tak ramai pesakit ke dekat hospital tu?" tanya Haq sebaik sahaja mummynya itu keluar dari bilik tidurnya. Dia membetulkan duduknya. Haq menarik dulang makanan tersebut. Ibu dah masak mana boleh tolak. Rugi kalau tolak.

"Aku dah jumpa alamat rumah kakak kau. I means, rumah ayah kau." kata Irfan ringkas. Dia menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat kepada Haq.

"Ka—kau dah jumpa kakak aku?" teragak-agak Haq ingin menyambut huluran tersebut.

"Ambil lah. Tengok dulu isi dalamnya."

Akhirnya Haq ambil jua huluran sampul surat tersebut. Dia membuka sampul surat tersebut dan melihat isi yang berada di dalamnya.

"Teman aku." Mata Haq masih lagi membaca setiap perkataan yang tertulis di atas kertas.

"Kau jangan kata yang kau suruh aku teman pergi ke alamat rumah tu hari ni Iman." tebak Irfan.

"Kau rasa?"

"Kau jangan buat kerja gila Iman. Kau tu baru je nak sembuh."

"Aku tak kira. Jom. Alang-alang mummy tak ada. Marilah kita." teru Haq memasukkan semula kertas tersebut ke dalam sampul surat berwarna coklat. Dia segera mencapai telefon pintarnya lalu merapikan rambutnya.

"Iman!.."belum sempat Irfan menyambung ayatnya, lengannya ditarik oleh Haq.

Matilah aku kalau ibu tahu!



Okayh kita update satu bab dulu🌚nanti lepas final exam, kita update lagi satu chapter🥴moga saya dapat pointer seperti sem yang sebelum ni..Aamin.. Fighting!

Happy reading❤️🥰

Continue Reading

You'll Also Like

75K 2.2K 63
Tengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membua...
607K 16.3K 54
Dia, Laith Zahran. An annoying guy yang tiba-tiba masuk dalam hati ini pastu tak reti-reti nak keluar. Ah sudah! Parah laa gini. Hello abang polis...
489K 21.8K 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja da...
942K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...