ORKED IMANI: I Love You My B...

By CikMizz

128K 4.2K 437

[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan... More

Bab1
Bab2
Bab3
Bab 4
Bab 5
Bab6
Bebelan author💞
Bab7
Bab8
Bab 9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab 14
Bab15
Bab 16
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab28
Bab30
Bab31
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab37
Bab38
Bab39
BAB 40
Bab41
Bab 42
Bab 43
BAB 44
Bab45
BAB 46
Bab 47
Bab48
Bab49
FINAL CHAPTER

Bab29

2.9K 98 15
By CikMizz

Hari ini hati Orked berbunga-bunga. Dia masak pun sambil bernyanyi. Senang hati katakan. Sehinggakan Mak Nab ingin membantunya pun, dia halang. Iyalah! Mana boleh. Nak masak untuk encik suami, kenalah dari air tangan isteri. Seratus peratus dari isteri.

“Betul ni Orked tak nak mak Nab tolong?” ayat itu sudah sepuluh kali wanita tua itu putarkan.

Orked mengangguk. “Lagipun dah nak siap la mak Nab. Orked masak simple-simple aje memandangkan si Aryan tu makan makanan yang sihat.”

“Ok, dah siap!” sambung Orked lagi. Dia berikan sentuhan terakhir pada masakannya itu.

“Ni, Orked pergilah mandi dulu. Kata nak pergi jumpa Ryan.”

“Tapi, Orked belum letakkannya dekat dalam Tupperware lagi.”

“Tak apa. Mak Nab tolong letakkan ye. Orked pergilah. Sana.” Mak Nab menolak-nolak tubuh Orked agar segera bersiap-siap.

“Err..tak susahkan mak Nab ke?” serba salah pula Orked jadinya.

“Tak adanya. Tu kan salah satu tugas mak Nab. Dah. Bersiap sana. Nanti, kawan Orked datang jemput, Orked masih tak bersiap lagi.”

“Hmm..kalau macam tu la yang Mak Nab katakan, baiklah. Terima kasih tau mak Nab.” Orked mengucup pipi wanita tua itu tanda terima kasih.

Mak Nab hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Haih, Orked. Orked. Tak padan dah tua. Tapi, masih lagi ingin bermanja. Agaknya, dengan ibu dia pun macam tu juga kot. Manja tak bertempat.

Orked bergegas turun setelah dia mendapat panggilan daripada rakannya, Mairah.

“Mak Nab! Orked pergi dulu tau!” laung Orked di dapur. Dia terus mengambil Tupperware yang berisi makanan di atas meja itu.

Agaknya mak Nab dekat laman belakang kot.

Orked cepat-cepat menyarungkan sandal nya itu. Nanti lambat, meroyan pula mak nenek tu dalam kereta. Malas mahu mendengar bebelan daripada mak nenek tu.

“Dah lama sampai ke?” tanya Orked setelah dia selamat duduk di bahagian penumpang.

“Hmm..lama la juga. Lain kali, bersiap la dulu baru call aku. Ini tak. Call dulu baru nak bersiap. Kau tu dah la lambat kalau bersiap. Aku ni dah boleh jadi pak janggut tunggu kau.”

“Ala kau ni Mairah. Dengan aku pun nak berkira ea, masa kau tu.”

Mairah memutarkan bebola matanya ke atas. “Ni kau nak terus ke ARNIS Holdings, atau nak singgah memana?”

Orked meletakkan tangannya pada dagu. Sedang berfikir katakan.

“Ermm..kalau macam tu, kita singgah dulu lah cafe yang berhampiran dengan pejabat laki aku tu. Boleh?”

“Hmm..kalau aku kata tak boleh, kau tetap nak pergi kan?”

“Macam ni la aku sayang kau, Mairah!”

“Ni, laki kau tahu tak yang kau nak datang jumpa dia ni? Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena marah dengan boss hot tu nanti.”

Orked menggeleng. “Tak. Dia tak tahu. Aku nak buat surprise dekat dia.”

“Kau nak order apa-apa tak?” tanya Orked sebaik sahaja mereka tiba di cafe tersebut.

Mairah menggeleng. “Tak nak la. Kau pergi la order.”

“Weh, aku lupa nak tanya. Amacam semalam? Menjadi tak plan aku?” sambung Mairah lagi. Mereka beriringan masuk ke dalam cafe tersebut.

“Okayh. Tak payah cakap. Aku dah tahu menjadi.” Mairah sudah dapat menganggak jawapannya tatkala melihat wajah rakannya itu sudah kemerah-merahan menahan malu.

“Ish kau ni la!”

“Tak payah la nak marah mrs. Aryan.”

“Ni yang kau bawa kehulur-kehilir Tupperware bekal laki kau dah kenapa? Aku rasa boleh je kau letak dalam kereta. Bukannya lama kita beli air minuman laki kau tu.”

“Sibuk aje la kau. Kau bukannya tahu. Orang single, baik diam. Kau tak tahu nanti lipas makan makanan aku, ha siapa yang susah? Aku juga kan?”

Mairah mencemikkan bibirnya.

Dasar punya kawan. Dia nak kata la kereta aku ni kotor? Mentang-mentang la kita ni single kan.

Mairah mengerutkan dahinya. Dah kenapa kawan aku ni tiba-tiba berhenti?

“Orked jalan la samdol!”

Namun, ayat tersebut tidak dedengari oleh Orked.

Makin mengerut dahinya Mairah tatkala dia mendengar bunyi bekas makanan jatuh mencium lantai.

“Orked?” Mairah menolehkan kepalanya ke hadapan untuk melihat mengapa rakannya itu seperti ternampak kejutan yang begitu dahsyat.

Membulat mata Mairah tatkala melihat scene yang tidak patut dilihat olehnya.

“Sa--sayang.” panggil Aryan tatkala dia nampak sosok tubuh Orked berdiri betul-betul di hadapannya.

Panggilan tersebut masih lagi tidak didengari oleh Orked. Dia masih lagi terkejut dengan agenda yang tidak patut untuk dilihatnya.

Sampai hati abang..

“Sayang, let me explain first.” Aryan meraih tangan Orked. Namun, tangan Aryan ditepis kasar olehnya.

“Jangan sentuh saya.” ujar Orked keras.

“No! Apa yang sayang nampak ni semua tak betul. I can explain it.”

“Mairah, aku nak balik sekarang. Hantar aku balik.” kata Orked sebelum dia pergi meninggalkan Aryan dengan hati yang cukup kecewa.

“Jangan ikut saya.” tegah Orked kepada Aryan.

Mairah pula menggelengkan kepalanya sahaja. Tak disangka sikap majikannya seperti ini. Yang ulat beluncas ni pun satu. Ada juga aku bakar jap lagi!

Kau tunggu ea ulat beluncas!

Orked mengesat air matanya. Begitu hancur hatinya. Abang dah janjikan. Mana janji abang. Sampai hati abang.

Lamunan Orked terhenti saat mendengar ketukan pintu biliknya itu. Dia lantas mengesat air matanya itu.

“Sayang?”

Bisu. Diam tidak menyahut. Muka Orked pun dipalingkan dari memandang lelaki itu.

Rasa kecewanya itu masih lagi ada walaupun perkara itu sudah sebulan berlalu. Hatinya cukup hancur dan tawar untuk menegur Aryan. Apalagi melihat wajah lelaki itu.

“Jom makan? I dah siap masak. I masak makanan kegemaran you lagi tau.” kata Aryan. Dia menghampiri gadis kesayangannya itu.

“Saya tak lapar.” datar sahaja suara Orked.

“Tapi, you tak breakfast pun pagi tadi. Perut you tu nanti masuk angin.”

“Jom lah makan. Penat tau I masak.” Aryan menarik lembut lengan Orked agar segera mengikutnya ke ruangan makan.

Namun, lengannya itu ditolak kasar oleh Orked.

“Kan saya dah kata, saya tak lapar! Awak tak dengar ke?!!” marah Orked. Suara Orked agak sedikit meninggi.

Aryan seperti terkejut mendengar suara Orked. Dia cuba memejamkan matanya sebentar untuk lebih bersabar sebelum dia menghembuskan nafas perlahan-lahan.

“Kalau sayang lapar, makan ye. I simpan dekat bawah tudung saji. Kalau sayang nak apa-apa, panggil je I tau.” Pesan Aryan. Dia menggosok-gosok perlahan kepala sang isteri sebelum dia meninggalkan Orked sendirian di situ.

Aryan menghelakan nafas berat sewaktu dia menutup perlahan pintu bilik Orked.

Ya! Sudah sebulan Orked berperang dingin dengan dia. Baik dia sudah berpindah ke rumah sendiri, mood Orked masih lagi sama.

Kau memang bodoh, Aryan.

Mujurlah Irsya tidak mengikut dia berpindah. Kalau tidak, tak tahu la dia ingin memberi jawapan apa pada Irsya.

Aryan menapakkan kakinya menuju ke bilik tidurnya yang bersebelahan dengan bilik tidur Orked. Dia perlu menelefon seseorang.

Aryan mengeluh perlahan di hadapan macbooknya itu.

“Itulah kau. Bodoh! Aku dah cakap, jangan layan sangat ulat bulu tu. Eh, kau layan juga.”

“Aku bukan apa, Syad. Dia tu kawannya Anis. Takkan la aku nak putuskan macam gitu je hubungan persahabatan dia dengan Anis.” adu Aryan.

Arsyad menjulingkan matanya ke atas. “Dia tu tak patut dijadikan kawan. Kalau dijadikan musuh, boleh aje minah tu. Kau ni pun. Aku yang lelaki ni pun boleh tahu niat dia pada kau tu apa. Apalagi yang perempuan.” bebel Arsyad.

Dia ingatkan perkara penting apalah sehinggakan abangnya itu berskype dengannya. Tapi, ni juga perkara penting kan?

“Habis tu macam mana ni Syad? Dah la malam ni aku kena gerak ke Pahang atas urusan kerja. Risau pula aku.”

“Itulah kau. Bila tak ada penyakit, pergi cari penyakit. Sekarang ni siapa yang susah? Kau juga kan? Ha pandai-pandailah tanggung. Aku malas nak berhujah panjang. Sebab dah penat dengan kau.”

“Ouhh ya, hari tu aku ada dengar dari Orked yang kau gaduh dengan Riean pun disebabkan ulat bulu tu. Betul ke?”

Aryan mengerutkan dahinya. Orked berhubung dengan Arsyad ke? Macam mana dia boleh tahu email baru si samdol ni?

“Ala tak payah la nak berkerut dahi sangat. Aku yang pergi buat skype dengan si Orked. Adik ipar kesayangan katakan.” sambung Arsyad lagi tatkala dia terlihat garis kerutan pada dahi Aryan.

Aryan memutarkan bebola matanya ke atas. Menyampah sungguh dengan ayat yang Arsyad utarakan itu.

“Menyampah betullah.”

“Ni, aku tanya betul ke kau gaduh dengan Riean disebabkan minah tu juga?”

“Hmm..”

Bodoh la kau ni. Aku dah kata. Ni kalau kau depan aku, dah lama aku lempang tau. Kau boleh pula bergaduh dengan Riean tu kan? Kau macam tak tahu adik kita tu macam mana.”

“Kau tu dah besar bang. Kau juga yang sulung.”

“Dah la. Malas aku nak melayan kau. Aku ada client ni. Nanti esok-esok la sambung ya.”

“Tap--tapi. Tapi...” kata Aryan tergagap-gagap.

“Tapi apa? Pandai-pandailah kau settlekan sendiri masalah kau tu. Kali ni memang aku berpihak dekat kakak ipar aku tu. Jadi, sorry bro.” kata Arsyad sebelum dia menamatkan panggilan tersebut.

Aryan mengeluh kasar. Dia ingatkan dia berskype dengan adiknya tu, boleh lah membantu sikit. Tapi, adiknya pula tidak menghulurkan sebarang bantuan.

Membazir internet betullah!

Aryan mengeluh buat sekian kalinya. Dia lantas menyambung kembali mengemas beberapa helaian pakaiannya itu.

Kalaulah dia dan dengan Cik Bunga tiada peperangan dingin berlaku, pastinya wanita cantik itu pasti membantunya dalam mengemas luggage.

Itulah kau Ryan. Betul kana Arsyad. Tak ada penyakit, pergi cari penyakit.

Pandai-pandai la kau tanggung.

Orked menguap besar. Dia mengeliatkan tubuhnya itu. Tidurnya agak terganggu tatkala bunyikan loceng yang bertalu-talu.

Siapa pula yang mengacau waktu tidurnya itu di pagi hari yang serba indah ini?

“Ye. Ye. Sabar la sikit.” ish! Babun mana entah yang datang pepagi buta begini. Kang ada juga kena baling selipar minion dia ni kejap lagi.

Dengan malasnya sekali, Orked menapakkan kakinya ke pintu utama rumah agam mereka.

Makin berang Orked tatkala bunyi loceng itu bertalu-talu berbunyi. Seperti tiada perasaan sabar sahaja la.
Orked menahan geram tatkala melihat gerangan yang menekan loceng rumahnya itu.

“Kau dah kenapa datang rumah aku waktu begini?” tanya Orked sambil menggosok bebola matanya itu.

“Bagi la aku masuk dulu. Berat tahu tak aku bawa barangan dapur kau ni.”

Orked dengan malasnya sekali membuka pintu pagar untuk rakannya itu.

“Ha. Apasal kau datang rumah aku ni? Setahu aku la kan, aku tak ada pun suruh kau datang. Ouhh ye. Kau datang seorang aje ke?” bertalu-talu soalan yang Orked lontarkan kepada rakannya, Mairah.

“Aku datang dengan kak Linda.”

Orked mengerutkan dahinya. “Eh! Kak Linda bukan ikut boss kau tu pergi business trip ke, samdol?”

“Eh! Aku ingatkan kau tak tahu. Rupanya tahu. Ingatkan dah malas nak ambil tahu pasal laki kau tu.” perli Mairah.

Orked menjulingkan matanya ke atas. Kawannya itu kalau bab memerli, perh! Nombor satu!

“Ni, ada apa kau datang sini? Mana Kak Linda?” Orked menyuapkan sekeping roti ke dalam mulutnya. Lapar sungguh! Mogok dengan pakcik dingin punya pasal.

“Laki kau aka boss hot aku tu la yang suruh aku dengan kak Linda datang. Risau dengan bini dia katakan.” Mairah meletakkan barangan dapur di atas bar yang terdapat di rumah agam rakannya itu.

“Kak Linda tengah parkirkan kereta. Jap lagi naik la dia.” sambung Mairah lagi.

“Nah. Aku ada bawakan kau nasi goreng. Aku yang masak. Sementara nak tunggu lauk tengah hari, jadi aku masakkan la sikit untuk kau. Aku tahu kau lapar.” Mairah mengeluarkan bekas makanan yang berisi nasi goreng itu dari begnya. Kemudian, dia letakkan bekas makanan tersebut di hadapan Orked.

Bekas makanan itu dibuka oleh Orked. Nampak berselera sekali Orked memandang makanan yang ada di dalam bekas tersebut.

Terus dia melahap tanpa memandang kiri dan kanan. Sumpah sedap! Dah lama dia tak makan makanan yang dimasak oleh Mairah. Kali terakhir dia makan masakan rakannya itu ketika dizaman universiti barangkali.

Mairah mengggelengkan kepalanya sahaja. Ini monster mana ni? Dah berapa hari tak makan ni?

“Wah! Berselera sungguh akak tengok Orked makan.” sampuk seseorang dengan tiba-tiba.

“Sedap la kak! Meh la masuk sini.” jemput Orked dengan mulutnya dipenuhi nasi goreng.

“Tak apa la. Orked makan la. Lagipun akak dah sarapan dekat office tadi.” Linda membuka heels nya itu.

“Kau ni dah berapa hari tak makan, Orked?” tiba-tiba sahaja Mairah menanyakan soalan tersebut kepada Orked. Iyalah, makan mengalahkan orang yang ada bela saka saja la.

“Baru pagi ni aku tak makan. Semalam aku makan diam-diam.”

Mairah mengerutkan dahinya. Baru pagi ni tak makan, takkan la melahap makanan sampai macam tu sekali?

“Kau ada request nak makan apa-apa tak?” tanya Mairah lagi.

Orked meletakkan tangannya pada dagu. Dia berfikir sekejap. Dalam kepalanya sudah memikirkan kambing golek, ikan bakar cecah air asam dan juga kelapa bakar. Naik kecur liurnya memikirkan menu tersebut.

“Aku nak kambing golek, ikan bakar dicecah air asam dan juga kelapa bakar. Boleh tak?” Orked membuat senyuman manis.

Mairah ternganga mendengar menu yang Orked sebutkan itu. Begitu juga dengan Linda. Mereka masing-masing memandang satu sama lain. Tidak percaya yang Orked meminta makanan seperti itu.

“Mana nak cari kambing golek pepagi macam ni. Kau ni biar betul Orked? Setahu aku la kan, kau tak suka makan kambing. Kenapa tiba-tiba hari ni kau nak makan kambing golek pula?” tanya Mairah tidak percaya.

“Akak nak tanya Orked. Bila Orked last period?”




Here we go! Aryan and Orked junior will be....

Bajet bab dalam 30 lebih🙈bajet je ea..tak tahu kalau terlebih..sebab cerita ni dah almost 3 years, tapi didn't have ending😹😂..

Ouhh ye! Cerita dekat netflix apa yang best? Boleh suggest kan tak? 👻

Continue Reading

You'll Also Like

270K 13.3K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
9.3K 703 60
Book 2!✔️ *just a reminder,book 1 ada watak book 2. Sekian. "Aku nak kahwin dengan kau" "..." "Let's be happy forever" "But don't too happier" Start:...
346K 13.5K 48
COMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosa...
488K 21.8K 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja da...