ORKED IMANI: I Love You My B...

By CikMizz

129K 4.2K 437

[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan... More

Bab1
Bab2
Bab3
Bab 4
Bab 5
Bab6
Bebelan authorπŸ’ž
Bab7
Bab8
Bab 9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab 14
Bab15
Bab 16
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab29
Bab30
Bab31
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab37
Bab38
Bab39
BAB 40
Bab41
Bab 42
Bab 43
BAB 44
Bab45
BAB 46
Bab 47
Bab48
Bab49
FINAL CHAPTER

Bab28

2.9K 96 17
By CikMizz

Orked melihat dirinya pada pantulan cermin. Melihat dirinya pada cermin itu membuatkan Orked tidak percaya adakah ini dia ataupun tidak.

Mairah memang gila! Ada terbit rasa menyesal pula ikut idea gila rakannya itu.

Orked cepat-cepat ingin menukarkan pakaiannya sebelum pakcik dingin tu balik. Kalau tidak, memang hauk la dia. Namun, tidak sempat Orked ingin menukar kembali pakaiannya kerana
dia terdengar akan barangan jatuh. Lantas, dia memusingkan tubuhnya.

Bulat mata Orked saat melihat siapa yang berada di belakangnya.

Terus Orked menutup tubuhnya yang separuh terdedah itu walaupun dia tahu benda tersebut tidak akan memberikan sebarang kesan pun.

"En--encik..bi--bila sampai?" tergagap Orked saat dia utarakan pertanyaan.
Gerun dia saat terlihat figura Aryan yang berada betul-betul di belakangnya. Sudahnya Aryan memandangnya seperti hendak menelan dirinya sahaja.

Aryan berdehem seketika. Dia melarikan pandangan matanya dari terus melihat Orked yang berada di depannya itu.

"Ka--kaki you dah sihat ke, Cik Bunga?" tanya Aryan yang cuba mengawal suaranya.

Mendengar pertanyaan yang baru sahaja keluar dari mulut Aryan, Orked baru teringat yang kakinya itu masih belum pulih sepenuhnya. Dia segera mengaduh kesakitan, lalu terduduk di atas lantai.

Aryan kalut tatkala mendengar aduhan Orked itu. Dia segera menanggalkan jaketnya itu, lalu Aryan menyarungkannya pada tubuh Orked yang terdedah itu.

Aryan segera membantu Orked dengan mendukung Cik Bunganya itu. Orked apalagi. Dia terus melingkarkan lengannya itu pada leher Aryan dengan cara yang cukup lembut.

"You tahu kan kaki tu belum baik lagi. Tapi, ligat nak berjalan. Dah la halau I pergi kerja siang tadi. Tengok sekarang ni..."

Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya itu, Orked segera memintas. "Sekarang ni apa encik?" sedikit meleret suara Orked.

"Tergoda ke encik?" lagi meleret suara Orked.

Aryan melirikkan matanya ke Orked sekejap sebelum dia memandang ke hadapan semula. Dia menelan liurnya yang kelat itu.

You memang gila Cik Bunga! Siapa yang bagi idea gila ni? Cik Bunga I belum sembuh sepenuhnya lagi!

Mairah ke? Siap you Mairah! You ajar isteri I yang bukan-bukan je la!

Orked sudah tersenyum gembira! Tergoda letuw!

"Encik.." meleret sahaja suara Orked memanggil Aryan.

Aryan sudah menelan liurnya berkali-kali.

Cik Bunga! You memang buat I gila lah!

"Cik Bunga, behave." Aryan memberi amaran tatkala Orked bermain kolar kemejanya itu.

"Kalau saya tak nak?" tanya Orked. Dia masih lagi bermain dengan kolar kemeja Aryan. Dia mengangkat sebelah keningnya.

"You jangan cabar I cik Bunga. Takut nanti you yang merana."

"Ha? Apa dia? Saya tak dengar la encik." makin galak Orked bermain dengan kata-kata.

Aryan memandang Orked dengan mata helangnya itu sebelum dia mencampakkan cik Bunganya itu di atas katil.

"I dah kata jangan cabar I."

Orked sudah menelan liurnya.

Nak menyesal tak ada gunanya Orked!




Orked membuka matanya saat sinaran matahari terpacar pada wajahnya. Dia melihat jam yang terletak di meja bersebelahan dengan katil.

"Mak!!!" jerit Orked tatkala melihat jarum jam.

Pukul dua belas tengah hari? Dan dia terlepas subuh? Apasal pakcik dingin tu tak kejutkan dia? Eh! Salah, abe hot dia tak kejutkan dia?

Ala! Terpaksalah dia kena qada' solat. Ni semua salah pakcik tu la! Eh? Salah dia juga kan?

Ah! Apa-apa ajelah!

Tanpa membuang masa, Orked lantas bangun dari pembaringannya. Dia perlu segera membersihkan dirinya.

"Yang? You nak kemana tu?" tanya seseorang tatkala dia ternampak Orked seperti kalut hendak ke bilik air. Dia mendekati Orked.

Orked terus sahaja memusingkan tubuhnya tatkala mendengar panggilan yang diberikan oleh lelaki tersebut. Kemudian, dia mempamerkan muka 'kenapa panggil saya, Yang?'

"Ala you ni. Takkan la selamanya I nak panggil you Cik Bunga pula. Mestilah nak panggilan manja gitu. Kenapa? You tak suka ke?" tanya Aryan. Dia mendekatkan wajahnya ke Orked.

Orked pula menjauhkan wajahnya dari Aryan. Perkara tersebut menimbulkan tawa halus dari lelaki itu.

Aryan lantas menggelengkan kepalanya.

"Sa--saya suka." jawab Orked.

"Good!" Aryan menggosok kepala Orked.

"So, you pun kenalah panggil I dengan panggilan manja. Takkan la selamanya you nak panggil I encik la, pakcik dingin la apa la."

Orked membulatkan matanya.

Macam mana pakcik ni tahu panggilan 'pakcik dingin tu? '. Arsyad ke?

Memang nak kena si budak Arsyad tu la!

"Tak payah nak marah si Arsyad. I yang terbaca perbualan you dengan dia dekat whatsapp tempoh hari."

Dah agak! Siap kau Arsyad!

"So?" tanya Aryan.

Orked meletakkan tangannya di dagu persis seseorang sedang memikirkan sesuatu.

"Kalau macam tu, saya panggil encik ni abang la. Okay tak?"

Aryan memuncungkan bibirnya.

"Tak nak la. Macam tak special pula la. Nanti sama je panggilan I dengan si Am tu." sengaja Aryan tekankan nama 'Am'.

Eh, sekejap! Orked macam menghidu sesuatu la.

Something fishy in here!

"Habis tu? Awak nak saya panggil apa?"

Hilang terus panggilan encik tu.

"Hubby ke. Baby ke. Tak pun husband ke. Kan lain dari yang lain tu."

"Ish! Tak nak la saya. Berbelit lidah saya nak menyebut yang lain tu. Saya reti panggil abang je."

Aryan menghentakkan kedua-dua belah kakinya ke lantai tanda protes.

"Tak nak la! Nanti sama je I dengan si Am tu."

Orked memegang bahu Aryan. Kemudian, dia mencubit kedua-dua belah pipi Aryan.

Ish! Aku dah agak dah pakcik ni cemburu!

"Looks. Awak dengan abang Am tu lain. Cuma panggilan tu je sama. Abang Am tu selamanya saya anggap dia sebagai abang. Tapi, awak selamanya sebagai syurga saya."

Aryan tersenyum mendengar ayat terakhir itu.

I suka! I suka!

"Hmm yelah." akhirnya Aryan mengalah juga. Dah itu Cik Bunganya mahukan. Terpaksa la dia terima.

"Ni, you nak kemana? I tengok macam Usin Bolt aje you berlari tadi. Lupa ke kaki tu masih belum sembuh lagi?" Aryan berbalik kepada topik yang asal.

Iyelah. Terkejut dia tadi sewaktu memasuki bilik tidur. Ingatkan memang ada pertandingan larian ke apa dalam biliknya tadi. Rupanya, Cik Bunga dia yang lari seperti lipas kudung.

"Saya nak bersihkan diri la. Nak qada' balik solat subuh yang terlepas tadi."

Terus dahi Orked menjadi sasaran jentikkan daripada Aryan.

"Aduh!" adu Orked. Dia menggosok dahinya itu. Gila sakit! Bayangkan tangan sebesar gajah tu, jentik dahi yang orangnya sebesar kancil?

Ni kalau ada bekas, memang kena cincang!

"You la. Merepek aje. You tak terlepas solat subuh la, sayang. You dah mandi wajib pukul empat pagi tadi. Lepas subuh tu, you terus tidur. Penat sangat kot dengan kejadian se..."

Lantas mulut Aryan ditutup dengan Orked.

Tak mahu. Tak mahu. Malu tahu tak?

Terhambur ketawa Aryan.

"Ni, awak tak pergi kerja ke?" Orked sengaja menukar topik perbualan. Aryan ni mana boleh percaya.

"I terbabas tidur. Lepas subuh tadi, I terus ikut you tidur. Ni baru nak masuk office. Nasib baiklah tak banyak sangat appointment dekat office tu. Cuma ada meeting dekat luar aje petang nanti."

"Awak nak saya tolong pakaikan ke?" tanya Orked tatkala dia ternampak Aryan yang sedang memegang sehelai tali leher hitam. Dengan kolarnya yang tidak kemas itu.

"Apa dia?"

Orked mengerutkan dahi. Kemudian, dia tertawa sendiri.

Aduh! Kesilapan teknikal!

"Abang nak saya tolong pakaikan ke?" Orked menanyakan hal yang sama semula. Lupa pula panggilan manja tu. Patutlah muka tu rasa macam tak puas hati aje.

Aryan menyimpulkan senyuman. Dia mengangguk laju.

"Meh sini tali lehernya."

Aryan laju saja menghulurkan tali leher itu kepada Orked.

"Nanti abang nak makan apa? Biar saya yang masakkan." Orked mengemaskan kolar leher kemeja Aryan itu.

"You masak apa je I akan makan. Ouhh ye, Irsya nanti biar Riean yang amik ya. I dah suruh adik I amik Isya." pesan Aryan.

Aryan menghulurkan tangannya untuk Orked menyalaminya. Orked pula menyambut huluran tangan tersebut.

Kepala Orked digosok lembut. Lalu, Aryan menyinggahkan kucupan lembut pada dahi Orked.

"Tunggu saya balik tau, sayang." bisik Aryan sebelum dia meninggalkan Orked untuk ke pejabatnya.

Orked pula sudah menahan senyumnya.

MUMMY!!! NAK PENGSAN SEKEJAP BOLEH TAK?

Aryan masih lagi memikirkan perkara semalam.

Gila! Cik Bunganya memang gila! Entah kata-kata apa yang rakan isterinya itu berikan kepada Orked sehinggakan Cik Bunganya itu bertindak yang sedemikian. Dengan kakinya Orked itu masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

Kepala Aryan dok tergeleng-geleng mengingati hal yang berlaku pada hari semalam.

"Tengku?"

Masih lagi tiada sahutan dari Aryan.

"Ehem!" Linda berdehem dengan kuat sehinggakan imaginasi Aryan itu hilang sekelip mata.

Linda menghantar isyarat mata kepada Aryan agar terus fokus dalam sesi perbincangan mereka dengan unit kewangan syarikat.

Aryan apalagi. Dia membetulkan dudukkannya. Malu pula ditegur oleh Linda. Haih, Linda ni. Macam tak bagi I nak fikir Cik Bunga dekat rumah tu ya.

"Jadi Tengku. Kos keseluruhan untuk projek yang bakal kita ambil ini adalah dalam RM3.5 Juta. Adakah Tengku masih ingin teruskannya ataupun tidak?"

"Kalau benda ni untuk kebaikan syarikat dan ianya mendatangkan keuntungan, I okayh aje." jawab Aryan.

Pekerja tersebut hanya mengangguk setuju.

"Jadi, I rasa sampai disini sahaja kot permesyuaratan kita. If ada penambahan kos, tolong informkan pada Linda. Oleh itu, kita bersurai." Aryan memberikan kata putus.

Aryan sudah mengemas segala kertas-kertas kerjanya itu.

"Yes Linda?" tanya Aryan dengan kerutan di dahi saat dia perasan Linda tidak ada tanda-tanda untuk keluar dari bilik mesyuarat.

Linda menggigit bibirnya itu.

"Linda?"

"Err..sebenarnya kan Tengku. Sekarang ni, miss Amber tengah buat kecoh dekat bawah. Habis, guard semua halang dia."

Aryan memicitkan kepalanya.

"Jadi, Tengku nak saya buat apa sekarang ni? Heret dia keluar dari bangunan ke?"

"Never mind. Biar I yang turun. Dia tu, kalau beri kekerasan, makin melawan."

Linda mengangguk.

"Ouhh yah! Sebelum I terlupa. If ada sesiapa yang cari I, cakap I tiada ye. I kena settlekan Amber dekat bawah."

"Baiklah Tengku."

Aryan mengatur langkah pergi.

Haih, Amber. Masalah la you sekarang ni.

Aryan segera tiba di aras paling bawah sekali dalam bangunan ARNIS Holdings itu.

"Tengku." sapa salah seorang security yang berada di situ. Yang lain pula menunduk hormat kepada Aryan.

"Ryan!" kata Amber dengan senang hati sekali.

"I ingatkan you tak nak jumpa dengan I lagi. Iyalah. Your's security marah I. Tak bagi I masuk la apa la." terus Amber menjeling security-security yang berada di situ.

"Maaf Tengku. Kami dah cuba halang Miss Amber ni masuk tadi. Tak tahu pula dia boleh buat kekecohan dekat sini."

"Never mind. Let me handle it. Continue your work."

"Baik Tengku."

Aryan terus sahaja menarik tangan Amber agar segera beredar dari bangunannya itu. Dia tak mahulah kalau Riean nampak kelibat Amber di sini jikalau adik perempuannya itu berkunjung ke ARNIS Holdings. Itu bisa jadi racun pergaduhan.

"Eh! You nak bawa I ke mana ni?" Amber cuba melepaskan tarikkan tersebut. Namun, ianya gagal.

"Sakitlah Ryan!"

"Baik you diam sebelum I call polis."

Terus terdiam Amber. Mulutnya berdecit kegeraman.

"You tahukan yang I dah bagi warning dekat you? Tolonglah. If you still nak jadi kawan I, please la hormat apa yang buat." kata Aryan sebaik sahaja mereka tidak lagi berada di ARNIS Holdings.

"Tapi, salah ke kalau I berkunjung ke tempat kawan I?"

Aryan mengeluh.

"You tolonglah. I tak nak hubungan I dengan Riean makin keruh disebabkan you. I tak nak la disebabkan you juga, I dah buat my wife cemburu. Pleaselah Amber."

Amber menundukkan wajahnya. Kemudian, dia tersenyum tatkala dia mengangkat wajahnya kembali.

"Tapi, you still nak jadi kawan I kan, Ryan?"

"Hmm.."

"If you say like that, can I hug you for a second?" tanya Amber.

Namun, tanpa sempat Aryan ingin menolak, tubuhnya menjadi mangsa pelukkan Amber.

Aryan mengerutkan dahinya tatkala dia mendengar bekas makanan terjatuh.

Dia mengangkat wajahnya untuk melihat.

Terkejut dia tatkala melihat figura yang ada di hadapan matanya sekarang ini. Cepat-cepat Aryan melepaskan pelukkan tersebut.

"Sa--sayang."

Tidak dia sangkakan. Sepatutnya wanita itu tidak muncul pada waktu yang begini.

Amber pula menyembunyikan senyuman jahat.

"Sayang, let me explain first." Aryan meraih tangan Orked. Namun, tangan Aryan ditepis kasar oleh wanita tersebut.

"Jangan sentuh saya." ujar Orked keras.

"No! Apa yang sayang nampak ni semua tak betul. I can explain it."

"Mairah, aku nak balik sekarang. Hantar aku balik." kata Orked sebelum dia pergi meninggalkan Aryan dengan hati yang cukup kecewa.

"Jangan ikut saya." tegah Orked kepada Aryan.

Mairah pula menggelengkan kepalanya sahaja. Tak disangka sikap majikannya seperti ini. Yang ulat beluncas ni pun satu. Ada juga aku bakar jap lagi!

Kau tunggu ea ulat beluncas!

"Sayang!!!" panggil Aryan. Dia terduduk.

Sayang, dia dulu yang nak peluk I. I tak sempat nak tolak dia punya ajakan.

Aryan menghelakan nafas berat.

Maafkan I, wife.








Hey! Long time no see! Finally, final exam was done and Mizz dalam percutian sem, jadi marilah kita update sebanyak mana bab yang mampu ye. Maaflah yang ni agak hambar sedikit. Apa pun stay read and interesting with my story😆

Continue Reading

You'll Also Like

941K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
52.8K 2.2K 42
1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk...
8.4K 271 43
he's my series 3 Muhammad Nur Irfan~Nurul Ain Muhammad Nur Irfan, seorang jejaka yang tinggi lampai dan mempunyai wajah yang tampan. makan tiang buda...
489K 21.8K 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja da...