Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Rea...

By azwari85

589K 18.6K 1.6K

~Spin off dr kisah Piah di hati Mr.Beku.~ Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti kisah abangnya... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Pre Order Di Buka(24 April-5Mei)
Teaser
Teaser 2
Teaser 3
Teaser 4
Teaser 5
Teaser 6
Teaser 7
Last Teaser
Ezine
Buku siap
Cara Pembelian dalam bentuk ebook
Pre order dibuka kembali
KOMBO GEGAR
Teaser Pedih
Teaser Panas😘
Teaser bersemut😜
Teaser Manja😘
Teaser Merajuk😥
Teaser Sebak😭
Teaser luluh😭
Dalam Perancangan
Preorder cetakan ketiga dibuka
Promo lagi💓
Teaser lg💓💓
Last Call today😊
Cetakan kali ke-4 bakal dibuka
Ready stok

Sipnosis Kombo pedih

9.6K 526 59
By azwari85

SINOPSIS CURI-CURI HATINYA:

Memaksa orang lain untuk menyayangi diri kita bukan mudah. Mengejar bayang itu sungguh menyakitkan...

Irisya Sareefa menjadi mangsa kebencian ibu kandung dan suami sendiri walaupun berkali-kali dia menagih simpati. Kasih-sayangnya dipandang sepi. Usahanya tidak sekalipun mendapat tempat di hati mereka yang sepatutnya menjadi tempat untuk bergantung dan mengadu.  

Kebencian Adami Hafizi pada Irisya bukan main-main. Dia terasa tercabar, egonya terasa tercalar kerana mendapat tahu bahawa Irisya sekadar mempergunakan dia untuk maksud tertentu. Lantas dia lontarkan kebencian kepada si isteri sehingga Irisya terkontang-kanting mencari kebahagiaan diri. 

“Kau jangan harap untuk hidup bahagia bila kau jadi isteri aku, Ica. Aku bersumpah! Bersumpah selagi kau bergelar isteri aku, kebahagiaan itu tidak pernah akan ada!” -Adami 

Di saat Irisya mula berputus asa, Adami tiba-tiba terjaga. Kenapa hatinya mula beralun lembut apabila menyebut nama Irisya? Kenapa tiba-tiba dia menjadi rindu kepada wanita yang selama ini tidak pernah dipandang dengan mata jiwa?  

Benarlah kata orang, hidup ini bagaikan roda. Sampai masanya, Adami pula yang terkejar-kejar bayang Irisya. Berkali-kali Irisya menolak kehadirannya tetapi Adami menjadi si degil yang setia mengemis sisa cinta milik Irisya untuk kebahagiaan mereka berdua.  

“Abang tak kisah kalau Ica benci abang... Biar abang yang tanggung semuanya. Selama ni pun abang yang bersalah...” –Adami.  

Adami jadi nanar saat Irisya ingin pergi dari hidupnya. Berkali-kali dia merayu tetapi rayuannya dipandang sepi. Tergamakkah Irisya meninggalkan Adami yang benar-benar menyayangi dirinya disaat itu? Mampukah Adami bertahan apabila dirinya benar-benar tidak dipedulikan oleh isteri sendiri? 

“Ceraikan saya dan kita akan hidup lebih bahagia...” –Irisya.

.

SINOPSIS RAHSIA HATI MRS. FAKRUL

SINOPSIS:

Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya, berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Sakinah, dia cuba menjauhkan dirinya dari perasaan itu.

Baginya, Sakinah harus dianggap sebagai adik sahaja!  Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar, hidupnya mula berubah dalam sekelip mata.

Dia tekad untuk menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya.  Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun di bumi Jerman, Deeja menjadi teman rapat serta tempat meluahkan segala perasaan. 

Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si dia.

Namun kejutan yang diterimanya membuatkan hati Fakrul berdolak-dalih.  Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah  membuatkan lelaki itu semakin sukar melepaskan Sakinah. 

“Kinah...”

Matanya dibuka semula. Terasa semakin hangat kolam matanya ketika ini. Sakinah tidak mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Takut jika ini kali terakhir dia akan melihat wajah Fakrul.

“Abang...” Bergetar suara Sakinah memanggilnya.

Fakrul berasa sangat sebak. Akhirnya suara yang dirinduinya selama ini dapat didengarinya hari ini. Kedua-duanya masih berada di dalam dunia mereka sendiri. Tanpa sedar perlahan-lahan wajah Fakrul mendekati Sakinah. Hanya tinggal beberapa inci sahaja bibir Fakrul menghampiri bibir Sakinah dan tiba-tiba...

“Astaghfirullahalazim. Arul!”

Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang?  Kerana dari dulu, hati ini tetap miliknya...

Pengeposan dijangka awal Jun.

Cetakan adalah sangat sedikit which is ikut berapa orang yang buat tempahan sahaja.

BERMINAT boleh wassap :
http://www.wasap.my/+60129284568/Kombopedih

Comel tak Arul kita😍😍😍

Continue Reading

You'll Also Like

102K 5.6K 43
[COMPLETED] Trauma ARIANA IRIS terhadap lelaki, semuanya berpunca daripada papanya sendiri. Kehidupan Ariana lebih teruk apabila dia dapat tahu yang...
98.7K 9.6K 40
Apa yang terlintas dalam benak ketika mendengar kata "hijrah"? Iya, hijrah. Ini kisah tentang Ayra Khairunniswah Haseena. Gadis SMA yang jauh dari ka...
39.2K 2.9K 59
• 1ST BOOK • Aryssa Aryanna perlu berpindah ke negara asalnya semula iaitu di tanah airnya , Malaysia atas urusan keluarganya. Semenjak Aryanna pind...