Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Rea...

By azwari85

589K 18.6K 1.6K

~Spin off dr kisah Piah di hati Mr.Beku.~ Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti kisah abangnya... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Pre Order Di Buka(24 April-5Mei)
Sipnosis Kombo pedih
Teaser
Teaser 2
Teaser 3
Teaser 4
Teaser 5
Teaser 6
Teaser 7
Last Teaser
Ezine
Buku siap
Cara Pembelian dalam bentuk ebook
Pre order dibuka kembali
KOMBO GEGAR
Teaser Pedih
Teaser Panas😘
Teaser bersemut😜
Teaser Manja😘
Teaser Merajuk😥
Teaser Sebak😭
Teaser luluh😭
Dalam Perancangan
Preorder cetakan ketiga dibuka
Promo lagi💓
Teaser lg💓💓
Last Call today😊
Cetakan kali ke-4 bakal dibuka
Ready stok

Bab 4

9.2K 502 11
By azwari85

SELEPAS bersarapan pagi, Sakinah dan keluarganya akan bertolak ke Johor. Sebelum masuk ke dalam kereta, Sakinah bersalam dengan kedua ibu bapa saudaranya. Hanya Piah sahaja yang tidak kelihatan ketika ini kerana kurang sihat.

“Bawa kereta tu elok-elok Achik. Nanti ada masa, berjalanlah rumah Along lagi.” Pesan Saiful.

Syamsul hanya tersenyum dan memeluk erat abang sulungnya. Tidak lama kemudian, Fakrul keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Dia terus bersalam dengan Syamsul.

Semakin ceria wajah Sakinah melihat Fakrul. Sangkaannya lelaki itu menyambung tidurnya semula.

Fakrul mendekati Syamil yang sedang berdiri di sebelah Sakinah. Sakinah mengambil peluang ini dengan melihat wajah lelaki itu dari dekat.

“Mil, nanti ada masa call lah aku.” Kata Fakrul sambil menumbuk bahu Syamil dengan mesra.

“Yelah, kau pun sama.” Balas Syamil.

“Abang Arul pun jangan lupakan Kinah ye.” Celah Sakinah dengan tiba -tiba.

“InshaAllah, Abang Arul tak lupa. Takut nanti, ada pula makan penampar lagi.” Perli Fakrul sambil tersengih-sengih.

Mati senyuman Sakinah saat teringatkan kejadian memalukan semalam. Tak sangka pula Fakrul masih ingat tentang hal itu. Semakin segan pula dia dibuatnya.

Tidak lama kemudian, barulah mereka sekeluarga masuk ke dalam kereta. Sakinah menjengah ke luar tingkap dan melambai tangannya kepada keluarga Fakrul. Setelah agak jauh dari kawasan rumah itu, barulah Sakinah bersandar di kerusi.

“Adik…” Bahu Sakinah dicuit dengan jari kasar Syamil.

“Apa?” Soal Sakinah tanpa memandang abangnya.

“Eii… sombongnya dengan Abang Mil. Nanti abang Mil malas nak cover line adik bila adik nak melukis nanti.” Ugut Syamil sambil berbisik perlahan.

Laju kepalanya Sakinah menoleh memandang Syamil. Giginya diketap kuat menahan rasa geram.

“Hishh! Teruklah Abang Mil ni. Nak apa?” Kali ini terpaksa Sakinah memberi tumpuan sepenuhnya dengan mendengar pertanyaan Syamil.

“Apa maksud Arul tadi? Abang Mil tengok, wajah adik terus berubah bila dia cakap pasal terkena tampar…” Soal Syamil.

Walaupun Syamil muda tiga tahun dari Fakrul, dia lebih selesa membiasakan nama sahaja dengan sepupunya itu.

“Ooo… tu sebab adik tertampar dahi Abang Arul semalam.”

Tercengang Syamil dengan jawapan selamba Sakinah.

“Gila kau ni dik.” Hampir terjerit dibuatnya Syamil kerana terlalu terkejut. Syamsul dan Dahlia turut terkejut mendengar suara Syamil.

“Kenapa tu Mil? ” Tanya Syamsul dengan tegas.

Sakinah segera mencubit peha Syamil. Dia memberikan isyarat kepada Syamil supaya tidak menceritakan kepada abah mereka.

“Err... tak ada apa abah. Adik kata dia lapar lagi. Tu yang Mil terkejut. Padahal baru je sarapan…” Syamil sengaja memberikan alasan itu untuk mengenakan Sakinah.

Sakinah jenggilkan matanya ke arah Syamil.

“Lapar lagi ke adik? Tadi kan adik makan banyak juga masa sarapan.” Pelik pula Dahlia mendengarnya.

“Err... lapar sikit je ibu.” Terpaksalah Sakinah mengiyakan.

“Nanti sampai dekat bandar Kuantan, kita singgah beli makanan ye.” Kata Syamsul pula.

Hampir ternganga Sakinah dibuatnya. Sudahlah perutnya sudah kenyang. Rasanya dah tak ada ruang nak disumbat makanan lagi.

Syamil di sebelah sudah menahan ketawanya. Suka betul dia melihat wajah mencuka adiknya.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Kalau yang perasan, sy dah susun bab semula. Kalau dulu satu bab semua benda sy citer. Hihi. So, kalau dulu ada 60 bab. Untk versi brcetak, mmg lbh 70 bab sy akan pecahkan. InshaAllah, ada sedikit perubahan. Tp jalan citer tak akan lari ye. Cuma yang tak penting sy akan buang😍😍😍

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 168K 32
"Saya nggak suka disentuh, tapi kalau kamu orangnya, silahkan sentuh saya sepuasnya, Naraca." Roman. *** Roman dikenal sebagai sosok misterius, unto...
1.5M 72.9K 52
Rasa cinta terlalu berlebihan membuat Lia lupa bahwa cinta itu tidak pernah bisa dipaksakan. Rasanya ia terlalu banyak menghabiskan waktu dengan meng...
17.6K 994 41
-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryana- "Kenapa you berubah? Mana pergi nya I...
748K 40.9K 42
[SELESAI] KING DARREN : Seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah yang tampan. Lahir dalam keluarga yang kaya raya iaitu King'Family. Wajah yang keta...