[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

Par nu_haina

1M 42.7K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... Plus

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 32

13.6K 552 38
Par nu_haina

Berbeza dengan kebiasaan minggu lain, kali ini Kasyaf pulang ke Kuantan pada hari Sabtu pagi memandangkan urusan kerjanya selesai lewat semalam.

Hasratnya ingin pulang terus malam tadi tapi dicegah oleh Dhiya. Bahaya untuk Kasyaf memandu malam-malam seorang diri.

Mungkin sekarang memang kerap Kasyaf menggunakan jalan itu memandangkan setiap minggu dia pulang tapi kalau terjadi apa-apa sewaktu dalam perjalanan, susah nanti.

Belum sempat pun Kasyaf menarik tombol pintu, ianya sudah terbuka dari dalam.

Kelihatan Dhiya yang memakai apron menyambut kepulangannya. "Awalnya awak sampai," dia sedikit kalut.

Sempat dia curi pandang jam dinding, lagi 5 minit jarum jam akan menunjukkan pukul 9 pagi.

Kasyaf memaklumkan dia bertolak pulang dari Kuala Lumpur selepas Subuh tadi. Difikirnya akan sampai dalam pukul hampir 10 pagi.

Belum azan Subuh lagi Dhiya sudah bangun untuk menyediakan menu nasi kerabu yang dipinta oleh Kasyaf tempoh hari.

Memandangkan dia ingin segalanya siap dengan sempurna memang Dhiya kerahkan segala tenaganya. Lagipun ini pertama kali Kasyaf memberi permintaan menu.

Akibatnya walaupun segala persiapan sudah disiapkan awal-awal, memang Dhiya tidak menang tangan.

Bunyi seperti Dhiya sedang menyediakan makan-makan untuk kenduri tapi itu lah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan. 

Setiap kali Kasyaf pulang, memang diibaratkan seperti kenduri yang perlu diraikan.

"Jalan tak sesak pagi-pagi macam ni so saya bawa laju-laju." Aroma masakan Dhiya masuk ke dalam hidung. Tidak sabar pula dia ingin menjamu selera.

Sama-sama mereka berdua ke dapur. Terus Dhiya angkat ayam goreng dari kuali.

Tudung saji diangkat oleh Kasyaf, nasi, ulam, telur rebus, tumis dan lain-lain set nasi kerabu sudah terhidang.

Ini yang Kasyaf suka pulang ke sini. Tidak keterlaluan untuk Kasyaf katakan selama sebulan perkahwinannya dengan Dhiya, perutnya sudah ditawan oleh wanita itu.

Setiap minggu pasti dia akan tertunggu-tunggu masakan yang akan disediakan oleh Dhiya.

"Awak dah nak makan dah ke? Ayam dah goreng, tapi saya nak bagi dekat mak su dulu sebab takut dia tunggu lama. Tapi kalau awak lapar saya boleh sediakan."

Ayam rempah yang masih mentah dimasukkan ke dalam kuali yang panas, itu untuk mereka berdua. Yang sudah diangkat tadi untuk ibu saudaranya.

Kepala digeleng. Lapar, tapi tidak selapar yang perlu menggesa Dhiya.

Kasyaf dekatkan dirinya dengan Dhiya yang sedang memasukkan ayam ke dalam bekas. "Untuk mak su ke tu?"

"Ya." Bekas itu dimasukkan ke dalam plastik. "Awak tolong tengokkan ayam boleh? Saya nak hantar sekejap."

Plastik itu diambil dari tangan Dhiya. "Tak apa, saya hantarkan." Kesian pula melihat Dhiya yang kabut. Dia sampai terlalu awal kah?

"Thank you."

Kasyaf senyum nipis. "Saya pergi dulu."

"Okay, thanks again."

Kasyaf berlalu pergi, meninggalkan Dhiya di dapur.

Air yang untuk dibuat teh segera dimasak. Walaupun air panas coway ada, untuk buat teh memang Dhiya lebih suka direbus. Warnanya akan lebih cantik.

Pinggan serta cawan dikeluarkan dari kabinet dan dibawa ke sinki, perlu basuh terlebih dahulu kerana takut sudah terlekat dengan habuk.

Kain bersih diambil untuk mengelap pinggan cawan yang basah. Sungguh dia kalut sekarang walaupun tidak digesa oleh siapa-siapa.

Dhiya cuma mahu segalanya sempurna dan tersedia apabila Kasyaf tiba namun dia tersalah percatungan masa.

Pinggan yang sudah kering diletakkan di atas meja. Ayam diterbalikkan dengan segera. Sedikit lagi akan masak.

Teko yang sudah dicuci segera diambil. Air teh dibancuh dengan segera lalu turut diletakkan di atas meja.

Periuk yang digunakan untuk merebus solok lada dibuka. Piring dicapai dan dengan hanya menggunakan tangan yang tidak beralas, dia cuba untuk pindahkan.

"Aduh!" tangan yang sakit kerana memegang solok lada yang masih panas ditiup laju. Masa-masa sebegini pula ingin sakit.

"Dhiya?"

Mereka saling berpandangan. Masa dirasakan berlalu dengan pantas apabila Kasyaf sudah berdiri di hadapannya.

Lelaki itu mendekati, "Okay tak?" tangan yang sakit dilihat olehnya, sedikit merah.

"Okay, sikit je ni," dia mendalih.

"Sikit apanya, merah ni." Kasyaf bawa Dhiya ke sinki. Tangan itu segera dibilas dengan air bagi mengelakkan ianya timbul dengan cecair.

Apabila selesai, dia iringin ke meja makan, "Duduk."

"Tak apa, ada lauk dekat dapur."

"Biar saya buat." Kasyaf ambil sudip, ayam diangkat dan dimasukkan ke dalam pinggan.

Dia letakkan bersama lauk-lauk yang lain. "Ada lagi ke?"

Mulutnya terkunci. Rasa serba salah pula apabila Kasyaf yang terpaksa membuat kerja.

"Ada lagi ke?" dia tanya lagi apabila soalannya tidak dijawab.

Kepala ditundukkan. "Solok lada."

Kasyaf kembali ke dapur, sudu digunakan untuk mengambil solok lada ke piring yang ada di tepi. "Tak ada dah kan?"

Dhiya menggeleng.

"Okay, jom makan."

Kerusi ditarik dan dia duduk di situ.

"I'm sorry." Kepalanya masih menunduk, air mata yang mula berkumpul di tubir mata cuba untuk dihalang dari jatuh. Kenapa perlu dia rasa sehampa ini?

"Hey, kenapa ni?" dia sedar akan suara Dhiya yang sudah berubah seperti menahan tangis.

Bibir dikemam. "I wanted everything to be perfect, but it turns to a mess." Setitis dua air mata jatuh membasahi pipi.

Orang mungkin akan berkata bawa ianya tidak terlalu serius sehingga perlu menangis bagai, tapi faham tak kecewa yang dia rasakan sekarang?

Kerusinya ditarik mendekati Dhiya. "Hey, its okay."

Untuk pertama kali dalam sejarah dan mungkin boleh dicatat dalam buku rekod dunia, Kasyaf meraih tangan Dhiya lalu digenggam lembut.

Sempat dikerling sebentar tangan itu yang jari telunjuk bertampal dengan plaster, beberapa tempat lain ada kesan parut pisau yang masih baru,

Aduhai Nadhiya.

"Semuanya sempurna, macam apa yang saya bayangkan. You don't need to be harsh on yourself." Kasyaf memujuk lembut.

Kepalanya diangkat dan mereka saling berpandangan. Ada keikhlasan di mata Kasyaf dan Dhiya seolah-olah dapat membaca mata yang memandangnya dengan bangga.

"Awak tak perlu berikan layanan seolah-olah saya raja. Saya suami dan awak isteri. Masing-masing tak sempurna, jadi saya faham," tambahnya lagi meyakinkan.

Senyuman nipis diukir. "Kita makan ya, saya nak rasa makanan yang isteri saya susah payah sediakan."

Senduk diraih dan nasi diisi ke atas pinggan Dhiya terlebih dahulu baru ke pingganya. Dhiya turut membantu menyudukan makanan sampingan lain ke dalam pinggan.

"Awak nak ayam? Bahagian apa?" mungkin kerana dia lebih dekat dengan pinggan berisi ayam, dia bertanya.

"Nak paha," perlahan dia menjawab tapi masih boleh didengari oleh Kasyaf yang tersengih kecil.

Tidak salah untuk dia katakan bahawa Dhiya mencuit hatinya pagi-pagi seperti ini, comel seperti kanak-kanak yang baru selesai dipujuk.

Bahagian paha bertukr pinggan. Doa makan diketuai oleh Kasyaf sebelum diaminkan.

Dhiya menanti untuk Kasyaf menjamu selera terlebih dahulu, mahu mendapatkan maklum balas akan masakannya hari ini.

"Sedap ke?" berdebar pula hati. Boleh dikatakan selama 5 hari Dhiya hanya memasak nasi kerabu kerana banyak persediaan yang perlu dia belajar.

"Sedap. Sedap sangat, the best nasi kerabu I ever had." Wah, melambung-lambung ya pujian Kasyaf. Benar atau tidak tapi memang mendatangkan kegembiraan kepada Dhiya.

Giliran Dhiya pula untuk merasa nasi kerabu buatannya. Bukan untuk mengangkat bakul sendiri tapi memang sedap. Beberapa kekurangan dari masakan sebelum ini sudah dibaiki.

"Oh ya, saya ingat untuk makan malam hari ni nak ajak mak su dengan pak su. Boleh?"

"Boleh. Nak masak apa?"

"Spaghetti. Tapi ada lah sekali nasi kerabu ni." Kalau sudah Dhiya masak lauk itu untuk pagi, terpaksalah mereka makan lagi untuk tengahari sehingga ke malam.

Kepala angguk kecil. "Bahan semua dah ada ke?"

"Lepas ni nak keluar beli."

"Saya temankan, ya."

Pantas sahaja Dhiya menghalang. "Eh tak apa, awak dah drive dari jauh mesti nak berehat kan." Takut mengganggu Kasyaf.

"Lagipun beli barang yang tak cukup je. Yang lain dah ada so sekejap."

Kasyaf pandang Dhiya. Selalu begitu. "Saya temankan juga. Takkan lah saya nak biarkan awak nak pergi seorang-seorang." Padahal sebelum ini elok sahaja.

Sebaik yang boleh cuba untuk dia sembunyikan senyuman gembiranya. Bukan selalu Kasyaf menemaninya membeli barang dapur.

Ini adalah salah satu aktiviti suami isteri yang dia impikan, sama-sama membeli barang keperluan harian.

HARI itu Medina pulang ke rumah ibu bapanya. Pagi tadi ada Puan Suhaila menelofannya mengajak untuk bersarapan dan tidur di sana.

Memandangkan Kasyaf balik ke Kuantan dan akan seorang diri, dia balik saja.

Sewaktu sampai, ahli keluarganya sedang berada di dapur. Keluarga abang dan kakaknya juga pulang. Jika ada Kasyaf, lengkap keluarga mereka.

"Aunty," anak kakaknya, Sofia berlari anak untuk menyalami Medina kemudian dituruti dengan anak buahnya yang lain.

Medina duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan Marissa. "Akak nak pinggan?"

Dia hanya angguk kepala.

"Makan Dina, ada roti jala semua. Nasi pun ada," Puan Suhaila menjemput.

Penyepit diambil lalu dia pindahkan bebeapa roti jala ke pinggannya. Marisa membantu untuk menyudu kuah kari ke dalam pinggannya.

"Kasyaf balik Kuantan ke?" Encik Zulkifli bertanya anaknya.

"Ya, yah." Pendek sahaja dia menjawab.

"Habis tu Dina tidur sini ke malam ni?" dia tanya lagi.

"Ya."


Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

134K 1.3K 15
TERBITAN DARIPADA FAJAR PAKEER [DISEMBER 2023] Cacat? Lumpuh? Lemah? Luth memandang dirinya di hadapan cermin. Bullshit! This is bullshit! Terasa j...
1.6M 2.3K 1
You're so special to me and i can't even explain why Mula: [17/02/18] 20 in romance - [5/7/20] Tengku Alyanaa Camille "Dia gangster sekolah yang pali...
KAIROS Par Aisyahros

Roman Historique

68.3K 11.2K 67
"Lebih luas pohonnya, makin berat isinya. Andai tumbang suatu hari nanti, pasti menghancurkan apa yang ditimpanya. Kai tak rasa Kai mampu untuk menja...
1.1M 40.8K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...