[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 43.8K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 25

13.2K 602 1
By nu_haina

Dhiya langsung tidak rasa didesak dengan bunyi ketukan pintu yang diselami dengan salam walaupun sudah hampir dua minit lebih berbunyi.

Telefon di tangan bergetar tidak dijawab. Dia sedang mengambil langkah sambil lewa untuk ke pintu.

Sebaik sahaja daun pintu dibuka dari dalam, wajah Iman yang menginginkan penjelasan sambil menutup panggilan tadi sudah terpacul.

Dhiya masuk ke dalam rumah lalu diikuti oleh Iman dari belakang. "Dhiya, you need to explain everything to me."

Keluhan panjang dari mulutnya. Serabut. Penjelasan apa yang harus dia bagi kerana itu semua tidak akan menerangkan situasi sebetulnya yang dia hadapi.

"Duduk lah."

Mereka sampai di ruang tamu. Sempat Iman mengerling beberapa barang kahwin yang sudah dibeli.

"Kau nak air apa?"

"Aku macam perlukan air ke sekarang?" nadanya sedikit memerli. Jika ikutkan hari, pada saat dia membaca khabar itu lagi dia sudah datang bertanya tapi Dhiya halang.

Iman tahu dan faham bahawa Dhiya masih menyimpan perasaan terhadap Kasyaf tapi berkahwin dengan lelaki itu? Gila! Tidak masuk akal!

Harus diakui memang dia melebihkan Dhiya dalam setiap hal mereka kerana dia ada bersama Dhiya di saat dia jatuh tapi tidak perlu sampai perlu berkahwin dengan suami Medina.

Itu namanya merampas suami orang!

Dia tidak akan menafikan kenyataan itu hanya kerana Dhiya sahabatnya.

Mendengarkan jawapan itu, Dhiya hanya angguk lemah. Sungguh dia tidak mahu bertekak dengan siapa-siapa. Tidak larat dan tiada khudrat.

Dia labuhkan punggung di sofa ruang tamu lalu Iman mengikuti duduk bertentangan dengannya.

"Apa yang kau nak tahu?"

"Everything."

Hampir sahaja Dhiya tersenyum sinis tapi dia tahan. Memang Dhiya sudah agak ini akan menjadi reaksi Iman.

"Macam yang kau tahu, aku akan kahwin dengan Kasyaf."

"Ya, tapi kenapa?" rasa sebal pula apabila Dhiya seolah-olah ingin bermain tarik tali dengannya.

Nafas ditarik dalam, "Sebab Medina yang nak," lalu dihembus. "Ini permintaan dia dan aku? Aku hanya tunaikan permintaan dia sebagai kawan."

Jawapan itu membuatkan Iman tergelak mengejek. "Kawan? Look, Dhiya. Kita sama-sama tahu yang kau masih sukakan Kasyaf dan kau nak cakap dekat aku kau terima semua tu hanya disebabkan status kawan?"

Dhiya hanya pandang Iman, nampak sangat mukanya tidak berpuas hati.

"Kau tak boleh tipu aku, Dhiya. Everyone else but not me."

Tangan berpeluk pada tubuh. "Okay, kau betul. Memang aku masih suka pada Kasyaf. Jadi?"

"Jadi?" subhanallah, memang dia geram kerana Iman masih belum sampai pada titik yang dia inginkan. Kenapa Dhiya membuat keputusan seperti itu?

"Medina tak boleh terima yang dia gugur for the fifth times, so dia suruh aku kahwin dengan Kasyaf supaya aku boleh bagi dia anak."

Keluhan panjang dilepaskan. "That's the point. Kenapa kau terima? Kenapa dalam banyak-banyak orang Medina suruh kau? Kau tak rasa ke yang benda ni boleh rosakkan hubungan korang?"

"Aku hanya nak menumpang kasih. Salah ke?" suaranya lirih. Kenapa perlu jari ditunding ke arahnya? Hanan begitu, dan sekarang Iman juga?

Bibir dikemam. "Tak salah, tapi Kasyaf tu suami Medina, kawan baik kau sendiri."

"Habis tu kau nak aku buat apa?"

"Batalkan perkahwinan ni. Ada masa lagi." Beberapa hari lepas Hanan ada menelefonnya, mengatakan beberapa kata yang tidak baik terhadap Dhiya kerana mereka tahu Medina sayang benar pada Kasyaf, begitu juga dengan lelaki itu. Jadi bila mereka dapat tahu tentang berita itu, memang mereka terkejut. Itu bukan seperti Medina yang mereka kenal.

Dhiya bangun dari duduk. "Aku tak nak."

"Sebab?"

"Sebab aku nak perkahwinan ni."

Iman diam. Kelu.

"Aku—" lidahnya terketar-ketar menutur kata.

"Aku just akan mengandungkan anak Kasyaf."

Giliran Iman pula bangun dari duduk. Dia rapatkan diri dengan Medina. "Habis tu, kalau kau tak dapat mengandungkan anak dia, ataupun lepas kau lahirkan anak dia apa akan jadi? Kau akan teruskan perkahwinan tu?"

"Aku tak tahu."

"Kau kena tahu. Takkan kau dapat rasa yang Kasyaf cinta mati dekat Dina. Kau rasa kau akan bahagia ke kalau kau kahwin dengan Kasyaf? Sekalipun kau berjaya lahirkan zuriat dia, kau yakin ke perkahwinan tu akan diteruskan?" sengaja dia duga Dhiya, mahu lihat sejauh mana Dhiya boleh pergi.

Dhiya mendengus. Iman memang takkan faham. Bahagia bukan persoalannya, itu bukan yang dia cari.

"Kau tak rasa ke kau seolah-olah—"

"Seolah-olah apa?" percakapan Iman dipotong.

Dia jauhkan diri dari Iman. "Kau boleh cakap apa yang kau nak cakap. Memang aku perampas, memang aku rampas suami kawan baik aku sendiri kalau itu yang kau nak dengar." Suaranya seakan beralah.

Mungkin memang silap Dhiya sendiri kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar tapi jika ianya diberitahu sekalipun, adakah itu akan mengubah keputusannya?

Tidak. Mengahwini Kasyaf memang mungkin perkara yang dia inginkan. Walaupun dia akan dilempar dengan perkataan perampas waima kata-kata nista sekalipun.

Kerana kali ini, memang Dhiya tekad untuk pentingkan diri.

Hanya mampu keluhan berat sahaja dilepaskan. Langsung Iman tiada niat untuk mengecilkan hati Dhiya tapi dia langsung tidak dapat memikirkan objektif yang masuk akal.

"Kau tahu Iman, aku ingat kau akan jadi satu-satunya orang yang akan faham aku—" sebak ditahan, dengan sakit pada tubuh-tubuh mulai menyerang. "—but I was wrong. Still, bukan salah kau kalau kau tak dapat nak faham aku."

"Mungkin memang aku yang sukar untuk difahami."

HUJUNG minggu itu Medina ke Kuantan. Ada beberapa hal yang perlu dia selesaikan dengan Dhiya.

"Cantik kan?" soal Medina dengan agak teruja kepada Kasyaf yang turut datang bersama.

Kasyaf angkat kepala pandang Dhiya yang baru keluar dari bilik persalinan baju dan mengenakan baju kurung bersulam untuk majlis kahwin mereka nanti.

Disebabkan oleh kekangan masa, mereka hanya sempat untuk membeli baju kahwin yang sudah siap dijahit, tiada masa untuk menempah yang baru.

Dhiya terima saja dengan cadangan Medina itu tapi Kasyaf, lelaki itu langsung tidak berminat.

"Cantik," jawabnya sepatah sebelum kembali memandang skrin telefon.

Medina tarik muka tanda tidak setuju. "Ya ke?" dia berjalan mendekati Dhiya yang berdiri dengan pembantu butik perkahwinan itu.

"Tapi aku rasa baju ni besar lah untuk kau. Ke kau makin kurus?" rasanya bahagian dada yang sedikit besar membuatkan baju itu kelihatan kembang.

Peluh membasahi dahi sedikit. "Ya ke?"

"Ya. Actually aku rasa kau dah makin kurus a few years ago. Tapi naik balik, sekarang kurus balik." Medina agak perasan perubahan fizikal Dhiya. Kadang-kadang kelihatan tidak bermaya dan lemah.

Tapi setahu dia, Dhiya memang sejak sekolah begitu. Kalau ada acara sukan mahupun merentas desa, memang Dhiya tidak dapat untuk melibatkan diri kerana Dhiya cepat lenguh dan penat. Mahu kata ada asthma, tidak.

Senyuman palsu diukir. "Maksudnya aku berjaya lah turunkan berat badan aku. Aku diet sikit," jawabnya dengan berbohong.

Sengih saja dia mendengar jawapan Dhiya. Dulu ketika berkahwin, Medina juga seperti itu. Ingin kelihatan kurus.

"Nanti tolong kecilkan sedikit bahagian dada dengan pinggang," pesan Medina pada pembantu itu yang disambut dengan anggukan.

SEBAIK sahaja singgah di butik dan menguruskan beberapa barangan untuk hantaran serta membeli cincin, mereka singgah di restoran Beanz and Co.

Kata Medina, dia ingin makan di situ tapi bagi Dhiya makanan di situ biasa-biasa sahaja kerana dia pernah singgah beberapa kali. Tapi mereka ikutkan sahaja keinginan Medina.

Memang dekorasi dalaman restoran agak cantik, sesuai untuk majlis sambutan hari jadi ataupun makan malam romantik.

Sempat Dhiya lihat satu sudut yang dihias dengan belon biru. Beberapa makanan sudah tersedia dengan pelanggan yang turut memakai pakaian bertemakan warna biru. Rasanya mungkin ada sambutan hari lahir.

Spaghetti yang baru beberapa suap masuk ke dalam mulut dipandang. Tiada selera, mungkin juga kerana keju tabur yang membuatkan ianya rasa sedikit kering.

"I nak pergi tandas kejap."

Terus dia pandang Medina yang berlalu pergi. Tiba-tiba sahaja Dhiya merasa ruang restoran yang luas menjadi sempit membuatkan dia sukar untuk bernafas apabila ditinggalkan berdua dengan Kasyaf.

Boleh kira berapa kali menggunakan jari tangan lelaki di hadapannya bercakap sejak tiba di Kuantan pagi tadi. Seperti sedang menlacarkan perang dingin dengannya.

Dengan Dhiya yang tidak selesa di situ, berlainan dengan Kasyaf yang berlakon seolah-olah langsung Dhiya tidak berada di depannya.

Tiba-tiba perkara yang tidak Dhiya ingini berlaku. Berkerut-kerut dahi Dhiya memegang perutnya yang sakit. Dalam hati, Dhiya berdoa agar Kasyaf tidak perasan.

Mahu pergi ke tandas, Medina ada di sana. Mana mungkin Dhiya perlu mengambil ubat di hadapan Kasyaf. Walaupun sejujurnya lelaki itu kelihatan langsung tidak kisah.

Peluh membasahi dahi. Sakit sudah tidak dapat ditahan lagi. "Excuse me."

Beg tangan diambil. Langkah diatur dengan laju menuju ke kereta yang diparkir di hadapan restoran.

Masuk sahaja di dalam kereta, terus tangan menggagar mencari ubat di dalam beg. Air mineral yang tersedia di dalam kereta diteguk bersama dengan beberapa biji ubat.

Sakit masih dirasai tapi masih Dhiya lega, sekurang-kurangnya ubat sudah dia ambil. Kepala ditekup pada stereng kereta.

Mata dipejam untuk beberapa saat sambil cuba untuk tenangkan diri.

Apabila sakit sudai mulai reda, Dhiya sandarkan badan. Dahi berkerut apabila melihat cecair pekat mengalir jatuh pada stereng kereta.

Dia sentuh sedikit dan agak terkejut apabila mendapati cecair itu adalah darah. Dhiya calit sedikit pada hidungnya dan sah, darah itu keluar dari situ.

Tisu yang ada di kereta ditarik beberapa helai lalu dilap pada stereng serta hidung. Nasib baik dia ke kereta.

Harus dia jujur bahawa dia agak terkejut melihat darah itu. Mungkin kerana itu kali pertama dia mengalami pendarahan hidung sejak beberapa tahun.

"Happy birthday to Nabil, happy birthday —"

Sempat Medina kerling ke arah sambutan hari lahir yang dia lihat tadi sebelum ambil tempat di kerusinya.

Nabil yang disebut kelihatan malu-malu manakala beberapa kawannya mungkin sedang menyanyikan lagu bersama ahli keluarga. Masa muda.

"Mana Dhiya?" baru dia perasan kerusi di hadapannya kosong.

Mahu kata ke tandas, tidak pula dia berselisih tadi.

"Tak tahu." Kasyaf langsung tidak mengangkat muka memandang Medina.

Dia kemam bibir. "Sayang." Tangan dia letakkan pada tangan kiri Kasyaf yang ada di atas meja.

Segera Kasyaf tarik tangannya. Bila Medina memanggilnya dengan panggilan sayang, dia agak akan ada perkara yang Medina ingin dia lakukan.

Medina biarkan sahaja Kasyaf. Dia tahu suaminya tiada mood.


Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 165K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
10.7M 241K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...