[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

Per nu_haina

1M 42.4K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... Més

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 24

11.7K 597 17
Per nu_haina

Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing walaupun makanan di pinggan sudah semakin dihabiskan.

Medina tidak tahu dari mana harus dia mulakan. Tengahari tadi setelah berjumpa dengan Dhiya, hajat Dhiya asyik berulang tayang dalam kepala.

"Sayang," panggil Medina. Dia angkat wajah pandang Kasyaf yang sudah berubah air muka.

"Kalau you nak cakap—"

"I dah jumpa calon isteri you, dia dah terima untuk kahwin dengan you." Kepala ditundukkan. Medina tidak mahu pandangan mereka bertemu saat ini.

Prang!

Terangkat bahunya apabila Kasyaf hembaskan sudu untuk lauk gulai ayam. Dapat dia lihat marah yang sedang ditahan oleh suaminya.

"You dah kenapa? I dah cakap kan I tak nak, so I tak nak." Kasyaf tidak fikir di mana logik Medina menyuruhnya untuk berkahwin lain sedangkan Medina mampu.

Mata dipejam untuk beberapa saat sebelum dibuka kembali. "I just nak you—"

Merah mata Kasyaf pandang Medina. Ya, sekarang ini dia sedang berlawan dengan api kemarahannya. Tidak pernah-pernah Medina membuat perangai seperti ini.

Mulut dikunci apabila sedikit gerun dengan pandangan itu.

"I lagi sanggup ceraikan you daripada madukan you." Seleranya sudah mati membuatkan Kasyaf angkat punggung ke sinki untuk basuh tangan dan pinggan.

Kedua-dua tangan digenggam. Medina tahu benar Kasyaf memang cinta dan sayangkan dia. Tapi itu tidak boleh menjamin kebahagian. Memang sekarang Kasyaf tidak mahu, tapi bila lelaki itu sudah bosan dan sedar akan kepentingan anak, dia akan mula dipinggarkan.

Bibir dikemam. "Kalau macam tu ceraikan I." sengaja Medina provok Kasyaf.

Kasyaf mendengus. Geram dengan Medina lalu dia kembali ke meja makan. "Itu bukan maksud I, maksud I adalah I tak boleh, I takkan mampu berlaku adil sebab I terlalu cintakan you."

Tangan Kasyaf cuba untuk diraih tapi sempat Kasyaf larikan. Dia tidak akan termakan pujuk rayunya.

"Dengar penjelasan I."

Kepala digeleng tanda tidak mahu. Kaki diangkat untuk berlalu pergi.

"I had enough."

Kaki terhenti dari terus melangkah. Dia diam disitu, tidak pergi tidak berpatah balik.

"I am not strong enough, bukan I tak nak cuba tapi I takut kalau I kehilangan baby lagi, I might lost myself this time." Terus terang sahaja itu apa yang dia rasakan selama ini. Medina tahan empayangan daripada penuh.

"I rasa macam I dah penat sangat-sangat. I cuba untuk tak berputus asa tapi 5 kali Kasyaf, 5 kali. Tak cukup lagi ke usaha I?"

Tubuh dipusingkan. Dia dan Medina saling berpandangan. "Anak tak penting, Medina."

"Itu apa yang you rasa sekarang, Kasyaf. Nanti akan ada satu hari you mula persoalkan kegagalan I jaga anak kita, akan ada hari you get tired of me." Air mata jatuh. Mudah sahaja sekarang dia menangis.

Nafas panjang dihela. Tidak tahu bagaimana lagi harus meyakinkan Medina. Dia tahu Medina masih menyalahkan diri. Dia tahu setiap malam Medina akan menghilang dari bilik mereka dan akan meangis di bilik sebelah.

Tipu lah kalau dia kata dia tidak mahu anak. Dan juga jujur dia katakan suami mana yang tidak sedih melihat keadaan isterinya dalam keadaan seperti itu. Sekarang ini bukan masa untuk dia fikir tentang anak, tapi keadaan Medina.

"I tak apa-apa dari you, Kasyaf. Dan I juga tahu yang you pun tak pernah minta apa-apa dari I."

"Tapi kali ni je—" sebak ditahan dengan menarik nafas sedalam yang boleh.

"—penuhi permintaan I. Kita try, kalau memang jodoh you dengan dia tak panjang tak apa. Tapi kita try dulu." Mungkin situasi mereka seolah-olah sedang menjadikan Dhiya sebagai ibu tumpang tapi itu bukan maksudnya.

Bebola mata tidak lepas dari pandang Medina. Memang itu kah yang diinginkan oleh Medina? Memang Medina terlalu inginkan dia mempunyai anak walaupun bukan dari dia sendiri?

"You sanggup tengok I kahwin dengan orang lain?"

"I sanggup." Tipu.

"You sanggup kalau I ada anak dengan orang lain?"

"You jangan risau, I yang nak kan semua ni so I takkan menyesal." Walau pahit, akan tetap Medina telan.

"Kalau I mula cintakan perempuan tu?"

Mendengarkan soalan itu sahaja sudah menyesakkan dada dia. "By the time you cintakan dia, dia dah bergelar isteri you. Itu hak you, tanggungjawab you untuk menyayangi dan mencintai dia." Tenang sahaja dia menjawab tapi hatinya bagai dilanda rebut taufan.

"Kalau cinta I pada you makin pudar?" dia tanya lagi, sengaja sesakkan Medina dengan soalan-solan seperti itu kerana ingin lihat sejauh mana Medina boleh pergi.

Dia ukir senyuman palsu untuk sembunyikan perasaan sebenar. "I tahu you tak kan, I tahu you cinta mati pada I." Jujurnya dia takut jika perkara itu benar-benar berlaku.

Kasyaf senyum sinis. Tekad betul Medina kali ini meyakinkan dirinya. Kasyaf berjalan beberapa tapak mendekatkan dia dengan Medina.

"I terima. I akan kahwin dengan dia, tapi kalau dalam beberapa tempoh dan memang tak ada rezeki kami, izinkan I untuk lepaskan dia." Kasyaf menyerah kalah.

Selemah-lemah dia menerima dugaan Allah, lemah lagi Medina yang menangis saban hari. Mungkin benar Medina sudah benar-benar penat.

Gugur lagi air mata Medina. Bercampur dengan perasaan gembira dan kecewa juga sedih. Suami yang dia cintai akan menjadi hak orang lain juga. Hati lelaki itu akan dibelah kepada dua.

"Terima kasih, sayang." Tubuh kekar Kasyaf dipeluk. Dia akan merindui saat di mana dia menjadi satu-satunya perempuan yang memiliki lelaki ini. Tuhan, kuatkan aku.

Apabila dia dipeluk, Kasyaf tidak membalas. Dia biarkan sahaja kerana tidak tahu apa yang patut dia rasa. Jika orang lain pasti gembira dapat memasang dua, tapi tidak Kasyaf.

"Dina."

"Ya."

"Siapa perempuan yang akan I nikahi?"

Pelukan dieratkan. Dia pejam mata dan bibir menyebutkan nama wanita itu, "Dhiya."

MELIHATKAN mesej yang dihantar oleh Medina dalam kumpulan WhatsApp dia dan yang lain, terus sahaja Dhiya tutup capaian internet.

Tekaannya tepat apabila telefon ditangan bergetar menandakan Iman sedang melefonnya. Panggilan itu diendahkan lalu diletakkan di dalam laci.

Lebih seminggu yang lalu Medina maklumkan kepada dia bahawa Kasyaf sudah bersetuju. Bagaimana lelaki itu boleh bersetuju pun Dhiya tidak tahu.

Katanya Medina ingin percepatkan perkahwinan jadi dia tetapkan dalam masa 1 bulan dari sekarang majlis perkahwinan mereka akan berlangsung.

Seperti dalam kebiasaan drama dan novel melayu, Dhiya inginkan majlis yang sederhana sahaja dengan mengadakan majlis akan nikah tapi Medina bangkang. Katanya ini hari bersejarah mereka jadi perlu ada majlis persandingan supaya orang lain tahu.

Tahu apa? Tahu bahawa Dhiya akan berkahwin dengan lelaki orang? Atau tahu yang dia telah merampas suami kawan baik sendiri?

Tapi Dhiya malas ambil pusing. Dia hanya tetapkan majlis persandingan akan tetap dilakukan secara sederhana dengan dilakukan di rumahnya sahaja. Tidak perlu dewan bagai.

Dan tadi setelah menyimpan tidak terlalu lama, Medina khabarkan kepada Hanan dan Iman yang dia akan berkahwin dengan Kasyaf. Mungkin sebab itu juga Iman telefon dia tadi, untuk meminta penjelasan.

"Cik Dhiya, boleh kita mulakan?"

Medina pandang jururawat perempuan yang berdiri di hujung katil. Sementara Medina sibuk menguruskan persediaan kahwinya, Dhiya sibuk menguruskan rawatan kemoterapinya.

Tidak disangkal apabila Kasyaf bersetuju, hatinya terpujuk untuk mendapatkan rawatan. Mungkin dia akan dapat bertahan lebih lama jika dia dirawat, setidaknya.

Beberapa hari yang lalu Dhiya menjalani pembedahan kecil dengan memasukkan chemo port ke bahagian bawah kulit dada kanannya.

Tujuan alat itu dipasang bagi memudahkan proses kemoterapi. Tidak perlu lengan dicucuk setiap kali proses kemo hendak dijalankan kerana salur darah akan mengeras setelah rawatan kemo dijalankan dan semakin lama, ianya makin sukar untuk dicucuk.

Proses kemoterapi akan berlangsung selama 4 jam dengan jururawat akan bersihkan bahagian sekitar chemo port dan jarum akan ditusuk ke dalamnya. Beberapa ubat alergi dan seterusnya ubat yang Dhiya tidak tahu nama mereka akan dimasukkan melalui chemo port.

Sepanjang tempoh kemoterapi dijalankan Dhiya hanya berzikir, sesekali dia akan terlelap. Mak su dan pak su akan ambil Dhiya esok hari kerana dia ingin berehat semalaman di hospital walaupun dibenarkan untuk terus pulang.

LOYA di anak tekak semakin kuat terasa membuatkan Dhiya terus berlari ke bilik air. Masuk sahaja ke dalam bilik air, terus isi perutnya keluar.

Ini antara sebab mengapa Dhiya tidak suka akan rawatan kemoterapi. Kesan sampingan.

Bermula pagi tadi Dhiya sudah merasai kelainan dengan tubuh badannya. Dia sudah mula rasa penat dan letih. Tapi sekurang-kurangnya Dhiya agak bersyukur kerana rambut belum mulai gugur.

Air paip digunakan untuk memcuci sekitar mulut. Dhiya masuk ke dalam bilik tidur semula dan duduk di hujung katil.

Bubur yang diberikan oleh mak su dipandang sekilas. Tiada selera kerana hasilnya dia akan muntah lagi.

Baru sahaja Dhiya ingin baringkan tubuh, telefonnya bergetar kerana berada dalam mod senyap. Telefon diambil, nama Iman pada pemanggil hanya dilihat.

Dari semalam Iman cuba untuk menghubunginya namun Dhiya tiada daya untuk bertekak atau menjelaskan apa-apa. Mungkin sehari dua lagi.

Panggilan mati. Dia ingin letak telefon ke atas meja tapi panggilan tadi digantikan dengan mesej pula.

Kau angkat telefon aku sekarang Dhiya
Kalau tak aku datang rumah kau
12.12 pm

Semalam aku datang rumah kau
Kau tak ada
Kau jangan lari dari aku
12.13 pm

You need to explain everything to me
12.14 pm

Dhiya keluh kecil. terus nama Iman didail kembali. Tidak mahu jika Iman datang ke rumah dengan melihat keadaan dia seperti ini.

Tidak menunggu lama, panggilan terus dijawab.

"Dhiya, apa yang Medina cakap semalam tak betul kan?" dirinya terus ditembak dengan soalan.

"Pasal apa?" sengaja dia tarik tali.

Iman merengus kasar. Buat-buat bodoh. "Kau nak kahwin dengan Kasyaf? Biar betul?"

"Ya, betul. Aku dengan akan Kasyaf akan kahwin." Puas hati?

"Tapi kenapa? Kenapa Kasyaf?" Iman ingin tahu, dia perlukan penjelasan memandangkan bila dia tanya Medina, wanita itu memilih untuk diam.

Kepala yang berat dipegang. Pening. Terasa ingin menangis sekarang. "Iman, please bagi aku sehari dua lagi. Nanti aku jelaskan dekat kau. Jangan datang rumah, jangan call, jangan mesej aku. Nanti aku jelaskan, please," ujar Dhiya lemah. Sungguh dia tiada tenaga.

Tidak sempat Iman membalas, Dhiya matikan panggilan. Telefon diletak ke atas meja lalu dia baringkan tubuh. Selimut ditarik sehingga menutupi bahu.

Perlahan-lahan air matanya jatuh. Mata dipejam cuba untuk tidur.

Continua llegint

You'll Also Like

315K 12.9K 19
"𝙎𝙤𝙪𝙡𝙢𝙖𝙩𝙚𝙨 𝙖𝙧𝙚𝙣'𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨" (Book 2) Sila baca Tunang Paling Sweet telebih dahulu. "sayang,congrats" Sejambak bunga ros...
72.8K 4.5K 33
LUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selalu membulinya. Setakat masukkan cicak ke...
635K 5.7K 8
𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍! [SLOW UPDATE] #1 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙮 𝙇𝙪𝙩𝙛𝙖𝙣 | 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙮𝙖 𝙇𝙪𝙛𝙮𝙖𝙖 Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
1.3M 111K 57
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...