[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 42.4K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 17

12K 558 11
By nu_haina

Sebaik sahaja sampai di depan rumah, terus sahaja Dhiya menekan brek dengan laju menyebabkan bunyi cengkaman tayar kereta pada lantai menghasilkan bunyi. Hampir juga keretanya melanggar dinding rumah jika lambat menekan brek.

Pintu rumah dihempas kuat sehingga bergegar dan terbuka kembali namun tidak dia hirau lalu dia menuju ke dapur. Gunting yang selalu dia gunakan untuk memotong sayur diambil, anak kaki segera mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

Tudung bawal yang dipakai ditarik kasar sehingga pin yang disemat pada bahu dan kepala tertarik sehingga tercampak entah ke mana.

Dhiya pandang pantulan tubuhnya pada cermin meja soleh. Kembang kempis dadanya menahan kecewa dan marah dalam hati sebelum air mata gugur membasahi pipi. Berita yang dia dengar tadi tidak mampu untuk Dhiya telan hakikatnya.

Bilik Doktor Amina itu sunyi sepi, hanya ditemani dengan bunyi angin penghawa dingin. Doktor Amina yang memandang keputusan pemeriksaan kesihatan Dhiya pada skrin dengan muka yang sedikit berkerut dicuri pandang oleh Dhiya.

Sumpah dadanya terasa ingin pecah tapi cuba untuk Dhiya tenangkan. Doktor Amina yang selama ini menjadi doktor yang merawat Dhiya selama bertahun-tahun.

"Macam mana dengan keputusan saya, doktor?"

Sungguh Dhiya menyesal tanya apabila riak muka doktor yang tua 3 tahun daripadanya tidak menunjukkan reaksi muka yang baik. Tiba-tiba sahaja Dhiya ingin lari, tidak sanggup untuk dengar.

Keluhan panjang kedengaran. Skrin komputer yang sedang memaparkan keputusan kesihatannya dipusingkan menghadap Dhiya.

"Saya minta maaf Puan Dhiya-"

Diam. Jangan sambung.

"-kanser puan datang kembali."

Luluh hatinya apabila mendengar sepotong ayat itu. Dugaan apa lagi ini? "Okay, bila saya boleh buat pembedahan? Kemoterapi? Radioterapi?" cuba untuk bertenang tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Sungguh Dhiya tidak sanggup untuk menempuhi kembali waktu-waktu rawatan itu.

Lama Amina memandang Dhiya, selama dia kenal, wanita itu tidak pernah berputus asa untuk sembuh. "Ada benda yang perlu saya malklumkan lagi."

Suara Amina tidak kedengaran bagus. Beg tangan yang berada di atas paha digenggam kuat, tidak tahu di mana harus Dhiya mencari kekuatan.

"Sel kanser kali ni berbeza dengan sel kanser yang sebelum ini. Kali ini, lebih aktif." Amina diam apabila melihat rahang Dhiya bergerak menandakan dia sedang mengetap giginya.

"Kami takut kalau sel kanser sudah merebak ke tempat lain jadi kita kena buat pemeriksaan yang lebih terperinci," sambungnya lagi. Adalah penting untuk dia maklumkan keadaan sebenar pesakit walaupun berat.

Dhiya hanya diam tidak berkutik. Dia masih lagi untuk memahami apa yang dikatakan oleh doktor itu.

"Kalau dah merebak, dengan sel seaktif ini berapa lagi masa yang saya ada?"

"Saya bukan Tuhan. Ajal itu rah-"

"Berapa lagi masa yang saya ada?" Dhiya potong percakapan Doktor Amina.

Pen bermain dijari, serba salah untuk menjawab. "Kalau puan jalani rawatan, mungkin 2 tahun, mungkin lebih, mungkin kurang."

"Kalau tanpa rawatan?" dia tanya lagi.

Bibir dikemam. "Tak lama."

Laju sahaja air mata Dhiya turun. Jika tanya, Dhiya tidak sanggup. Rawatan yang sebelum ini dia lalui amat perit. Keguguran rambut sehingga botak, mual sehingga muntah, badan lemah tidak bermaya, penurunan berat badan.

Terketar-ketar bibir Dhiya memandang Amina. "Kenapa saya? Tak cukup ke selama ni saya berusha untuk hidup? Kenapa saya lagi?" dulu mama, selepas itu mak su, sekarang Dhiya!

"Puan, Allah takkan uji hambaNya kalau-" melihatkan Dhiya yang terus memejam mata, Amina tutup mulut. Mungkin waktu ini Dhiya terlalu kecewa dengan berita ini.

"I won't proceed with any treatment."

Belum sempat Amina menghalang, Dhiya sudah beredar dari bilik dengan hati yang hancur seribu.

Segala barangan yang disusun di meja solak ditolak kasar sehingga jatuh ke lantai. Sungguh Dhiya kecewa. Hatinya ranap.

Rambut yang diikat dilepaskan. Tangan yang memegang gunting tajam dihala pada rambut yang dia simpan selama 5 tahun selepas dia sembuh 5 tahun yang lalu. Tidak sekalipun pernah dia potong kerana terlalu sayang kerana pernah botak.

Tapi kali ini, jika dia perlu melakukan rawatan, pasti rambutnya akan gugur lagi, akan botak lagi. Dengan penuh amarah, rambut itu dipotong kasar. Langsung tidak sama. Sesekali gunting tajam terkena kulit leher dan jari, Dhiya tidak peduli.

Kaki yang menjadi lemah membuatkan Dhiya jatuh ke lantai. Dhiya menangis semahu-mahunya, berharap Tuhan akan memberikan kekuatan untuk dia tempuhi semua ini.

TIDAK sedap hati mak su apabila melihat pintu pagar besar Dhiya yang terbuka luas. Tidak pernah Dhiya lupa untuk tutup walaupun ada di rumah.

Awal pula Dhiya balik. Dhiya ada memberitahu pagi tapi temu janjinya diawalkan kepada 9 pagi dan sekarang baru pukul 10 lebih.

Apabila melihat pintu rumah yang tidak ditutup, terus mak su masuk ke dalam rumah. Hati dia tidak sedap melihatkan itu semua. "Dhiya." Panggilnya namun tidak dibalas.

Mak su pergi ke dapur namun sunyi, kaki diangkat menuju ke atas, mungkin ada di sana. Tapi apabila tangisan Dhiya kuat kedengaran, mak su melajukan kaki.

Terkejut apabila sebaik sahaja membuka pintu, Dhiya sedang meraung di lantai bilik dengan rambut bersepah di lantai. Juga dia lihat sedikit darah pada tangan dan leher Dhiya.

"Ya Allah, Dhiya! Kenapa ni?" terus dia peluk anak saudaranya. Mak su biarkan sahaja apabila Dhiya turut memeluknya dengan erat seperti tidak mahu melepaskan dia.

"Kanser Dhiya datang balik." Tersedu-sedu Dhiya menutur ayat itu.

Gugur air mata apabila mendengarkan khabar itu. Dugaan apa lagi yang perlu dia tempuhi.

"Kali ni doktor kata kanser aktif, kalau merebak, I don't have much time, Dhiya akan mati tak lama lagi."

Pelukan dilepaskan. Bahu Dhiya dipegang. "Tak Dhiya, Dhiya takkan mati. Mak su takkan biarkan perkara tu berlaku."

Kepalanya digeleng. Langsung Dhiya tidak percaya. Memang takdirnya untuk dia mati kerana kanser, seperti arwah mama.

Tangan Dhiya ditarik apabila perempuan yang menghampiri umur 50 tahun itu bangun. "Kita pergi hospital sekarang, hari ni juga kita rawat Dhiya. Dhiya takkan mati."

Tapi Dhiya mengeraskan badan. Tiada guna. Tiada harapan. Peluangnya tipis. Jika dia berharap untuk terus hidup, hatinya akan makin kecewa. Dhiya hanya menangis di situ.

Mak su kembali memeluk Dhiya dengan erat. Dia tahu ketakutan yang Dhiya rasai. Anak buahnya membesar dengan melihat ibunya sakit. Dia sendiri ditimpa penyakit ini dan syukur dia sudah bebas sepenuhnya.

Tapi Dhiya? Sama seperti arwah kakaknya dahulu. Disahkan menghidapi kanser rahim pada tahap pertengahan namun kerana kanser yang aktif, sel itu telah merebak sehingga meragut nyawanya.

APABILA matanya celik dari tidur, terus sahaja dia bangunkan badannya. Benda pertama yang Dhiya lihat adalah imejnya pada cermin.

Tadi sebelum terlelap, mak su sudah memotong sama rambutnya yang kini hanya separas leher. Ada yang tidak berapa sama tapi Dhiya tidak mahu lagi pendek.

Teringat yang dia masih belum solat Zohor walaupun sudah pukul 4 lebih, segera Dhiya menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Selesai solat, Dhiya hanya berzikir dengan tasbih di tikar sejadah.

Allahuakbar.

Setitik air matanya jatuh.

Allahuakbar, Dhiya teruskan berzikir.

Setitik lagi air mata turun.

Allah-

Mulut ditekup apabila terasa seperti ingin menangis lagi. Sungguh hari ini dia lemah. Acap kali bisikan syaitan hadir untuk dia tamatkan nyawanya namun segera dia beristighfar.

Berikan aku ketabahan Ya Allah, beri aku kekuatan untuk tempuhi ujianMu, Ya Allah.

Jika tanya Dhiya, masih banyak perkara yang dia belum lakukan. Dia tidak mahu mati lagi, dia takut mati tapi pada masa yang sama Dhiya tidak kuat untuk bertarung lagi.

Gerakan tasbih terhenti. Dia mahu ke satu tempat. Telekung ditanggalkan, lalu pakaian yang bersesuaian disarung pada tubuh. Tanpa meninggalkan pesan, terus Dhiya memandu keretanya menuju ke satu destinasi.

Continue Reading

You'll Also Like

636K 5.7K 8
๐๐„๐– ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐Ž๐! [SLOW UPDATE] #1 ๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐™ƒ๐™–๐™›๐™ž๐™ฎ ๐™‡๐™ช๐™ฉ๐™›๐™–๐™ฃ | ๐˜ผ๐™ช๐™ก๐™ž๐™ฎ๐™– ๐™‡๐™ช๐™›๐™ฎ๐™–๐™– Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
315K 12.9K 19
"๐™Ž๐™ค๐™ช๐™ก๐™ข๐™–๐™ฉ๐™š๐™จ ๐™–๐™ง๐™š๐™ฃ'๐™ฉ ๐™Ÿ๐™ช๐™จ๐™ฉ ๐™ก๐™ค๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ" (Book 2) Sila baca Tunang Paling Sweet telebih dahulu. "sayang,congrats" Sejambak bunga ros...
393K 34.3K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
73.1K 4.5K 33
LUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selalu membulinya. Setakat masukkan cicak ke...