[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 42.4K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 14

13K 660 13
By nu_haina

Dhiya tersedar dari tidur apabila merasakan lehernya agak lenguh. Waktu itu dia masih lagi beradi di lantai bilik Encik Fauzi. Sayup-sayup kedengaran bunyi ceramah Subuh di masjid yang tidak jauh dari rumah.

Anak matanya tertancap pada bingkai gambar yang dia peluk erat sejak dari awal pagi tadi. Semuanya masih dianggap mimpi, tidak ada satu yang fakta.

Agak lama dia termenung sambil memandang gambar itu. Dhiya sesat dalam kehilangan, sekarang dia buntu, tidak tahu harus ke mana, tidak tahu apa yang harus dia buat.

Perlahan-lahan dia bangun. Tubuh yang lemah cuba dia kuatkan. Sempat dia intai bilik tetamu yang Kasyaf dan Medina duduk sudah terpasang lampu. Mungkin sudah bangun untuk solat subuh.

Apabila turun ke tingkat bawah, laju sahaja air mata mula mengaburi mata. Selalunya jika dia bangun, baba sudah menyiapkan sarapan, dengan senyuman akan mengajak Dhiya untuk makan bersama.

Dhiya seka air mata. Kunci kereta yang berada dalam mangkuk penuh kunci lain diambil. Semalam petang kereta yang sudah siap diservis diambil oleh pak su dibengkel.

Tanpa meninggalkan pesanan, Dhiya masuk ke dalam keretanya lalu menekan pedal dengan laju menuju ke satu destinasi. Waktu itu dia sudah menangis seperti orang gila, masih tidak mampu untuk menerima suratan takdir yang tertulis.

Tidak sampai 10 minit, Dhiya sudah sampai destinasi yang dituju. Keretanya diparkir di seberang jalan yang berhadapan dengan sebuah bangunan yang terbiar.

Hanya ada seorang lelaki berbangsa Cina yang sedang berjoging sewaktu dia sampai di Pantai Tembeling. Wajar kerana jam digital keretanya menunjuk pukul 6.45 pagi.

Dengan langkah yang tidak betul, Dhiya keluar dari kereta. Dengan tangisan yang masih lagi kuat dia menuju ke arah batu-batuan.

Air laut yang masih pasang sehingga memabasahi hujung batu tidak diperlukan. Dhiya duduk di atas batu besar yang masih lagi kering.

Dia peluk tubuh kerana kesejukan angin ditiup pantai mencengkan sehingga ke tulang. Pantai ini selalu dia kunjung sewaktu ibu bapanya masih hidup, bahkan dia selalu membawa rakan-rakannya ke sini memandangkan ianya tidak jauh dari sekolah.

"Wa ilyhi turjaun." Surah Yasin ditutup lalu tangannya menadah tangan kepada Ilahi di bawah cahaya matahari yang terik.

Dhiya yang duduk di atas tikar mengkuang bersebelahan dengan Encik Fauzi turut mengangkat tangan berdoa. Tapi anak matanya masih tidak beralih dari bongolan tanah yang telah menutup jasad mamanya seminggu yang lalu.

Waktu itu Dhiya baru sahaja memasuki alam persekolahan darjah 4 tapi dia sudah faham apa yang berlaku di sekitarnya. Dia tahu Mama sudah tiada meningalkan Dhiya dan baba kerana kanser.

Selama dia hidup, dia sudah terbiasa menemani Mama ke hospital, dia sudah terbiasa malamnya dikejutkan oleh rintihan Mama yang menahan sakit di perut.

Selalu orang di sekelilingnya akan memandang dia dengan pandangan simpati, anak kepada ibu yang sedang bertarung dengan kanser. Selalu dia dengar bahawa mamanya tidak akan bertahan lama, bila-bila masa sahaja kanser ini boleh meragut nyawanya.

Dan sekarang, Mama betul-betul sudah pergi.

"Amin."

Dhiya raupkan tapak tangan pada seluruh muka. Encik Fauzi angkat tubuh kecil Dhiya duduk ke atas ribanya. Ada air mata yang lelaki itu sembunyikan dari Dhiya.

"Dhiya."

Dia pandang sahaja baba.

"Baba tak tahu sama ada baba betul-betul boleh jaga Dhiya, tapi baba akan cuba untuk didik Dhiya menjadi seorang anak yang solehah sebagaimana mama impikan."

Tersedu-sedu Dhiya apabila teringat akan janji arwah baba di hadapan kubur mama merah waktu itu. Selama 15 tahun baba membesarkan dia seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Walau sesibuk mana baba, tidak pernah baba biarkan dia menunggu lama ketika pulang dari sekolah, pasti kereta baba sudah menunggu dia di pagar.

Sewaktu ditinggalkan oleh arwah mama, tidak ada satu kerja rumah pun yang baba tahu. Baba belajar sendiri bagaimana untuk membasuh baju, belajar sendiri untuk melipat baju, baba pergi ke kelas memasak supaya Dhiya tidak perlu makan nasi berlaukkan telur hancur dengan kicap.

Tidak ada satu cacat cela dalam baba membesarkan Dhiya. Dari segi pendidikan mahupun agama, semua sudah cukup. Jika ada kurang, semua itu datang dari dia yang leka.

Dan sekarang, baba sudah tiada. Baba pergi tinggalkan dia seperti mana mama. Dhiya ditinggalkan seorang diri di dunia ini.

Kenapa perlu Tuhan ambil mama ketika Dhiya masih muda? Kenapa perlu Tuhan ambil baba ketika dia masih belum cukup merasai kasih saying dari lelaki itu? Kenapa perlu Tuhan ambil orang yang dia sayang?

Sedangkan orang lain ada yang membenci ibu bapa sendiri tapi kenapa dia? Tidak cukupkah sayang dia pada ibu bapanya? Kenapa perlu Tuhan rampas mereka darinya?

Persoalan itu menguasai diri Dhiya. Sekarang ini apa yang dia rasakan dalam hati adalah ketidakpuasan terhadap Tuhan. Baginya Tuhan tidak adil!

Dhiya bangun dari duduk. Ombak yang masih kuat dipandang. Tidak ada guna jika dia hidup tapi semua orang pergi meninggalkan dia.

Kakinya melangkah perlahan menuju ke persisiran pantai. Bisikan syaitan untuk mengakhiri hidupnya menguasai diri.

Apabila paras air laut sudah sampai ke pinggang, tidak ada tanda seperti Dhiya akan berpatah balik. Sesekali badannya hampir jatuh apabila ombak kuat memukul badannya. Apabila air sudah ke paras dada, ombak tinggi menenggelamkan tubuhnya.

Tidak ada usaha untuk Dhiya mencuba untuk menyelamatkan diri apabila air laut mula memasuki mulutnya. Apabila berada dalam air, dia buka mata sedikit apabila tubuhnya makin ke dasar.

Tiada apa yang dia lihat, mungkin ini pengakhiran seorang Nadhiya, mati ditelan. Ampunkan Dhiya, mama, baba, Dhiya lemah. Dia semakin lemah sebelu akhirnya kedua-dua mata terpejam rapat.

BERLARI anak Medina membuka pintu apabila pintu bilik diketuk. Rambutnya yang masih basah diikat kerana ingin solat tadi dilepaskan apabila sudah selesai berjemaah dengan Kasyaf.

Wajah risau Iman terpantul sebaik sahaja pintu dibuka. "Kenapa, Man?"

"Kau ada nampak Dhiya?"

Kepala digeleng. "Tak ada pula. Dekat bawah dah cari? Dalam bilik Uncle Fauzi? Dekat rumah pak su?"

Dengusan kecil dilepaskan. Kepala menggeleng laju. Sudah 10 minit dia cari Dhiya. Tadi subuh bila dia bangun untuk solat, Dhiya sudah tiada. Selepas solat dia cari Dhiya, langsung tidak jumpa.

Medina mulai risau. Ke mana Dhiya pergi? Sudahlah emosi Dhiya masih belum stabil. Kepala dipusing memandang Kasyaf yang sedang melipat sejadah.

"You-" Kasyaf berjalan mendekati Medina apabila dia dipanggil.

"You ada nampak Dhiya?" mana tahu Kasyaf nampak sebab dia bangun lebih awal berbandingnya.

"Dalam bilik arwah-"

"Tak ada." Pantas Iman memotong.

Kasyaf diam. Itu kali terakhir dia nampak Dhiya. "Tadi masa I nak ambil air sembahyang, I ada dengar bunyi kereta."

Segera Iman berlari menuju ke balkoni. Kawasan garaj kereta dilihat. Sah kereta Dhiya tidak ada! Telefon yang berada di tangan setelah menelefon pak su untuk bertanya keberadaan Dhiya tadi segera mendail nombor Dhiya namun hampa apabila deringan telefon boleh didengari dalam bilik. Dhiya tidak bawa telefon!

"Mana Dhiya pergi ni?" Iman sudah mula gelisah. Tidak tahu siapa yang harus dia hubungi untuk tahu keberadaan Dhiya sekarang.

Medina cuba untuk bertenang. Dia mengumpulkan segala ingatannya untuk memikirkan kemungkinan keberadaan Dhiya. "Aku rasa aku tahu Dhiya dekat mana."

"Dekat mana?"

Dia pandang Kasyaf dan Iman silih berganti, sebelum berlari masuk ke dalam bilik untuk mengambil tudung sarung.

"I drive." Kunci kereta yang berada di atas meja soleh diambil. Berlari mereka menuju ke kereta, berdoa di dalam hati agar Dhiya tidak melakukan perkara bodoh.

TEKAAN Medina tepat apabila melihat kereta Dhiya yang diparkir di bahu jalan. Namun melihatkan kereta yang kosong itu, segera mereka berlari menuju ke pantai.

"Dhiya!" Iman menjerit memanggil Dhiya apabila jasad itu tidak dijumpai.

"Dhiya!" giliran Medina pula cuba tapi hampa.

Kasyaf turut tidak ketinggalan, mereka berlari anak di sekitar pantai.

"Dhiya! Ya Allah, Dhiya!"

Serentak Iman dan Kasyaf memandang ke arah Medina yang cuba untuk masuk ke dalam laut. Mereka cuba cari apa yang Medina jumpa. Iman turut melaung apabila melihat badan Dhiya ditelan laut lalu tidak timbul sudah.

Kasyaf berlari sepantas yang boleh. Dia menghalang Medina dari masuk ke laut. Segera dia berenang ke dalam air yang masih lagi ganas walaupun sudah semakin surut.

Bersusah-payah dia cuba tarik tubuh Dhiya yang sudah tidak sedarkan diri kembali ke darat kembali. Iman dan Dhiya cuba tarik mereka berdua dan apabila air sudah paras ke lutut, Kasyaf angkat sahaja Dhiya naik ke pantai.

Air mata sudah membasahi muka Iman dan Medina. Mereka cuba tepuk belakang Dhiya untuk mengeluarkan air laut yang masuk ke tubuh. Apabila Dhiya terbatuk-batuk mengeluarkan air, mereka bersyukur kerana perkara yang paling buruk dielakkan.

Sedar bahawa dia berada di darat, automatik Dhiya peluk Kasyaf. Mukanya disembam pada dada Kasyaf seperti berlindung padanya.

"Baba." Lirih dia memanggil baba.

"Dhiya nak baba."

Mereka bertiga terpaku di situ. Ingin marah dengan tindakan bodoh Dhiya tapi bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan riwayat Dhiya.

Continue Reading

You'll Also Like

315K 12.9K 19
"𝙎𝙤𝙪𝙡𝙢𝙖𝙩𝙚𝙨 𝙖𝙧𝙚𝙣'𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨" (Book 2) Sila baca Tunang Paling Sweet telebih dahulu. "sayang,congrats" Sejambak bunga ros...
23.1K 2.2K 30
[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang...
101K 18.3K 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-gala...
73.1K 4.5K 33
LUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selalu membulinya. Setakat masukkan cicak ke...