[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 42.7K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 5

15K 612 10
By nu_haina

Dhiya hanya duduk di bangku bawah pokok rhu yang redup sambil memandang jauh ke pantai.

Mereka semua baru sahaja selesai bermain jet ski, termasuk dengan Kasyaf. Dilihatnya mereka sedang bermain dengan pasir manakala Kasyaf menangkap gambar.

Suka dia apabila melihat Kasyaf mula rapat dengan kawan-kawannya, cuma Medina mungkin masih memerlukan sedikit masa.

Tidak pula dia menyertai mereka kerana dirasakan sedikit letih. Banyak kali jatuh ke dalam air membuatkan dadanya sedikit sakit. Mungkin kerana air laut memasuki badannya.

Lagipun Dhiya memang cepat penat dan lelah. Sewaktu di bangku sekolah, orang lain aktif bermain sukan, paling tidak pun sewaktu mewakili rumah sukan.

Tapi Dhiya tidak pernah, paling aktif yang pernah dia buat hanya menjadi krew untuk perarakan rumah sukan.

Mahu kata dia mempunyai lelah, tidak pula. Mungkin memang jasadnya yang cepat penat.

Lagipun dalam kalangan mereka berempat, dia yang mempunyai badan yang lebih gempal. Tidak gemuk cuma yang paling berat diantara mereka.

"Jauh termenung." Teguran itu membuatkan Dhiya tersedar dari angannya. Tidak sedar pula sejak bila pula Kasyaf ada di sebelahnya.

Dia mengesot sedikit untuk membolehkan Kasyaf duduk di sebelahnya.

Mereka saling berganti senyuman apabila Kasyaf duduk di bangku. "Kawan-kawan awak tu hyperactive juga ya," ujar Kasyaf sambil melihat ke arah Iman yang sedang menangkap gambar menggunakan kameranya.

"Lagi-lagi Iman."

Tawa tercetus di antara mereka apabila mereka menyatakan hal yang sama serentak. Memang selalunya Iman yang paling kelakar dan aktif dalam kalangan mereka. Dhiya yang kedua dan raanya semua boleh agak siapa yang terakhir. Medina.

"Medina tu..." ayat Kasyaf terhenti. Kedua-dua mereka memandang Medina yang turut sama berposing untuk gambar. "...memang pendiam ke?"

Soalan itu membuatkan Dhiya tersenyum kecil. "Dia memang macam tu. Masa mula-mula dia masuk kelas kitaorang dulu, oh ya, dia dengan Iman form 4 baru, saya dengan Hanan sekelas sejak form 1. Kitaoran pun ingatkan dia pendiam, sombong. Turns out dia sama je macam kitaorang, crackheads juga. Let her be comfortable with you first."

Seringkali orang salah faham dengan Medina. Medina bukan sombong, dia cuma pemalu terutama sekalidengan orang yang baru dia kenal.

Kepalanya hanya mengangguk faham. Sejujurnya dia sudah nampak perubahan sikap Medina terhadapnya. Gadis itu sudah mula bercakap dengannya walaupun sedikit. Tapi itu sudah memadai, untuk mengelakkan mereka makin kekok. Terutama sekali mereka mungkin akan banyak berhubung di Jerman nanti.

"Dhiya!"

Dhiya memandang Medina yang memanggil namanya. "Mari lah sini! Kita tangkap gambar sama-sama!" laungnya sedikit kuat agar suara tidak ditenggelami oleh ombak pantai.

"Panggil Kasyaf sekali! Siapa nak tangkap gambar kita kalau bukan dia!" Kata-kata Iman membuatkan mereka berdua tergelak. Segera mereka berdua menuju ke arah mereka.

Asyik menangkap gambar untuk dijadikan sebagai kenangan, mereka balik kembali ke bilik apabila azan maghrib sudah berkumandang.

KEPALA hanya digelengkan apabila melihat Dhiya yang sedang asyik menghabiskan aiskrim mint chocolatenya walaupun angin malam yang dingin mencengkan sehingga ke tulang.

Melihatkan aiskrim itu sahaja sudah cukup membuatkan Medina merasa sejuk lantas dia memasukkan tangan ke dalam kocek sweater.

Mereka berdua hanya duduk berdua di meja batu tidak jauh dari chalet mereka. Hanan dan Iman sudah masuk ke bilik selepas makan malam kerana ingin berehat. Mungkin kerana letih dengan aktiviti petang tadi.

"Kasyaf tu baik kan?" soal Dhiya tiba-tiba. Kon aiskrim dihabiskan lalu tisu yang ada disapu pada aiskrim yang berlengas di jarinya.

Dahi Medina berkerut. Soalan itu untuk apa? "Hmmm, baik. Kenapa?" dia layankan sahaja Dhiya. Lelaki itu makin rapat dengan mereka. Tadi makan malam juga bersama-sama.

Dia akui dia makin selesa dengan Kasyaf. Senyuman tidak lokek dari wajahnya. Dan jawapan yang dia berikan adalah betul dan ikhlas. Lelaki itu, memang baik.

"Tak ada apa. Saja tanya." Senyuman Dhiya ukir, menyembunyikan perasaan sebenar di dalam hati.

Bahu Dhiya ditolak lembut dengan sikunya. "Kau suka dia kan?" saja dia menduga Dhiya. Biasanya air muka Dhiya tidak boleh menipu.

"Apa kau ni? Mana ada lah." Dakwaan Medina disangkal. Jika ditanya, dia sendiri tidak tahu mengapa dia ingin menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Padahal jarang dia berahsia dengan Medina. Bukan jarang, tidak pernah.

Mungkin kerana dia tidak mahu perasaanya mengganggu Medina kelak ketika dia sedang belajar di Jerman. Bukan apa, Medina ini kalau mengkritik lelaki yang kawan-kawannya minat, bukan main. Ada sahaja yang tak kena.

Kaki Dhiya menguis rumput di tanah. Ada solan yang dia ingin tanya. "Dina."

"Hmm."

Mukanya memandang Medina. "Kau suka Kasyaf ke?" saja dia menduga Medina. Mana tahu jika Medina juga suka, boleh dia bermadu dengan Medina seperti yang selalu dia usikkan sewaktu di zaman sekolah.

Terus air muka Medina berubah. "Soalan apa kau ni? Kasyaf? Tak nak aku. Memang lah dia baik tapi tak nak aku."

Membayangkan muka Kasyaf sahaja sudah cukup membuatkan bulu romanya naik. Ini kan pula suka?

Tawa Dhiya tercetus. Wajah Medina sangat kelakar. Nampak sangat Medina tidak suka. Hatinya lega.

Tidak tahu kenapa hatinya terusik, lebih-lebih lagi apabila dia perasan pandangan Kasyaf terhadap Medina lain. Dia, sebagai seorang perempuan boleh merasakan hal itu.

"Ni kenapa kau bawa kamera ni?" polaroid yang diletakkan di atas meja diambil. Bilangan filem yang tinggal dilihat. Ada 10 lagi filem.

"Ada balik filem dia. Bukan tadi dah habis ke?" dia tanya lagi.

Tadi petang rasanya filem sudah habis apabila mereka asyik bergambar, lagi-lagi Iman. Pelbagai gaya dia berposing, yang harus mengambil gambarnya tidak lain tidak bukan Kasyaf.

"Oh, aku refill balik."

"Kenapa kau bawa sekali?"

"Saja, nak tangkap gambar dengan kau." Perkataan terakhir sengaja dia tekankan sambil mengerling ke arah Dhiya yang sudah mencebik manja sebelum kedua-dua mereka tergelak.

Polaroid itu diletakkan kembali ke atas meja. "Nanti kahwin aku nak ni tau as hadiah. Aku nak tangkap banyak-banyak gambar dengan suami kita," sengaja Dhiya mengusik.

Seperti yang diagak, laju sahaja Medina memandang Dhiya tidak berpuas hati dengan jelingan yang tajam sehingga mampu memotong pokok kelapa di pantai ini.

"Kau ni..."

"Ya, ya, aku gurau je. Sabar, sabar, tarik nafas panjang-panjang." Sebelum dia disekeh oleh Medina, adalah lebih baik jika dia memujuknya terlebih dahulu.

"By the way tak payah kita tangkap gambar. Aku nak save satu dua filem untuk esok dekat pesta api." Rasa membazir pula jika filem polaroid dihabiskan untuk malam ini.

"Haah kan, okay juga tu. Lagipun ni filem last aku." Polaroid diambil.

"Jom lah balik. Dah pukul berapa ni, mata aku pun dah nak tertutup dah," ajak Dhiya sambil bangun lalu dituruti oleh Medina. Masing-masing menuju ke chalet.

Usai masuk ke chaletnya, Dhiya tidak membuka lampu utama sebaliknya dia hanya membuka lampu bilik air kerana tidak mahu menganggu lena Iman.

Namun dahinya berkerut apabila melihat katil masih kosong dan tidak berusik. Ke mana Iman pergi? Persoalannya terganggu apabila pintu chaletnya diketuk. Segera dia buka kerana menyangka Iman.

Pantas sahaja Medina memboloskan dirinya masuk ke dalam. "Eh Dina! Mana..."

"Aku tidur sini. Iman tidur dengan Hanan dekat bilik aku." Tudung bawal yang sudah dibuka pin diletakkan ke atas kerusi sebelum membaringkan tubuh ke atas katil. Dia semakin mengantuk.

Senyuman nakal hadir di bibir Dhiya. "Yeay! Tak sabar nak peluk cium kau." Dia turut berbaring di sebelah Medina.

Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah memisahkan mereka berdua. "Kau jangan nak pelik-pelik eh. Tidur cepat, esok banyak lagi urusan kita."

"Aloh." Dhiya kembali bangun untuk menutup lampu bilik air.

Continue Reading

You'll Also Like

102K 18.4K 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-gala...
1.5M 93.1K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
1.2K 208 30
Kemalangan yang hampir sahaja membuatkan Misha kehilangan nyawa pada waktu itu akan selalu menghantui dirinya Namun apa yang lebih parah lagi apabila...
KAIROS By Aisyahros

Historical Fiction

68.3K 11.2K 67
"Lebih luas pohonnya, makin berat isinya. Andai tumbang suatu hari nanti, pasti menghancurkan apa yang ditimpanya. Kai tak rasa Kai mampu untuk menja...