[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 42.4K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 1

24.9K 814 5
By nu_haina

2007,

Dhiya membuka telefon lipatnya, masih tiada sebarang mesej dari siapa-siapa. Topi yang dipakai di kepala dibuka. Semak pula di kepala.

Jam jenama Casio di pergelangan tangan di pandang. Sudah pukul 10.35 pagi. Lagi 25 minit feri mereka akan bertolak menuju ke Pulau Perhentian.

Sudah 4 tahun mereka meninggalkan sekolah dan hari ini merupakan pertemuan mereka kembali kerana tidak lama lagi Medina akan menyambung pelajaran ke Jerman jadi mereka berkumpul kembali sebelum dia pergi.

Lagipun sudah agak lama mereka berempat dapat berkumpul kembali. Kali terakhir adalah 2 tahun lepas ketika mereka mengambil sijil SPM bersama-sama.

"Dia orang tak cakap lagi ke dia orang dekat mana?" Iman yang dari tadi ralit memandang permandangan di Jeti Kuala Besut mendekati Dhiya yang duduk di kerusi.

Iman merebahkan punggungnya di sebelah Dhiya. Bahang di muka kerana berada di bawah panas membuatkan dahinya berpeluh.

Telefon dibuka sekali lagi. "Belum." Tiada sebarang notifikasi mesej masuk. Feri akan bertolak dalam 20 minit lagi.

Rambut yang bertebangan ditolak angin kuat membuatkan rambut memasuki mulutnya. Iman mengambil getah rambut yang berada di dalam seluar lalu mengikat rambutnya.

Tinggal di negeri yang sama, Dhiya mengambil bas dari Teluk Intan ke Ipoh. Dhiya dan Iman bertemu di Ipoh dan mengambil tiket awal pagi ke Besut.

Lebih kurang dalam pukul 6 lebih pagi tadi, mereka tiba dan bersarapan sekejap, terus mereka ke Jeti Kuala Besut.

Hanan dan Medina yang sama-sama tinggal di Kuala Lumpur pula mengambil tiket kapal terbang seawal pukul 8 pagi ke Lapangan Terbang Kota Bharu, mengambil teksi untuk ke Jeti Kuala Besut.

Tapi sudah pukul 10 lebih masih lagi tidak sampai. Dhiya mengeluh panjang.

Telefonnya bergegar menandakan ada mesej yang masuk. Terus dia buka mesej dari Medina. "Dah sampai, mana korang?"

Terus anak matanya memandang ke arah pintu masuk jeti. Kelihatan 2 orang sahabatnya sedang mengeluarkan beg bagasi dari perut teksi.

"Tu, dia orang dah sampai." Bibirnya menjuih ke arah mereka. Iman turut melihat ke arah mereka lalu melambai tangan agar kedudukannya dapat dilihat.

"Fuh!"

"Asal lambat sangat?" belum sempat mereka berdua mencari nafas, Dhiya terus bertanya.

Keluhan berat dilepaskan. Muka berkerut seribu tanda dugaan seribu satu akan diceritakan. "Pagi tadi, aku dengan Hanan bangun lambat, nasib baik flight tak tertinggal. Lepas tu, sampai dekat airport, tunggu luggage tak keluar-keluar, rupa-rupanya si minah ni tersalah pandang. Ada je luggage dia. Lepas tu..." Medina berhenti sekejap untuk mengambil nafas dari ceritanya yang panjang lebar.

"Lepas tu, dekat setengah jalan teksi pula habis minyak. Bayar dah mahal, minyak tak reti nak isi."

"Ye weh, aku geram betul dengan driver teksi tu. Dah lah banyak cakap. Kalau dia cakap slow slow tak apa juga, ni dah lah laju, dalam loghat Kelantan pula tu. Satu apa pun tak faham." Sambung Hanan pula.

Iman hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis mendengarkan cerita mereka. "Hah, marah, marah juga, kita ni kena naik feri. Nanti burn macam tu je tiket."

Melihatkan jarum jam yang hanya tinggal 10 minit sebelum waktu berlepas, Dhiya menggesa mereka untuk segera naik ke feri.

Mereka berempat sedikit kelam kabut berlari anak menuju ke feri yang semakin dipenuhi dengan penumpang.

Beg bagasi diletakkan pada satu sudut di mana bagasi-bagasi yag lain ditempatkan. Hanan dan Iman sama-sama menuju ke tempat duduk mereka di perut feri.

"Mana Dhiya dengan Dina?" soal Hanan apabila menyedari dua orang itu tidak bersama mereka. Dia mengambil tempat di kerusi kosong yang bertuliskan tiket mereka.

"Tadi Dhiya ajak Dina naik atas, nak tangkap gambar katanya. Kenapa? Kau nak ikut ke?" Iman mengambil tempat di sebelah Hanan.

Kepalanya yang sedikit pening digelelengkan. "Tak nak lah, aku duduk sini je."

"Kau okay tak?" Iman perasan akan wajah Hanan yang bertukar sedikit pucat.

"Mabuk laut." Balasnya pendek.

"Tak apa lah kalau macam tu, aku teman kau je. Ubat dah ada?"

Hanan anggukkan kepala. "Aku dah ambil ubat masa naik tadi." Matanya dipejamkan. Jika terus terjaga, dia mungkin akan muntah bila-bila masa.

"LAMA tak jumpa. Nak je aku peluk-peluk kau." Lengan Medina yang dipeluk diramas geram. Dalam kalangan mereka, Dhiya mungkin paling rapat dengan Medina jika hendak dibandingkan dengan orang lain.

Dahinya berkerut. Tidak habis-habis dengan perangainya yang suka memeluk orang. "Kau dah kenapa? Mabuk?"

"Ya, mabuk cinta kau." Dia tergelak kecil sebelum menarik tangan Medina ke tepi dek feri di mana ramai orang sedang menangkap gambar.

"Gila!" Medina juga tertawa. Dia juga rindukan Dhiya, namun dia bukan lah seseorang yang akan menunjukkan emosinya. Jika marah, dia diamkan sahaja, jika rindu, dia simpankan sahaja. Orang akan kata Medina tidak mempunyai perasaan tapi Dhiya kata, dia cuma tidak tahu bagaimana ingin meluahkan perasaan. Sebab itu dia selesa untuk menunjukkan apa yang dia rasa kepada Dhiya.

"Kau duduk situ, aku tangkap gambar kau." Medina mengundurkan diri beberapa langkah sambil mengeluarkan kamera dari beg totenya.

Usai mengira sehingga nombor 3, Medina menekan butang dan cahaya flash yang agak kuat terpantul keluar membuatkan mata Dhiya sedikit berpinar.

"Kuatnya flash." Dia mendekati Medina. "Eh, camera apa ni?" soalnya terpegun apabila melihat sekeping filem keluar dari perut kamera itu.

Filem itu ditarik lembut. "Ini namanya polaroid camera. Yang macam zaman-zaman dulu punya kamera, terus keluar."

Kapalanya mengangguk faham. Tidak sampai 10 saat, satu imej mulai muncul sehingga memaparka susuk tubuh Dhiya yang manis tersenyum.

"Lawanya." Lesung pipit di pipi terserlah, pertama kali melihat filem polaroid. "Kau duduk lah situ, aku pula tangkapkan gambar kau." Kamera berubah tangan.

Medina berdiri di tempat Dhiya berdiri. Tidak sampai setengah minit, gambarnya ditangkap oleh Dhiya.

"Cantiknya. Aku nak beli juga kamera ni." Dhiya sungguh teruja melihatkan hasil gambar itu. Medina hanya tersenyum nipis di sebelahnya.

"Jom, kita selfie pula." Mereka berdua mendekatkan tubuh dengan senyuma lebar di pipi. Dhiya pula tidak habis-habis dengan gaya peacenya di jari.

Dua keping gambar ditangkap membuatkan keseluruhan filem yang dihabiskan adalah 4 pada 30 minit pertama percutian mereka ke Pulau Perhentian.

"Satu untuk kau, satu untuk aku. Yang gambar kau ni, kau ambil." Medina membahagikan gambar kepada Dhiya yang masih lagi teruja melihatkan filem yang terus tercetak itu.

"Jom lah, masuk dalam. Nanti dia orang cari kita." Mereka berdua masuk ke dalam perut feri menuju ke tempat duduk mereka.

USAI mendapatkan teksi pulau untuk ke chalet yang telah ditempah oleh Hanan, mereka semua mendapatkan kunci dan ditunjukkan jalan untuk ke chalet mereka oleh pekerja.

"Lah, asing-asing ke chalet kita? Ingatkan sekali." Mereka berempat berdiri di dua buah chalet yang dibahagikan kepada dua. Difikirkan chalet mereka sebelah-sebelah.

Tangannya menutup dahi agar terik matahari tidak terlalu dirasa. "Mana lah aku tahu, I thought dia letakkan kita sebelah-sebelah," Hanan membela diri.

Kedengaran Iman mengeluh kecil. Nanti tidak seronok jika mereka ingin membuat bising, takut di marahi oleh jiran sebelah.

Beg bagasi ditarik dengan salah satu chalet mereka. "Duduk sini dulu lah. Panas ni." Cadang Dhiya sambil duduk di anak tangga. Rambutnya yang tadi berikat dilepaskan sahaja.

Mereka bertiga turut menarik beg mendekati Dhiya. Disebabkan ruang anak tangga yang sempit, hanya Hanan yang duduk dua anak tangga bawah dari Dhiya manakala Iman dan Medina berdiri.

"So nak bahagi bilik macam mana? Siapa nak duduk dengan siapa? Aku okey je nak duduk dengan siapa-siapa." Tapi kalau nak boleh nak duduk dengan Dina, sambung Dhiya di dalam hati.

"Erm, aku nak duduk dengan Dina, kalau boleh." Dhiya memandang Hanan. Ya, selain daripada dia sendiri, Hanan juga rapat dengan Medina.

"Kalau macam tu, aku dengan Dhiya lah ni?"

"Aku okay je, tapi aku nak duduk sini. Sebab dekat sebelah macam ada orang, mana tahu ni lah jodoh aku yang boleh membuatkan aku perempuan paling bahagia." Angan-angan 4 tahun dulu masih belum dilupakan.

Hanan tersedak kecil. "Kau dengan perempuan paling bahagia ni memang belum habis lagi?"

"Eh of course. Aku kan nak bangun subuh dengan suami aku, siap..."

"Okay, okay. Kita rehat dulu, lepas zohor kumpul balik, pergi lunch." Sebelum Dhiya berangan lebih panjang, adalah lebih baik jika dia hentika dengan segera.

Anak matanya hanya menjeling tajam ke arah Medina yang memotong percakapannya. Dilihat Medina dan Hanan yang sudah menarik beg menuju ke bilik mereka.

"Aku nak mandi dulu. Tolong bawa masuk beg aku." Iman berlari mendapatkan kunci bilik lalu segera ke bilik air. Nampak sangat Iman berebut dengan Dhiya kerana masing-masing belum mandi sejak turun dari bas pagi tadi.

Baru Dhiya ingin menaiki tangga, anak matanya menangkap satu objek yang berada di tepi pasu sebelah dengan anak tangga.

Objek itu diambil, ditiup dan disapu beberapa kali kerana sedikit kotor terkena pasir. Masih baru dan tiada calar. Dhiya menimpan objek itu, mana tahu jika pemilik mencari, dia boleh memulangkan kembali daripada terus dibiarkan di bawah panas dan kotor seperti itu.

Continue Reading

You'll Also Like

807K 53.1K 52
"𝙮𝙤𝙪 𝙧𝙚𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙪𝙢𝙣 𝘼𝙣𝙙 𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙩𝙞𝙢𝙚" Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan...
636K 5.7K 8
𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍! [SLOW UPDATE] #1 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙮 𝙇𝙪𝙩𝙛𝙖𝙣 | 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙮𝙖 𝙇𝙪𝙛𝙮𝙖𝙖 Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
315K 12.9K 19
"𝙎𝙤𝙪𝙡𝙢𝙖𝙩𝙚𝙨 𝙖𝙧𝙚𝙣'𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨" (Book 2) Sila baca Tunang Paling Sweet telebih dahulu. "sayang,congrats" Sejambak bunga ros...
1.3M 111K 57
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...