My Overprotective Mafia

بواسطة varrissa

6.1K 193 3

Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama d... المزيد

Note
part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Note 2
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Nota 3
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
part 31
part 32
Part 33
Part 34
Part 35
part 36
Part 37
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Note 4
Part 47
Part 48
Part 49

Part 38

68 2 0
بواسطة varrissa

Assalamualaikum guys harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Posisi Irfan...

Irfan sedang mengisi peluru di senjatanya. Selepas saja bermesyuarat dengan pengawai dan anggota polis yang lain tentang kejadian itu, semua bersiap untuk melakukan pencarian.

"Irfan." Panggil Zharef iaitu kawan baik kepada Irfan.

Irfan menoleh ke belakang. Dia tersenyum hambar.

"Sabar Irfan. Insya Allah dengan pertolongan Allah, kita pasti akan jumpa adik kau. Jangan risau okay." Ujar Zharef untuk menenangkan sahabat baiknya.

Irfan mengangguk kepalanya. Zharef meninggalkan Irfan berseorangan memberi ruang kepada dia untuk bertenang.

Irfan merenung senjatanya. Perasaan amarah datang apabila wajah Leon terbayang di dalam kepala.

"Kau tunggu Leon. Aku akan pastikan kau merempat dalam penjara." Gumam Irfan sebelum bangun dan menuju keluar dari bilik senjata.

Posisi Leon...

Lelaki itu diikat di kerusi kayu. Luka yang masih berdarah dibiarkan. Leon menyuruh orang kanannya menyimbah air ke lelaki itu.

Dengan terkejut, lelaki itu bangun dan gelabah. Di pandang di kiri dan kanan, melihat keadaan sekeliling yang tidak dikenali. Pandangannya sekarang tertumpu dihadapan. Wajah Leon ditumpukan. Nampaknya misi gagal.

"Kau siapa?" Soal Leon.

"Entah." Balas lelaki itu. Selamba.

Dengan geram, Leon menyuruh Dave untuk menggenggam Luka yang berada di bahunya.

Lelaki itu menjerit kesakitan. Perit.

"Siapa kau?" Soal Leon sekali lagi.

Masih tiada jawapan.

Sekali lagi bahu lelaki itu digenggam kuat.

"Siapa kau?!" Soal Leon hampir kehilangan sabar.

"Zen... Zen nama aku." Balas lelaki itu tidak tahan perit yang berada dekat bahunya.

"Zen... Siapa hantar kau?" Soal Leon lagi.

"Dilan." Balas Zen lagi.

"Kenapa?" Soal Leon lagi. Dia tidak terkejut dengan jawapan pemuda itu. Dilan iaitu bekas kawannya yang sekarang berubah menjadi musuh.

"Sebab dia ada bagi pesanan dekat kau." Balas Zen.

"Pesanan? Pesanan apa?"

"Dia kata kalau aku tak dapat b*nuh kau, dia suruh aku bagi pesanan dekat kau." Jelas Zen lagi. Bahunya sudah kurang sakit. Mungkin tiada yang mengusiknya lagi.

"Apa dia?" Soal Leon penasaran.

"Kalau kau nak jumpa buah hati kau, pergi dekat *****. Kami tunggu kau." Jelas Zen lagi memberikan pesanan itu.

Leon terkedu. Dia tahu pasal Melia?!

"Macam mana bos?" Soal Arthur.

"Bersiap." Arah Leon.

"Tapi macam mana dengan mamat ni?" Soal Nisa pula.

"Rawat dia, lepastu kurung dekat dalam bilik." Arah Leon lagi sebelum keluar dari bilik itu. Pejabat dituju. Dia harus memikirkan strategi untuk selamatkan Melia.

Setelah itu satu idea melintas di otaknya. Telefon dicapai. Tiada pilihan selain bergabung.

Tunggu ye Melia.

Posisi Irfan...

Irfan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Leon untuk berjumpa.

Dia berjalan di taman permainan itu mencari kelibat Leon. Setelah melihat sekeliling satu figura dia nampak di salah satu buaian. Dia menapak ke sana.

Leon berhenti bermain telefon apabila kelibat Irfan mendekat. Dia berdiri.

Irfan tanpa salam terus menumbuk muka Leon.

Leon yang terpinga pinga cuba melawan balik. Tapi tidak berjaya. Tangannya sudah digari oleh Irfan.

"Dapat kau!" Jerit Irfan.

"Bang lepaskan saya. Saya ada benda nak bagitahu bang." Ujar Leon.

"Kau nak bagitahu apa? Dah terang lagi bersuluh kau yang culik adik aku!" Ujar Irfan tidak memberi peluang untuk Leon bercakap.

"Tapi bukan saya bang. Ini semua salah faham." Jelas Leon ingin membetulkan keadaan. Cuba bersabar.

"Kau jangan putar belitkan keadaan, penjenayah macam kau sentiasa menipu!"

"Boleh tak kalau dengar dulu!" Leon terus menendang Irfan. Irfan tersungkur ke belakang.

"Kurang ajar!" Irfan terus menerkam Leon.

"Ini pasal Melia bang!" Jelas Leon sebelum sempat diterkam oleh Irfan.

Irfan terus berhenti dari menyerang Leon.

Leon pula terduduk diatas rumput. Mengambil nafas. Penat sebenarnya.

"Apa yang kau nak cakap pasal adik aku?" Soal Irfan perlahan. Dia duduk dihadapan Leon. Gari masih tidak dilepaskan.

"Melia. Saya tahu mana dia berada." Jelas Leon.

Irfan terkedu.

"K-kau tahu. Dekat mana?!" Soal Irfan tidak sabar ingin tahu keberadaan adiknya.

"Di *****." Jelas Leon lagi.

Irfan menarik nafas. Akhirnya dia tahu mana adiknya sekarang. Tapi dia memandang Leon semula. Wajah tegas ditunjukkan.

"Macam mana kau tahu?" Soal Irfan.

"Sebenarnya, musuh saya yang culik Melia." Jelas Leon lagi.

Irfan memejamkan mata. Dia tidak terkejut. Apa yang nak dikejutkan dari Mafia?

"Okay. So aku salah fahamlah ni." Ujar Irfan.

Leon mengangguk.

"Aku minta maaf." Ujar Irfan perlahan tapi masih boleh didengar oleh Leon.

"Takpe. Saya maafkan." Balas Leon.

Irfan mengangguk.

Mereka bangun dan Irfan melepaskan Leon.

"Kau boleh pergi. Thanks for the information." Ujar Irfan.

"No problem but saya nak minta sesuatu boleh?" Pinta Leon.

"Apa dia?"

"Kami nak join." Jelas Leon.

Irfan memandang Leon inginkan lagi penjelasan.

"Macam ni. Saya ada plan." Ujar Leon.

"Apa itu?" Soal Irfan ingin tahu.

Selepas memberitahu plan itu, mereka bersetuju.

"Okay. Tengah malam nanti jumpa dekat lokasi itu." Ujar Irfan.

Leon mengangguk. Masing masing beredar.

Posisi Melia...

Melia mencelikkan mata perlahan lahan. Setelah berjaya, dia melihat keadaan sekeliling.

Bukan bilik bawah tanah atau bilik yang seram dan gelap. Melainkan bilik tidur. Lengkap dengan katil dan keperluan dirinya.

Melia bangun dari katil. Cuba keluar dari bilik tapi berkunci. Melia kembali ke katilnya. Melia memegang kepalanya. Sakit kepala datang menyerang.

Melia teringat sesuatu. Badannya dilihat dan dia melepaskan nafas lega. Kerana baju yang dipakai pagi tadi tidak berubah dan tudung yang diatas kepalanya pun tidak diusik.

Setelah beberapa minit kemudian, pintu bilik Melia dibuka. Sosok lelaki masuk kedalam bilik. Berpakaian hitam dan berpelitup muka berdiri dihadapan katil yang Melia duduki.

Melia berganjak ke belakang katil.

"Kau siapa? Aku dekat mana? Mana kawan kawan aku?" Soal Melia bertubi tubi.

Lelaki itu hanya memandang Melia senyap tiada jawapan.

Melia bertanya soalan yang sama. Tak puas hati dengan reaksi lelaki itu.

Seperti biasa, tetapi sama.

Melia bengang. Bantal di sisi diambil dan dicampakkan ke lelaki itu.

Spontan lelaki itu mengelak, tetapi tiada reaksi.

Melia sudah kehilangan sabar. Dia menyerang lelaki itu. Tendangan diberi. Tapi lelaki itu berjaya mengelak.

Segala taktik seni pertahankan diri dikeluarkan tapi tiada satu pun yang kena. Melia sudah lelah. Dia terduduk diatas lantai rumah itu. Tanpa sedar, lelaki itu sudah bercangkung dihadapannya.

Melia terkejut dan mengundur kebelakang.

Lelaki itu hanya memandang Melia bersama secalit senyuman. Macam mana Melia tahu ada senyuman dekat mukanya? Sebab dia ada lesung pipit.

Suasana menjadi sunyi seketika. Sehingga...

"Kau masih sama macam dulu Melia." Ujar lelaki itu.

Melia terpinga pinga. Hah!

"Maksud kau?" Soal Melia.

"Kuat." Satu perkataan yang buat Melia lagi pening.

"Aku tak faham." Ujar Melia.

Lelaki itu melangkah mendekat ke Melia.

Melia mengundur kebelakang sehingga ke dinding bilik itu. Dia dikepung.

"Melia aku akan jaga kau mulai sekarang. Seperti yang dulu dulu." Jelas lelaki itu.

"Apa maksud kau?" Soal Melia.

Tak sempat lelaki itu membalas, bunyi tembakan membising diluar.

"Nampaknya dah mula." Gumam lelaki itu perlahan. Tapi didengari oleh Melia.

"Mula apa?" Soal Melia ingin tahu maksud itu.

Pintu bilik dibuka dari luar.

Dilan berada didepan pintu.

"Rafael, let's go. They here." Ujar Dilan.

Melia terkedu. Rafael?

Melia memandang lelaki itu semula. Tanpa meminta izin, pelitup muka itu terus diambil dan ya perasaan Melia sekarang ni bercampur baur. Terkedu, terkejut, marah, sedih dan lain. Rafael!

Rafael yang tidak bersedia dengan rampasan itu mengundur kebelakang. Jelaslah nampak wajahnya. Dia tidak marah, melainkan tersenyum.

"Alamak! Nampaknya dah kantoi." Ujar Rafael.

"R-rafael?" Melia hampir menangis. Jadi selama ni saudaranya masih hidup!

"Ye saya." Balas Rafael.

"M-macam mana kau hidup lagi? Bukan kau dah-" Terhenti percakapan Melia apabila air matanya jatuh.

"Nanti aku cerita. Sekarang ni kau duduk sini diam diam jangan pergi mana mana. Okay." Pesan Rafael sebelum meninggalkan Melia didalam bilik itu.

Melia cuba untuk mengejar tapi tidak berjaya dia sudah dikunci. Dia masih dalam keadaan mengejut. Dia duduk diatas katil. Cuba untuk bertenang.

Thanks for reading! Bye...

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

Home | Ancestry ✔ بواسطة æris

قصص المراهقين

99.9K 8.8K 47
Semuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai aban...
21.4K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...
471K 23.1K 93
[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah deng...
27.4K 774 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :