My Overprotective Mafia

By varrissa

6K 192 3

Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama d... More

Note
part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Note 2
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Nota 3
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
part 31
part 32
Part 33
Part 34
Part 35
part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Note 4
Part 47
Part 48
Part 49

Part 30

84 3 0
By varrissa

Assalamualaikum semua. Harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Sudah 2 jam dia berada di dalam bilik itu tanpa makan dan minum. Dia pula masih terikat di kerusi. Tangan dan kakinya juga sudah lenguh. Dia sudah tidak tahan, dia ingin keluar dari tempat ini. Dia harus memikirkan sesuatu.

Sedang Melia memikirkan rancangan, suara tapak kaki kedengaran laju menuju ke bilik itu. Melia bertambah gelisah. Apa yang harus aku lakukan sekarang?

Pintu bilik dirempuh kuat. Kelihatan lelaki tadi sedang panik akan sesuatu.

"Tolong lepaskan aku." Pinta Melia lembut.

"Kau diam!" Tengking lelaki itu.

Ingin sahaja Melia membalas tapi terhenti kerana ada suara tembakan diatas. Melia gelisah dan takut tapi pada masa yang sama dia gembira. Kemungkinan itu adalah polis.

Melia melihat lelaki itu. Kelihatan dia sedang panik dan tidak tahu ingin melakukan apa. Melia dengar lagi suara tapak kaki laju menuju ke bilik itu.

Tanpa disedari, lelaki itu memotong tali yang mengikat tangan dan kakinya lalu menarik dirinya memasuki dakapan lelaki itu. Selepas itu, dia keluarkan sebuah pistol yang berada di pinggangnya lalu dihalakan ke kepala Melia.

"Kau bergerak aku tembak dia!" Ugut lelaki itu.

Melia dengan perasaan bercampuran, takut dan terkedu dengan apa yang dia nampak di depan mata. Kai?

"Lepaskan dia!" Arah Sero setelah sampai di bilik itu bersama dengan Liya dan Arthur.

"Kalau aku tak nak?"

"Kau nak Mampus?!" Ugut Sero.

"Sebelum itu dia yang Mampus dulu!" Maksud lelaki itu adalah Melia.

"Kau jangan main main! Kau tak tahu bos kami macam mana orangnya!"

"Oh ya kalau macam tu mana dia? Suruhlah dia ambik buah hatinya sendiri!" Melia menjadi lebih takut.

"Kai t-tolong aku." Pinta Melia ketakutan.

"Diam!" Tengking lelaki itu tanpa sedar menghentakkan pistolnya ke kepala Melia.

Pening menguasai kepala Melia. Ingin sahaja dirinya pengsan disebabkan pening yang melampau.

"Lepaskan puan sekarang kalau kau tak nak kena balasannya nanti!" Ugut Arthur tidak tahan dengan keadaan begitu.

"Mana b*ngs*t tu! Aku nak jumpa dengan dia!" Lelaki itu tengking lagi seraya menguatkan pelukannya.

"Kalau dia tak nak tengok darah perempuan ni menghiasi bilik ni." Ugut lelaki itu lagi.

"Aku kat sini."

Suara tapak kaki menuruni tangga kedengaran kuat dari belakang Sero, Arthur dan Liya.

"Mana? Aku tak nampak kau, keluar!" Tengking lelaki itu lagi tidak puas jikalau dia tidak melihat lelaki itu.

Tapak kaki semakin kuat kedengaran dan semakin berdeguplah jantung lelaki itu. Entah apa yang berlaku, dia menjadi gelisah dan ketakutan.

Semakin dekat kedengaran tapak kaki itu.

"M-mana kau!" Ujar lelaki itu ketakutan.

Suara gelakkan tawa kuat kedengaran membuatkan lelaki itu semakin gelisah.

"Keluarlah b*d-!" Terhenti tengkingan lelaki itu disebabkan tumbukan mengejut yang datang dari Arthur.

"Bising." Sergah Arthur.

Melia ditarik kedepan oleh Liya sebelum tumbukan Arthur melayang ke lelaki itu.

Melia terus dipeluk oleh Liya. Melia membalas. Dia masih lagi ketakutan.

"Bos, sekarang macam mana?" Soal Liya kepada bos yang berada disebalik bayangan tangga.

"Bawa dia balik ke Villa. Bagi dia rehat." Arah Leon sebelum naik semula ke atas meninggalkan mereka berempat dibawah.

Mereka bertiga melepaskan nafas lega.

"Nasib baik kau cepat bertindak Art. Kalau tak dah tak bernyawa lelaki ni kena bantai dengan bos." Ujar Liya kepada Arthur.

Arthur hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu kalau dia tak bertindak tadi, lelaki itu sudah tercium lantai sampai tidak menyedarkan diri. Dia tahu makna tawa bosnya itu. Bosnya kalau baik memang baik betul, kalau jahat memang jahat betul, cuma tak sampai membunuhlah, lain cerita kalau pasal orang yang dia sayang memang dihantam teruklah. Selain daripada itu, bos punya perangai memang macam budak budak kalau moodnya baiklah. Tapi ada masa perangai bos macam orang psycho tengah cari mangsa. Sebelum bos jadi orang psycho, baik dia bertindak dulu, dia tak nak puan Melia melihat keganasan bosnya. Dia dah dapat tangkap maksud bos buat semua ni. Bos punya perasaan buat puan Melia. Macam mana? Dia pun tak tahu, tapi dia tahu dari segi kepekaannya terhadap puan melia. Dia tak nak puan Melia ketakutan apabila nampak bosnya jadi orang gila.

"Jadi macam mana dengan mamat ni?" Soal Arthur kepada Sero.

"Kita biarkan. Jom."

"Baik!"

Mereka meninggalkan kawasan rumah itu. Melia naik kenderaan yang sama dengan Liya dan Nisa. Mereka pulang ke villa.

Setelah sampai, Liya dan Nisa membawa Melia masuk ke dalam bilik di tingkat atas. Mereka diarahkan untuk menemani Melia didalam bilik.

Arthur, Dave, Sero, Vian dan Leon berada diruang tamu untuk berehat.

"Penatnya." Ujar Dave.

"Bisinglah kau." Balas Vian.

"Bos sekarang macam mana?" Soal Sero kepada bos yang duduk dihadapan mereka.

"Buat masa sekarang biar dia duduk sini dulu."

"Tapi macam mana dengan pembelajaran dia?" Soal Dave.

"Aduh budak ni... Kalau dah keadaan begini kau masih lagi pentingkan belajar. Otak kau masuk air ke bro?" Maki Arthur.

"Bukan apa, tapi cuba kau fikir diluar kotak. Kalau puan Melia tak masuk belajar untuk beberapa hari, pihak university akan telefon keluarganya tentang keberadaan puan. Kalau keluarganya tak tahu tentang keberadaan puan juga, tak ke nanti jadi huru hara."

"Dahlah abangnya polis. Nanti bila abangnya tahu tentang kita, tidurlah kita bertujuh dekat penjara. Padahal kita ada niat baik."

Leon tersentak. Dia baru teringat tentang abangnya. Kacau daun betul!

"Dave kau cari kedudukan abangnya sekarang. Aku nak maklumat tu esok pagi faham!" Arah Leon naik meninggalkan mereka berempat kat bawah.

"Baik!" Balas Dave.

"Kau cari ye. Aku nak rehat jap." Ujar Arthur bangun dari duduk.

"Eh mana boleh temanlah aku!" Bantah Dave seraya mengeluarkan computer ribanya.

"Aku dah penat. Bos suruh kau, tapi tak suruh kami teman kau. Bye." Ujar Arthur lagi meninggalkan mereka.

"Nasib ada korang berdua nak temankan aku." Ujar Dave lagi.

"Tak aku pun nak rehat bye!" Ujar Sero meninggalkan mereka.

"Vian?"

"Bye!" Vian meninggalkan Dave keseorang diruang tamu.

"Tak guna. Tunggu korang." Gumam Dave seorang diri. Punat on ditekan dan mulalah pencarian Dave tentang abang Melia.

Maaf guys lambat update. By the way thanks for reading.

Continue Reading

You'll Also Like

344K 13.2K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
9.3K 594 49
"I'm yours, remember?" ~Forever Mine~ #Sequel I'm Yours?
13K 1.1K 11
Cinta itu wujud saat dia sudah tiada :') #shortstory
164K 7.1K 28
Seorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang...