My Overprotective Mafia

By varrissa

6.1K 193 3

Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama d... More

Note
part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Note 2
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Nota 3
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
part 31
part 32
Part 33
Part 34
Part 35
part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Note 4
Part 47
Part 48
Part 49

Part 26

80 2 0
By varrissa

Assalamualaikum semua. Harini kita guna nama betul okay.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

"Apa Khabar Leon?" Soal Rafael sambil bersandar di kerusi dengan senyuman sinis di mukanya.

"Khabar baik. Macam mana dengan kamu?" Sopan lagi baik Leon membalas. Senyuman manis menghiasi wajah tampannya.

"Aku baik saja. Kau dah makan?" Soal Rafael lagi, lembut tapi sinis.

"Belum pukul 3 petang saya makan. Kenapa?" Soal Leon masih dalam keadaan yang sama.

"Takde apa. Aku Rafael. Boleh aku tanya kau sesuatu?" Soal Rafael dengan nada berubah tegas.

"Boleh tanyalah." Balas Leon.

"Macam mana kau boleh kenal Melia ye?" Soal Rafael tegas sambil menatap tajam wajah Leon.

"Oh saya kenal dia secara tidak sengaja. Kami berjumpa di kedai serbaneka saja. Tak fancy pun." Balas Leon lembut tapi sinis. Wajahnya masih lagi dihiasi senyuman manis.

"Oh macam tu. Jadi Leon kau takde niat untuk goda diakan?" Soal Rafael dengan tegas.

"Oh kenapa ye. Dia siapa dekat kau?" Nada dan wajah Leon berubah sekelip mata. Dari senyuman ke bengis, dari sopan dan lembut ke tegas dan garang.

"Oh Melia ni girlfriend aku jadi sebagai boyfriend aku kena jaga dia dari stranger macam kau." Kata Rafael dengan kerek.

"Hahaha oh boyfriend, kalau aku kata aku ni bakal suami dia kau nak buat apa?" Dengan senyuman manis dan nada yang bangga dia mengucapkan kata kata itu.

Rafael terkejut dan terkedu dengan jawapan saingannya. Kenapa dia tak tahu.

"Oh jangan haraplah! Kehadiran kau buatkan separuh dari plan aku gagal kau tahu tak!" Marah Rafael sambil menghentak meja Leon. Kuat.

"Oh ye ke. Kenapa?" Soal Leon ingin mengapi apikan saingannya yang sudah pun panas.

"Semua tu tak kisah, sekarang aku nak kau berambus dari hidup dia! Jangan kacau benda yang bukan milk kau!" Marah Rafael lagi. Kalini bukan duduk tapi berdiri.

"Bukan milk aku? Habistu aku ni bakal suami dia, tunang dia, aku yang sepatutnya cakap dekat kau jangan kacau benda yang bukan milk kau." Balas Leon selamba sambil menyandarkan dirinya dengan tangan berpeluk tubuh.

"Putuskan pertunangan kau dengan dia apa susah! Dia hak aku bukan hak kau!" Balas Rafael dengan sinis.

Leon mengetap giginya. Dia masih bersabar dengan jantan didepan mata sekarang. Kalau marah nanti kata koyak macam sekarang. Dia baru tipu yang dia tunang, dah mengamuk. Kalau tipu dia suami, mau kerusi yang jantan ni duduk sekarang ni dah berkecai kut.

"Hahaha mana boleh bro. Dah tunang mana boleh putus lagipun lagi dua bulan nak kahwin. Mana boleh main main." Balas Leon lagi.

Leon terkejut dengan tindakan Rafael yang menolak semua barang diatas meja Leon. Habis bersepah. Kan dah cakap cepat koyak jantan ni.

"Kau belum tahu aku siapa! Baik kau blah dari hidup dia kalau tak kau menyesal! Faham!" Selepas memberi peringatan kepada saingannya, Rafael keluar dari bilik itu. Pintu pejabat itu dihempas kuat, tak kisah dengan keadaan sekelilingnya.

Leon bersandar diatas kerusinya sambil memejamkan mata. Tak selepas itu, bunyi ketukan pintu kedengaran menyentak lamunan Leon.

"Bos okay?" Soal Vian diluar pintu pejabat.

"Aku okay." Balas Leon dengan nada tegas. Dia masih lagi dalam keadaan yang marah. Marah dengan tindakan dan amaran yang diberi oleh Rafael.

"Kau pun belum tahu aku siapa, Rafael. Kau nak main dengan singa? Baik aku join game kau. Kita tengok siapa yang menang." Kata Leon seorang diri. Dia mengimbas kembali kata kata yang dikeluarkan dari mulutnya.

Tunang? Kahwin? Dua bulan?

Leon ketawa seorang diri. Dia obses sekarang. Leon sudah terbayangkan keadaan Melia yang memakai baju pengantin. Indah lagi ayu dimatanya.

"Tunggu Melia. Aku akan pastikan lagi dua bulan ni kita kahwin okay." Gumam Leon sambil ketawa kuat sebelum butang interkom dicapai.

"Vian aku ada kerja untuk kau." Setelah itu Leon memberikan arahan ke Vian.

Leon tersenyum sebelum dia ketawa lagi. Bilik bersepah dia biarkan dahulu.

Posisi Hanis...

"Hanis kau tahu kan apa nak buat?" Kata Tina didalam talian.

"Ye aku tahu." Balas Hanis.

"Baik kalau macam tu jumpa minggu depan. Bye." Ucap Tina sebelum menamatkan panggilan.

Hanis campakkan telefonnya ditepi. Dia masih lagi ragu akan perkara yang akan di buat minggu depan sewaktu jamuan.

Hanis mengimbas kembali isi perbualan dia dengan Tina sewaktu di shopping mall dua hari lepas.

"Hanis sebenarnya, Melia tipu kau." Kata Tina dengan nada sedih yang dibuat.

"Kenapa pulak?" Soal Hanis pelik.

"Sebab dia bukannya buat kerja tapi dia keluar dengan orang lain." Jelas Tina dengan nada yang sama. Sedih.

"Eleh, Melia tak tipu aku ye. Aku kenal kawan aku macam mana." Bantah Hanis keras.

"Kau tak percaya?!" Jerit Tina sedikit.

"Ye." Balas Hanis sambil memeluk tubuh.

"Okay kau tengok ni. Jangan cakap aku tak bagitahu kau." Kata Tina sambil mengeluarkan telefonnya dari beg silang.

"Ni tengok ni." Tina menunjukkan sebuah gambar dimana Melia dan Kai tengah duduk bersama sambil menikmati makanan di sebuah restoran.

"Tak ni bukan Melia. Kau tipu aku kan. Melia takkan tipu aku!" Marah Hanis.

"Habistu kau ingat aku tangkap gambar sebulan yang lepas? Weh kau nampak tak tarikh Dan masa yang diambil baru je tadi!" Tipu Tina sebenarnya itu sebenarnya diambil dua hari lepas.

"Tak mungkin." Nada dan wajah Hanis berubah kecewa. Dia tak sangka yang Melia akan memperlakukan dia sebegini. Hanis terfikir sesuatu.

"Tapi kenapa kau tangkap gambar dia?" Soal Hanis serious.

"Ish aku tangkap sebab aku nak bagitahu kau lah. Kau kan suka Kai jadi aku nak bagitahu yang Melia ambil crush kau. Tu je." Tipu Tina.

Hanis mengeluh.

"Hanis, takpe kau masih ada aku. Kita kan dulu sahabat baik waktu kecil. Jadi aku boleh tolong kau. Aku pun tak tahu sebab kita putus kawan. Jadi apa kata kita berbaik semula, nak?" Jelas Tina sambil menghulurkan tangannya.

"Bagi aku masa. Aku nak fikir dulu." Jelas Hanis.

"Okay, tapi kau kena ingat aku selalu ada untuk kau. Bye Hanis, kami pergi dulu." Tina meninggalkan Hanis seorang diri. Hanis berjalan menuju ke kenderaannya. Dia menangis apabila didalam kereta.

Dia tak kisah Melia dengan Kai tapi dia terkilan dengan perbuatan Melia yang sanggup menipunya hanya untuk bersama Kai. Hati kawan mana yang tak sakit.

Keesokan harinya, dia cuba untuk  melupakan kejadian semalam. Dia menelefon Melia.

"Assalamualaikum Melia, jom kita pergi makan. Aku kat tempat biasa. Aku belanja. Jom." Pelawa Hanis.

"Waalaikumussalam, tak bolehlah weh, aku tengah busy ni. Nanti kita keluar okay. Bye." Balas Melia.

"Tapi-" terhenti perbuatan Hanis untuk memujuk Melia kerana panggilan dibatalkan. Hanis mengeluh keras. Dia kecewa.

"Hanis?" Tegur Tina dari belakang.

"Apahal kau kat sini?" Balas Hanis terkejut.

"Biasalah shopping is my favorite hobby. Kau buat apa Kat sini?" Soal Tina pula. Dia dah tahu kenapa Hanis dekat sini cuma dia berlakon. Orang nak hasut kena baik.

"Oh okay." Balas Hanis sebelum dia bangun ingin pergi.

"Eh kau nak pergi mana? Bukan kau dah order makan ke?" Soal Tina menghalang kepergian Hanis. Peluang.

"Aku ada urusan... jap macam mana kau tahu aku dah order makan?" Soal Hanis pula curiga dengan pertanyaan Tina.

"Kebetulan aku lalu kat sini nampak kau tu yang aku singgah." Tipu Tina padahal dia duduk kat meja hujung.

"Oh." Hanya itu saja yang dibalas sebelum Hanis mengangkat kaki ingin pergi.

"Eh jangan macam tu. Aku teman kau makan, okay. Sekaligus aku belanja. Nak?" Pelawa Tina sambil menahan lengan Hanis.

"Huh... yelah." Dengan malas Hanis duduk kembali di tempatnya.

"Hah ni baru betul. Tempat pada masa makanan kau sampai." Kata Tina sambil menunjukkan makanan Hanis.

Selepas mereka makan, Tina membayar makanan mereka. Dia dengan Hanis pergi dari cafe itu.

"Mana Melia? Baru aku perasan dia takde." Soal Tina.

"Entah." Sepatah ayat yang keluar dari mulut Hanis membuatkan Tina senyum sinis. Peluang emas!

"Takkan kau tak tahu. Kawan kau kan, mana dia?" Soal Tina ingin merimaskan Hanis yang berjalan seiringan dengannya.

"Mana aku tahu kau pergilah cari sendiri!" Ayat itu membuatkan Tina lagi gembira.

"Korang gaduh eh?" Teka Tina yang membuatkan Hanis bengang.

"Aku tak tahu kau nak cari dia kau cari sendiri jangan Tanya aku! Rimaslah!" Selepas melepaskan kemarahannya dekat Tina dia mempercepatkan langkahnya.

Tina terkejut dengan tengkingan dari Hanis. Dia senyum sinis. Tina mengejar Hanis.

"Ala sorrylah. Kau merajuk eh? Sorrylah aku tak tahu." Pujuk Tina sambil memeluk tangan Hanis.

"Ei lepaslah geli tahu tak!" Hanis ingin merentap tangan Tina tapi tidak boleh.

"Taknak selagi kau tak maafkan aku selagi tu aku tak lepaskan kau." Ugut Tina memperkuatkan genggaman.

"Eii okay okay aku maafkan kau. Boleh lepas?" Kata Hanis.

"Yay! Macam nilah kawan aku!" Setelah mengucapkan ayat itu Tina menarik tangan Hanis ke sebuah butik.

"Kau nak bawak aku pergi mana?!" Soal Hanis terkejut.

"Pergi shopping aku belanja." Tina mempercepatkan langkah.

Hanis yang terkejut tak boleh buat apa apa. Dia pasrah. Hanis tersenyum tanpa sedar.

Habis flashback...

Maaf lambat update, kita takde idea. Sorry.

Agak agak koranglah apa plan Tina ye.🤔

Apa yang Rafael akan buat.🤔

Nantikan ye. Bye.





Continue Reading

You'll Also Like

51.2K 2.7K 39
[ Book 1] Tiada apa yang sempurna pada diri aku . Aku hanyalah seorang wanita yang biasa . Aku dibesarkan oleh makcik dan pak cik aku kerana kedua...
44.8K 3.5K 68
1st series of Darkness. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
74.4K 4K 107
Start: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak man...
47.7K 1.6K 17
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl ╰┈➤ Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...