ISANARRA (C)

By Zueikha23

1M 36.7K 3.7K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45

42

20K 712 94
By Zueikha23

Isa melangkah keluar daripada bilik air sambil mendukung Ulya. Selesai mandi dan pakaikan baju untuk isterinya Isa membawanya ke katil, Isa menyikat rambut Ulya pelahan-lahan kerana kepalanya masih berbalut.

Ulya merenung lama wajah Isa yang sedang menyapu bedak pada wajahnya. Tiba-tiba satu kucupan hinggap dibibirnya, Ulya tergamam.

"Balasan sebab tengok abang tak berkedip." Kata Isa sambil mengenyit mata kepada Ulya.

"Abang ni kan suka buat Narra terkejut tau." Merungut Ulya manja sambil mencubit manja lengan Isa.

"Aduhh.. Sayang cubit tu macam kepit ketam, kecik tapi berbisa. Abang bukan nak buat sayang terkejut tapi abang nak buat sayang happy.." Kata Isa sambil menggomol pipi Ulya sehingga isterinya terbaring di atas katil dan Isa turun kucupan dari pipi ke leher.

Ulya ketawa apabila ciuman Isa turun ke leher kerana disitu adalah bahagian paling sensitif dia mudah berasa geli apabila disentuh.

"Abang dah la geli!" Jerit Ulya sambil memukul dada Isa yang rakus mencium lehernya.

Isa mengukir senyuman melihat reaksi Ulya yang tidak berhenti ketawa kerana geli apabila lehernya disentuh.

"Nak lagi tak?" Tanya Isa sambil mencuit hujung hidung Ulya yang masih terbaring di atas katil.

Ulya menggeleng kepala sambil ketawa dia menutup leher dengan tapak tangannya, khuatir jika Isa bertindak seperti tadi lagi.

"Narra lapar la." Merengek Ulya manja.

"Abang dah suruh hospital sediakan sarapan sedap untuk sayang." Kata Isa sambil membantu Ulya untuk bangun.

"Sarapan apa?" Tanya Narra hairan sambil bersandar pada birai katil.

"English breakfast untuk sayang. Abang tak nak sayang makan heavy sangat sebab sayang baru nak sihat." Kata Isa sambil membuka bekas makanan dan duduk di sisi katil menghadap Ulya. Dia menyuapi makanan ke dalam mulut isterinya ini.

"Abang tahu-tahu je kan sayang suka english breakfast." Ujar Ulya sambil mencuit hujung hidung Isa.

"Mestilah abang tahu sebab sayang isteri abang, ada lagi yang abang tahu."

"Apa dia?"

"Abang tahu sayang mencintai abang dan abang tetap di sini menemani sayang hingga hujung nyawa abang." Kata Isa sambil mengusap lembut pipi Ulya.

"Walaupun Narra cacat?" Tanya Ulya sebak.

"Pada abang tiada apa pun cacat cela pada ratu hati abang ni. Sayang tak boleh mengandung tu adalah ujian untuk kita, Allah tahu kita mampu hadapi semua ni sebab tu Allah turunkan pada kita." Balas Isa, kemudian dia tunduk mencium ubun-ubun Ulya

"Tapi abang tahu kan Narra tak boleh mengandung sebelum kita kahwin, tu ujian Narra bukan abang. Kenapa abang nak hadap semua ni sedangkan abang.." Belum sempat Ulya menghabiskan kata-katanya, Isa mengucup lama bibirnya. Bulat mata Ulya memandang Isa.

"Best kena cium? Nak lagi?" Tanya  Isa sambil mengenyit mata.

"Abang tak nak sayang ungkit pasal ni, abang berkahwin dengan sayang kerana abang mencintai sayang bukan kerana anak atau apa-apapun. Bila abang mencintai sayang, maknanya abang akan menjaga sayang walau apapun keadaan sayang." Tegas Isa tetapi nada suaranya tenang didengari.

Ulya mencapai tangan Isa dan meletak di tepi pipinya.

"Thanks abang." Ucap Ulya sebak.

"Sarò leale e ti amerò sempre, qualunque cosa tu sia, mia regina." Balas Isa dengan nada suara romantik, hujung hidung mereka saling bersentuhan.

Terkebil-kebil Ulya memandang Isa.

"Apa tu?"

"Abang akan setia dan sentiasa mencintai awak walau apapun keadaan awak, mia regina. Itulah makna dia." Kata Isa sambil menyuapi makanan ke dalam mulut Ulya.

Tuk! Tuk! Bunyi ketukan pintu mengejutkan mereka.

Irma melangkah masuk sambil mengukir senyuman kepada pasangan di hadapannya ini.

Ulya memegang kuat tangan Isa, dia gementar melihat Irma.

Isa merenung tangan Ulya yang menggigil, dia mendekatkan jarak dengannya dan menarik Ulya ke dalam pelukannya.

"Sorry, kakak ganggu ke?" Tanya Irma serba salah.

"Tak ada la, Narra tengah makan." Balas Isa, dia mengusap belakang Ulya supaya isterinya tenang.

"Narra, kakak datang sini nak minta maaf atas yang kakak dah buat dekat Narra. Kakak dah terima balasannya, Isa pun dah marah kakak. Kakak dah terima semuanya, maafkan kakak. Please." Merayu Irma sambil memegang tangan Ulya, dia menangis mengharap Ulya memaafkannya.

Ulya terkejut mendengar kata-kata Irma, dia memandang lama wajah Isa. Dia buntu saat ini.

Isa mengangguk beri isyarat Isa perlu memaafkan kakak. Tapi dia tidak mahu memaksa isterinya ini kerana kesakitan diseksa Ulya yang merasa bukan dirinya.

"Narra maafkan kakak." Kata Ulya pelahan-lahan dia melepaskan pelukan Isa kerana dia mula berasa tenang.

"Thanks Narra, kakak janji akan jadi kakak yang baik." Kata Irma sambil memeluk erat tubuh Ulya. Dia lega selepas Ulya memaafkannya.

"Kak, kau dah jadi baik ke? Maleficient kau dah kena panah petir ke? Ala lepas ni tak boleh la kacau kau lagi." Sindir Isa sambil ketawa besar.

Irma mengetap bibir mendengar kata-kata Isa, laju kakinya menendang kaki Isa.

"Arghh! Sakitnya.." Menjerit Isa menahan sakit akibat kakinya ditendang oleh Irma.

"Maleficient kakak ni ada lagi special untuk Isa sorang. Kalau cari gaduh dengan kakak, dia akan keluar." Balas Irma sinis, kemudian mereka sama-sama ketawa.

"Thanks sebab sudi maafkan kakak, kakak tak boleh lama sebab nak kena pergi balai nak report pasal Danial dan Encik Kamal."

"Kenapa dengan Encik Kamal." Tanya Isa hairan. Rasanya pergi hari tu elok je kenapa pula tiba-tiba lelaki itu hendak kena tangkap polis.

"Ada orang report dia merogol dan mencabul staff dekat office dah jumpa bukti pun. Okay la kakak gerak dulu, kakak ke sini untuk mintak maaf dengan Ulya je." Kata Irma sambil mengusap pipi Ulya, kemudian dia menyusun langkah meninggalkan ward Ulya ini.

Isa tidak sangka Encik Kamal itu hati binatang kalau la dia tahu memang dia belasah lelaki itu tempoh hari.

"Abang ada buat apa-apa dekat nenek, Irma or Nita ke?" Tanya Ulya sambil mengecilkan mata memandang Isa, lama dia memandang wajah suaminya.

"Buat apa? Tak ada buat apa." Balas Isa selamba sambil bangun dan mengemas bekas makanan sarapan Ulya.

Ulya tidak puas hati dengan jawapan Isa, mustahil suaminya boleh duduk diam setelah apa berlaku padanya.

"Abang, Narra kenal abang. Mustahil Kapten Tengku Isa Ethan ni tak buat apa-apa. Please abang beritahu Narra." Merengek Ulya sambil mendekati Isa, dia mengekori ke mana saja suaminya pergi.

"Abang just bagi pengajaran pada manusia hati busuk dan tak tahu bersyukur. Sayang, jangan la banyak bergerak nanti pening." Balas Isa sambil mendukung Ulya dan membawanya ke katil.

"Abang ada kena mengena dengan nenek kena langgar dengan lori babi ke?" Isa ketawa mendengar pertanyaan Ulya, entah kenapa dia berasa lawak mendengar perkataan 'kena langgar dengan lori babi'.

"Tu tak ada kena mengena dengan abang, babi tu pun abang tak kenal eh silap driver lori babi tu pun abang tak kenal. So, tak ada kena mengena dengan abang. Tu mungkin kifarah atas dosa-dosa nenek. Sayang jangan la banyak fikir nanti sayang sakit kepala." Kata Isa sambil meletak Ulya di atas katil dan mencium dahi Ulya.

Ulya mengangguk mendengar kata-kata Isa mungkin betul apa yang dikatakan suaminya ini.

"Sayang, abang nak keluar sekejap. Sayang okay kan?" Tanya Isa risau dengan keadaan Ulya.

"Narra okay la, abang pergi la. Jangan risau pasal Narra. Apa yang penting abang kena balik pada Narra."
Isa mengukir senyuman mendengar kata-kata Ulya.

"Abang mesti la akan balik pada sayang." Kata Isa mengucup kedua-dua pipi Ulya dan juga bibir wanita ini.

Ulya mencium lama belakang tangan Isa.

"Take care my king." Kata Ulya manja.

"Mia regina pun jaga diri." Balas Isa mengusap lembut wajah Ulya.

"Wei! Kau okay tak?!" Kehadiran Maisarah yang tiba-tiba merempuh masuk mengejutkan mereka berdua.

Bagai hendak luruh jantung Isa dengan perbuatan sahabat baik isterinya ini. Nasib la mereka bukan sedang bercium sakan.

"Kawan hyper sayang dah sampai. Abang gerak dulu." Ulya ketawa mendengar kata-kata Isa, ada saja gelaran yang dia beri kepada sesiapa yang dia jumpa.

Berkerut dahi Maisarah mendengar kata-kata Isa.

"Suami kau call aku tau, suruh aku jaga kau sebab dia nak keluar. Lepas tu sesuka hati dia panggil aku hyper." Kata Maisarah tidak puas hati sebaik sahaja Isa melangkah keluar daripada wad ini.

Ulya berasa hatinya berbunga apabila Maisarah beritahu Isa minta dia menjaganya ketika dia tiada. Lelaki itu tidak pernah jemu melindunginya. Dia bersyukur memiliki lelaki seperti Tengku Isa Ethan.

Isa memberhentikan Bugatti yang dipandunya di hadapan restoran mamak Ar Rahman. Dia telah membuat temujanji dengan 6 orang sahabatnya kerana mereka perlu menyelesaikan satu misi besar.

"Wei! Setan dah sampai. Kau hutang aku roti canai, mana roti canai aku?" Qays mengangkat tangan apabila melihat susuk tubuh Isa, dia memang tidak puas hati dengan lelaki ini.

"Kau ni kan tadi dah telan 5 keping roti canai tak akan nak lagi kot? Kau bela saka roti canai ke?"
Tanya Ean tidak puas hati kerana. Qays baru saja menghabiskan 5 keping roti canai.

"Ini semua nanti aku bayar. Kira settlekan." Kata Isa sambil duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan Qays.

"Okay cun. Aku setuju." Balas Qays setuju dengan kata-kata Isa.

"Kau belanja kan, aku nak order mi goreng la." Kata Hud teruja mendengar kata-kata Isa, dia mula la nak order makanan lagi.

"Aku pun nak order lagi la, nak order semua yang ada la sebab ribut belanja kan." Ujar Qaf pula sambil ketawa bersama Hud.

"Aku datang sini ajak bincang pasal blackrider bukan pasal makan." Balas Isa geram, pantang betul dengar perkataan belanja.

"Sambil makan kita bincang." Kata Carl pula sambil meletak tangan atas bahu Isa. Aku Hj

"Yessza aku setuju tu. Bila dan kenyang baru otak berfungsi." Kata Luis pula menyokong kata-kata Carl.

"Kauorang suka kan kalau dengar aku nak belanja?" Sindir Isa geram sebab masing-masing terlebih teruja kalau  mendengar perkataan belanja.

"Gila tak suka." Hud sambil menikmati tosei kegemarannya.

"Aku ni makan tetap makan tapi kerja tetap kerja. Semalam kau dah letak alat pengesan pada motorsikal superbike yang kau jumpa dekat belakang rumah kan? So betul la pintu tu?" Tanya Qays Ingin kepastian.

Isa tiba-tiba teringat pintu belakang yang dia jumpa semalam dan juga sebuah motorsikal di dalam sebuah bilik kecil tetapi motorsikal tu mempunyai nombor plate tetapi dia yakin motorsikal itu sama seperti motorsikal blackrider. Dia juga telah meletak alat pengesan pada motorsikal itu.

"Aku dah letak semalam, kau ada jumpa apa-apa?"

"Wei! Motorsikal tu dah gerak keluar dari rumah dan sekarang ni dekat.. sini?" Terkejut Qays sambil melihat tab miliknya mengesan kedudukan superbike itu. Dia tidak sangka superbike itu kini berdekatan dengan mereka.

"Maksudnya blackrider tu tengah perhatikan kau la sekarang ni." Kata Qaf membuat andaian.

"Kita dan kena ready sekarang! Anak raja bawa raptor kan?" Tanya Isa dia tidak sabar mahu memulakan misi ini.

"Dia dah ready dekat luar tu." Kata Carl hari ni tugasnya menjadi memandu Ford Raptor.

"Serigala dan jerung kereta A, Bear and helang kereta B, Rex dengan anak Raja kereta C. Aku seorang umpan dia. Bila blackrider muncul kereta C akan langgar untuk jatuhkan dia kereta A and B standby untuk tangkap dia." Kata Isa tegas mengatur strategi

"Jap kenapa aku dengan si serigala aku nak naik Raptor." Kata Hud tak puas hati

"Aku pun tak nak dengan Helang, aku nak naik bugatti." Kata Ean pula

"Aku pun nak bawa bugatti la, apa kata kita tukar kereta. Ribut jom tukar kereta." Kata Qays yang teringin ini membawa Bugatti.

"Eh kalau macam tu aku pun nak naik Bugatti la." Kata Qaf pula yang turut masuk air.

"Memang la Bugatti tu untuk naik 10 orang." Sindir Carl kerana semua pakat hendak naik Bugatti.

Isa menepuk dahi dengan perangai sahabatnya yang masuk air.

"Jom ramai-ramai naik bugatti lepas tu semua kena tembak dengan blackrider." Sindir Isa sinis sambil bangun dari tempat duduknya.

Mereka pakat ketawa mendengar kata-kata Isa dan masing-masing menuju ke kereta. Maka misi memburu blackrider bermula.

Isa memandu keretanya menuju ke arah jalan di mana blackrider berada. Dia perlu bersedia kerana blackrider akan muncul pada bila-bila masa.

Tiba-tiba blackrider muncul dari arah bertentangan sambil mengacu pistol ke arah kereta Isa mahu menembaknya dari arah hadapan tetapi tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah Ford Raptor menyebabkan dia jatuh tergolek di atas jalan tar.

Kereta Qays dan Luis muncul dan kepung blackrider mereka semua keluar serentak daripada kereta dan mengepung lelaki itu.

"Kau dah dikepung angkat tangan!" Arah Qays sambil mengacu pistol ke arah blackrider yang sedang terbaring. Lelaki itu masih sedarkan diri tetapi mungkin kesakitan kerana jatuh motorsikal.

Isa melangkah ke arah blackrider dengan perasaan marah yang membuak-buak dia dalam jiwanya. Dia sudah lama mencari manusia durjana ini. Akhirnya mereka bertemu juga.

"Kau jangan ingat kau bijak, kau jangan lupa aku lagi bijak!" Jerkah Isa sambil memijak lengan lelaki itu dan
membuka topi kaledarnya. Semua terkejut apabila tahu identiti sebenar blackrider. Jadi betul la tekaan mereka selama ini.

"Aku dah agak kau blackrider tu. Kau memang lelaki tak guna." Kata Isa menumbuk wajah Danial sekuat hati.

Danial terbaring di atas jalan tar berdenyut wajahnya akibat di tumbuk oleh Isa. Tiba-tiba dia ketawa besar, pelahan-lahan dia bangun dan berdiri di hadapan Isa.

"Yes! Memang aku blackrider tapi kau nak tahu tak? Aku buat ni atas arahan siapa? Atas arahan bonda kau, Tengku Khalida!" Balas Danial dengan nada suara kasar sambil menolak kuat tubuh Isa.

Isa menggeleng kepala mendengar kata-kata Danial.

"Kau jangan nak merepek, jangan nak melibatkan bonda!" Marah Isa, dia menumbuk wajah Danial lagi.

Danial terdorong kebelakang, terukir senyuman sinis dibibirnya.

"Kau tak percaya kan? Kau dengar ni!" Danial mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

"Ha?! Ada apa call? Dah settle? Dia dah mati?" Menggigil tubuh badan Isa mendengar suara wanita di dalam talian ini, memang suara bonda.

Semua yang ada di situ turut terkejut apabila mengetahui kebenarannya, sungguh mereka tidak menduga ini rupanya ketua segala kejahatan yang mereka cari selama ini.

"Bonda, jom jumpa.Aku nak upah sebab semua dah settle." Kata Danial sengaja mahu perangkap Tengku Khalida.

"Dia dah mati ke? Okay jom jumpa tempat biasa."
Balas wanita itu sebelum menamatkan panggilan telefon ini.

"Kau mesti tak sangka kan semua ni kerja bonda kesayangan kau. Dia la perempuan paling kejam pernah aku jumpa." Kata Danial sinis sambil memegang bahu Isa, dia sudah nekad kalau dia tertangkap pasti dia akan membuktikan yang Tengku Khalida adalah dalang semua ini.

Isa masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar, dia tidak sabar mahu menemui wanita itu untuk membongkar kebenaran yang dia cari selama ini.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 45.7K 63
[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨...
28.4K 1.3K 53
DZAFIR RIFQ-Seorang yang perwatakannya lemah lembut,matang dan menurut kata. Merupakan jurulatih kriket peringkat negeri Perak dan seorang CEO DR SPO...
3.4M 302K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
627K 23K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...