ISANARRA (C)

By Zueikha23

1.1M 40.3K 4K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
40
41
42
43
44
45

39

21.2K 768 94
By Zueikha23

"Macam mana dah settle?" Tanya Isa sebaik sahaja menjawab panggilan telefon daripada seseorang dikenali sebagai Joey. Kakinya terus melangkah menuju ke lif bangunan Havillion mall.

"Kami dah kumpul bukti tu dan bagi pada SPRM, maybe diaorang on the way ke sana." Balas Joey di hujung talian.

Pintu lif terbuka luas, Isa melangkah masuk ke dalam perut lif lalu menekan punat G tanda dia mahu menurun ke aras itu.

"Good job. Pastikan dia tertangkap and jangan biarkan dia terlepas. SPRM je? Polis?" Tanya Isa yang kurang senang jika hanya satu pihak saja yang terlibat kerana kesalahan wanita itu bukan hanya satu dua tetapi banyak termasuk mengajikan pekerja asing tanpa permit.

"Ada juga Tuan Tengku. Kami dah hantar semua bukti tu pada mereka dan saya yakin sekarang ni SPRM dan polis on the way pergi ke sana untuk tangkap wanita tu." Balas Joey di hujung talian. Joey adalah penyiasat persendirian yang di upah Isa untuk menyiasat tentang beberapa orang yang telah membuatkan hidup Ulya menderita.

"Okay good. Any info pasal wanita tu jangan lupa update aku." Terukir senyuman sinis dibibir Isa, dia mahu melihat sejauh mana wanita angkuh itu mampu bertahan dengan hartanya.

"Baik Tuan Tengku. Kami akan beritahu apa yang berlaku di SPRM lpas diaorang berjaya tangkap wanita tu." Kata Joey sebelum menamatkan panggilan telefon ini.

Isa masih berasa tidak puas hati selagi wanita tidak mendapat balasan atas perbuatannya yang kejam. Bukan dia ingin berdendam tetapi hanya mahu memberi pengajaran kepada manusia yang penuh dengan perasaan hasad dengki dan berhati busuk.

Ting! Pintu lif terbuka luas.

Sampai sahaja aras G, Isa melangkah menuju ke sebuah restoran makanan barat untuk menemui beberapa orang yang dia percayai. Apabila melihat susuk tubuhnya mereka mengangkat tangan dan bersaling berjabat tangan.

"Aku tak puas hati la, kenapa kita jumpa dekat sini bukan dekat mamak? Apa aku nak makan dekat sini? Tak akan la aku nak makan spaghetti, lamb chop tu bukan selera aku tau tak? Jiwa aku setia pada roti canai." Bebel ASP Qays tidak puas hati apabila Isa mengajak dia dan ASP Fath berjumpa di Restoran barat Chandelier.

ASP Fath menggeleng kepala mendengar kata-kata ASP Qays, dalam tak suka habis juga sepinggan Lamb chop.

"Kau sembang memang best kan kalah drama tamil dekat TV tu. Kerja aku suruh buat dah settle ke belum?" Tanya Isa sambil duduk di sebelah ASP Qays dan meletak tangan di atas bahu sahabatnya ini.

"Kita sembang kena gempak baru orang respect. Ni ASP Qays la, jangan panggil Qays Haddad kalau tak dapat settlekan kerja kau nak tu." Balas Qays Haddad dengan penuh bangga sambil menepuk dadanya.

"Dah tu apa citenya?" Tanya Isa tidak sabar tahu hasil siasatan mereka di tempat kemalangan Ulya.

"Apa yang pasti sekarang ni blackrider datang dari rumah kau. Dia pusing-pusing dulu area Villa Astana sebelum melanggar Ulya. Tapi dia bukan keluar ikut pintu depan tapi pintu belakang, kau tahu tak pintu belakang tu wujud?" Terkejut Isa mendengar kata-kata ASP Qays. Kenapa dia tidak tahu ada pintu lagi satu di kawasan Villa Astana? Adakah kerana dia terlalu sibuk sehingga tidak ambil tahu tentang rumah itu?

"Aku baru tahu pasal pintu tu. Macam mana kauorang tahu pasal pintu tu."

"Come on la, ni Qays Haddad la. Apa la sangat pintu-pintu dekat Malaysia. Semua pintu aku hafal la." Kata ASP Qays Haddad sambil mendabik dada.

"Ah kau. Pintu tu aku jumpa, jangan nak bangga diri." Kata Asp Fath tidak puas hati apabila ASP Qays claim dia yang menjumpai pintu misteri itu.

"Pintu tu memang kecil, muat untuk sebuah superbike. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan pun pintu tu tapi bila kau tengok betul-betul baru tahu tu pintu, terletak dekat selatan Villa. Kitaorang tadi jalan kaki dekat luar Villa Astana tu, saja nak cari bukti." Sambung ASP Fath menerangkan situasi ketika mereka menjumpai pintu misteri itu. Sebuah pintu besi yang direka untuk sebuah motorsikal.

Isa melepaskan keluhan kasar dia kena siasat tentang pintu. Dia akan buktikan memang ada seseorang dirumahnya  terlibat dengan blackrider dan dia yakin orang itu ialah Danial.

"Berapa besar rumah kau tu,penat tau tak aku jalan kaki pusing sekeliling tu? Nasib jumpa something menarik kalau tak kemurungan aku." Ujar ASP Qays Haddad tidak. Berpuas hati kerana ketika dia mengelilingi rumahnya mereka mengambil masa 15 minit untuk berjumpa kembali pagar utama.

"Ala kau kan ASP Qays Haddad kuatkan. Makan banyak-banyak bagi tambah tenaga balik." Sindir Isa sambil meletak tangan di atas bahu ASP Qays.

"Aku nak roti canai 5 keping, lapar ni."

"Takk habis dengan roti canai 5 keping dia. Lepak dengan 5 jejaka tak idaman tu aku belanja la. Aku nak balik la nak siasat pasal pintu belakang tu. Thanks bagi aku info ni. Makanan ni aku dah bayarkan." Kata Isa bingkas bangun kemudian dia berjabat tangan dengan ASP Fath dan ASP Qays.

"Lusa time lepak dengan diaorang aku tuntut janji kau." Balas ASP Qays tidak sabar menunggu hari yang dikatakan oleh Isa itu.

"Aku ni tepati janji la. Jangan risau aku tak akan gula-gula kan kau la tapi aku golek-golek kan kau je macam roti canai." Kata Isa sambil ketawa besar sambil menepuk kuat bahu ASP Qays. Lelaki itu pula merenung tajam ke arahnya, tidak puas hati la tu.

ASP Fath menggeleng kepala mendengar kata-kata ASP Qays, tidak sudah dengan roti canai dia.

"Apa-apa rojer aku. Kalau jumpa apa jangan lupa inform aku." Pesan ASP Fath.

"Baik Tuan." Balas Isa sambil beri tabik hormat kepada ASP Fath, tidak lama kemudian dia melangkah meninggalkan restoran mewah ini. Satu persatu perkara yang dia perlu selesaikan hari ini sebelum kembali ke hospital semula untuk menemani Ulya Inarra. Sungguh dia merindui wanita itu walaupun hanya baru beberapa jam berjauhan dengannya. Dia sangat berharap akan bahagia kembali bersama ratu hatinya dan semoga jodoh ini masih milik mereka.

Hajah Maimunah membuka almari bajunya dan mengeluarkan satu bagasi bersaiz kecil lalu bag itu di angkat lalu diletakkan di atas katil.

"Banyaknya duit aku. Senang betul nak jadi kaya raya,buat kerja sikit dapat duit lebih." Kata Hajah Maimunah teruja saat melihat duit RM100 ada sebanyak 50 ikat dan setiap ikat ialah RM10,000. Dia memperolehi duit yang banyak ini adalah hasil menjual tanahnya kepada seorang tauke cina yang mahu membuka kandang babi di kampung ini. Jika orang kampung tahu pasti mereka akan memarahinya tetapi untuk apa dia memperduli perasaan mereka, janji dia kaya raya.

"Banyaknya duit aku ni, tak habis guna sepuluh keturunan ini. Apa kata aku upah stesyen TV lepas tu buat pengumuman Ulya tu anak haram, cacat pula tu. Biar dia malu satu dunia." Kata Hajah Maimunah sendirian sambil ketawa besar. Mahu saja dia melakukan perkara itu, selagi Ulya hidup selagi itulah dia akan pastikan perempuan itu menderita.

"Kaisarah, walaupun kau dah tak ada, aku akan pastikan yang dendam aku pada kau terbalas pada anak haram kau. Aku akan pastikan dia terus menderita sehingga dia mati, itu sumpah aku." Sambung Hajah Maimunah lagi, apabila dia teringat perbuatan bapa Kaisarah iaitu Ibu Ulya Inarra pernah melapor pada polis tentang kegiatan menjual dadah suaminya sehingga dia mati ditembak polis. Dia terus berdendam dengan keluarga Kaisarah sehingga sekarang.

Dek kerana keluarga wanita itu anak-anaknya membesar tanpa bapa. Paling menyakitkan hati Daud anak lelaki kesayangannya telah jatuh cinta pada anak musuhnya. Jika bukan kerana aib keluarga dia tidak akan membenarkan Daud mengahwini Kaisarah. Sungguh dia benci wanita itu, puas hatinya dia dapat menyeksa hidup wanita itu sehingga dia hujung nyawanya, ketika wanita itu sedang berperang dengan kanser dia sempat menyeksa kehidupannya. kini giliran Ulya Inarra pula.

Semakin galak Hajah Maimunah ketawa apabila teringat kekejaman yang dia lakukan pada ibu, Ulya Inarra. Puas hatinya.

Ting! Ting! Bunyi loceng rumah mengejutkan Hajah Maimunah dari angan-angan yang menyeronokan itu. Dia bingkas bangun dan berdiri di balkoni lalu menjenguk ke arah luar pagar rumah. Bulat matanya melihat dua buah kereta di luar pagar yang pasti satu daripada kereta itu adalah kereta polis.

Kelam kabut Hajah Maimunah menyimpan bag bagasinya dan dia masukkan beberapa ikat duit ke dalam bag tangannya. Lalu dia sorok bag bagasi itu di bawah katil. Melangkah laju keluar daripada bilik, Hajah Maimunah mula gelisah kerana khuatir tembelangnya telah pecah dan pihak polis datang ke sini untuk menangkapnya.

Hajah Maimunah berjalan laju menuju ke dapur dan dia keluar ikut pintu dapur. Dia tidak mahu duduk di dalam penjara, dia rela keluar dari rumah banglo ini asalkan bukan duduk di dalam penjara. Semakin laju langkah kakinya menuju ke pintu pagar kecil yang terletak di belakang rumah, dia terus berjalan menuju ke jalan raya besar.  Sesekali dia menoleh kebelakang untuk memastikan pihak polis tidak mengejarnya. Termengah-mengah Hajah Maimunah menahan penat kerana dia telah berjalan terlalu jauh. Dia berhenti di sebuah perhentian bas untuk berehat.

Tiba-tiba sebuah motorsikal berhenti dihadapannya, dua orang anak muda itu mengukir senyuman memandangnya. Senyuman mereka mempunyai maksud yang tersirat.

"Assalamualaikum.. orang kaya sombong Hajah Maimunah. Buat apa dekat sini? Tunggu bas ke?" Tanya Samad sambil mendekati Hajah Maimunah, dia mundar mandir di hadapan wanita tua ini.

Manakala Haris berdiri di belakang Hajah Maimunah memerhati barang kemas yang sedang dipakai wanita ini. Dia terliur melihat gelang tangan emas dan juga rantai emas yang bersaiz besar ini.

"Kauorang nak apa ha?! Jangan kacau aku la, penat ni. Kauorang ni kutu rayap tak layak bercakap dengan aku. Geli la aku dengan kauorang ni" Ujar Hajah Maimunah dengan nada suara kasar dan terselit juga dengan kata-kata penghinaan.

Samad mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Hajah Maimunah.

"Aku pun tak nak la cakap dengan kau, orang tua sombong! Cepat bagi semua barang-barang kau, cepat!" Jerkah Samad sambil mengacu pisau ke arah Hajah Maimunah.

Haris turut mengeluarkan pisau dan diacukan pada belakang pinggang Hajah Maimunah.

Tergetar-getar Hajah Maimunah saat melihat dua bilah pisau berdekatan dengannya. Dia menggeleng kepala sambil memeluk bag tangannya.

"Ini duit aku! Harta aku! Kauorang jangan harap la boleh dapat semua harta aku! Dasar manusia pemalas!" Marah Hajah Maimunah kepada Samad yang sedang berdiri tepat di hadapannya kemudian dia meludah di kaki lelaki itu.

"Kurang ajar kau orang tua!!" Berang Samad apabila kakinya di ludah oleh Hajah Maimunah. Pisau yang sedang dipegang ini terus ditusuk hingga menembus kulit dan isi perut Hajah Maimunah dan Haris menusuk pisaunya di belakang badan Hajah Maimunah, tersembur darah keluar daripada tubuh badan wanita ini.

"Arghh!" Menjerit Hajah Maimunah kesakitan apabila tubuh badannya di tusuk dua bilah pisau serentak. Dia terjelopok jatuh dia atas lantai. Matanya masih terbuka luas dia cuba untuk bertahan demi harta yang tinggal.

"Cepat.. cepat ambil barang kemas dia. Bag dia tu mesti banyak duit." Kata Samad pada Haris mereka perlu cepat sebelum ada kereta lalu di sini. Semua barang kemas yang di pakai Hajah Maimunah di ambil begitu juga dengan bag tangan yang mengandungi wang yang banyak.

"Tolong jangan ambil barang aku, tolong jangan ambil barang aku." Merayu Hajah Maimunah sambil menangis teresak-esak, dia tidak sanggup melihat barang kemas kesayangannya dan juga duit yang banyak di rompak oleh manusia durjana.

"Kau diam la!" Marah Samad sambil menyepak badan Hajah Maimunah berkali-kali.

"Wei! Lori Ah Tong la, Jom blah sebelum dia berhenti." Kata Haris apabila melihat lori Ah Tong berhenti dibahu jalan jarak 200 meter daripada mereka. Haris kelam kabut bangun dan berlari menuju ke motorsikal risau jika Ah Tong tauke babi itu melihat perbuatan jahat mereka ini.

"Tak akan nak biar dia dekat sini. hidup lagi ni. Kalau dia pecahkan rahsia kita macam mana?" Kata Samad Sambil menunjuk ke arah Hajah Maimunah yang sedang mengerang kesakitan di atas lantai.

"Habis tu kau nak buat apa?" Tanya Haris hairan.

" Aku ada Idea. Kau angkat kaki dia, aku angkat tangan dia. Letak dia dekat tangan jalan, biar dia kena langgar dengan lori Ah tong." Kata Samad memberi idea.

"Bagus juga tu. Perangai dia dengan binatang Ah Tong tu pun lebih kurang je." Kata Haris sambil membantu Samad mengangkat Hajah Maimunah yang kelihatan sangat lemah ini.

"Kau rasa berjaya ke rancangan kita ni?" Tanya Haris yang sedang menyorok di dalam semak bersama Samad sambil mengangkat Hajah Maimunah.

"Bila lori Ah Tong dah dekat, kita terus campak orang tua ni, lepas tu kita lari." Kata Samad memberi arahan.

"Okay,cun. Aku setuju."

"Lori Ah Tong dah dekat, cepat.. cepat.. 1... 2.. 3.. campak!" Jerit Samad, lalu mereka mencampak tubuh tua Hajah Maimunah ke jalan raya. Kemudian mereka melarikan diri sambil menaiki motorsikal buruk mereka.

Hajah Maimunah mengelupur di atas jalan raya panas ini. Bulat matanya melihat lori Ah Tong yang semakin dekat. Lidahnya kelu dan berat mahu mengungkap kalimah 'Laillahaillah', dia menitis air mata memohon keampunan di dalam hati. Tiba-tiba tubuh badannya dihentam kuat oleh tayar lori Ah Tong, sempat dia merasa sakit di seret tayar lori sejauh 10 meter sebelum dunianya gelap gelita.

Ah Tong yang sedang leka melihat maps di dalam telefon bimbitnya terkejut apabila tiba-tiba ada manusia di tengah jalan raya ini, dia tidak sempat brek lalu melanggar sekujur tubuh itu. Disebabkan lori 10 tan di pandu dengan kelajuan ialah 100km/j dan juga muatannya melebihi had kerana sedang membawa 50 ekor babi yang setiap seekor beratnya 30kg, menyukarkan lori ini untuk berhenti serta merta. Hampir 50 meter lori ini seret tubuh yang dilanggar tadi.

Setelah lori ini betul-betul berhenti, Ah Tong melangkah keluar daripada lorinya. Gerun dia melihat keadaan manusia yang sudah tiada rupa ini. Hampir separuh wajahnya hancur dan kaki tangan putus dek di seret jauh.

Kereta polis dan SPRM berhenti di hadapan lori Ah Tong untuk siasat apa yang telah berlaku kerana lori ini penuh dengan darah.

"Apa yang berlaku ni?" Tanya Inspector Syafiq sebaik sahaja melangkah keluar daripada kereta.

"Ini olang tiba-tiba ada di tengah jalan. Wa mana sempat brek kerana ini lori bawa itu 50 ekor babi." Kata Ah Tong tidak puas hati kerana tidak pasal dia perlu bertanggungjawab atas kemalangan yang tidak disengajakan ini.

"Eh? Ini bukan Hajah Maimunah yang kita tengah cari ke?" Ujar Inspector Darween dengan nada terkejut selepas meneliti lama mangsa kemalangan ini. Dia yakin Hajah Maimunah telah melarikan diri ikut pintu belakang kerana takut ditangkap oleh mereka.

Inspector Syafiq meraup wajahnya, nampaknya suspek yang mereka cari telah ditemui tetapi sudah tidak bernyawa lagi malah keadaan mayatnya juga sangat menakutkan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi ambulance dan bomba, Semakin cepat dia menghubungi mereka semakin cepat urusan kemalangan ini selesai. Waris mangsa juga perlu dihubungi untuk memaklumkan hal ini. Semoga rohnya di terima Allah SWT.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 65.1K 60
*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan Malaysia Thailand menemukan Aaira dan L...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
366K 14K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
1.4M 65.3K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...