ISANARRA (C)

By Zueikha23

1M 36.7K 3.7K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
37
38
39
40
41
42
43
44
45

36

17.1K 680 68
By Zueikha23

Ulya memandu kereta memasuki perkarangan Villa Astana. Selepas. Parking kereta di tempat yang telah disediakan dia melangkah menuju ke pintu utama banglo mewah ini. Kali ini dia hanya parking kereta di kawasan halaman banglo bukan di basement kerana dia tidak mahu bermanja diri dengan kemewahan yang Isa sediakan cukup la dia hanya menumpang sedikit saja. Ulya mendongak memandang langit mendung, dia yakin sekejap lagi pasti hujan lebat akan turun membasahi bumi bukan kerana langit yang mendung tetapi angin hari ini bertiup tidak seperti biasa sepertinya ini amaran hujan akan turun sebentar lagi.

"Assalamualaikum..." pelahan-lahan Ulya menolak pintu istana mewah milik Isa ini. Tiba-tiba seseorang mencengkam pergelangan tangannya sebelum di tarik kasar dan menolak Ulya jatuh ke lantai tanpa belas kasihan.

Tersembam Ulya di atas lantai mozek ini. Dia terkejut tiba-tiba diperlaku kejam seperti ini, tangannya terasa sakit akibat jatuh terhentak di atas lantai.

"Oi Perempuan sial! Apa lagi kau tipu kami sekeluarga? Dasar anak haram, perempuan cacat, mandul, pelacur! Kau jangan ingat kau boleh tipu adik aku, kau boleh tipu aku dengan bonda tau. Kau silap la!" Jerkah Irma sambil menunjal kasar kepala Ulya berkali-kali.

Menangis Ulya saat mendengar kata-kata Irma, akhirnya rahsia yang tersimpan rapi itu terbongkar jua. Dia mendongak memandang bonda yang sedang berdiri di hadapannya sambil memeluk tubuh, wajahnya dipandang dengan penuh rasa kebencian yang sangat mendalam.

"Narra minta maaf Kak, bonda. Bukan niat Narra nak menipu. Narra minta maaf bonda. Narra merayu jangan pisahkan Narra dengan Isa. Narra terlalu mencintai dia, sumpah demi Allah narra mencintai Isa." teresak-esak Ulya menangis sambil mengesot mendekati Tengku Khalida, kaki wanita itu dipeluk dengan erat.

Tengku Khalida mendengus kasar mendengar kata-kata Ulya. Semasa Irma bercerita tentang semua rahsia Ulya, dia berasa ingin tercabut jantung ini. Kerana terlalu terkejut. Tidak dia menduga Isa telah berkahwin dengan seorang perempuan yang mempunyai terlalu banyak keburukan. Dia bukan saja anak haram tetapi cacat tidak boleh mengandung untuk selamanya. Paling menyakitkan wanita ini juga telah tidur dengan ramai lelaki sebelum berkahwin dengan Isa, memang sah dia sudah meniup ubat guna-guna pada Isa sehingga anaknya menjadi buta hati mahu mengahwininya.

"Kau bukan menantu aku! Kau jangan harap boleh hidup dengan Isa sampai bila-bila!" Tengking Tengku Khalida sambil menarik kasar kakinya daripada terus dipeluk oleh Ulya lalu tubuh wanita ini di tolak kasar di atas lantai. Sungguh dia benci manusia jijik seperti ini.

Ulya tersembam lagi di atas lantai, teresak-esak dia menangis.

"Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu je, lepas kau dah tipu kami sekeluarga, kau jangan bermimpi nak dapat semua harta ni!  Aku benci kau tahu tak?! Jangan ingat kau menangis macam ni aku akan percaya ke sial! Anak haram!" Jerkah Irma lagi sambil mencengkam kuat wajah Ulya dan di tampar berkali-kali sehingga berdarah bibirnya.

"Sakit kak.. sakit kak..." Merintih Ulya apabila Irma mencengkam kuat wajahnya. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

"Kau kira kau punya sakit je, habis sakit hati aku sebab kau tipu adik aku macam mana pula?!" Kali ini Irma merentap tudung yang Ulya pakai dan di cengkam kuat rambutnya.

Menangis Ulya menahan sakit rambutnya di tarik sehingga terasa pedih sehingga ke akar rambut.

"Sumpah kak Narra tak tipu Isa, Narra memang mencintai Isa. Tolong lepas kak ,sakit kak.." Merayu Ulya lagi sambil memegang tangan Irma, dia tidak tertahan apabila rambutnya terus dicengkam kuat.

"Ah!!! Pergi mati sumpah kau tu! Keluar kau dari rumah ni!! Jangan harap kau boleh bawa satu benda pun keluar dari rumah ni! Aku nak kau membusuk dekat luar tu. Keluar!!" Irma mencengkam rambut Ulya sambil mengheret Ulya sehingga ke pintu.

"Sakit kak!! Sakit!! Sakit!!" Meronta-ronta Ulya minta dilepaskan apabila rambutnya terus dicengkam dan ditarik lalu tubuhnya diseret kasar sehingga ke pintu. Dia ingin bangun melepaskan diri tetapi tidak berjaya apabila bonda menolak kasar tubuhnya sehingga menyukarkan dia untuk bangun.

"Padan muka kau! Berani lagi tipu kami!" Tubuh Ulya di sepak berkali-kali oleh Tengku Khalida.

Kak Ila dan Suri menangis melihat Ulya diperlaku kejam seperti itu, mereka ingin membantu tetapi mereka telah diugut oleh Irma jika mereka tolong, mereka akan dihukum.

"Ini balasan untuk perempuan setan macam kau! Mulai hari ni kau jangan jumpa dengan Isa lagi jangan nak datang ke rumah ni!! Kau pergi la setan! Sial!" Tengking Irma sambil mengheret Ulya hingga ke luar rumah dan  menolak kasar tubuhnya di dalam hujan sehingga tersebam wajah Ulya di atas jalan tar. Berdarah hidung dan dahinya saat ini. Walaupun hujan lebat membasahi bumi diiringi dengan kilat sambung menyambung, Irma tetap terus menghukum Ulya.

Selepas puas menghukum Ulya, Irma dan Tengku Khalida melangkah masuk ke dalam rumah. Puas hati mereka melihat Ulya terseksa seperti itu. Ini lah balasan untuk manusia penipu.

Meraung Ulya di dalam hujan, keseluruhan tubuh badannya basah kuyup dan dia kesejukan. Pelahan-lahan Ulya bangun dan dia berkaki ayam melangkah menuju ke pagar Villa Astana yang terbuka luas ini. Pagar ini dibuka memang untuknya dia keluar daripada banglo mewah ini dan meninggalkan Isa untuk selamanya. Ulya terus melangkah walaupun tidak berdaya, perit kakinya terkena batu kecil di atas jalan tar ini tetapi dia tidak memperdulikannya kerana perasaan sedih perlu berpisah dengan Isa menguasai segalanya.

"Abang... Narra rindu abang. Balik la cepat, Narra tak kuat hadap semua ni sendiri. Abang mana? Cepat la balik." Ulya mendongak memandang langit dia hanya mahukan Isa saat ini, dia sangat berharap Isa muncul dan bawa dia pergi jauh dari kesengsaraan ini.

Menggigil Ulya berjalan di dalam hujan, dia tidak tahu mana ingin pergi kerana dia tiada duit dan juga telefon bimbit untuk menghubungi sesiapa. Dia terus berjalan di atas jalan raya sunyi ini. Hanya air mata menemaninya.

"Ya Allah, Ya tuhan ku tolong la aku. Aku mohon tolong aku." Merayu dan merintih Ulya, dia sangat berharap Allah membantunya saat ini.

Bunyi enjin motorsikal berkuasa tinggi mengejutkan Ulya, dia pantas menoleh. Bulat matanya melihat motorsikal itu menuju laju ke arahnya dan merempuh tubuh badannya yang lemah ini sehingga dia terpelanting jatuh di atas sebuah kereta. Dunia Ulya menjadi gelap gelita serta merta, entah apa yang terjadi selepas itu dia tidak ingat dan hanya kalimah Laillahaillah sempat dia ucap sebelum memejamkan mata.

Damb! Terkejut Isa apabila melihat blackrider melanggar seseorang sehingga menyebabkannya terpelanting dan jatuh di atas bonet hadapan keretanya ketika keluar daripada simpang. Ikutkan hati Isa mahu mengejar blackider tetapi ada seseorang memerlukan bantuannya.

Di dalam hujan lebat Isa melangkah keluar daripada keretanya dan melangkah menuju ke hadapan keretanya

Mengigil seluruh tubuh Isa saat melihat Ulya terbaring di atas jalan tar ini dipenuhi darah dikepala.

"Sayang? Sayang?!! Kenapa jadi macam ni sayang?!"  Isa mengangkat kepala Ulya dan diletakkan diatas ribanya,wajah Ulya ditepuk berkali-kali tetapi malang wanita ini tidak sedarkan diri. Menangis teresak-esak Isa melihat keadaan isterinya yang kaku tidak sedarkan diri. Dia mendukung Ulya menuju ke keretanya, ketika dia membuka pintu kereta disebelah penumpang dia terlihat sejambang bunga rose pink yang dia beli untuk dihadiahkan kepada Ulya, semakin laju air mata mengalir membasahi pipinya.

Isa membuang bunga itu di tepi jalan dan meletak Ulya ditempat duduk penumpang, dia perlu membawa Ulya segera ke hospital dia tidak mahu perkara buruk terjadi pada isterinya ini.

Isa menggenggam erat jari jemari Ulya dan dikucup dengan penuh kasih sayang,sesekali dia menoleh memandang Ulya yang tidak sedarkan diri ini.

"Sayang.. abang merayu bertahan sayang. Kita dah nak sampai hospital ini. Tolong la bertahan sayang, jangan tinggalkan abang." Menangis Isa, dia mengucup lama belakang tangan Ulya. Dia tidak sangka sekian lama tidak bertemu isterinya, akhirnya mereka dipertemukan di dalam keadaan tragis seperti ini. Kenapa kerinduannya mesti terubat dengan cara seperti ini?

"Ya Allah, aku mohon selamatkan la isteri ku, panjangkan umurnya dan jangan bagi aku kehilangannya. Aku tak sanggup kehilangan dia, Ya Allah." Berdoa Isa memohon Allah panjangkan umur Ulya, dia tidak sanggup kehilangan isterinya ini. Dia baru ingin berasa bahagia tetapi tidak sangka akan diuji hebat seperti ini.

Bugattii Isa terus memecut di lebuh raya menuju ke Goldenissia Hospital. Menggigil tubuhnya kerana terlalu risau memikirkan tentang keadaan Ulya, sesekali dia merasa nadi Ulya, dia berharap nadi ini terus berdenyut. Dia tidak sanggup jika nadi ini berhenti, dia tidak dapat bayangkan jika itu terjadi.

Sebaik sahaja sampai dihadapan Jabatan kecemasan Goldenissia Hospital, kelam kabut Isa melangkah keluar daripada kereta.

"Tolong! Tolong!!" Jerit Isa sambil mendukung Ulya dan berlari masuk ke dalam Zon Merah Jabatan kecemasan ini.

Kakitangan hospital terkejut melihat keadaan pesakit yang dipenuhi darah mereka mula bertindak pantas untuk melakukan rawatan kecemasan.

"Encik sila tunggu di luar." Arah seorang jururawat kepada Isa.

"Tolong selamatkan isteri saya." Merayu Isa.

"Kami akan cuba semampu kami, harap encik boleh bersabar dan tunggu di luar." Balas jururawat itu sambil menghantar Isa keluar daripada Zon Merah ini.

Isa mudar mandir berdebar menanti di hadapan Zon Merah ini. Dia duduk di sebuah kerusi, dia tunduk memandang lantai. Sesekali dia melepaskan keluhan kasar, hatinya tertanya-tanya ketika ini. Kenapa Ulya berjalan di dalam hujan keadaan tidak bertudung dan berkaki ayam? Apabila teringat tentang blackrider perasaan marah Isa mula membara.

"Kau memang tempuh maut setan." Berkata Isa sendirian dengan perasaan yang penuh kebencian dan dendam terhadap balckrider. Kali ini dia tekad mencari dan menghukum blackrider, serta dia akan siasat apa yang berlaku pada Ulya sebelum kemalangan itu.

"Encik waris pesakit yang baru datang tadi tu ke?" Tanya seorang doktor lelaki berdiri di hadapan Isa.

" Ya saya, dia isteri saya. Dia kemalangan kena langgar lari. Macam mana keadaan dia?" Tanya Isa gementar menanti khabar berita daripada doktor dia sangat berharap tiada perkara berlaku pada Ulya.

"Isteri encik sekarang ni di ICU,gegaran di otaknya menyebabkan dia koma. Kami tidak boleh jangka berapa lama dia akan didalam keadaan seperti ini. Ketika ini dia hanya bergantung pada alat pernafasan kerana kadar oksigen dia tidak menentu. Isteri encik kehilangan banyak darah,apa yang boleh saya katakan ialah berdoa la semoga ada keajaiban berlaku. Minta maaf saya katakan keadaan isteri encik 50-50 sekarang ini. Kalau encik nak tengok dia boleh pergi ke wad ICU. Harap encik tabah dan sabar hadapi dugaa ini." Kata Dr. Hakim sambil memegang bahu Isa, dia berharap lelaki dihadapannya tabah dan kuat menghadapi dugaan Ini.

"Allah..." Hanya itu mampu Isa ucap saat mendengar kata-kata doktor. Isa meraup wajahnya,air mata terus mengalir membasahi pipinya. Dia tidak boleh terima apabila mendengar keadaan Ulya seperti itu, dia tidak kuat.

Pelahan-lahan kaki Isa melangkah masuk ke dalam wad ICU. Melihat keadaan Ulya dipenuhi wayar dan terbaring kaku membuatkan jiwa Isa terseksa. Dia tidak sanggup melihat isterinya kesakitan seperti ini.

"Sayang.. abang merayu jangan tinggalkan abang, bangun la sayang. Abang rindu sayang, sumpah abang rindu sayang." Teresak-esak Isa menangis sambil mencium tangan Ulya, kemudian dia tunduk mencium lama dahinya yang berbalut kemas.

"Sayang, abang tak boleh hidup tanpa sayang jangan la tinggalkan abang. Tolong jangan tinggalkan abang." Merayu Isa, walaupun Ulya tidak sedar tetapi dia yakin isterinya ini mendengar setiap kata-katanya.

"Sayang tak rindu abang ke? Kalau rindu bangun la. Abang nak bawa sayang jalan-jalan, abang nak peluk, cium sayang." Kata Isa lagi sambil meletak tapak tapak tangan Ulya ditepi pipinya. Dia tunduk lagi, kali ini dia mencium pipi Ulya, lama dia mencium pipinya seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

"Ya Allah, Engkau berikan kesembuhan kepada isteri ku ini. Jangan biarkan dia teruskan kesakitan, jangan biarkan aku kehilangan dia. Aku tak mampu hidup tanpa dia, Ya Allah. Aku mohon pada Mu, sembuhkan isteri ku ini,sedarkan la dia dari koma ini. Aku mohon, Ya Allah." Merintih dan berdoa Isa agar Allah SWT memberi kesmebuhan kepada Ulya Inarra. Sungguh dia tidak mampu jika harus kehilangan isterinya ini untuk selamanya. Sesungguhnya hanya Allah SWT tempat dia mengadu dan meminta.

Allah SWT Maha pengasih lagi Maha Penyayang, Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

933K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
40.4K 2K 26
|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23
3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
28.3K 1.3K 53
DZAFIR RIFQ-Seorang yang perwatakannya lemah lembut,matang dan menurut kata. Merupakan jurulatih kriket peringkat negeri Perak dan seorang CEO DR SPO...