ISANARRA (C)

By Zueikha23

1M 36.7K 3.7K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

32

17.5K 655 26
By Zueikha23

Ulya melangkah keluar daripada bilik air dan mendekati Isa yang sedang mengemas pakaian di dalam wardrobe. Sebak perasaannya melihat suaminya sedang melakukan persiapan untuk berbakti kepada negara.

"Abang? Sampai bila kita nak berahsia dengan bonda yang Narra sebenarnya tak boleh mengandung." Tanya Ulya sambil berdiri di muka pintu, sesekali dia melepaskan keluhan. Dia tidak sanggup terus menipu jika bonda bertanya tentang anak kerana dia tidak mahu memberi harapan kepada bonda.

Isa mendekati Ulya, lalu dia mencapai jari jemarinya dan dikucup dengan penuh rasa cinta.

"Balik je abang dari Ukraine kita beritahu bonda semuanya. Abang akan pujuk bonda supaya redha dengan apa berlaku ni." Isa mengusap lembut pipi isterinya , kemudian dia mengucup lama dahi Ulya.

"Abang rasa bonda boleh ke terima Narra yang cacat ni?" Air mata mula membasahi pipi Ulya. Dia tidak dapat membayangkan perasaan bonda apabila mengetahui menantunya ini sebenarnya seorang yang cacat.

"Sayang tak cacat, rahim sayang kena buang sebab sayang sakit. Kalau tak dibuang benda tu akan bahaya untuk diri sayang. In Shaa Allah bonda boleh terima, kalau bonda tak boleh terima abang akan pujuk sehingga bonda terima kekurangan sayang." Kata Isa bersungguh-sungguh sambil mengesat air mata yang membasahi pipi Ulya.

"Macam mana pula dengan status anak haram Narra ni? Bonda boleh terima ke menantunya ini sebenarnya anak haram? Macam mana kalau bonda semakin membenci Narra?"Bertalu-talu pertanyaan Ulya semakin laju air mata mengalir dan tangisannya menjadi teresak-esak. Dia tidak tahu apa nasib dirinya apabila bonda dan Irma tahu tentang dirinya, adakah dia perlu berpisah dengan Isa? Dia tidak sanggup mahu berpisah dengan suaminya ini.

Isa memeluk erat tubuh Ulya dan kucup kepala Ulya berkali-kali.

"Sayang, abang doakan semoga sepanjang abang tak ada ni, sayang sentiasa dilindungi Allah SWT. Semoga semuanya tak akan terbongkar sepanjang abang tak ada disisi sayang. Biar la apa-apa yang nak berlaku abang ada bersama sayang kerana abang ingin melindungi sayang dari segala kesakitan yang ada di dalam dunia ni." Berdoa Isa supaya isterinya dijauhi daripada sebarang kejahatan dunawi.

"Narra takut.." Luah Ulya, dia memeluk kemas tubuh Isa dan sandar kepalanya pada dada sasa suaminya.

"Sayang, kita sama-sama berdoa ya? Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT." Isa melepaskan pelukan dan memandang tepat kedalam anak mata Ulya. Dia meletak tapak tangan di atas kepala isterinya ini.

"Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga Allah memberi ketenangan kepada isteri abang sepanjang abang tak ada dan semoga isteri abang ni dijauhi sebarang kejahatan dunia. Kalau sayang rindu abang letak tapak tangan pada degupan jantung dan berdoa semoga Allah menyembuh kesakitan rindu itu." Kata ISa sambil memegang tangan Ulya dan meletak tapak tangannya pada dada kiri dia lalu dia tunduk mencium ubun-ubun isterinya ini.

Ulya tenang merasai degupan jantung Isa. Dia pasti akan merinduinya.

"Perlu ke abang pergi lama macam ni?" Ulya masih tidak dapat menenangkan perasaannya, dia benar-benar tidak sanggup berjauhan dengan Isa. Kenapa la dia perlu hadap berpisahan ini? Dia tidak sanggup.

"Sayang, memang ni risiko kalau berkahwin dengan tentera macam abang. Kalau boleh abang pun tak nak tinggalkan sayang tapi negara memerlukan abang. Ada tanggungjawab yang perlu abang selesaikan. Abang janji akan balik pada ratu hati abang ni." Isa cuba menenangkan perasaan Ulya yang tidak tenteram ini. Tubuh Ulya di peluk dengan erat lagi, pelahan-lahan dia mengusap rambut Ulya yang ikal mayang ini.

Ulya melepaskan pelukan Isa, dia menggeleng kepala. Air mata terus mengalir laju dipipinya.

"Kenapa abang kerja tentera? Cari kerja lain yang tak perlu jauh dengan Narra. Tolong la jangan pergi, Narra tak nak berpisah dengan abang." Merayu Ulya, dia berat untuk melepaskan suaminya pergi. Hatinya benar-benar terseksa saat ini.

Isa mengukir senyuman mendengar kata-kata Ulya, hakikatnya hati tidak sanggup melihat Ulya menangis dan merayu kepadanya. Tubuh Ulya didukung dan isa membawanya menuju ke katil, lalu diletakkan isterinya di atas katil berbantalkan lengannya.

Isa baring mengereng disebelah Ulya, tangannya melingkari pinggang isterinya ini.

"Sayang, abang nak pergi kerja sekejap je. Jangan la sedih macam ni sebab nanti abang susah nak buat kerja. Sayang abang kan?" Tanya Isa sambil menundukkan wajahnya memandang setiap inci wajah Ulya.

"Mestilah sayang, kenapa tanya macam tu?" Ulya memukul pelahan dada sasa Isa geram mendengar pertanyaan suaminya ini, mestilah dia sayang tetapi bukan sayang biasa tetapi terlalu sayang.

"Kalau sayang, doa kan abang ya? Doa kan abang selamat pergi dan selamat balik pada ratu hati abang ni. In Shaa Allah sayang okay sepanjang abang tak ada sebab sayang ada bonda, abah, Aira yang akan selalu baik dengan sayang.Kalau nak berkawan dengan Kak Ila dengan suri pun boleh janji sayang happy." Kata Isa sambil melagakan hujung hidungnya dengan hujung hidung Ulya.

"Narra akan sentiasa doakan yang terbaik untuk abang, setiap saat setiap minit dan setiap jam. Narra inginkan abang sentiasa bersama Narra." Ujar Ulya manja, dia mengucup lama pipi Isa.

"Abang pun nak bersama sayang selalu. Malam ni abang nak ajak test drive dekat katil abang la. Jom sayang." Bisik Isa sambil bangun dan duduk di atas peha Ulya, dia tundukkan wajahnya mencari bibir munggil isterinya ini dan dia mencium bibirnya penuh keasyikan. Tangannya ligat menanggalkan pakaian yang Ulya pakai, mereka mula hanyut di dunia asmara yang tersangat istimewa ini.

Ulya mula melayan keasyikan dunia cinta mereka ini kerana dia akan merindui detik indah ini saat Isa berjauhan. Setiap ciuman yang Isa berikan Ulya menikmati dengan penuh rasa cinta, mereka semakin hanyut dan terus lemas di dalam dunia asmara.

Kring! Kring! Bunyi loceng telefon bimbit Ulya mengejutkannya daripada tidur. Pelahan-lahan dia membuka mata yang terasa sangat berat ini, terukir senyumannya melihat Isa tidur mengereng mengadapnya sambil memeluk erat pinggangnya.

Eightpack Isa menarik minat Ulya untuk menyentuh dengan jari telunjuknya. Dia menelan air liur melihat keadaan Isa tanpa seurat benang ini, comforter di tarik menutup separuh tubuh suaminya yang seksi ini.

"Sayang intai abang ke?" Ulya terkejut mendengar suara garau Isa baru bangun daripada tidur.

"Abang ni kan, terkejut Narra tau. Mesti la intai abang sebab sekejap lagi abang akan pergi jauh." Kata Ulya sebak sambil mengusap dada Isa. Perasaan sedih mula menyelubungi dirinya.

"Sayang, abang pergi sekejap je. Abang janji. Abang janji balik je dari Ukraine, abang bawa sayang jalan-jalan. Cakap je nak pergi mana, abang akan bawa kan." Isa berharap cara ini akan menenangkan perasaan isterinya, dia memang sudah pasang niat ingin membawa Ulya pergi bulan madu sebaik saja dia balik bertugas daripada Ukraine. Niat hatinya mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada isterinya ini.

"Betul? Abang janji? Akan balik pada Narra dan bawa Narra jalan-jalan?" Tanya Ulya sambil menunjuk jari kelingkingnya di hadapan wajah Isa.

"In Shaa Allah, abang janji. Abang akan bawa ke mana saja yang sayang nak pergi." Balas Isa sambil jari kelingkingnya bertaut dengan jari kelingking Ulya tanda dia berjanji dengan isterinya ini.

"Tapi sebelum tu sayang kena teman abang mandi dulu." Kata Isa sambil mendukung Ulya dan membawanya masuk ke dalam bilik air.

Ulya merangkul leher Isa dengan erat, dia sudah bersedia menyajikan apa yang suaminya inginkan kerana dia juga menikmatinya.

"Abang geli!" Jerit Ulya apabila Isa mencium bahagian yang paling dia sensitif. Kedengaran gelak ketawa mereka di dalam bilik air ini. Keasyikan asmara bersambung kembali dengan penuh rasa cinta antara mereka.

"Isa gerak dulu ya , tolong tengokkan Narra sepanjang Isa tak ada. Isa sayang bonda." Ucap Isa tunduk bersalaman dengan Tengku Khalida, kemudian dia mengucup dahi wanita yang telah melahirkannya ini.

"Isa jangan risau la bonda akan tolong tengokkan Narra untuk Isa, Bonda akan tolong jaga kan dia." Balas Tengku Khalida sambil mengusap pipi Isa, dia harap Isa akan lebih tenang selepas mendengar kata-katanya ini kerana dia tahu Isa pasti risau meninggalkan isteri kesayangannya terlalu lama.

Isa lega mendengar kata-kata bonda, pandangannya beralih ke arah Ulya yang sedang mengesat air mata yang mengalir.

"Jom hantar abang ke kereta." Ajak Isa sambil mencapai tangan Ulya dan digenggam dengan erat. Dia menarik isterinya mengekorinya menuju ke keretanya.

Ulya mengekori Isa dengan perasaan sebak, tidak sanggup dia melepaskan suaminya pergi.

"Abang, Narra doakan segala urusan abang dipermudahkan dan semoga abang balik pada Narra. Janji tau balik pada Narra." Ulya mengucup lama tangan Isa, teresak-esak dia menangis saat ini. Sungguh dia akan merindui suaminya ini.

"In Shaa Allah abang janji balik pada sayang. Terima kasih kerana mendoakan abang. Walaupun kita berjauhan, semoga hati kita bersatu dengan doa. Setia dan cinta abang pada sayang infiniti." Isa mencium ubun-ubun, kemudian ciuman turun kedua-dua pipi Ulya, dan terus ke bibir kemerahan isterinya ini. Lama bibir mereka bertaut.

"Assalamualaikum ratu hati abang. Abang gerak dulu ya." Pelahan-lahan Isa melepaskan genggaman tangannya, sebak perasaannya saat melangkah masuk ke dalam kereta. Dia menurunkan tingkap kereta dan mengenyit mata kepada Ulya sebelum memandu meninggalkan perkarangan Villa Astana ini.

Ulya mengejar kereta Isa dan tanpa disangka dia jatuh terjelopok di atas jalan tar ini. Teresak-esak Ulya menangis saat melihat kereta Isa semakin jauh.

"Narra, sabar sayang. Isa nak pergi kerja sekejap je, nanti dia balik la." Kata Tengku Khalida cuba menenangkan Ulya yang kesedihan ini.

Ulya menangis di dalam pelukan Tengku Khalida, Dia sendiri tidak pasti kenapa terlalu berat melepaskan Isa pergi, sedangkan dia tahu itu sudah menjadi kewajipannya memahami urusan kerja suaminya itu. Semoga Allah mempermudahkan urusan suaminya tidak kira di mana saja dia berada.

Isa terkejut melihat Ulya jatuh melalui cermin pandang belakang tetapi dia tetap terus memandu kerana ada bonda menenangkan Ulya. Jika dia berhenti, risau dia tidak sanggup meninggalkan isterinya.

Semasa Isa sedang leka memandu menuju ke pangkalan tiba-tiba ada sebuah motorsikal bergerak rapat ditepi keretanya dan penunggang motosikal itu mengeluarkan sepucuk pistol.

Bulat mata Isa melihat pistol itu dia memusing stereng dan ingin melanggar motorsikal berkuasa tinggi itu tetapi malangnya motorsikal itu berjaya mengelak dan
melepaskan tembakan ke arah cermin hadapan kereta Isa.

Isa terkejut akan perbuatan penunggang motorsikal itu, lalu dia cuba mengelak dari terkena sasaran peluru dan tiba-tiba kereta yang Isa pandu hilang kawalan, dia mula cemas dan mengharapkan tiada perkara buruk berlaku. Hati Isa semakin tidak keruan saat ini.

Continue Reading

You'll Also Like

934K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
301K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
3.4M 302K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
158K 10.2K 32
Adam Hirdy | Azalea