ISANARRA (C)

By Zueikha23

1M 36.7K 3.7K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

31

18.6K 647 32
By Zueikha23

Isa memandu Bugatti Chiron memasuki perkarangan Villa Astana dan terus menuju ke basemant villa ini untuk parking kereta kesayangannya ini. Isa memandu pelahan-lahan menuruni bukit menuju bawa tanah Villa ini.

Tercengang Ulya melihat banglo mewah yang tersegam indah dipenuhi kereta mewah, parking bawah tanah pula tidak kurang hebatnya. Sebaik saja kereta Isa memasuki ke dalam parking ini, semua lampu automatik terpasang termasuk la alat penghawa dingin.  Kalau dah kaya dekat parking pun ada pengahwa dingin, tidak tahu untuk siapa tak akan la untuk kereta yang parking di sini? Ulya menggeleng kepala melihat kecanggihan parking bawah tanah ini.

"Kayanya abang. Segan pula Narra." Ulya mula sebak apabila mengenangkan perbezaan kehidupannya dan Isa. Dia sungguh tidak layak untuk lelaki ini, dia hanya wanita kampung biasa sedangkan lelaki ini mempunyai segalanya.

"Sayang, kenapa nak segan? Harta abang ni, harta sayang juga. Apapun barang abang akan jadi barang sayang juga." Kata Isa, tangan  Ulya dikucup lama. Kemudian beralih pula ke pipinya.

"Narra kahwin dengan abang bukan sebab harta, Narra tak perlukan semua ni. Narra just nak abang je." Balas Ulya sambil mengusap pipi Isa.

Isa mengukir senyuman mendengar kata-kata Ulya.

"Sayang nak drive dengan abang ke? Jom la. Sini pun on juga." Kata Isa mengenyit mata pada Ulya.

Ulya mengetap bibir mendengar kata-kata Isa, lalu lengan lelaki ini dicubit manja.

"Gatal la abang ni tak akan nak drive dekat sini. Malu la kalau ada orang nampak." Merungut Ulya geram dengan cadangan merepek suaminya ini.

"Abang gatal dengan ratu hati abang je. Tak apa nanti kita drive dekat bilik abang ya sayang." Kata Isa sambil mengucup bibir Ulya seketika sebelum dia melangkah keluar daripada kereta ini.

Ulya tergamam dengan tindakan Isa yang tiba-tiba itu, nampaknya gatal suaminya sudah sampai.

"Andiamo, mia regina." Ajak Isa sambil mendukung Ulya keluar daripada kereta.

"Abang tak payah la dukung, Narra boleh jalan sendiri la." Terkejut Ulya apabila Isa tiba-tiba mendukungnya keluar daripada kereta ini.

"Memang la sayang boleh jalan sendiri tapi abang tetap nak dukung ratu hati abang ni, abang tak nak dia penat." Isa tunduk dan mencium bibir Ulya, agak lama bibir mereka bertaut.

"Abang, jangan la macam ni. Malu la kalau orang nampak." Risau Ulya jika ada ahli keluarga Isa nampak aksi romantik mereka ini.

"Biar la diaorang nampak sebab abang nak beritahu satu dunia yang abang terlalu mencintai sayang."

"So take my hand now, see me
'Cause you've made me into this man
I promise I'll treasure you, girl
You're all that I've needed
Completing my world.
You..
You're my love, my life, my beginning
And I'm just so stoked I got you
Girl, you are the piece I've been missing
Remembering now"

Isa menyanyikan lagu tajuk its you by sezairi, istimewa hanya untuk Ulya Inarra. Kemudian dia mencium dahi turun ke hidung dan kemudian ke bibir mungil isterinya ini. Ulya mula melayan keasyikan ciuman indah ini.

"Sayang hadiah terindah daripada Allah untuk abang, abang tak nak lebih di dalam dunia ini. I just want a happy life with you, sayang." Luah Isa dengan nada suara romantik, hujung hidungnya melaga hujung hidung Ulya.

Ulya mengusap lembut pipi Isa, kata-katanya membuatkan dia seperti berada di awangan bersama bersama angin cinta yang dibawa lelaki ini.

"Abang, sayang pun nak bahagia bersama abang sehingga nyawa terpisah dari jasad. Hanya bersama abang selamanya." Pipi Isa di kucup penuh rasa kasih dan cinta.

"Eh isteri abang dah pandai romantik la." Hujung hidung Ulya di cuit manja.

"Abang juga yang ajar." Ulya balas mencuit hujung hidung mancung Isa.

"You are the one who taught me everything about love, and I can't live without you, mia regina." Kata Isa nada suara yang cukup lembut dan tenang di dengari, bibir Ulya di kucup lagi dengan penuh rasa cinta yang mendalam.

Ting! lif berdeting menandakan mereka telah sampai ke destinasi yang ingin mereka tuju. Isa turunkan Ulya, jari jemarinya dia genggam erat lalu di bawa ke bibirnya, di kucup lama. Dia pastikan akan merindui detik ini apabila mereka berjauhan nanti.

"Papa Is!" Jerit seorang anak kecil saat melihat susuk tubuh Isa di ruang tamu. Alaysha berlari ke arah Isa dan melompat menerpa ke aranya.

Isa melepaskan genggaman tangan Ulya, lalu dia mendukung Alaysha pipi si comel ini digomol geram.

"Hai, muffin. Why do I feel like I haven't seen you in a long time?" Tanya Isa sambil mencubit pipi Alaysha.

"Because Cha pergi jalan-jalan dengan Tok Pa dekat Disneyland. Best tau, lain kali papa Is bawa Cha pula tau. Papa Is, who is she?" Tanya Alaysha hairan sambil memandang hairan ke arah Ulya.

Ulya mengukir senyuman melihat Isa tidak kekok melayan kanak-kanak tandanya dia sangat menyukai mereka, tiba-tiba perasaan sebak menyelebunginya saat ini. Dia yakin Isa kecewa kerana dia tidak mampu memberi mereka zuriat tetapi kerana ingin menjaga hati lelaki ini hanya  pendamkan perasaan itu.

"Ni mama Narra, isteri dan wanita yang paling papa Is cinta." Kata Isa sambil menggenggam jari jemari Ulya, dia mengenyit mata kepada wanita ini.

Ulya tersipu mendengar kata-kata Isa yang romantik ini.

"Hai mama Narra, papa Is baik tau. Dia selalu belanja Cha coklat, aiskrim, then papa Is kena marah dengan mummy." Petah Alaysha berkata-kata.

Isa ketawa mendengar kata-kata Alaysha ada saja anak kecil ini.

"Hai dear, mesti la mummy marah sebab tu kan makanan tak sihat, apa la papa Is ni." Balas Ulya sambil mencuit hidung Alaysha, geram dia melihat si comel ini.

"Papa Is yang bagi Cha makan je." Bulat mata Isa mendengar kata-kata Alaysha, dia mendukung si comel ini sambil berjalan mendekati Irma dan bonda yang sedang berbual di ruang tamu mewah ini.

"Eh? Papa Is pula yang salah, Cha turun ya? Sebab papa Is nak bercakap dengan nenda and mummy."

"Okay papa Is, Cha pun nak pergi main la." Sebaik sahaja turun dari dukung Isa, Alaysha berlari menuju meninggalkan ruang tamu ini.

"Bonda dan Kak Irma sihat?" Ulya mendekati bonda dan tunduk bersalaman dengan wanita ini. Bonda menyambut salam Ulya sambil memeluk erat tubuh menantunya ini. Namun ketika Ulya ingin bersalam dengan Irma, hulur tangannya tidak di sambut malah di balas dengan jelingan. Ulya mengukir senyuman walaupun dia dipandang dengan penuh rasa benci.

Isa turut bersalaman dengan bonda tetapi apabila lalu di hadapan Irma, kaki wanita itu sengaja dia langgar. Menyebabkan Irma memandang Isa dengan pandangan yang menakutkan.

"Alhamdulillah sihat, bonda ingat Isa tak nak bawa Narra balik sini. Bonda nak ajak Narra berbual yela bonda kan tak kenal Narra lagi." Kata Tengku Khalida sambil menarik tangan Ulya supay duduk di sebelahnya. Ulya menurut kehendak ibu mentuanya, tangan wanita ini digenggam erat kerana Tengku Khalida mengingatkan dia kepada arwah ibu. Semoga adanya Tengku Khalida dia dapat menumpang kasih seorang ibu.

"Isa mesti la balik sini dulu baru pergi ke rumah baru tu." Balas Isa sambil sandarkan tubuhnya pada sofa empuk ini.

"Ala tak payah la pergi ke sana, tinggal la dekat sini. At least bonda ada kawan sembang and kawan shopping." Kata Tengku Khalida sambil mengusap lembut tangan Ulya, dia berharap menantunya ini dapat menghilangkan rasa rindunya pada arwah Imani.

Isa memandang Ulya, dia tidak kisah tentang tempat tinggal asalkan Ulya selesa. keutamaannya ialah Ulya Inarra, jika wanita itu tersakiti dia turut merasakan perkara yang sama.

Ulya turut memandang ke arah isa, dia mengukir senyuman melihat suaminya. Pelahan-lahan dia mengangguk dia tahu Isa menunggu jawapan darinya.

"Narra okay je tinggal dekat mana-mana, Narra pun nak berkenalan dengan bonda." Balas Ulya nada suara manja sambil memeluk lengan Tengku Khalida.

Irma menjeling mendengar kata-kata Ulya, baginya adik ipar baru ini seorang yang munafik penuh dengan niat yang tidak baik terhadap keluarganya.

"Wah untungnya dapat tinggal dekat rumah besar, selesa, shopping free. Memang tu niat kau nak berkahwin dengan Isa, kan? Mengaku je la memang tu niat utama kau, tak payah nak sorok sebab aku tahu semuanya." Kata Irma dengan nada suara kasar.

Ulya tunduk mendengar kata-kata Irma, kenapa la kakak ipar dia ini susah ingin menerimanya?

"Kakak! Watch your mouth, stop talking nonsensically." Marah Tengku Khalida sambil menepuk kuat peha Irma.

"Betul la apa kakak cakap dia ni memang ada niat tak baik." Balas Irma tidak puas hati.

Isa merenung tajam ke arah Irma, wanita ini rindu ingin mendengar kata-kata pujangga daripadanya.

"Kak, otak kau tu tak penat ke nak fikir buruk pasal orang lain? Kau baik sangat ke nak cakap orang jahat. Lagi satu di dalam hidup ni kalau tengok sesuatu tu pakai mata bukan pakai hati, kalau pakai hati jadi macam kau la sentiasa dengki, fikir negative. Kau usik isteri aku, kau tahu la nasib suami kau." Sindir Isa dengan nada suara kasar.

"Jangan berani nak sentuh Danial!." Marah Irma, dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan ruang tamu ini. Tidak pasal kerana Ulya dia dimalukan seperti ini.

Tengku Khalida mengeluh melihat pergaduhan dua beradik ini.

"Narra jangan ambil hati kata-kata kakak tau, dia garang tapi baik. Kalau bonda tanya jangan marah tau, kauorang berdua nak anak dalam masa terdekat or ada merancang?" Ulya terkejut mendengar kata-kata bonda dia memandang Isa mengharapkan lelaki itu membantunya mencari jawapan. Adakah dia perlu berterus terang tentang keadaan dirinya?

Isa mengukir senyuman mendengar kata-kata bonda, dia sudah dapat agak soalan ini akan di aju oleh bonda.

"Bonda, Isa tak kisah pasal anak. Sebab Isa hanya fikirkan tentang Narra je, hanya Narra je di dalam hati dan fikiran Isa sekarang ni." Kata Isa sambil bangun dan mendekati isterinya lalu dia menarik tangan Ulya supaya mengekorinya.

Ulya terpinga-pinga apabila Isa tiba-tiba menariknya. Dia akur mengekori ke mana saja Isa ingin membawanya pergi kerana tempat isteri kan di sisi suaminya.

"Mana boleh macam tu? Anak kan penting di dalam rumah tangga. Bonda nak baby boy tau." Kata Tengku Khalida nada suara gembira sambil memegang tangan Ulya.

Ulya sebak mendengar kata-kata bonda, dia hanya mampu mengukirkan senyuman saat ini walaupun air mata sudah bergenang di tubir mata.

Isa menggenggam erat jari jemari Ulya, dia tahu pasti isterinya sedih saat mendengar kata-kata bonda.

"Bonda, anak kan ketentuan Allah SWT kalau ada Alhamdulillah. Kalau tak ada kita kena redha. So, sekarang ni kita tak payah la cakap pasal anak sebab Isa nak honeymoon dulu dengan Narra." Kata Isa sambil mencuit hujung hidung Ulya, dia terus menarik tangan isterinya ini. Mereka sama-sama melangkah meninggalkan ruang tamu ini.

Tengku Khalida mengeluh mendengar kata-kata Isa, dia akan berusaha untuk memujuk Ulya memberinya cucu di dalam masa terdekat. Dia akan mengajar menantunya itu bagaimana ingin mendapat anak lelaki kerana dia mengidam cucu lelaki, mengharapkan Irma sepertinya tiada kerana anak sulungnya sudah nekad tidak mahu anak lagi tetapi dia pula mahukan cucu lagi. Semoga apa yang dia rancang menjadi, tidak sabar rasanya menimang cucu lelaki yang comel.

"Terima kasih abang sebab sentiasa menjadi penyelamat Narra." Bisik Ulya, dia sandar kepala pada lengan Isa.

"Sayang, abang akan tetap di sini untuk sayang. Sayang ialah keutamaan abang, and kalau sayang sakit abang akan juga akan rasa sakitnya." Balas Isa sambil mengucup kepala Ulya, lalu dia memeluk erat bahunya dan menarik rapat mendekati dadanya. Isa nekad akan melindungi Ulya selagi nyawa dan jasad bersatu, kerana cintanya hanya untuk Ulya Inarra.

Continue Reading

You'll Also Like

935K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
482K 12.9K 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam sat...
302K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.3M 50.2K 51
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️...