ADRIANA ALISSA ( A Wounded He...

Per MrsNeyyy

4.8K 397 10

{ COMPLETE } DULU ADA SINOPSIS CERITA YANG BAHAGIA, SEKARANG TIADA... Tiada apa-apa. Sama seperti sekeping... Mรฉs

DISCLAIMER๐ŸŒ•โœจ
CAST !! ๐ŸŒ•โœจ
INTRO INTRO ๐ŸŒ•โœจ
Prolog ๐ŸŒ•โœจ
AA 1 ๐ŸŒ•โœจ
AA 2 ๐ŸŒ•โœจ
AA 3 ๐ŸŒ•โœจ
AA 4 ๐ŸŒ•โœจ
AA 5 ๐ŸŒ•โœจ
AA 6 ๐ŸŒ•โœจ
AA 7๐ŸŒ•โœจ
AA 8 ๐ŸŒ•โœจ
AA 9 ๐ŸŒ•โœจ
AA 10 ๐ŸŒ•โœจ
AA 11๐ŸŒ•โœจ
AA 12 ๐ŸŒ•โœจ
AA 13 ๐ŸŒ•โœจ
AA 14 ๐ŸŒ•โœจ
AA 15 ๐ŸŒ•โœจ
AA 16 ๐ŸŒ•โœจ
AA 17 ๐ŸŒ•โœจ
AA 18 ๐ŸŒ•โœจ
AA 19 ๐ŸŒ•โœจ
AA 20 ๐Ÿ’โœจ
AA 21 ๐Ÿ’โœจ
AA 22 ๐Ÿ’โœจ
AA 23 ๐Ÿ’โœจ
AA 25 ๐Ÿ’โœจ
AA 26 ๐Ÿ’โœจ
AA 27 ๐Ÿ’โœจ
AA 28 ๐Ÿ’โœจ
AA 29 ๐Ÿ’โœจ
AA 30 ๐Ÿ’โœจ
AA 31 ๐Ÿ’โœจ
AA 32 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 33 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 34 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 35 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 36 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 37 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 38 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 39 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 40 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 41โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 42 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 43 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 44 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 45 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 46 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 47 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
SPECIAL CHAPTER ๐Ÿ’๐Ÿ’
MY LAST WORDS ๐Ÿ’Œ

AA 24 ๐Ÿ’โœจ

48 6 0
Per MrsNeyyy

Awal balik Issa, kata lepas maghrib". soal Arisya kepada Alissa. Alissa hanya membiarkan soallan achiknya itu tidak berjawab.

Langkahnya terus dibawa naik ke biliknya di tingkat atas. Arisya memandang Adrian dan Maisarah, namun bakal ibu dan ayah itu hanya mengangkat bahu.

Alissa yang baru saja memulas tombol pintu itu berdecit perlahan saat rambutnya ditarik dari belakang. wajah Adwa yang langsung tak ada rasa serba salah itu dipandang kosong sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik. Adwa yang terpinga-pinga di depan pintu bilik Alissa itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"kak Issa kenapa ehh ? Aku tarik rambut dia, dia palau aku. Tak marah macam selalu pun. Kata balik lepas maghrib, sekarang baru pukul 6, dia keluar tadi pukul 5:45 petang. Hmmmm gaduh ke ? ". Adwa terus turun ke ruang tamu untuk memulakan gosip yang penuh tanda tanya.

.

.

.

.

.

Alissa menghempas badannya ke atas katil. Rasa nak nangis tapi rasa juga nak marah. Alissa akhirnya hanya membiarkan saja air matanya membasahi pipi. Adakah salahnya yang terlalu cemburu. Tapi hatinya sakit melihat kemesraan dan keakraban Farhan dan Jessica tadi. Tambahan pula perempuan itu pernah menyimpan perasaan pada Farhan dulu.

"Salahkah aku cemburu ". soal Alissa pada dirinya sendiri.

"Tapi perempuan tu dah kahwin, dah mengandung".

"Tak mungkin dia masih mahukan Farhan".

"Arghhh !!! ". jerit Alissa.

Bantal diambil menutup muka, Cuba melupakan semua overthinkingnya. Sakit. Dia penat dengan fikirannya sendiri. Lama Alissa dalam keadaan begitu sampailah dia dengar suara kakaknya Maisarah yang memanggil dari luar. Alissa hanya menyahut dari luar tanpa membuka pintu.

Tuala yang disangkut di ambil. Baju di dalam almari di ambil. Lebih baik dia mandi lepastu turun makan dan gosip dengan familynya lagi bagus daripada dia terus memikirkan hal yang menyakitkan hati saja.

Selesai saja mandi Alissa mencapai telefonpintarnya. Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiada mesej daripada Farhan.

Taknak pujuk ke ? Alissa hanya membiarkan saja. Airplane mode dihidupkan. Pandai-pandailah Farhan carinya. Alissa keluar dari biliknya.

.

.

.

.

.

.

.

"Mama kata Issa nak keluar dengan Annn nak tengok sunset. Tapi tadi papa tengok awal je balik. Kenapa ?". soal Tuan Zamarul. Yang lain memandang Alissa menantikan jawapan dari mulut itu.

"Lain kali kut Pa. Tadi Umi Farhan call, ada emergency katanya". tipu Alissa.

Tuan Zamarul hanya mengangguk mendengar jawapan Alissa.

Maaf papa.

Banyak perkara yang mereka bualkan, sesekali terdengar gelak tawa mereka. Namun Alissa hanya memilih untuk diam. Dia hanya buka mulut apabila ditanya saja. Mata Alissa sempat menangkap pandangan mata Adzan yang tak lepas memandangnya. Alissa hanya meneruskan suapannya tanpa pedulikan apa yang jadi di depan mata kerana kesibukan di dalam kepalanya sudah cukup menyerabutkan.

Usai makan, Puan Anissa meminta Alissa memotong buah untuk dibuat salad sebagai pencuci mulut. Maisarah menepuk lembuh bahu Alissa yang ralit dengan buah-buahan yang hendak dipotong itu.

"Issa ada apa-apa ke nak share dengan aka?". soal Maisarah prihatin. Ingin juga dia tahu kenapa adik iparnya itu nampak lain hari ini. Pasti ada yang menganggu fikirannya.

"Hmm entah la akak". Alissa mengeluh kecil. Maisarah mengusap belakang badan Alissa menenangkan hati adiknya itu. Arisya yang baru selesai mencuci pinggan mangkuk datang membawa bahan lain untuk membuat salad tadi.

"Ada apa-apa share, jangan pendam sorang kalau tak mampu". Maisarah mengangguk mendengar kata-kata Arisya itu.

"Hmmm, mama mana ?". soal Alissa. Dia tidak mahu mamanya susah hati apabila mendengar luahannya.

Bukan dia tidak tahu ada sesuatu yang mamanya sembunyikan darinya. Kerana setap kali nama Farhan meniti di bibir mereka pasti riak Puan Anissa akan berubah.

"Angah dah suruh mama stay dengan papa. Along dengan Adwa ada tolong cover. Now tell us the truth". Adzan yang muncul dari ruang tamu duduk di hadapan Alissa.

Alissa menarik nafasnya sebelum menceritakan semuanya yang berlaku sejak di Taman pagi tadi. Air matanya sedaya di tahan agar tidak jatuh.

"Faham-faham". terangguk-angguk Arisya mendengar luahan hati adiknya.

"Dia tak ada call ? Chat ke ?". soal Adzan.

"Tak tahu sebab Issa airplane mode". Maisarah tersenyum ke arah Alissa.

Adikku sayang, macam ni. Issa jangan tuduh melulu dulu. Macam Issa cakap taht girl dah kahwin, dah mengandung. Mungkin dia saja nak usik ja . Issa bincang baik-baik dengan Farhan yaa". nasihat Maisarah.

"Jangan biarkan ego bertakhta dalam hati yang cemburu tanpa penjelasan sayang". sambung Arisya pula.

"Thankyou untuk nasihat tu, and thankyou sudi dengarkan Issa". Arisya dan Maisarah menghadiahkan senyum pada Alissa.

"Apa nama perempuan tu". soal Adzan serius.

"Hah ?". Alissa memandang abang keduanya itu. Dah kenapa tanya nama perempuan tu.

"IShh kau ni Ngah, dah kenapa tanya nama bini orang. Kau jangan macam-macam". pesan Arisya.

"one more thing. ada masalah dengan Farhan, jangan selalu cari kawan. Lagi-lagi Sham dengan Hazim. Tahukan nanti friendship tu jadi macam mana?". nasihat Adzan. Ada betulnya juga apa yang dikata.

"pssstt pssstt Detektif Adwa coming". mereka semua menoleh ke arah Adwa di pintu dapur.

"Kau nak apa budak kecik". soal Adzan.

"Hello i dah besar, i bukan budak. Tu kak Issa tu hah budak". jeling Adwa kepada anganya itu.

"Kau nak apa sekarang ni jantan". soal Arisya pula.

"Ishh, along suruh kak Issa naik atas kejap, Farhan ada chat Along tadi. Nanti turun balik Along cakap". beritahu Adwa.

"Pergilah bincang baik-baik".

"OKayy, nanti Issa turun semula ya". mereka disitu mengangguk menghantar kepergian Alissa dengan ekoran mata.

Alissa mencapai telefonnya. Mode kapal terbang itu dimatikan. mesej dari Farhan dibuka.

"Esok pukul 10 biyy datang ambil sayang. Kita pergi satu tempat, pakai baju warna biru ya sayang". Alissa hanya membiarkan saja chat tersebut. Bluetick. lalu dia turun semula ke bawah..

.

.

.

.

.

.

"Sayang masih marahkan biyy ke ?". soal Farhan yang masih tenang memandu.

"Tak marah, cuma rasa terpinggir". balas Alissa dingin.

"Im sorry about yesterday sayang. Biyy tahu salah biyy sebab ignore sayang macam tu. Forgive me please sayang". Farhan menoleh memandang Alissa yang masih merenung ke luar tingkap.

"Emm okay. Tapi sekarang ni awak nak bawa saya pergi mana?". soal Alissa.

"Kejap lagi sayang akan tahu". Farhan kembali fokus pada pemanduannya membiarkan Alissa melayani perasaan sendiri. Dalam hati dia sudah tidak sabar bukan main.

Agak jauh perjalanan mereka kali ini, akhirnya sampai juga ke destinasi. Alissa memandang banglo yang dihiasi dengan belon berwarna biru dan pink itu.

"Kita buat apa dekat sini. Ni rumah siapa?". soal Alissa kepada Farhan.

"Jom masuk sayang". tanpa menjawab soalan Alissa. Farhan menarik tangannya masuk ke dalam rumah itu.

Masuk saja ke dalam rumah itu, makin banyak belon seperti tadi dihias ditengah-tengah ruang tamu itu. Tak juga wajah-wajah yang tak dikenali memandangnya dengan Farhan.

"Ehh dah sampai ke, jemputlah. Buat lah macam rumah sendiri ya". sapa satu suara wanita yang menghampiri mereka. Tangan tua wanita itu Alissa salam. Matanya beralih pada Farhan pula yang turut mencium dan memeluk wanita itu. Alissa memandang hairan. Boleh ke ?

Alissa memandang tulisan yang cantik dihias di tengah ruang dinding itu.

'MR H & MRS H JUNIOR'
'BOY OR GIRL'

Alissa menarik tangan Farhan lalu membisikkan sesuatu padanya.

"Siapa MR H dan MRS H tu". soal Alissa. Farhan hanya tersenyum sambil memegang kedua bahu Alissa lalu memusing tubuh kecil itu untuk pusing ke belakang.

"Hye both of you". Alissa terkejut memandang wajah itu. Apa lagi dia nak.

"Hye Jessie. Mana Jack". soal Farhan. Jessica hanya menunjuk ke arah tangga. Figura seorang lelaki turun dari tangga menuju ke ruang tengah itu. Jessica membisikkan sesuatu kepada Alissa.

"U rasa girl ke boy?". Alissa memandang Jessica yang menunjukkan perutnya. Alissa yang bingung sendirian hanya menjawab.

"Boy maybe".

"Wow, sama jawapan dengan Ann. Bagus-bagus".

"Jadi semua dah ada kan. It's time to reveal !". jerit Jackson. Yang lain hanya ketawa melihat Jackson yang sudah teruja lebih itu.

"Come sayang. Simpan dulu soalan tu. Nanti biyy jawab". Alissa mengangguk sebelum matanya kembali fokus kepada Jessica yang memotong kek itu. Habis saja kek dipotong, Jessica mengeluarkan isi dalam kek itu menunjukkan warna nya kepada mereka.

"IT'S A BOY !!!! jerit Farhan kuat sambil memeluk Jackson yang memakai baju warna pink itu. Beberapa rakan mereka yang lain memakai baju biru turut berpelukan sama. Hairan Alissa melihat jackson yang masam mencuka, manakala Farhan masih melompat gembira.

Anak siapa sekarang ni.

"Diorang betting". ujar Jessica.

"Betting ?". soal Alissa kembali.

"Yaa, An teka baby boy, Jack pula teka baby girl. Siapa yang salah teka kena denda or kena belanja makan. That's why la". Alissa mengangguk saja.

"Sokay, betting tu okay lagi daripada betting yang lain".

"Jessie...". tegur wanita tua tadi sambil menggeleng.

"Alissa jemput makan ye nak. Acik nak ke dapur dulu". pamit wanita tua itu.

"Alissa".

"Ye".

"I nak minta maaf pasal haritu , if i ni terlalu annoying". tangan Alissa ditarik dan digenggam.

"I minta maaf jugak sebab berkasar and emosi lebih haritu". Alissa sedar dia juga ada salahnya pada ibu mengandung itu.

"I tahu you baik. I takkan rebut kebahagiaan orang melainkan orang yang cuba rebut i punya". Alissa hanya tersenyum walaupun dia tidak tahun maksud di sebalik kata yang sering diucapkan wanita itu.

"So friend ?".

"why not?". mereka berdua saling berpelukan mesra. Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati tindak tanduk mereka semua. Terutamanya Alissa.

"you're to naif girl. Cantik tapi sayang dibu........".

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


"Kau puji dia ke ?". soal satu suara di earpiece yang menghubung beberapa orang.

"Erkk tak Tuan. Saya salah sebut". balas satu suara.

"Macam mana keadaan dalam tu ?". soal suara tegas tadi lagi

"Masih dengan penipuan mereka Tuan". satu suara menyahut.

"Kejap, ni misi dari sapa ni. Dari atasan ke dari kau. Perlu ke kita formal bukan main?". sampuk suara lain pula.

"Diorang yang formal sapa suruh". balas suara tegas itu.

"Heheheh lama tak ada mission Tuan. Kami ambil feel".

"betul !". jawab 3 suara serentak.

"Haihhh, ontot aku dah lenguh dalam kereta ni, korang lambat lagi ke" soal suara lain pula yang sudah pasrah dengan keadaan.

"Tuan, boleh ke kita buat kerja ni".

"kenapa?". Soal DIA yang mereka gelarkan sebagai Tuan.

"Tak ada lah Tuan, selalu kita intai lanun, penjenayah apa semua. Sekarang ni kita tengah intai anak dara orang. Tak kena maki ke kita nanti Tuan".

"Sebelum korang aku maki baik korang fokus kerja korang". tegas DIA.

"Entah, sebelum aku tanam periuk api dalam lubang ontot sekor-sekor baik buat kerja diam diam". sampuk satu suara. DIA hanya menjeling rakan baiknya disebelah tajam.

"That's all for today. Leave her". arah DIA tegas.

"Baik Tuan ! ". jawab mereka semua serentak.

.

.

.


.

.

Continua llegint

You'll Also Like

Enchanting You Per Lemonellow

Literatura romร ntica

19.1K 974 40
SPIN OFF: THE FORCED FAME (STORY OF TWO COUPLES IN LOVE) Tengku Zuhail-Nur Ardelia / Idham Irawan-Tengku Zulfa
10K 544 61
Niat di hati Lily Imani yang mahu melarikan diri ke kota Paris untuk menggelakkan diri daripada papanya yang sibuk mengaturkan janji temu buta bersam...
5.3K 231 31
Sejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pa...
3.4K 203 34
Alyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja...