ISANARRA (C)

By Zueikha23

1M 36.7K 3.7K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

29

20.2K 737 106
By Zueikha23

Encik Daud memandu keretanya memasuki perkarangan rumah lalu diberhentikannya di hadapan rumah kampung ini.

"Kakak dengan abang dah sampai la. Adik nak tunjuk kuih ketayap ni dekat kakak la." Kata Aira teruja apabila melihat Bugatti chiron di hadapannya, dia tidak sabar mahu menemui Ulya kerana ingin menunjuk kuih kegemaran kakaknya yang dia ambil di masjid.

"Jangan lupa buka pintu belakang sebab abah kunci dari luar." Pesan Encik Daud apabila melihat Aira kelam kabut melangkah keluar daripada kereta ini.

"Baik abah." Balas Aira sambil membuat tabik hormat kepada abahnya, kemudian dia melangkah menuju ke pintu belakang dapur. Kunci selak pintu dapur ini di tarik maka pintu dapur terbuka luas, Aira tergamam seketika saat melihat adegan romantik di hadapannya. Selalunya dia melihat di dalam Kdrama tetapi kali ini dia melihat di dunia realiti. Tidak semena mangkuk tingkat yang sedang dia pegang terlepas daripada tangan dan jatuh di atas lantai.

Tang!

Bunyi itu mengejutkan dua orang yang sedang melayan keasyikan ciuman cinta itu, Aira terus berpaling ke arah lain apabila Ulya memandang tepat ke arahnya, adakah dia muncul salah masa? Atau mereka bersalah kerana melakukan adegan romantik itu di tempat yang salah?

Ulya terkejut melihat Aira sedang berdiri di muka pintu dapur ini, aduhai malunya kerana adiknya nampak adegan ciuman tadi. Ulya mengukir senyuman memandang Aira, dia cuba belagak selamba tetapi hakikatnya dia berasa sangat malu saat ini.

"Adik? Abah mana?" Tanya Ulya gelisah cuba menyembunyikan perasaan malunya.

Isa sambung kembali menikmati nasi goreng kampung ini, dia bukan buat salah pun cuma salah tempat saja. Kenapa la masa ni la Aira nak muncul? Carilah masa lain yang sesuai tidak pasal dia menonton ciuman secara langsung.

Aira menggaru kepala yang tidak gatal, dia jadi buntu seketika.

"Ha? Kenapa tercegat dekat sini? Tengok tu macam mana la mangkuk tingkat ni boleh jatuh nasib la tak ada makanan berkuah." Bebel Encik Daud hairan melihat Aira masih tercegat di muka pintu dapur ini, dia mengutip mangkuk tingkat yang tergolek di atas lantai.

Aira hanya tersengih mendengar abahnya membebel, bukan dia sengaja jatuhkan mangkuk ini tetapi terkejut melihat kakak dan abang iparnya bercumbu dekat dalam dapur ini.

"Bila kakak dan Isa sampai? Ini ada kuih ketayap orang masjid bagi." Kata Encik Daud sambil meletak mangkuk tingkat dia atas meja makan.

"Baru je abah tapi sempat juga la masak nasi goreng." Balas Isa sambil bersalaman dengan bapa mentuanya.

"Sedapnya kuih ketayap, abah ni tahu-tahu je kakak teringin nak makan kuih ketayap." Kata Ulya teruja sambil membuka mangkuk tingkat ini.

"Adik sebenarnya tadi nak bagi kakak kuih ni la tapi..ternampak drama pula." Sindir Aira, terukir senyuman sinis dibibirnya sambil memandang ke arah Ulya. Dia mengambil duduk berhadapan dengan Ulya, sempat juga dia mengerling ke arah abang iparnya yang sedang leka menikmati nasi goreng, lelaki itu memang muka tidak tahu malu ke? Dia boleh pula makan dengan berselera selepas apa yang terjadi tadi.

Ulya mengecilkan matanya memandang Aira, geram melihatnya. Adiknya kalau bab menyindir orang memang nombor satu.

"Baiknya adik kakak ni." Balas Ulya sambil mencubit pipi Aira. Kemudia dia ketawa melihat reaksi Aira apabila dia mencubit pipinya

"Sakit la kakak." Merungut Aira, dia membalas dengan memukul bahu kakaknya, terasa kebas pipinya akibat di tarik oleh Ulya.

"Haish korang ni depan makanan pun nak gaduh, kakak bawa Isa ke bilik berehat, dia nampak penat tu, petang ni kita nak kena pergi rumah nenek ada kenduri doa kesyukuran," Arah Encik Daud kasihan melihat wajah menantunya yang keletihan itu.

"Yela abah, memang nak bawa dia berehat pun." Kata Ulya sambil menggenggam erat jari jemari Isa.

"Adik nak sambung tengok kdrama la tadi tengok tak habis, akak pun boleh la sambung aktiviti yang tergendala tadi tu." Sindir Aira, kemudian dia bangun dari tempat duduknya dan melangkah naik ke tingkat atas, sengaja dia mahu bergurau dengan kakak tersayang.

Ulya mengetap bibir mendengar kata-kata Aira, nasib la adiknya sempat lari kalau tidak dia akan cubit pipi adiknya sekuat hati.

"Abah pun nak berehat, tadi dekat masjid ada gotong royong. Letih pula badan ni." Kata Encik Daud sambil duduk di sebuah sofa empuk yang terdapat di dapur ini, di sini la tempat dia berehat jika balik daripada bertugas di ladang kelapa sawit.

"Kakak masuk bilik dulu ya abah." Ulya menarik tangan Isa mengajak suaminya berehat di dalam bilik. Kasihan dia melihat Isa yang keletihan ini, menyesal pula dia menyuruhnya memasak. Sepatutnya itu tugasnya bukan tugas Isa kerana suaminya telah penat memandu. Terbit rasa bersalah di dalam dirinya apabila melihat Isa menepuk bahunya beberapa kali.

"Ini la bilik Narra, kecil je. Abang tak kisah kan?" Kata Ulya sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam bilik. Dia berasa serba salah pula kerana hanya menyediakan bilik yang kecil untuk Isa berehat.

"Abang tak kisah la. Janji sayang di sisi abang." Balas Isa sambil menarik Ulya rapat ke dadanya yang telah terdedah ini. Pinggang isterinya di peluk  kemas dengan kedua-dua tangannya.

Ulya terkejut melihat Isa sudah membuka baju tshirtnya dan kini lelaki itu hanya memakai seluar jeans saja.

"Abang penat?" Tanya Ulya sambil mengusap pipi Isa.

"Penat sikit tapi abang tak pernah penat mencintai sayang." Jawab Isa dengan nada suara romantik sambil melagakan hujung hidungnya dengan hujung hidung Ulya.

Ulya mengukir senyuman mendengar jawapan romantik Isa.

"Abang berehat la, nanti kalau dah asar Narra kejutkan abang." Ujar Ulya manja sambil mengusap dada dan eightpack suaminya.

Isa mengukir senyuman melihat perbuatan Ulya yang manja ini, dia tunduk mencium bibirnya sebelum berjalan menuju ke katil untuk berehat.

"Sayang?" Panggil Isa sambil bersandar pada birai katil.

Ulya menoleh memandang Isa sambil menanggalkan tudungnya dan di sangkut pada kerusi meja solek ini.

"Ya. Abang nak apa-apa ke?"Tanya Ulya, kemudian dia melangkah mendekati Isa.

"Nak sayang." Balas Isa menarik kuat tangan Ulya menyebabkannya jatuh terbaring atas katil lalu Isa naik ke atas peha Ulya terukir senyuman sinis dibibirnya. Dia tundukkan wajahnya dan mencium lama leher jinjang isterinya.

Ulya terkedu dengan perbuatan Isa saat ini tetapi dia merelakan perbuatan suaminya ini.

"Abang?" Panggil Ulya manja.

"Ya sayang." Isa mengangkat wajah dan memandang ke arah Ulya.

"Dulu Narra nak abang, abang jual mahal." Sindir Ulya apabila teringat dia pernah meminta cinta lelaki ini.

Isa ketawa mendengar kata-kata Ulya.

"Dulu tak halal kena jual mahal tapi lepas sayang kata tak nak dekat abang dah, jiwa abang tak tenang time tu abang dah tak boleh jual mahal." Balas Isa sambil menggomol pipi kanan Ulya.

Ulya mengetap bibir mendengar kata-kata Isa.

"Jahat tau jual mahal sangat, Narra yang tak tenang sebab kejar abang tetapi dia tak layan." Merungut Ulya sambil memukul dada sasa Isa.

"Sekarang ni abang bagi free je diri abang dekat sayang. Sebab tu abang nak ajak sayang test drive dekat sini, jom sayang." Bisik Isa, dia tunduk dan mencium bibir Ulya. lama bibir mereka bertaut. Tangan Isa ligat menanggalkan pakaian yang dipakai Ulya, mereka dah mula hanyut dengan keasyikan asmara. Isa mencium setiap inci tubuh Ulya dan mereka sudah mula ke lembah asmara yang hanya milik mereka berdua.

Bugatti Isa berhenti di hadapan rumah Hajah Maimunah. Isa membuka tali pinggang keselamatan untuk Ulya, kemudian dia melangkah keluar daripada kereta.

"Andiamo, mia regina." Ajak Isa sambil menghulur tangan kepada Ulya. Apabila hulur tangannya di sambut Isa mencium tangan Ulya dengan penuh kasih sayang.

"Sayang jangan jauh dari abang, ikut je ke mana abang pergi." Kata Isa sambil mengelus jari jemari isterinya.

"Abang jangan la risau pasal Narra, sebab Aira kan ada." Kata Ulya sambil tunjuk ke arah Aira yang sedang menunggunya di bawah khemah.

"Abang risau kan sayang, macam mana kalau nenek dan Nita sakitkan hati sayang?" Tanya Isa gelisah sambil mengusap lembut pipi Ulya.

"Narra kan kuat, In Shaa Allah Narra boleh hadap diaorang berdua tu." Kata Ulya bersungguh-sungguh meyakinkan Isa yang dia boleh hadapi masalah sendirian sedangkan dia sendiri pun takut jika tidak kuat menghadapi cacian nenek dan Jesnita tetapi sampai bila dia ingin bergantung dengan Isa dia perlu juga lawan mereka sendirian.

Isa lega mendengar kata-kata Ulya.

"Take care sayang. Kalau ada apa-apa call abang." Satu kucupan hinggap pada ubun-ubun Ulya. Dia mula melepaskan jari jemari Ulya dan mereka berpisah di bawah khemah ini kerana dia perlu masuk ke dalam rumah untuk bacaan doa selamat dan bacaan surah yasin yang hanya dihadiri kaum lelaki saja.

"Amboi romantiknya.Hari tu punya tak nak kahwin sekarang ni nak berpisah tak sampai 500 meter pun sedih." Sindir Aira, dia sejak tadi memerhati Ulya dan Isa. Meronta jiwa bujangnya melihat kemesraan pasangan pengantin baru itu. Apa la nasib jadi orang bujang ni.

Ulya jeling mendengar kata-kata Aira, adiknya ini kalau dapat perli memang menyakitkan hati.

"Biar la dah halal, jangan jealous ya? Habiskan belajar lepas tu cari la seorang, kesian single ya?" Sindir Ulya sambil ketawa besar.

Aira mengetap bibir mendengar kata-kata Ulya. Amboi dia main balas pula ya.

"Mentang-mentang la dia dah kahwin boleh pula sindir orang single. Walaupun single bahagia tahu tak tapi kalau couple lagi bahagia." Balas Aira sayu sambil memeluk lengan kakaknya, bila la jejaka idaman nak muncul ni.

"Ha! Sini pun kau. nenek panggil sebab nak kenalkan kau yang baru kahwin ni dengan saudara mara dan kau budak pergi ambil doorgift dekat dalam rumah letak dekat depan sana." Arah Jesnita kepada Aira sambil cekak pinggang.

Aira merenung tajam ke arah Jesnita, dia melangkah mendekati perempuan munafik ini.

"Kau siapa nak arah aku?" Tanya Aira tidak puas hati sambil menyilang tangan di dada.

"Kau ni memang kurang ajar kan? Kau pergi ambil doorgift tu atau aku suruh abah kau yang tua tu? Mana kau nak?" Balas Jesnita terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Laki kau yang bajet handsome tu mana? Mesti duduk dekat dalam bilik jadi pondan kan!"

Pang! Satu penampar hinggap di pipi Aira. Dia tergamam, melampau betul perempuan munafik ni main kasar. Aira ingin membalas tetapi dihalang oleh Ulya.

"Mulut kau jangan nak kurang ajar!" Marah Jesnita walaupun hakikatnya apa yang dikatakan Aira betul. Ilyas tidak mahu keluar menyertai majlis ini dia hanya mahu duduk tidur di dalam bilik apabila dia tegur pasti lelaki itu akan naik tangan.

"Adik pergi tolong angkat doorgift tu jangan nak keruhkan keadaan." Ulya menarik Aira jauh dari Jesnita, nanti tidak pasal huru hara majlis ini dek pergaduhan dua orang wanita ini.

Aira mendengus kasar mendengar kata-kata Ulya, dia nak melindungi kakak daripada perempuan munafik ini tetapi dia pula di suruh buat kerja. Aira melangkah pergi dengan perasaan marah, tengok la dia akan membalas dendam pada perempuan itu.

"Jom ikut aku." Arah Jesnita kasar, dia tidak sabar mahu melaksanakan rancangan jahatnya itu. Nasib memang menyebelahinya hari ini. Dia membawa Ulya menuju ke sebuah khemah khas untuk nenek dan saudara mara yang hadir.

"Nek ni dia." Kata Jesnita sebaik saja mendekati Hajah Maimunah yang sedang berbual dengan beberapa orang wanita yang seusia dengannya ada juga yang lebih muda.

Hajah Maimunah merenung tajam ke arah Ulya, dia menarik kasar tangan Ulya supaya berdiri disebelahnya.

Ulya terkejut dengan perbuatan nenek yang kasar ini.

"Ini la Ulya cucu aku yang cacat tak boleh mengandung, yang sana tu Jesnita tu tengah mengandung. Dia ni nasibnya malang saja, dah la anak haram lepas tu rahim tak ada dah kena buang. Dia ni kalau mandi bunga pun sial tak hilang, kena mandi air sampah agaknya." Sindir Hajah Maimunah sambil ketawa yang lain turut ketawa mendengar kata-kata wanita ini

Ulya terkedu mendengar kata-kata nenek, air mata membasahi pipinya. Dia cuba melepaskan tangan daripada terus dipegang oleh nenek tetapi gagal malah tangannya terus dicengkam kuat.

"Nek! Apa niat nenek ni? kenapa hina Yaya macam ni? Bukan Yaya nak hidup macam ni?" Walaupun air mata mengalir membasahi pipi dia tetap perlu kuat melawan nenek.

"Kau berani ya nak melawan aku?! Aku bukan hina akau beritahu fakta je. Aku nak diaorang semua kesian dekat kau je." Balas Hajah Maimunah nada suara kasar sambil mencengkam kuat lengan Ulya.

"Kami kesian la dengan nasib Ulya, mesti sedihkan tak boleh mengandung. Sejak bila jadi cacat ni?" Sindir Mak Leha diringi dengan ketawa.

"Itulah orang suruh jaga kesihatan masa muda tak nak belagak la tu akan sentiasa sihat, akibatnya sekarang ni dah tak ada rahim. Padan muka tak boleh mengandung." Kata Mak Senah pula sambil cekak pinggang.

"Suami dah handsome, kaya tetapi malang bini tak boleh mengandung, mandul, cacat, kalau aku jadi laki dia malam pertama aku dah tinggalkan perempuan cacat ni, dia tak layak dapat suami macam tu."  Kali ini Mak Timah pula bersuara menyertai saudara yang lain menghina Ulya.

Jesnita ketawa mendengar makcik-makcik ini mengutuk dan menghina Ulya. Padan muka perempuan ini.

Semakin laju air mata Ulya saat mendengar kata-kata makcik-makcik ini mengata dan mengutuknya dia sudah tidak sanggup mendengarnya lagi.

"Nek lepas la,, tolong la, jangan la hina Yaya lagi." Merayu Ulya agar nenek melepaskan lengannya.

"Aku kan dah kata tak hina kau tapi aku nak kau sedar diri je. Aku ni benci sangat dekat kau dan mak kau tu tetapi sebab anak aku, aku terima kau." Semakin kuat Hajah Maimunah mencengkam lengan Ulya, tiba-tiba seseorang muncul menolak kasar tangannya sehingga terlepas cengkamannya ini.

Jesnita terkejut melihat Isa muncul di sini,begitu juga dengan Hajah Maimunah. Gerun mereka melihat renungan tajam Isa.

"Dah Puas hati mengata mengutuk isteri saya! Makcik semua ingat isteri saya nak ke hidup macam ni?! Jaga hidup makcik je, jangan nak sibuk pasal anak kami!Kalau isteri mengandung boleh bagi makcik kaya ke? Boleh bagi makcik panjang umur ke? Ajal, anak, jodoh, rezeki itu ketentuan Allah, makcik ni tahu ke tak? kalau tak tahu biar saya ajar. Kalau mulut tu tak tahu nak jaga perasaan orang lebih baik suruh Allah tarik balik nikmat boleh bercakap. Makcik jangan sampai saya saman seorang sejuta atau nak saya bagi duit dekat suami makcik and saya suruh diaorang kahwin lain, nak ke?! Allah bagi mulut untuk bercakap benda baik bukan mengutuk dan menghina orang, makcik ni ada agama ke tak ada? Bercakap macam orang tak ada agama!" Marah Isa, dia paling pantang jika ada manusia menyakiti hati Ulya Inarra. Nada suaranya yang kuat mengejutkan semua orang yang ada di situ.

Makcik-makcik terkedu mendengar kata-kata Isa yang menusuk ke dalam hati.

"Nek! Kalau dah tua buat cara tua, kubur pun dah panggil, perbaiki amalan bukan mengutuk dan menghina orang. Nenek ingat nenek tu bagus sangat ke menghina orang, Isa tahu la ladang nenek tu tanah haram kan, jangan sampai Isa suruh orang sodok semua pokok kelapa sawit tu." Ugut Isa sambil merenung tajam ke arah Hajah Maimunah. Dia memang sudah hilang sabar dengan orang tua ini.

Hajah Maimunah terkebil-kebil mendengar kata-kata Isa macam mana pula Isa tahu pasal tanah haram itu? Budak ini memang bahaya kerana serba tahu tetantang dirinya.

"Kau pula tak padan dengan mengandung, kau jangan sampai aku arah orang pecat kau!" Jerkah Isa pada Jesnita, kemudian dia menarik tangan Ulya mengekorinya. Puas hatinya selepas memarahi semua manusia mulut puaka itu.

Jesnita terkejut mendengar kata-kata Isa kurang ajar lelaki itu main ugut pula kali ini.

Ulya menangis teresak-esak sambil mengekori Isa.

Isa berhenti dihadapan keretanya dan dia menoleh memandang Ulya.

"Narra tak layak untuk abang, kita tak sesuai." Semakin kuat Ulya menangis, dia berasa kerdil di sisi Isa. Betul kata mereka dia tidak layak bersama Isa yang sempurna ini.

"Tak layak untuk abang tu orang lain bukan sayang. Sebab tu berjuta manusia di dalam dunia ini hati abang memilih sayang bukan orang lain. I just want to have you in my life, mia regina." Luah Isa dengan nada suara romantik, dia membawa Ulya ke dalam pelukannya. Dia mengucup kepala Ulya dengan penuh rasa cinta.

"Bersaksi berjuta bintang di langit malam, abang nak sayang tahu tak ada siapa yang mampu ganti sayang di dalam hati abang." Tambah Isa lagi, semakin erat dia memeluk isterinya ini.

Ulya membenamkan wajahnya pada dada sasa Isa, dia tenang di dalam pelukannya. Adakah manusia sepertinya tidak layak bahagia? sampai bila dia harus menghadap kebencian nenek dan manusia yang memandang hina terhadap wanita yang tiada anak? Bukan dia minta hidup seperti ini tetapi sudah takdir Allah yang menentukan segalanya.

Continue Reading

You'll Also Like

628K 23K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...
43K 3.9K 15
1st romance story by itsfancysha 📍 SPIN OFF LUTHFI'S : HER CRUEL HUSBAND. ZAHIR RADIF ZHAFRAN | ALANA AWINA ZAHIR RADIF ZHAFRAN - Seorang pemain...
1.1M 45.7K 63
[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨...
1.3M 50.2K 51
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️...