ISANARRA (C)

By Zueikha23

1M 36.5K 3.7K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

23

22.1K 818 104
By Zueikha23

Dewan Heritage Hotel dihiasi cantik dan Indah sempena majlis perkahwinan Tengku Isa Ethan dan Ulya Inarra. Siling dewan dihiasi lampu chandelier yang besar dan dihiasi cahaya lampu yang warna warni seperti aurora yang menghiasi bumi Antarctica. Lebih 100 ribu kuntum rose pink segar digunakan untuk menghiasi dewan ini. Ulya terpegun saat lalu dibawah pedang tentera yang mengiringi dia dan Isa sepanjang mereka menuju ke pelamin, dia tidak sangka Isa telah menyediakan sesuatu yang hebat untuk majlis perkahwinan mereka ini. Alunan selawat kepada Rasulullah SAW mengiringi mereka sepanjang menuju ke pelamin, tenang jiwa saat mendengar alunan selawat ini..

Ulya dan Isa sama melangkah menaiki anak tangga menuju ke pelamin, Isa berhenti ditengah anak tangga ini dan memberi laluan kepada Ulya untuk berjalan naik ke atas pelamin terlebih dahulu kerana dia mahu membetulkan kain baju Ulya yang labuh ini agar isterinya selesa berjalan dan juga tidak terpijak lebihan kain kemungkinan akan menyebabkan isterinya terjatuh.

"Hati-hati sayang." Bisik Isa pelahan apabila melihat Ulya hampir tersandung kerana tersalah langkah.

Sebelum Ulya duduk, Isa membetulkan veil yang labuh dipakai Ulya ini agar memudahkannya untuk duduk. Isa duduk setelah memastikan isterinya di dalam keadaan selesa lalu dia menggenggam erat jari jemarinya.

"Welcome to my world, sayang. You are my queen and I'm your king." Bisik Isa sambil mengucup tangan Ulya, beberapa mata pasang mata yang memandang ke arah mereka tidak dia perdulikan.

Ulya tergamam mendengar kata-kata Isa, lama dia memandang wajah suaminya. Adakah benar Isa ikhlas dengan segala kekurangannya?

"Kenapa pandang abang macam tu? Dah jatuh cinta ke?" Isa mengenyit mata kepada Ulya lalu dia mencuit hujung hidung isterinya.

Ulya tersedar daripada lamunan, dia terus palingkan wajahnya ke arah lain. Malunya apabila Isa mula menyedari perbuatanya itu, dia tertunduk menahan perasaan malu saat ini.

Jesnita mendengus kasar melihat kemesraan Isa dan Ulya di atas pelamin. Semakin dia ingin membuat Ulya menderita tetapi dia semakin tidak berjaya. Dia pula semakin menderita, dia mengajak Ilyas datang ke sini tetapi lelaki itu menolak kerana katanya tidak sanggup melihat buah hatinya menderita. Terseksa jiwa Jesnita saat mendengar kata-kata Ilyas. Kenapa Ulya selalu saja bernasib baik sedangkan dirinya tidak habis di timpa malang? Pasti gadis itu mengamalkan ilmu jahat supaya disayangi semua orang.

"Cantiknya dewan ni, untungla Yaya walaupun cacat tapi boleh dapat suami jutawan." Kata Hajah Maimunah terpegun melihat dewan yang dihias indah ini.

Berkerut dahi Jesnita mendengar kata-kata nenek.

"Cacat? Siapa cacat?" Tanya Jesnita hairan.

"Yaya tu la cacat. Dia dah buat pembedahan buang rahim, jadi maknanya dia dah tak boleh mengandung seumur hidup dia. Nek pelik la kenapa lelaki macam Isa tu nak juga perempuan macam Yaya walaupun tahu dia dah cacat tak boleh mengandung." Bisik Hajah Maimunah dengan nada suara tidak puas hati. Dia bukan suka jika melihat Ulya bahagia, kalau boleh dia mahu hidup gadis itu menderita kerana dia tersangat membenci ibunya.

Jesnita terkejut mendengar kata-kata nenek, terukir senyuman sinis dibibirnya. Dia sudah mempunyai senjata untuk membuat hidup Ulya terus sengsara, sebaik mana pun lelaki pasti mahukan zuriat daripada benihnya. Dia yakin Isa seperti lelaki lain yang hanya mampu bertahan sekejap saja dengan Ulya selepas itu pasti lelaki itu akan mencari perempuan yang mampu melahirkan zuriatnya.

"Ala nenek perkahwinan mereka tak akan bertahan, Isa tu nampak je baik tapi iman dia lemah. Nita yakin kalau hasut sikit confirm dia tinggalkan Yaya tu." Balas Jesnita dengan yakin yang perkahwinan Ulya dan Isa tidak akan bertahan lama.

"Nenek pun rasa macam tu, lelaki sebaik mana pun mestilah nak anak. Lagipun perempuan macam Yaya tak layak hidup dengan lelaki sempurna macam tu, dia tu dah la anak haram, mandul pula tu." Ujar Hajah Maimunah sambil merenung tajam ke arah Ulya dan Isa yang sedang tersenyum bahagia di atas pelamin. Dia akan pastikan senyuman Ulya itu tidak akan kekal selamanya.

"Nita setuju tu nek, perempuan kotor macam tu tak layak dapat lelaki macam Isa. Kita kena susun strategi nek untuk buat hidup Yaya tu sengsara, kita buat sampai Isa tinggalkan dia." Kata Jesnita dengan penuh niat jahat, selagi dia tidak bahagia jangan harap dia akan membiarkan hidup Ulya terus bahagia.

"Nenek setuju tu, kita kena plan slow-slow." Balas Hajah Maimunah yang setuju dengan rancangan Jesnita, dia tidak sabar mahu memisahkan Ulya dan Isa.

"Mak. Jom kita balik bilik. Majlis pun dah nak habis ni." Ajak Encik Daud sambil berdiri di sisi Hajah Maimunah. Isa ada menyediakan bilik untuk mereka sekeluarga bermalam kerana hari sudah terlalu lewat untuk dia memandu balik ke kampung.

"Yela, jom la. Lagipun aku pun dah mengantuk ni." Hajah Maimunah tidak sangka bergosip dengan Jesnita sehingga tidak sedar majlis hampir sampai ke penghujungnya.

Hajah Maimunah dan Jesnita mengekori Encik Daud mendekati Ulya dan Isa yang sedang berbual dengan seorang wanita yang cantik dan bergaya. Mereka yakin wanita ini adalah bonda Isa kerana wajah mereka seiras.

Apabila melihat kehadiran nenek dan Jesnita, Ulya menjadi takut jika mereka bercerita buruk tentangnya di hadapan bonda. Ulya memeluk erat lengan Isa, dia memerlu kekuatan saat ini untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Isa menoleh memandang Ulya, dia dapat merasakan isterinya tidak selesa dengan kehadiran Hajah Maimunah dan Jesnita di sini.

"Bonda, ini nenek dan sepupu Narra." Kata Isa memperkenalkan nenek dan Jesnita kepada Tengku Khalida.

Tengku Khalida dan Hajah Maimunah saling bersalaman.

"Cantik bonda Isa, patutlah anak dia handsome." Puji Hajah Maimunah sengaja mahu merapatkan hubungan dengan wanita kaya ini.

"Tak adalah saya biasa saja, dah nak balik bilik ke?" Ujar Tengku Khalida merendah diri, segan pula dipuji seperti ini.

"Haah nak balik bilik dah, tahniah la dah dapat menantu baru. Lepas ni dapat cucu baru pula, betul tak, Yaya?" Sindir Hajah Maimunah sambil mengukir senyuman memandang Ulya, sengaja dia membuka soal anak di hadapan Tengku Khalida.

Encik Daud menggeleng kepala mendengar kata-kata Hajah Maimunah, kenapa la wanita ini membuka cerita soal anak? Adakah dia sengaja melakukan itu?

Ulya sebak mendengar kata-kata nenek, dia tahu nenek memang sengaja mahu menyakitkan hatinya saat ini.

"Mak jom la kita balik bilik, kata nak berehat tadi." Encik Daud cuba untuk mengelak perbualan ini berpanjangan.

"Sekejap la mak nak sembang dengan bonda Isa ni, saja nak tanya dia nak cucu lelaki ke perempuan. Selalunya kalau anak dia lelaki mesti dia nak cucu lelaki supaya ada pewaris." Sindir Hajah Maimunah sengaja dipekatkan perkataan pewaris itu.

Jesnita mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata nenek, puas hatinya melihat riak wajah Ulya saat ini. Pasti gadis itu akan berasa sangat tertekan saat ini.

"Saya tak kisah, tetapi kalau boleh nak cucu lelaki. Narra tak kisah kan?" Balas Tengku Khalida sambil memegang tangan Ulya.

Walaupun berasa mahu menangis saat ini, Ulya tetap tersenyum mendengar kata-kata Tengku Khalida.

Isa melepaskan keluhan kasar mendengar kata-kata Hajah Maimunah. Dia yakin wanita ini sengaja mahu menyakitkan hati Ulya. Isa memeluk pinggang Ulya dan menariknya rapat ke dada dia.

"Nek, Isa ni tak kisah pun pasal anak, kalau ada alhamdulillah kalau tak ada kami redha sebab anak bukannya boleh order online ataupun beli dekat pasaraya. Anak adalah anugerah daripada Allah SWT, kalau Allah tak nak bagi pada kami, mungkin itu yang terbaik yang telah Allah tentukan. Sebagai manusia yang beriman kita kena percaya pada qada dan qadar, betul tak nek? Sama juga kalau Isa tanya nenek, nenek bila nak meninggal dunia? Mesti nenek akan jawab tak tahukan sebab semua tu ketentuan Allah SWT. Baik nenek perbaiki amalan sebab mati tu bila-bila masa." Balas Isa nada suara tenang tetapi kata-katanya cukup membuat Hajah Maimunah terdiam dan berasa sakit hati.

Terkedu Tengku Khalida mendengar kata-kata Isa, lain macam ayat Isa malam ini.

Ulya mendongak memandang Isa, sebak dia mendengar kata-kata suaminya. Betul ke lelaki ini benar-benar tidak kisah jika mereka tidak mempunyai anak.

"Saya balik dulu la, tiba-tiba rasa panas pula dekat sini." Kata Hajah Maimunah sambil menarik tangan Jesnita, laju langkah kakinya menuju ke pintu dewan. Perasaan marahnya terhadap Isa membuak-buak kerana baginya mulut anak muda itu sangat kurang ajar, nampaknya bukan mudah dia ingin menghasut Isa supaya meninggalkan Ulya. Dia perlu atur strategi baru untuk memisahkan mereka berdua.

Jesnita turut terkejut mendengar kata-kata Isa, tidak sangka lelaki kacak itu mampu mengeluarkan kata-kata setajam pedang samurai. Nenek pasti terasa apabila mendengar kata-kata lelaki itu sebab itu lah dia kelam kabut mahu balik ke bilik. Apabila mengenangkan cara Isa membela Ulya, terbit rasa cemburu di dalam hatinya kerana dia juga mahukan lelaki seperti itu seorang yang penyayang dan sentiasa melindunginya.

Encik Daud mengukir senyuman mendengar kata-kata Isa, baru la betul ini lawan Hajah Maimunah. Dia yakin wanita terasa dengan kata-kata Isa.

"Abah balik bilik dulu la, esok pagi nak kena gerak awal balik kampung." Kata Encik Daud saling bersalaman dengan Isa.

"Terima kasih abah." Isa memeluk tubuh bapa mentuanya ini.

"Kakak esok kita jumpa dekat kampung ya." Kata Endik Daud sambil meletak tapak tangan atas kepala Ulya.

"Okay abah, hati-hati tau." Kata Ulya sambil bersalaman dengan abahnya.

"Adik balik bilik dulu, jangan nakal-nakal ya kakak. Terbaik la abang, lain kali fire nenek tu biar dia berasap." Kata Aira menyokong Isa, kemudian dia memeluk erat tubuh kakaknya.

"Kita jumpa esok dekat kampung, jaga abah." Pesan Ulya sambil memeluk erat tubuh adiknya.

Aira melepaskan pelukan dan tunduk bersalaman dengan Tengku Khalida.

"Ya jangan risau la, papai." Aira melambai tangan ke arah Ulya dan Isa, lalu dia berlari anak mengejar abahnya yang semakin jauh.

"Isa, kenapa cakap macam tu dekat nenek. Dia just teruja nak ada cicit je." Tegur Tengku Khalida kurang senang dengan kata-kata Isa sebentar tadi.

Dia mengukir senyuman mendengar kata-kata bonda, dia tahu niat sebenar nenek sebab itu sengaja kata begitu.

"Nenek tak kisah pun dia tahu Isa bergurau, kakak dengan Danial mana? dah balik ke?" Tanya Isa mencari susuk tubuh kakaknya.

"Diaorang dah balik,katanya ada hal. Bila nak balik bilik ni?"

"Nak balik la ni, bonda balik bilik bila?"

"Sekejap lagi, Isa pergi la balik bilik dulu. Jangan la risau sebab bonda ada Kak Ila dan suri temankan bonda dekat sini." Kata Tengku Khalida sambil memegang bahu Isa, kasihan melihat wajah Isa keletihan.

"Terima kasih bonda." Ucap Isa kemudian mengucup dahi bonda.

"Maaf susahkan bonda." Ulya tunduk bersalaman dengan Tengku Khalida.

"Mana ada susahkan pun,pergi la balik bilik. Kawan bonda dah panggil tu." Balas Tengku Khalida sebelum menyusun meninggalkan Isa dan Ulya.

"Jom sayang." Isa menggenggam erat jari jemari Ulya.

Mereka sama-sama melangkah menuju ke lif, Ulya merenung jari jemarinya yang bertaut dengan jari jemari Isa.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam lif tiba-tiba Ulya menangis teresak-esak.

"Kenapa menangis ni sayang?" Tanya Isa gelisah sambil memegang kedua-dua pipi Ulya.

"Kan saya dah kata, saya tak boleh bagi awak pewaris. Saya dah kecewakan awak dan bonda." Kata Ulya semakin kuat tangisannya.

Isa mengukir senyuman mendengar kata-kata Ulya.

"Sayang pandang abang, tengok mata abang ni." Kata Isa pelahan sambil memegang hujung dagu Ulya. Mata mereka bertemu saat ini.

"Bismillahirahmannirahim... Abang berjanji akan mencintai dan setia bersama sayang selamanya walaupun kita tak ada anak. Sayang, abang tak pernah pun rasa kecewa kalau sayang tak boleh bagi abang anak." Kata Isa bersungguh-sungguh sambil mengucup tangan Ulya dengan penuh kasih sayang.

"Awak tipu kan? Awak sengaja cakap macam tu sebab nak tenangkan hati saya, betul tak? Lepas ni mesti awak akan tinggalkan saya dan cari perempuan yang lebih sempurna." Semakin laju air mata Ulya mengalir saat ini.

Isa menarik Ulya ke dalam pelukannya lalu dia mengucup kepalanya berkali-kali.

"Sayang, apa pun terjadi abang tetap di sini menemani sayang, kita bahagia dan menangis bersama
selamanya. Abang nak sayang tahu setia dan cinta abang pada sayang infinity tau."

"Sayang, setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita pasti akan ada kebaikannya, percaya la kita akan bahagia walaupun tanpa anak kerana anak bukan la pengukur kebahagiaan sebuah rumah tangga tu. Sayang jangan risau abang tak akan tinggalkan sayang." Kata Isa dengan nada suara romantik semakin erat dia memeluk Ulya, dia janji tidak akan meninggalkan isterinya walau apapun terjadi.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 74.4K 58
[𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] " 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧'𝐬, 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐝𝐞𝐚𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐞 �...
96.9K 3.7K 13
RAYYAN RAZIEN - Keselamatan dirinya terancam. The Great Father terang-terangan melancarkan tentangan dan bersumpah mati akan membunuhnya. "Walau apa...
231K 16.6K 36
Fleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung ce...
2.3M 94K 51
Nadiem Zhafran X Aulia Malaikha (sweet romance) Aulia Malaikha seorang yang happy go lucky. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 2...