ISANARRA (C)

By Zueikha23

1.1M 40.3K 4K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

20

26.5K 865 32
By Zueikha23

Aira menjenguk ke dalam bilik Ulya, dia mengukir senyuman melihat kakaknya sedang termenung. Apa la agaknya kakak dia sedang termenungkan tu? Pelahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik Ulya, dia ingin membuat kejutan khas untuk kakaknya ini.

"Suprise!" Jerit Aira mengejutkan Ulya yang sedang termenung.

"Cantik la baju nikah kakak. Mesti abang Isa belanja.untung la dapat bakal suami macam abang Isa." Aira menggoyangkan baju dress berwarna putih di hadapan Ulya. Kemudian dia berpusing sambil meletak baju itu pada badannya.

Ulya terkejut melihat baju nikah yang belum sempat dia cuba ada ditangan Aira, adakah Isa datang hantar baju ini? Kalau Isa datang kenapa Aira tidak memberitahunya?Ulya menggeleng kepala, dia tidak mahu memperdulikan tentang lelaki itu.

"Macam mana baju ni ada pada adik? Isa hantar ke?"

"Mestilah bukan abang Isa, pekerja butik yang hantar. Barang-barang lain pun ada tau, veil, crown, makeup, heels dan perfume mahal lagi tu. Kakak masih tak nampak ke keikhlasan abang Isa?" Tanya Aira sambil mencekak pinggang, kekadang geram juga dia dengan kakaknya ini. Sengaja butakan mata tidak mahu melihat keikhlasan Isa kerana tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu.

"Dia tak ikhlas pun dik. Dia terpaksa berkahwin dengan akak sebab dia kasihan dan nak tunjukkan dia lelaki yang bertanggungjawab. Kalau ikutkan logik mana ada lelaki sempurna macam dia nak perempuan macam kakak anak haram, cacat tak boleh mengandung sampai mati kalau hanya kerana rasa kasihan atau ada niat lain, sebab tu akak nekad tak nak kahwin dengan dia." Air mata mula mengalir membasahi pipi Ulya, dia tidak mahu hidup di dalam perkahwinan yang hanya dicipta kerana perasaan kasihan.

Aira mengeluh mendengar kata-kata Ulya, dia melabuh punggung di atas katil di sebelah kakaknya. Bahu Ulya dipeluk dengan erat.

"Kakak, adik tak nampak pun abang Isa tu nak kahwin dengan kakak sebab kasihan tetapi adik nampak lebih kepada cinta."

Ulya mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Aira. Tidak mungkin lelaki itu mencintainya perkara itu paling mengarut pernah dia dengar.

"Adik tak payah nak merepek. Buang semua benda yang ada kaitan dengan pernikahan tu, kakak dah nekad tak nak berkahwin dengan Isa." Kata Ulya bersungguh-sungguh, dia sedar dirinya yang cacat tidak sesuai untuk lelaki seperti Isa. Jika lelaki itu ego tidak mahu berundur dari pernikahan ini biar dia yang berundur.

Aira mengetap bibir mendengar kata-kata kakaknya yang degil ini. Dia turun dari katil untuk menyimpan baju nikah yang cantik ini, mana tahu pada saat akhir kakak berubah fikiran. Dia melangkah keluar daripada bilik, biar la kakak menenangkan fikirannya yang serabut itu.

Telefon bimbit Ulya berlagu menandakan dia menerima panggilan daripada seseorang. Nama Isa tertera pada skrin telefon bimbitnya. Ulya merenung lama telefon bimbit itu, sesekali dia melepaskan keluhan.

"Awak ni masih tak faham bahasa ke? Saya tak nak kahwin dengan awak?! Jangan salahkan saya kalau saya bakar baju nikah tu." Marah Ulya sebaik sahaja menjawab panggilan itu Tiada salam atau kata-kata baik hanya api kemarahan yang dia sembur kepada Isa.

Kedengaran Isa ketawa dihujung talian.

"Assalamualaikum.. marahnya dia? Dah dapat bunga?" Tanya Isa, tenang saja nada suaranya.

Ulya mendengus kasar mendengar kata-kata Isa, kekadang dia hairan juga dengan lelaki ini, mana suara garangnya yang dulu?

"Awak ingat hantar 100 bouquet bunga tu, boleh pujuk saya untuk berkahwin dengan awak ke? Maaf awak fail."

"Oh yeke? Kalau macam tu esok aku hantar 1000." Semakin Ulya marah semakin Isa suka mengusik gadis itu.

Ulya mengetap bibir mendengar kata-kata Isa, semakin dia bercakap dengan Isa semakin dia sakit hati.

"Stop, Isa." Tegas Ulya.

"Will never stop." Balas Isa tenang.

"Apa masalah awak ni? Saya tak nak berkahwin dengan awak la!" Marah Ulya.

"Tapi aku nak." Balas Isa lagi nada suaranya semakin tenang.

"Saya tak tahu nak cakap apa dengan awak supaya awak faham yang saya tak nak kahwin dengan awak sebab saya tahu niat awak nak berkahwin dengan saya sebab kasihan dan sebab awak tak nak membazir kan? Lepas kahwin confirm awak akan sia-siakan saya. Saya dah tahu la semua permainan awak!" Puas hati Ulya dapat meluahkan rasa di dalam hati. Dia harap lelaki ini jelas dan tidak memaksanya lagi. Lelaki itu ingat dia tidak tahu ke rancangan sebenarnya.

Kedengaran tawa Isa di hujung talian.

"Jauh sangat imaginasi tu. No matter what you say, I still want to marry you." Nada suara Isa lebih romantik kali ini.

Membuatkan Ulya terpaku seketika lalu dia mematikan talian, dia berasa geram mendengar kata-kata Isa, apa lelaki ni hendak daripada dia sebenarnya? Apakah niat sebenar Isa? Tidak kisah la apa pun niat sebenar lelaki itu dia tetap tidak mahu berkahwin dengannya. Muktamad.

Isa mengukir senyuman apabila Ulya tiba-tiba mematikan talian. Bila la agaknya kemarahan wanita itu akan reda, nampaknya semakin menjadi-jadi marahnya, dia sangat berharap segala urusan pernikahannya berjalan dengan lancar kerana usai saja nikah dia ingin membongkar satu rahsia kepada Ulya. Rahsia yang tersimpan rapi sejak bertahun lamanya.

Isa termenung memandang bangunan pangkalan tentera udara di hadapannya, ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan. Isa melangkah keluar daripada kereta untuk memulakan tugas.

Menjadi rutin Isa untuk melihat keadaan pesawat kesayangannya sebaik sahaja dia menukar pakaian kepada military flight suit. Isa melangkah mendekati Laftenan Hariz seorang jurutera pesawat, tugasnya ialah dia memastikan semua pesawat berfungsi dengan baik. Hariz sedang memeriksa keadaan pesawat FA-50 yang selalu di pandu oleh Isa.

Hariz memberi tabik hormat apabila melihat Isa berdiri di hadapannya sambil menyentuh badan pesawat ini.

"Tornado macam mana? Okay?" Tanya Isa menggelar pesawat kegemarannya dengan nama Tornado. Dia berjalan mengelilingi pesawat tempur sambil memeriksa keadaan luaran badan pesawat ini.

"Alhamdulillah semua keadan baik, Tuan. Inilah pesawat paling baik pernah saya jumpa, tak banyak masalah. Tuan, tengok tu kesian saya tengok Storm tu, dari tadi berjalan dekat jet tu, mesti dia sedih sebab kena gantung daripada flight." Kata Hariz menunjuk ke arah Adib menggunakan muncungnya. Dia mula la hendak membuka kelab gosip apabila berjumpa dengan Isa kerana lelaki ini selalu saja layan jika dia bercerita.

Isa menoleh memandang ke arah Adib, dia baru saja menerima berita itu. Kenapa la sahabatnya itu melakukan sesuatu yang melanggar SOP penerbangan. Dia mendekati Adib yang sedang termenung sambil memegang badan pesawat.

"Storm?" Panggil Isa.

"Tuan." Adib memberi tabik hormat kepada Isa kerana pangkat Isa lebih tinggi daripadanya.

"Kenapa buat benda bukan-bukan? Apa yang seronok langgar rules?" Nada suara Isa tegas dan serius, Adib seorang yang bagus cuma dia kurang berusaha untuk capai tahap yang lebih tinggi.

"Saya hanya ingin membuat latihan untuk menjadi hebat macam Tuan, saya dah bertahun dekat sini Tuan tetapi saya masih berpangkat laftenan.." Sayu nada suara Adib, dia tidak tahu mana silapnya kerana masih di takuk yang lama sedangkan orang lain sudah berjaya.

"Awak kena usaha lebih sikit je, jangan la cepat putus asa. Kalau nak berjaya memang tak mudah tetapi kita kena belajar memulakan sesuatu kalau tidak kita tak tahu apa perakhirannya." Nasihat Isa sambil memegang bahu Adib, dia sudah menganggap Adib seperti abangnya sendiri kerana hubungan agak akrab jika lepak di luar.

Adib mengukir senyuman mendengar kata-kata Isa, dia sudah penat berusaha sehingga tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi.

"Tuan, kita ada misi urgent. Komander Harun minta kita berkumpul di control room, sekarang." Termengah-mengah Rafi semasa mendekati Isa, tiba-tiba saja dia diarahkan mencari Isa kerana ada misi penting perlu dilaksanakan segera.

Isa menepuk bahu Adib sebelum berlari mengekori Rafi menuju ke bilik kawalan.

Semasa Isa tiba di bilik kawalan, pasukan PASKAU telah berkumpul masing-masing bersedia menerima arahan untuk misi seterusnya.

"Assalamualaikum.. semua. Kita ada misi penting nama misi kali ini misi Nusa kerana lokasinya adalah ni hutan Nusa, somalia. Pesawat peribadi seorang menteri telah di rampas oleh militan dan beberapa orang di dalam pesawat itu telah diculik dan di bawa ke hutan Nusa. Intel yang saya perolehi ada 5 orang hostage, seorang menteri dan 5 orang polis Malaysia. Militan pula seramai 50 orang, mereka mahukan wang tebusan sebanyak RM300million."

Komander Harun berdiri di hadapan sambil menunjuk ke arah skrin besar yang memaparkan gambaran satelit tempat yang akan menjadi misi tentera udara sebentar lagi.

"Senjata yang mereka gunakan adalah raifal lee enfield 4M1, sniper AMW dan juga jet jenis MiG-29. Misi kita adalah memastikan hostage pulang dengan selamat dan musuh dihapuskan. Semoga berjaya dalam Misi Nusa ini, bertindak segera!" Lantang suara Komander Harun memberi arahan, masing-masing bergerak keluar daripada bilik kawalan ini untuk bersiap siaga melaksanakan misi yang sangat penting ini.

Isa memberi tabik hormat kepada Komander Harun, hanya tinggal dia dan Rafi untuk menerima arahan seterusnya.

"Tornado, pasukan kita bergantung kepada kamu untuk selamat sampai dan selamat balik daripada misi ini. Kawalan udara militan sangat ketat, kamu tahu kan apa yang perlu kamu lakukan?" Komander Harun memegang bahu Isa, jika militan dapat mengesan kehadiran pesawat asing pasti mereka akan menyerang dengan peluru berpandu.

"Saya akan memastikan pasukan kita pulang dengan selamat itu janji saya." Kata Isa bersungguh-sungguh, dia memberi tabik hormat kepada Komander Harun sebelum meninggalkan bilik kawalan ini.

Isa berlari menuju ke pesawat tempur FA-50, Hariz memberi tabik hormat kepada Isa.

"Semoga selamat pulang, Tuan. Tornado dah siap untuk menjalankan misi." Isa membalas tabik hormat Hariz kemudian dia menepuk bahu jurutera muda ini.

"Thanks Hariz." Isa memanjat tangga dan masuk ke dalam pesawat FA-50. Dia memakai topi keledar khas dan memasang alat oksigen pada wajahnya. Selepas memeriksa fungsi suis di dalam pesawat keadaan baik. Pintu utama pesawat FA-50 di tutup rapat.

"FA Five zero, runway clear ready to depart." Suara Nizam di hujung talian daripada pusat kawalan keselamatan udara memberi kebenaran Isa untuk berlepas.

"Copy, FA Five zero ready to depart."Balas Isa, pelahan-lahan FA-50 bergerak di landasan pengkalan tentera udara ini.

"FA Five Zero ready to depart at one three zero zero o'clock to somalia. Pilot, please report yourself." Nizam memberi arahan dihujung talian.

"This is Kapten Tengku Isa Ethan 3103112 callsign Tornado, pilot FA Five Zero ready to depart for Somalia."

"Copy, Selamat pulang Tornado." Pesawat FA-50 memecut laju naik ke pesawat menuju ke bumi Somalia. Kelajuan pesawat semakin meningkat di atas udara, segala perancangan perlu dirancang dengan teliti supaya musuh mudah dikalahkan agar dia dan pasukannya dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Tiba saja di bumi Somalia tiba-tiba radar pada pesawat berbunyi memberi amaran ancaman daripada pihak musuh. Satu peluru berpandu sedang bergerak laju ke arah mereka.

"The guidance radar on the grand Is initiated." Nada suara Rafi cemas di hujung talian.

"Sam missiles are lunched!" Isa memberi amaran peluru berpandu semakin hampir, pesawat memecut laju kerana telah dikejar oleh peluru musuh.

"Descending altitude increase speed!!" Arah Isa kemudian flares dilepaskan bagi mengelak ancaman dan mengelirukan peluru berpandu musuh itu. Satu peluru berpandu berjaya diletupkan

Isa terbang rendah dan meningkatkan kelajuan menuju ke gunung apabila semakin hampir dia terbang menegak dan peluru berpandu itu meletup akibat melanggar gunung Nusa.

"Frizo one clock! Closing!" Isa memberi amaran kepada Rafi yang lain ada pesawat musuh sedang mendekati mereka.

Musuh mula melepaskan tembakan, pesawat Rafi dan Isa berpusing mengelak dari peluru yang dilepaskan. Isa sakit hati apabila diserang bertalu-talu dia mula memasang strategi.

"I have you now! engaging!" Isa melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah pesawat frizo dan ia meletup serta berkecai di atas udara ini.

"Yes!" Isa berpuas hati apabila tembakannya berjaya. Tiba-tiba radar berbunyi mengesan peluru berpandu datang daripada bawah tanah.

"missile are lunched!" Isa dan Rafi menggerakkan pesawat mereka laju sambil berpusing di atas udara mengelak dari menjadi sasaran peluru berpandu itu.

"Messy spiked! Defending! release flares!" Isa memberi arahan kepada Rafi.

"Copy!" Rafi melepaskan flares dari pesawat yang digunakan oleh pesawat tentera sebagai tindakan balas pertahanan terhadap peluru berpandu. 

Mereka terbang rendah dan menuju laju ke gunung, apabila jarak antara mereka dan gunung sangat dekat, pesawat diterbangkan secara menegak naik ke udara. Peluru berpandu yang mengekori mereka musnah akibat merempuh gunung.

Isa mula mengesan kedudukan peluru berpandu bawah tanah. Pesawat di terbang rendah, Isa mula lock musuh dan dia melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Missile approaching target, estimated impact in three...two... one, now!!" Isa melepaskan peluru ke arah musuh yang berada di hutan Nusa.

"This is Tornado, The target is destroyed, and the enemy retreats." Isa berpuas hati apabila tembakannya terkena pada sasaran.

"Tornado! This is Bravo leader, hostage secure, and the enemy retreats. All units return to base." Mejar Luth Raden ketua pasukan PASKAU menghantar laporan kepada Isa memberitahu misi mereka di darat telah berjaya.

"Copy." Balas Isa tiba-tiba radar pesawatnya berbunyi tak semena sebuah pesawat asing merempuh laju pesawat Isa menyebabkan pesawat itu berpusing laju melanggar gunung Nusa.

"Tuan!!" Jerit Rafi terkejut melihat kemalangan dihadapannya, lalu dia melepaskan tembakan ke arah pesawat musuh itu hingga meletup dan berkecai.

Komander Harun di pangkalan terkejut melihat pesawat Isa hilang daripada radar.

"Tornado?!" Panggil Komander Harun mengharapkan Isa jawab taliannya. Senyap. Tiada tindak balas dari lelaki itu. Masing-masing di pangkalan mula gelisah cuba menjejak pesawat FA-50 yang dipandu oleh Tengku Isa Ethan.

Continue Reading

You'll Also Like

263K 9.8K 50
[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sam...
940K 31K 35
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
957K 33.7K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage...