ISANARRA (C)

By Zueikha23

1M 36.6K 3.7K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

13

21.9K 869 65
By Zueikha23

Sebuah Buggati Chiron black berhenti di hadapan pintu masuk utama Havillion mall dan parking di situ tanpa menghirau beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahnya. Isa melangkah keluar daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam pusat membeli-belah ini.

Pegawal keselamatan hanya memandang Bugatti berwarna hitam yang parking di hadapan pintu masuk mall ini kerana mereka sudah tahu nombor pendaftaran kereta UU 156 adalah milik Tengku Isa Ethan, pemilik Havillion mall ini.

Isa melangkah masuk ke dalam H Jewelry, dia berjalan di melihat koleksi cincin berlian sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Hai, good evening, Tuan Tengku. Apa yang boleh saya bantu?" Tanya Julia salah seorang jurujual
di H Jewelry.

"Saya nak cari cincin tunang."

Julia mengukir senyuman mendengar kata-kata Isa, dia mengeluarkan beberapa dulang cincin yang sesuai untuk majlis pertunangan.

"Di sini ada beberapa design cincin tunang, whitegold and gold 916. Tuan Tengku nak cincin saiz apa?" Berkerut dahi Isa mendengar pertanyaan Julia, saiz jari? Isa merenung jarinya, tak akan la Ulya pakai sama saiz dengannya. Wanita itu bertubuh kecil pasti saiz jarinya juga kecil.

"Saya nak semua saiz yang ada." Terkedu Julia mendengar kata-kata Isa, nampak sangat la lelaki ini tidak tahu saiz jari pasangannya.

"Tuan Tengku, semua saiz tu ada dalam 15 bentuk cincin tau. Orangnya kecil ke besar?"

Isa cuba mengingati tentang Ulya.

"Bagi saiz kecil sampai sederhana la, tak kisah berapa bentuk pun." Kata Isa dia sudah malas nak fikir, dia ambil satu design cincin yang menarik perhatiannya.

Julia mengeluh mendengar kata-kata Isa. Aduhai tahu la kaya tetapi agak-agak la sikit membeli tu.

"Saya pilih saiz 8 hingga 10 okay?" Julia meletak beberapa design cincin di hadapan Isa.

"Apa beza whitegold dgn 916?" Tanya Isa sambil membelek setiap design yang Julia berikan kepadanya.

"Whitegold lebih exclusive but tak sesuai sebagai asset, 916 ni sesuai untuk asset dan simpanan. Tunang Tuan Tengku suka yang mana?"

Isa menyilang tangan di dada sambil merenung design cincin yang telah dia senarai pendek untuk dijadikan cincin pertunangan. Lama Isa termenung.

Akhirnya dia mengambil satu bentuk cincin saiz 10 dan cuba pakai pada jari kelingkingnya, okay muat.

"Nak yang ni." Isa menghulur cincin yang dia rasa telah memenuhi citarasanya. Dia tidak sangka nak pilih cincin pun susah, kenapa mereka tidak mencipta cincin satu saiz boleh dipakai oleh semua orang.

Julia mengambil cincin yang menjadi pilihan Isa, cincin itu diletakkan di dalam kotak cincin exclusive yang cantik kerana harga sebentuk cincin saja mencecah hampir RM4000.00.

"Tuan Tengku ini cincinnya." Julia menghulur bag kertas kepada Isa.

Isa membalas dengan menghulur kad debit miliknya.

"Eh? Tuan Tengku tak perlu bayar untuk ini kerana segala perbelanjaan Tuan Tengku tanggungjawab company."

"Saya nak bayar juga." Balas Isa dengan nada suara serius, selagi dia mampu dia akan membayar menggunakan duitnya sendiri.

Julia akur, dia mengambil mesin terminal kad dan diletakkan di hadapan Isa. Sebaik saja menyentuh kad debit pada mesin terminal kad, Isa melangkah keluar daripada H Jewelry's ini. Sekarang ini hanya tinggal misi memberitahu bonda tentang rancangannya itu. Dia yakin bonda pasti akan membebel tanpa henti, siapa saja suka rancangan last minute, kecuali dia.

Isa memandu laju Bugatti Chiron miliknya menuju ke Vill Astana. Segala urusan dia perlu selesaikan hari ini kerana esok dia akan berangkat ke Bosnia selama lima  bulan kerana dia perlu menyertai satu misi keamanan di sana. Sebaik sahaja keretanya berhenti dihadapan pagar utama Villa Astana, pintu pagar itu terbuka luas maka tersegam sebuah rumah mewah empat tingkat yang berwarna putih. Bugatti chiron di pandu masuk ke dalam parking bawah tanah yang dicipta khas untuk kereta ini.

Isa melangkah keluar daripada kereta dan melangkah menuju ke lif. Dia menekan punat yang ada pada lif ini dan lif ini mula bergerak naik ke tingkat satu rumah banglo mewah ini. Dia mengukir senyuman melihat bag kertas yang sedang dia pegang ini, tidak sabar dia mahu melihat reaksi bonda sebentar lagi.

"Papa Is!" Sebaik Isa melangkah keluar daripada lif tiba-tiba saja seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun menerpa ke arahnya

"How are you, my muffin? Bila balik sini?" Tanya Isa sambil mendukung Tengku Alaysha anak tunggal Irma dan Danial. Si comel ini di hantar ke rumah ibubapa Danial setiap kali cuti sekolah yang panjang.

"I'm fine, thank you. My teacher said if someone asks about yourself, please say thank you. Petang tadi, daddy ambil Cha dekat rumah Tok Ki. Papa Is, why do you look so handsome?" Isa ketawa mendengar pertanyaan Alaysha dia mendukung anak saudaranya ini menuju ke ruang makan kerana dia mendengar suara bonda sedang berbual dari arah sana.

"Papa Is handsome sebab Tok Mi cantik." Kata Isa sambil mengenyit mata ke arah bonda yang sedang menjamu selera.

Tengku Khalida menggeleng kepala mendengar kata-kata Isa.

"Isa, duduk sini makan sekali. Kak Ila ada masak your favorite, Nasi Ayam." Ajak Tengku Khalida sambil menunjuk ke arah makanan yang terhidang di atas meja makan.

Isa mengukir senyuman apabila mendengar tentang makanan kegemarannya.

"Cha, kenapa tak masuk bilik lagi?" Tanya Irma dengan nada suara serius apabila melihat Isa sedang mendukung Alaysha.

"Cha nak masuk bilik tapi Cha ternampak Papa Is dekat depan lif." Balas Alaysha pelahan takut melihat renungan tajam mummy dia.

"Pergi masuk bilik sekarang." Arah Irma dengan nada suara tegas, dia tahu jika Alaysha bersama Isa pasti anak dia akan mengada-ngada lebih.

"Cha masuk bilik, nanti Papa Is datang bacakan story." Kata Isa kepada Alaysha sambil menurunkan si comel ini.

"Okay papa Is." Balas Alaysha nada suara riang sebelum berlari keluar daripada ruang dapur ini.

"Kak kau tak payah la nak garang sangat, kau bukan selalu jaga dia." Sindir Isa sambil duduk di atas kerusi berhadapan dengan Irma,sempat Isa mengerling ke arah Danial yang sedang menjamu selera di sebelah kakaknya.

"Walaupun Kakak ni tak selalu jaga dia tetapi kakak ambil berat pasal dia. Isa jangan nak manjakan dia sangat, nanti bertambah manja budak tu." Balas Irma tidak puas hati apabila Isa sering saja melayan kehendak anaknya itu.

"Sudah la tu. Depan rezeki tak baik bergaduh." Tegur Tengku Khalida kurang senang dengan sikap dua orang anaknya yang bertikam lidah di hadapan makanan.

"Isa pun tak nak bergaduh dengan Maleficent ni."

Irma mengetap bibir mendengar Isa menggelarnya Maleficient watak wanita sihir yang dilakonkan oleh Angelina Jolie di dalam filem Maleficient. Laju saja kakinya menendang kaki Isa. Sakit hati dengan sikap Isa yang suka menggelarnya dengan pelbagai gelaran.

Isa tunduk menahan kesakitan pada kakinya akibat di tendang oleh Irma, kenapa la kakaknya ini tidak masuk pasukan bola sepak saja kalau sepak bola confirm goal.

Tengku Khalida hanya mampu menggeleng kepala melihat dua orang anaknya ini yang tidak pernah hendak berbaik, tiba-tiba dia merindui sikap manja Imani. Kalau la Imani ada pasti dia akan berasa sedikit tenang.

"Bonda, are you okay?" Tanya Isa sambil memegang tangan bonda. Dia mula perasan riak wajah bonda berubah sedih.

Tengku Khalida mengangguk pelahan sambil mengukirkan senyuman. Dia tidak mahu mood makan malam ini berubah suram jika dia terus bersedih.

"Bonda, Isa nak kahwin."

Masing-masing terkejut mendengar kata-kata Isa, Tengku Khalida yang sedang meneguk jus orange tersedak mendengar kenyataan exclusive Isa itu.

Kak Ila dan Suri yang sedang mengemas dapur, berhenti melakukan tugasan mereka apabila mendengar kata-kata Isa lalu mengintai ke arah ruang makan mencuri dengar perbualan majikan mereka.

"Ha? Dengan siapa? Bila?" Bertubi-tubi pertanyaan Tengku Khalida mungkin kerana terlalu terkejut. Isa yang tidak mempunyai kekasih tiba-tiba saja menyampaikan hasratnya ingin berkahwin.

"Nama dia Ulya Inarra, Isa panggil dia Narra.Esok bonda tolong meminangkan dia untuk Isa."

Tercengang Tengku Khalida mendengar kata-kata Isa. Bukan Tengku Isa Ethan kalau tidak membuat keputusan gila.

"Isa, nak meminang anak dara orang kena la ada hantaran dan juga duit hantaran, ingat nak meminang ni macam pergi beraya ke? Isa jangan la membuat keputusan terburu-buru, lagipun bonda kan masih dalam tempoh iddah." Tengku Khalida geram dengan sikap yang suka membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu.

"Ini cincin tunang dan dalam sampul coklat ini ada duit. Isa dah letak note pada setiap duit tu, esok Isa akan minta tolong wakil bonda bagikan pada family Narra. Diaorang tak nak hantaran just nak yang simple je."

Kata Isa sambil meletak bag kertas di hadapan Tengku Khalida bersama sampul surat berwarna coklat yang mengadungi wang tunai yang agak tinggi jumlahnya.

Tengku Khalida melepaskan keluhan dengan sikap keras kepala Isa.

"Kenapa tiba-tiba nak bertunang ni? Siapa perempuan yang nak masuk ke dalam family ni? Dia anak kerabat mana?" Tanya Irma yang tidak puas hati dengan keputusan Isa, dia risau jika ada perempuan yang cuba mengambil kesempatan dengan kekayaan Isa.

"Kakak tak payah sibuk la , masa kakak nak berkahwin dengan Danial, Isa tak masuk campur dan tak ambil tahu. So, please Isa nak kahwin ni jangan masuk campur." Ujar Isa dengan nada suara serius, walaupun dia tidak menyukai Irma berkahwin dengan musuh ketika zaman persekolahannya tetapi dia cuba tidak merosak kebahagiaan kakaknya. Dia hormat dengan keputusan wanita itu.

"Isa join kan?" Tanya Tengku Khalida mengharap Isa turut serta pergi meminang Ulya Inarra.

"Sorry bonda, esok Isa kena pergi ke Bosnia. Lima bulan Isa dekat sana, nanti Isa beritahu family Ulya tempoh pertunangan ini hanya lima bulan."

"Ha? Kalau lima bulan Isa dekat Bosnia, lima bulan tempoh pertunangan, bila pula Isa nak balik menguruskan hal perkahwinan ni?" Tanya Tengku Khalida geram dengan sikap Isa yang kekadang membuatnya berasa sesak nafas.

"Bonda jangan la risau pasal tu. Apa yang penting esok kena pergi meminang Narra, Kak Ila dan Suri akan wakil kan bonda, sebab Isa tahu anak bonda yang ni tak akan nak join pun." Sindir Isa sempat lagi merenung tajam ke arah Irma.

"Memang pun, sebab keputusan Isa mengarut." Kata Irma tidak puas hati sambil bangun dari tempat duduknya dan menyusun langkah meninggalkan ruang makan ini Tengku Danial turut mengekori Irma, dia cuba untuk menenangkan hati isterinya yang sedang marah.

Bagi Irma keputusan Isa ingin berkahwin dengan perempuan yang tidak jelas keturunannya sangat la mengarut. Dia hanya boleh menerima keturunan Tengku saja yang masuk ke dalam keluarganya.

Kak Ila dan Suri yang mencuri dengar perbualan keluarga majikan mereka terkejut apabila nama mereka di sebut. Aduhai Isa ini tahu-tahu saja apa yang sedang mereka lakukan.

Tengku Khalida menggeleng kepala dengan sikap Irma yang hanya memandang pangkat dan harta.

"Jika itu keputusan Isa, bonda ikut je. Janji bukan keputusan yang bukan-bukan." Kata Tengku Khalida sambil memegang tangan anak lelakinya.

Isa lega mendengar kata-kata bonda, dia harap acara meminang esok akan berjalan lancar dan semoga orang tua tamak itu tidak mendedahkan identiti Ulya Jika dia memberitahu tentang Ulya tandanya orang tua itu mencetus perang dengan dia.

Ulya termenung di hadapan cermin, dia tidak pasti kenapa hatinya tidak gembira ingin bertunang dengan lelaki idamannya, adakah kerana dia tidak tahu niat lelaki itu mahu berkahwin dengannya walaupun tahu status dirinya?

Dress berwarna cream yang Ulya pakai ini tidak mampu menyerikan hatinya yang suram kerana memikirkan tentang Isa yang misteri itu.

"Akak?" Panggil Aira sambil berdiri di muka pintu bilik.

Ulya menerpa ke arah Aira dan memeluk erat tubuh adiknya. Dia menangis teresak-esak di dalam pelukan Aira, dia memang menunggu kepulangan adiknya ini. Dia mahu meluahkan segala kesedihan di dalam hatinya.

"Adik, akak anak haram." Luah Ulya sambil menangis.

Aira turut menangis mendengar kata-kata Ulya.

"Abah dah cerita semua dekat adik, apapun terjadi akak ialah kakak adik selamanya." Kata Aira bersungguh-sungguh sambil memegang kedua-dua pipi Ulya.

"Tapi akak sedih sebab akak bukan datang dari cara yang baik. Mesti orang jijik tengok akak." Kata Ulya sayu sambil melabuh punggung di hujung katil.

"Tetapi bukan dia yang nak meminang akak kan?" Kata Aira saja mahu mengusik kakaknya bagi meredakan kesedihan kakaknya.

"Entah la dik. Akak pun tak tahu kenapa dia nak berkahwin dengan akak walaupun dia tahu akak ni anak haram." Balas Ulya mula meragui tentang Isa tetapi dia masih ada perasaan pada lelaki itu.

"Tanda dia ikhlas la tu."

"Yeke? Tetapi tak nampak pun dia ikhlas, semakin garang dengan sombong ada lah." Kekadang Ulya geram dengan sikap lelaki yang bernama Tengku Isa Ethan.

"Akak keikhlasan tu terletaknya di dalam hati mana boleh nampak. Akak ni pucat la, biar aira touch up sikit bagi berseri." Kata Aira sambil menyapu bedak pada wajah Ulya.

Ulya melepaskan keluhan mendengar kata-kata Aira, harap betul la Isa ikhlas mahu berkahwin dengannya. Jangan berkahwin dengannya hanya kerana mahu menunjuk sikap berani di hadapan nenek dan abah.

Sebuah kereta mewah mula memasuki perkarangan Banglo Hajah Maimunah. Berkerut Hajah Maimunah melihat rombongan meminang yang datang ini kerana mereka hanya datang bertiga dan tidak membawa sebarang hantaran hanya satu dulang yang hanya ada sebentuk cincin di atasnya.

"Assalamualaikum.. Saya Dalila wakil Tengku Khalida bonda kepada Isa yang tak dapat datang kerana masih di dalam iddah, ini Suri kawan saya. Maaf kerana kami hanya datang berdua untuk meminang Ulya Inarra." Kak Ila memperkenalkan diri sebaik sahaja melabuh punggung di atas sofa empuk yang terdapat di ruang tamu banglo mewah ini.

Suri mengukir senyuman memandang wajah Hajah Maimunah yang bangis itu. Mereka mengambil tempat di sebuah sofa berdekatan dengan Kak Ila..

"Waalaikumussalam.. Datang berdua sahaja?" Sindir Hajah Maimunah. Tidak pernah dia tengok majlis pertunangan hanya di wakili dua orang saja.

"Ya berdua saja sebab tiada hantaran jadi buat apa nak datang beramai-ramai. Isa yang request tak nak hantaran. Tetapi kami ada bawa duit belanja untuk Hajah Maimunah dan Encik Daud. Maaf la dalam sampul coklat saja, sebab Isa bagi pun last minute. Tak tahu nak susun macam mana duit banyak macam itu." Kata Kak Ila sambil menghulur sampul surat berwarna coklat kepada Hajah Maimunah dan Encik Daud. Setiap sampul surat itu mengandungi wang tunai sebanyak RM10,000.00

Hajah Maimunah terkejut memegang sampul surat berwarna coklat kerana duit di dalam ini agak tebal. Pandai Isa mengambil hatinya, lelaki itu memang tidak memungkiri janji.

"Terima kasih ya untuk duit ni, semoga sentiasa di murahkan rezeki. Mana Isa?" Tanya Encik Daud sambil memandang keluar rumah mencari susuk tubuh anak muda itu.

"Isa pergi Bosnia. Dia lima bulan dekat sana, biasa la Airforce pilot memang sibuk." Jawab Kak Ila, aduhai susahnya menjadi wakil rombongan meminang ini..

Terkejut Hajah Maimunah dan Encik Daud mendengar kata-kata wanita di hadapan mereka ini. Anak muda bukan saja billionare malah pemandu pesawat tempur. Memang lain daripada yang lain bakal suami Ulya itu.

"Kalau macam itu boleh la kita mulakan majlis dengan seringkasnya. Saya ni mudah saja orangnya. Kita mulakan tarikhnya." Ujar Encik Daud  memulakan pembincangan.

"Isa minta majlis pernikahan lima bulan dari sekarang. Tempat pernikahan dia akan tetapkan, untuk hantaran dan mas kahwin pula Isa tetapkan RM10,000.00 untuk hantaran dan RM50,000.00 untuk mas kahwin. Ini cincin pertunangannya." Kata Kak Ila cuba mengingat kembali apa yang dipesan oleh Isa, kalau salah habis la kena sembur dengan majikannya itu.

Semua terkejut mendengar kata-kata Kak Ila, Hajah Maimunah tidak sangka semua telah di atur pihak lelaki, wang hantaran dan mas kahwin Ulya juga sangat banyak. Lelaki itu memang datang dari keluarga kaya-raya.

Jesnita yang sedang mencuri dengar sambil berdiri di ruang dapur mula berasa sakit hati apabila Ulya Inarra memiliki lelaki 100 kali lebih bagus daripada Ilyas. Jika bukan kerana nenek sudah memberi amaran jangan merosakan majlis pertunangan Ulya pasti dia sudah membocorkan rahsia Ulya pada keluarga bakal suami gadis itu. Dia berasa sangat tidak puas hati kerana Ulya bakal memiliki lelaki yang hebat, dia perlu menghancurkan semua sebelum mereka berkahwin. Dia tekad kali ini, Ulya tidak boleh memilki Tengku Isa Ethan.

"Jom kak, nenek dah panggil." Kata Aira sambil memegang tangan Ulya, dia tahu pasti kakaknya gementar kerana sebentar lagi dia akan bergelar tunang kepada lelaki idamannya.

Pelahan-lahan Ulya dan Aira melangkah menuruni anak tangga rumah banglo ini.

Ulya melepaskan tangan Aira dan melangkah ke arah seorang wanita. Hairan Ulya memandang wanita itu, tidak mungkin ini ibu kepada Isa, wajah mereka tidak seiras.

"Bonda Isa tidak dapat datang kerana di dalam tempoh Iddah, jadi saya Kak Ila wakil daripada keluarga Isa.." Kata Kak Ila sebaik sahaja Ulya duduk di sebelahnya.

Ulya terkejut mendengar kata-kata Kak Ila, jadi ayah Isa baru meninggal dunia? Baru-baru ini adik dia meninggal dunia dibunuh. Maksudnya lelaki itu kehilangan dua orang yang tersayang dalam jarak masa yang sangat dekat. Kasihannya tunangnya itu.

"Ini cincin tunang dari Isa untuk Narra." Kata Kak Ila sambil tunjuk sebentuk cincin kepada Ulya.

"Narra?" Tanya Ulya hairan apabila dia mula dapat tangkap Kak Ila memanggilnya dengan nama Narra.

"Isa panggil Narra, kan?"

Ulya terkejut mendengar kata-kata Kak Ila, kenapa lelaki itu menggelar dia dengan nama Narra? Haish, semakin misteri lelaki itu seolah-olah sudah lama mengenalinya.

Kak Ila menyarung cincin di jari manis tangan kiri Ulya Inarra. Kini secara rasmi Ulya ialah tunang kepada Tengku Isa Ethan.

Ulya Inarra bersalaman dengan Kak Ila dan dia tunduk mencium tangan wanita ini.

Usai acara menyarung cincin, maka acara bergambar pun bermula supaya kenangan hari ini dapat dilihat oleh generasi akan datang.

"Jom la kita pergi makan." Ajak Hajah Maimunah, dia mengiringi Kak Ila dan Suri ke ruang makan kerana dia telah menyediakan beberapa jenis juadah untuk tetamu menjamu selera.

Ulya memandang sekeliling mencari susuk tubuh Isa. Mana pula lelaki itu? Ulya melepaskan keluhan nampak sangat Isa terpaksa bertunang dengan dia. Apa la nasibnya nanti selepas berkahwin dengan lelaki bernama Tengku Isa Ethan? Adakah dia akan bahagia bersama lelaki garang itu?

Lama Ulya merenung cincin tunang di jari manisnya, pandai pula lelaki ini pilih design dan saiz cincin yang sesuai dengan dia. Ulya tersenyum sendirian, walaupun dia meragui lelaki itu tetapi hatinya berbunga kerana kini dia telah menjadi tunang kepada lelaki idamannya.

Continue Reading

You'll Also Like

704K 32.4K 75
𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap...
28.2K 1.3K 53
DZAFIR RIFQ-Seorang yang perwatakannya lemah lembut,matang dan menurut kata. Merupakan jurulatih kriket peringkat negeri Perak dan seorang CEO DR SPO...
287K 13.7K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.2M 51K 79
Qaseh Nur Ayana, seorang model muslimah yang terkenal dan memiliki kecantikkan yang luar biasa. Hidupnya bertukar gelap di saat mengetahui kekasih ya...