ISANARRA (C)

By Zueikha23

1.1M 40.3K 4K

(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️... More

WATAK IN ISANARRA
1
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

3

26.2K 936 181
By Zueikha23

Ulya berlari menuju ke pantai yang terletak di belakang  Masjid Al Salam. Ulya berlari dan terus berlari sehingga dia jatuh terjelopok jatuh di atas pasir pantai, dia menangis teresak-esak sambil menggenggam kuat kain baju jubah yang dia pakai ini..

"Arghhhhh!!!!" Jerit Ulya sekuat hati, air mata terus membasahi pipinya.

"Sabar kak.." Aira memeluk erat tubuh kakaknya, dia turut menangis saat ini. Kasihan dia melihat keadaan kakaknya yang sangat berharap menjadi isteri kepada Ilyas Syafiq tetapi lelaki itu menghancurkannya sekelip mata. Perkara paling kejam lelaki itu curang dengan Jesnita, sepupu yang paling kakak rapat.

"Kakak sedih dik, sepupu yang paling kakak percaya, yang paling kakak sayang. Rampas tunang kakak." Ulya memukul dada kirinya berkali-kali sambil menangis teresak-esak.

"Dua orang tu memang setan la kak. Adik pun tak percaya apa yang kita buat semalam tu ialah untuk majlis perkahwinan diaorang. Adik dapat rasakan nenek terlibat dengan semua ni, sampai hati diaorang buat kakak macam ni." Siapa sangka seharian mereka sibuk mengurus persiapan supaya majlis berjalan lancar rupanya untuk Majlis perkahwinan Ilyas dan Jesnita.

Semakin laju air mata Ulya saat mendengar kata-kata Aira.

"Apa dosa kakak sampai Nita dan nenek sanggup buat macam ni dekat kakak? Ilyas pula mempermainkan kakak, lagi 3 hari kami nak menikah, dia curang dan nikah dengan orang lain. Sedangkan semua persiapan dah siap, tetamu pun dah jemput. Kasihan abah, mesti abah akan malu dengan orang masjid. Kenapa hidup kakak macam ni?" Ulya menangis memeluk erat tubuh Aira, dia meraung di dalam pelukan adiknya ini. Abah bilal masjid pasti nama dia akan terpalit dengan kejadian ini. Bagaimana la abah mahu berdepan dengan perkara yang sangat memalukan ini.

"Kakak tak sangka semalam kakak hias bunga telur untuk majlis perkahwinan diaorang, akak gosok kan baju nikah Nita dan Ilyas, paling teruk akak mengaminkan doa ketika majlis kesyukuran agar hubungan mereka kekal selamanya." Kata Ulya dengan perasaan kesal dan berasa dirinya sangat bodoh kerana tidak menyedari dirinya yang sebenarnya telah di tipu oleh dua orang yang dia sayang.

"Bukan main perempuan tu kata nak belanja lukis inai la, bermanja dengan kakak la rupanya dusta belaka. Dasar perempuan cacing tak cukup zat." Luah Aira tidak puas hati dengan sikap hipokrit Jesnita.

"Kalau la adik dapat perempuan tu, adik pijak-pijak dia sampai jadi bulat lepas tu tendang dia keluar bumi. Manusia macam tu tak patut tinggal dekat bumi ni, menyakitkan hati je." Bebel Aira lagi, dia sangat sakit hati dengan perempuan bernama Jesnita.

"Dah la tu adik, jangan nak buat apa-apa dekat Nita tu. Nanti nenek mesti marah abah, kakak tak nak nenek sumpah seranah abah." Kata Ulya sayu, dia tahu jika nenek tidak puas hati dengan mereka pasti abah akan di marah teruk olehnya.

Aira mengeluh mendengar kata-kata Ulya, macam mana la kakak tahu rancangannya. Bila fikirkan tentang abah, tiba-tiba dia terpaksa membatalkan niatnya itu.

"Kakak?" Ulya sebak mendengar suara itu, dia menoleh. Susuk tubuh abahnya sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman yang terukir di bibir.

Ulya bangun dan berlari ke arah abahnya, dia menangis teresak-esak sambil memeluk erat tubuh tua abahnya.

"Abah, kakak sedih. Kenapa diaorang buat kakak macam ni? Kenapa diaorang mempermainkan maruah kita?"

"Sabar la kakak, anggap la ni ujian daripada
Allah SWT. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan semuanya." Kata Encik Daud sambil mengusap kepala Ulya. Dia turut sedih apabila mengenangkan apa yang terjadi, melihat Ilyas duduk di hadapan Tok Kadi jantung Encik Daud hampir terhenti kerana terkejut tetapi dia tanamkan di dalam hati redha dengan setiap ujian yang Allah SWT berikan.

"Abah, tak marah Ilyas ke?"

"Abah marah la sebab sakitkan hati anak abah tetapi abah hanya mampu marah je, selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Jom balik makan, abaikan mereka berdua tu." Kata Encik Daud, dia tidak mahu Ulya terlalu memikirkan hal ini kerana nanti hatinya akan bertambah terluka.

"Abah mesti malu kan pernikahan kakak tak jadi, Ilyas tuduh akak bukan-bukan. Mesti orang ingat akak ni perempuan jahat sebab tu tunang lari." Tangisan Ulya semakin menjadi-jadi, dia tidak mahu kerana dia abah yang akan menanggung malu dan mendengar caci maki orang kampung.

"Jangan la risau pasal tu, pandai la abah settle kan. Apa yang penting kita pergi makan, abah lapar ni. Memang la sakit hati tetapi kita kena makan lepas tu kita balik la. Tak payah duduk dekat sana lama-lama." Pujuk Encik Daud, dia tidak mahu Ulya sedih sehingga tidak lalu makan kerana ingin menangis pun memerlukan tenaga yang banyak.

"Betul tu adik setuju, kita makan sampai kenyang lepas tu kita balik. Sebelum balik kita buat sepah dulu sampai diaorang penat nak kemas." Kata Aira sambil memeluk erat lengan abahnya. Dia hanya mahu ke rumah nenek untuk mengisi perut yang kosong selepas itu dia hendak balik rumah dan melayan kdrama. Dia tidak mahu tolong kemas apa pun di sana kerana mereka adalah musuh ketatnya. Lebih-lebih lagi Ilyas dan Jesnita cacing itu.

Encik Daud hanya menggeleng kepala mendengar kata-kata Aira, ada saja point si Aira ni hendak mencari gaduh.

"Jom kita balik makan." Kata Encik Daud sambil menyusun langkah menuju ke keretanya. Bukan mudah hendak menjaga dua orang anak perempuan kerana mereka manusia yang sedang hanyut dengan keindahan dunia. Silap langkah mereka boleh ikut hanyut sehingga tercemar maruah diri.

Ulya dan Aira mengekori abah mereka menuju ke kereta, abah memang seorang tenang tetapi ada tegasnya. Ulya sangat berharap dia akan memiliki seorang suami seperti abah yang sentiasa tenang dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang.

Encik Daud memandu keretanya memasuki perkarangan rumah banglo Hajah Maimunah, majlis perkahwinan Jesnita dan Ilyas sangat meriah, tambahan lagi dengan kehadiran sanak saudara yang semakin ramai.

Keluar saja daripada kereta Encik Daud menuju ke bawah khemah untuk mencari makanan. Ulya memandang sekeliling mencari susuk tubuh seseorang, tiba-tiba dia ternampak Jesnita dan Ilyas di atas pelamin yang terletak di dalam rumah sedang bergambar sambil berpelukan.

Turun naik nafas Ulya melihat kemesraan mereka, dia melangkah laju menuju ke dalam rumah nenek.

Aira terkejut melihat kakaknya menuju ke dalam rumah nenek, dia mengekori kakaknya dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Kakak nak buat apa ni?

"Oi perempuan!" Jerkah Ulya sambil melangkah laju menuju ke arah Jesnita dan Ilyas di atas pelamin. Dia menarik kasar tangan Jesnita lalu menampar berkali-kali wajah perempuan itu sehingga jatuh tersungkur di atas lantai.

Ilyas, Aira serta tetamu yang hadir terkejut melihat kejadian itu. Aira gelisah melihat kakaknya naik hantu, dia kena panggil abah untuk menyelesaikan masalah ini.

Ilyas menggaru kepala yang tidak gatal, dia buntu saat ini. Dia menarik lengan Ulya supaya menjauhi isterinya.

"Perampas!  Penyondol!! Perempuan tak guna!!" Jerit Ulya sambil duduk di atas peha Jesnita dan menampar wajah Jesnita berkali-kali.

"Sakit la bodoh!" Balas Jesnita dengan nada suara menjerit, wajahnya berasa sangat sakit akibat di tampar oleh Ulya..

"Kau ingat kau punya sakit je? Aku lagi sakit hati la!!" Tengking Ulya sambil menarik kasar tudung yang di pakai oleh Jesnita.

"Sudah la tu! Jangan memalukan diri la!" Marah Ilyas sambil menarik kasar lengan Ulya.

Ulya mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Ilyas, dia bingkas bangun dan berdiri di hadapan lelaki itu. Tak semena Ulya menendang kemaluan Ilyas menggunakan lututnya dengan sekuat hati.

"Arghhh!!! Sakit la." Jerit Ilyas mengerang kesakitan. Dia terjelopok di atas lantai sambil memegang kemaluannya.

"Kau memang dah memalukan aku dan keluarga aku la!! Kau lelaki tak guna tahu tak!" Tengking Ulya, dia menahan air mata daripada mengalir di hadapan lelaki tidak guna ini.

"Kau tu yang tak pandai jaga tunang nak salah kan aku! Kau perempuan bodoh! Akhirnya aku menang sebab memiliki lelaki sehebat Ilyas! padan muka kau!!" Ujar Jesnita sinis sambil menarik kasar lengan Ulya dan menampar pipi Ulya dengan kuat.

"Aku akan buktikan yang aku akan dapat lelaki lebih bagus daripada dia la!" Balas Ulya geram dengan kata-kata Jesnita.

"Ada ke lelaki nak dengan perempuan kotor macam kau? Kau ni dah pernah tidur ramai lelaki kan?" Kata Jesnita sambil mengukir senyuman sinis pada Ulya.

"Kau memang tak guna!!" Ulya menampar Jesnita kuat sehingga perempuan itu jatuh di atas lantai dan dia menarik kuat rambutnya. Mereka bergaduh berguling di atas lantai ini, ramai yang menyaksikan pergaduhan mereka.

"Ya Allah! Apa ni?!!" Hajah Maimunah terkejut melihat Jesnita dan Ulya bergaduh sambil menarik rambut serta tudung. Lalu dia menarik lengan Ulya dan menampar pipi gadis itu.

Pang! Ulya tergamam saat di tampar oleh nenek.

"Kau saja kan nak memalukan aku?!" Marah Hajah Maimunah.

"Nenek yang rancangkan semua ni? Nenek bukan tak tahu Ilyas tunang Yaya kenapa nenek setuju Nita rampas daripada Yaya?" Tanya Ulya Inarra tidak puas hati.

"Sebab kau perempuan tak ada maruah! Tak layak untuk lelaki macam Ilyas. Kau ni sesuai dengan duda atau orang tua je. Kalau kau perempuan baik, bukti pada aku dalam masa 90 hari. Bawa lelaki yang kaya raya jumpa aku, gaji RM5000 sebulan dan ke atas, pakai kereta mewah aku nak kereta BMW kalau tak aku kahwinkan kau dengan duda anak satu."

Ulya menggeleng kepala mendengar kata-kata nenek yang mata duitan ini.

"Tak nak! Ulya tak akan ikut cakap nenek. Nenek ingat duit boleh membahagiakan nenek ke? Duit tak boleh bawa mati la nenek."

Pang! Pipi Ulya di tampar lagi.

Ilyas yang sedang menahan kesakitan sambil duduk di pelamin terkejut melihat Ulya di tampar lagi. Padan muka perempuan itu, puas hatinya.

Encik Daud dan Aira terkejut melihat Hajah Maimunah menampar Ulya. Pasti anaknya sedang menahan kesakitan.

"Kalau kau tak ikut cakap aku, aku akan isytihar abah kau sebagai anak derhaka dan aku akan minta orang kampung halau dia daripada kampung ini!!" Hajah Maimunah memberi amaran dengan pandangan mata yang menakutkan.

Ulya, Aira dan Encik Daud terkejut mendengar kata-kata Hajah Maimunah. Encik Daud tidak sangka mak dia senekad itu, apa dosa mereka sekeluarga sehingga diperlaku sebegini.

"Mak jangan la macam ni? Jangan paksa anak saya." Tegas Encik Daud yang tidak suka dengan sikap maknya itu.

"Kau pun nak melawan aku? Kau jangan sampai aku anggap kau anak derhaka. Jangan harap la kau dapat masuk syurga!" Marah Hajah Maimunah kerana anaknya pun sudah pandai melawanya.

Ulya tidak sanggup melihat ayahnya dimarahi oleh nenek.

"Okay, Yaya setuju. Nenek jangan risau la Yaya akan Bawa lelaki kaya jumpa nenek dalam masa 90 hari ni. Lelaki itu akan datang naik Bugatti melamar Yaya, masa tu nenek akan menyesal sebab tuduh Yaya bukan-bukan." Kata Ulya bersungguh-sungguh sambil menarik tangan abah mengekorinya meninggalkan ruang tamu ini. Mana pula dia nak mencari lelaki pakai kereta Bugatti ni, tidak kisah la janji dia dapat membuat neneknya diam seketika.

Jesnita mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Ulya. Bugatti konon Honda belum tentu perempuan itu berjaya dapatkan di dalam masa 90 hari ni.

"Betul ke dia nak bawa lelaki naik Bugatti?" Tanya Hajah Maimunah gelisah kepada Jesnita.

"Nenek jangan percaya, dia tak akan berjaya. Mana ada lelaki kaya nak perempuan yang setakat kerja pensyarah macam dia tu. Tak sabarnya nak tengok dia kahwin dengan duda tua anak satu. Tak sabar nak tengok dia sengsara." Kata Jesnita teruja sambil memeluk lengan neneknya.

"Nenek pun tak sabar." Hajah Maimunah dan Jesnita sama-sama ketawa mengenangkan rancang mereka hampir berjaya.

Encik Daud mendekati Ulya yang sedang termenung di beranda rumah sambil mendongak melihat bintang berkelipan di angkasa.

"Kakak okay? Puas hati dapat belasah Nita?" Ulya mengukir senyuman mendengar kata-kata abah.

"Puas hati sangat abah. Kakak bukan nak malukan abah tetapi kakak terpaksa sebab diaorang mempersendakan maruah kakak." Luah Ulya sebak apabila mengenangkan mereka fitnah demi kepentingan diri.

"Abah faham. Macam mana perjanjian dengan nenek tu?"

"Entah la abah, akak redha je. Doakan urusan kakak dipermudahkan tau." Ulya memeluk erat lengan abahnya dan melentokkan kepala pada bahu abahnya.

"In Shaa Allah, mesti akan ada jalan penyelesaiannya."

"Abah, kakak dah mula sayang dia. Kenapa dia buat kakak macam ni? Kakak sedih sangat, kakak ingat dia cinta sejati yang kakak cari selama ni.
Rupanya dia racun yang menghancurkan hati kakak." Ujar Ulya Inarra tiba- tiba dia teringat tentang Ilyas.

"Kakak anggap  la dia bukan jodoh yang telah Allah tentukan untuk kakak.Abah doakan semoga suatu hari nanti ada seorang lelaki datang pada abahdan minta izin untuk berkahwin dengan anak abah ni."

"Mana ada lelaki sekarang seberani tu, lebih-lebih lagi kalau baru kenal sebulan dua." Kata Ulya kurang yakin ada lelaki seberani itu pada zaman moden ini.

"In Shaa Allah, akan ada suatu hari nanti. Semoga lelaki yang datang tu seorang yang baik mampu menjaga, melindungi dan mencintai kakak seikhlas hati dia. Abah yakin Allah sedang mengaturkan sesuatu
yang indah untuk kakak." Kata Encik Daud bersungguh-sungguh dia sangat yakin akan ada seorang lelaki baik akan muncul di dalam hidup anaknya ini.

"Kenapa abah yakin dia wujud? Siapa dia tu?" Tanya Ulya hairan.

"Kerana abah percaya Allah tak akan membiarkan hamba-hambaNYA kesedihan terlalu lama kerana Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia ialah jodoh daripada Allah untuk kakak." Kata Encik Daud sambil memegang pipi Ulya. Dia yakin jodoh Ulya nanti ialah seorang yang baik dan lebih baik daripada Ilyas.

Ulya tenang mendengar kata-kata abah, dia juga berdoa semoga Allah jodohkan dia dengan seorang lelaki yang baik dikalangan yang terbaik.

Continue Reading

You'll Also Like

957K 33.7K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage...
940K 31K 35
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
1.5M 65.1K 60
*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan Malaysia Thailand menemukan Aaira dan L...
561K 21.3K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...