My Overprotective Mafia

Bởi varrissa

6.1K 193 3

Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama d... Xem Thêm

Note
part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Note 2
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Nota 3
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
part 31
part 32
Part 33
Part 34
Part 35
part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Note 4
Part 47
Part 48
Part 49

Part 15

119 5 0
Bởi varrissa

Assalamualaikum semua. Dalam bab ni saya gunakan nama samaran mereka tau. Okey itu je. Selamat membaca.

Ring... Ring...

Loceng berbunyi menandakan waktu belajar sudah habis. Melia, Hanis dan Kai mengemas barang mereka dan keluar dari kelas untuk menuju ke cafeteria. Selepas mereka meletakkan barang mereka dekat meja makan, Melia memusingkan badan dia dan...

"BAA!!"

"Oh mak kau!!" Termelatah Melia disebabkan kejutan yang diberikan oleh Mia.

"Hahaha sorry." Gelak Mia disebabkan latahan Melia.

"Ish kau ni nasib baik aku tak tendang kau tau." Kata Melia dengan tangan memegang dadanya sambil mulut beristigfar.

"Hahaha macam boleh." Ejek Mia tak percaya dengan kata kata Melia. Razif, Haqif dan Qila meletakkan barang mereka di meja yang sama mereka duduk. Mereka menggelengkan kepala dengan perangai Mia yang macam budak.

" Heh kau tak tau yang aku ni naib juara pertandingan taekwondo peringkat negeri tau." Balas Melia.

"Hah!" Ternganga Mia bila terdengar kata kata Melia. Asal aku tak tahu ni. Bisik hati Mia. Mata Mia melihat ke arah Kai yang terkejut dengan kata kata yang baharu didapati tadi. Yang lain juga terlihat terkejut dengan kata kata itu, kecuali Hanis.

"Melia kau tak tipu kan?" Soal Mia ke Melia.

"Mana ada aku tipu, betullah apa yang aku cakap tadi. Tak percaya tanya Hanis." Balas Melia dengan tangan menunjuk ke arah Hanis.

Mia, Kai dan yang lain memandang Hanis untuk meminta kepastian, Hanis mengganguk menandakan kata kata Melia itu betul.

Mata mereka terbeliak selepas mendapati kata kata Melia itu benar. Kena bagitahu bos ni. Bisik hati Kai sebelum...

"Aduh! Aku kena pergi tandas jap korang rehat dulu eh. Bye." Kata Kai sebelum menghilangkan diri. Yang lain hanya memandang pelik.

"Okay, kalau macam tu jom Melia kita rehat dulu." Ajak Qila sebelum menarik tangan Melia. Yang lain hanya mengikuti.

Di tandas lelaki...

Kai mengeluarkan telefonnya sebelum mendail nombor bos.

Sewaktu menunggu bosnya mengangkat panggilan, dia dikejuti dengan orang yang tak diundang. Ye siapa lagi kalau bukan Zakrul. Dia keluar dari salah satu bilik air di dalam tandas itu sebelum matanya tertacap dekat Kai. Dia tersenyum dan mendekatinya.

"Wah, tak sangka kau pun dekat sini ye." Kata Zakrul dengan nada yang angkuh.

"Lah kau ingat ini tandas kau, sampai aku pun tak boleh ada dekat sini, atau kau fikir ni tandas bapak kau." Balas Kai sebelum membatalkan panggilannya dengan bos.

"Heh! Kau ingat kau sapa dekat sini, orang besar ke!" Marah Zakrul selepas menerima makian Kai.

"Kau pun sapa dekat sini, pengetua ke?" Maki Kai lagi.

"Ish kau baru masuk sini jadi kau tak kenal aku lagi!" Marah Zakrul.

" Betul aku baru masuk jadi aku tak kenal kau sapa. Jadi kau siapa ye?" Perli Kai pedas.

Muka Zakrul memerah disebabkan menahan marah dekat Kai. Tangan dikepal kuat ingin menumbuk muka Kai.

"Kau tak tahu kisah lama aku." Kata Zakrul menahan marah.

"Oh ye kau kan pernah pindah sekolah disebabkan kau membuli sampai orang tu patah tangan dan kaki dan ada yang hampir nak bunuh diri kan?" Kata Kai dengan senyuman terlekat dekat muka. Zakrul yang mendengar kata kata Kai tersentak sekejap.

"M-macam mana kau tahu. Ni mesti perempuan tak guna tu beritahukan!" Marah Zakrul selepas rahsianya terbongkar.

Wajah Kai berubah ke serious selepas mendengar panggilan Melia dari mulut Zakrul.

"Ye dia bagitahu aku tapi dia bagitahu tentang kau pindah je yang bulian yang kau buat tu aku yang cari." Jelas Kai ke Zakrul.

"Kau!" Kemarahan Zakrul sudah memuncak, dia ingin menumbuk wajah Kai. Dia mengepalkan tangan dan meluru kearah Kai untuk menumbuk tetapi Kai lebih pantas. Dia menangkap tangan Zakrul dan dan dia menendang kakinya. Zakrul jatuh melutut depan Kai. Kai memulas tangan Zakrul dan dia menjerit sakit.

" Lepaslah s*al!" Marah Zakrul ke Kai.

"Kau ni tadi lepas guna tandas bukan nak basuh tangan, lepastu nak tumbuk aku. Kau sepatutnya basuh dulu pastu baru aku bagi kau tumbuk aku." Kata Kai sambil menguatkan pulasan tangannya. Zakrul menjerit kesakitan.

" Kau better jaga mulut kau kalau kau taknak kehilangan tangan kau faham!" Kai menghempaskan tangan Zakrul sebelum meninggalkannya seorang diri.

"Kau tunggu." Gumam Zakrul.

Malamnya...

Kai menelefon bos untuk memberitahu tentang maklumat yang didapati tengah hari tadi.

"Halo, assalamualaikum bos." Salam Kai.

"Waalaikumussalam, ada apa?" Soal bosnya melalui telefon.

"Bos saya ada maklumat tentang cik Melia, bos." Kata Kai lagi.

" Apa dia?" Soal bosnya lagi.

"Cik Melia pernah menjadi naib juara dalam pertandingan taekwondo peringkat negeri bos." Jelas Kai memberitahu maklumat tu kepada bos.

"Hah!" Kai mendengar nada suara bos seperti tercengang dengan maklumat itu.

"Kau biar betul?" Soal bos seperti tidak percaya dengan kata kata Kai.

"Iya bos." Balas Kai.

" Kau ada bukti?" Soal bos lagi.

"Ada bos, saya suruh Haqif mencari maklumat pasal tu dan ada rekod tentang dia bos siap ada rakaman lagi." Jelas Kai lagi.

" Nanti kau bagi aku video tu. Okay." Pinta bos.

"Bukan tu je bos. Cik Melia juga pernah menjadi johan dalam pertandingan memanah peringkat kebangsaan, bos." Jelas Kai lagi dalam.

"What?!" Nada suara yang terdengar dari telefon Kai menunjukkan bosnya terkejut dengan maklumat itu. Dia pun terkejut juga dengan maklumat yang disampaikan oleh Haqif tadi.

"Okay yang tu ada videonya?" Soal bos.

"Ada bos, nak saya hantarkan?" Soal Kai.

"Ye hantarkan secepat yang boleh, faham." Arah bos.

"Faham bos." Balas Kai.

"Ada lagi yang aku tak tahu pasal dia?" Soal bos.

"Rasanya itu dulu bos." Balas Kai lagi.

"Okay kalau ada lagi bagitahu aku terus faham." Arah bos lagi.

"Faham bos." Balas Kai sebelum menamatkan panggilannya.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

44.9K 3.5K 68
1st series of Darkness. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
136K 4.4K 40
× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - F...
1.9K 148 84
_Sebuah karya Eirlynn Margary _ Bila keluarga kau ada rules pelik dalam setiap perkara be like : " Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga oran...
74.4K 4K 107
Start: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak man...