My Overprotective Mafia

By varrissa

6.1K 193 3

Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama d... More

Note
part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Note 2
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Nota 3
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
part 31
part 32
Part 33
Part 34
Part 35
part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Note 4
Part 47
Part 48
Part 49

Part 10

146 4 0
By varrissa

Assalamualaikum semua.👋 Saya nak bagitahu yang saya lompat sewaktu mereka dah habis belajar dekat sekolah menengah tau, sebab saya dah takde idea nak buat macam mana. Harap boleh ye.😅 Hihihi sorry.🙏 Dah jom sambung.

2 tahun kemudian...

"Yay... Dah habis SPM!" Jerit Tina.

"Hah bagus lah tu nanti jerit kuat lagi biar satu sekolah dengar." Perli Zakrul ke Tina.

Tina sudah buat mulut muncung menandakan yang dia tak suka dengan kata kata Zakrul tadi.

"Biarlah kau nak sibuk apahal." Balas Tina.

"Sudahlah korang dah habis SPM pun nak gaduh mengalahkan budak." Perli Melia ke mereka berdua yang tadi rancak bergaduh mulut dan sekarang diam.

"Hihihi. Jangan salahkan aku salahkan dia." Balas Tina sambil jari menunjuk ke arah Zakrul yang sudah terpinga pinga.

"Haih aku pulak... Kau ni dah melampau." Kata Zakrul yang sudah melipat lengan baju menandakan dia sudah sedia nak gaduh dengan Tina.

"Ooh kau ingat aku takut." Balas Tina taknak kalah. Lengan baju dilipat sedikit menandakan dia pun sedia nak gaduh.

"Sudah sudah nanti cikgu nampak padan muka." Kata Melia sambil tengok ke kiri ke kanan mana tahu ada cikgu ke. Mereka berdua diam memandang sesama sendiri sebelum...

"Alamak akak pengawas dah marah tapi tak takut sebab dah habis sekolah. Hahaha." Kata Zakrul dengan ketawa yang besar diikuti Tina.

"Okey, cikgu ni ada dua budak tengah gaduh." Kata Melia sambil tengok di tangga dengan jari menunjuk kearah mereka.

Zakrul dengan Tina sudah panik. Ada cikgu ke, alamak.

"Tapi boong. Hahaha." Kata Melia sambil menertawakan mereka.

Mereka berdua yang tadi tengah panik berubah ke perasan yang geram. Ohh kau tunggu Melia.

"Kau nikan." Kata Tina sambil mengejar Melia yang sudah lari jauh meninggalkan mereka. Zakrul hanya ikut dari belakang. Mereka gembira.

Melia berharap hubungan ini akan berkekalan, tapi...

Sewaktu masuk ke Universiti...

Melia masuk ke kelas dengan perasaan yang teruja. Teruja sebab apa? Sebab dapat kawan baru, sebab kelas baru, dan yang paling penting dapat jumpa dengan kawan lama iaitu Tina dan Zakrul. Melia dapat tahu yang mereka berdua pun masuk ke Universiti yang sama.

Melia berjalan kearah tempat duduknya di sebelah dengan seorang perempuan.

"Hai assalamualaikum awak siapa. Saya Melia boleh kenal." Kata Melia ke perempuan itu.

"Oh hai saya Hanis." Balas Hanis. Mereka berjabat tangan dan bersembang sementara menunggu pelajar lain masuk ke kelas. Sewaktu mereka bersembang Melia terperasan seseorang yang dia kenal dan orang itu adalah...

"Zakrul!" Panggil Melia ke Zakrul yang berada di hadapan pintu kelas. Melia melambaikan tangan kearahnya tapi Zakrul tidak pedulikan lambaian tersebut malah dia tinggalkan Melia disitu sahaja.

Melia bersangka baik. Mungkin dia busy kot. Bisik hatinya.

"Melia siapa tu?" Soal Hanis.

"Ooh tu kawan lama." Jawab Melia. Mereka menyambung perbualan yang  tadi terputus.

Ring...ring...

Loceng berbunyi menandakan sekarang adalah waktu belajar. Satu kelas tu yang tadinya kosong bertukar menjadi penuh dengan kedatangan pelajar. Lecturer masuk dan memperkenalkan diri dan mulanya sesi perkenalan.

Habis saja barisan Melia sambung semula dengan barisan belakang. Sampai saja pada satu tempat duduk Melia tersentak dengan nama yang disebut.

"Saya Tina Fiara anak kepada Dato shah." Kata Tina dengan bongkaknya.

Melia yang mendengar sudah gembira. Kepala ditoleh sedikit ke belakang untuk menengok keadaan sahabatnya itu. Hah in- ini bukan Tina. Fikirnya. Dulu Tina yang memakai tudung, baju yang longgar menutup aurat. Sekarang rambut yang panjang tidak memakai tudung, baju yang ketat, dan memakai seluar jean yang terkoyak di bahagian lutut. Kenapa dia memakai pakaian yang macam itu.

Tanpa sedar dia telah diperhatikan oleh si pemilik badan. Tina memandang tajam kearah anak mata Melia. Melia yang terperasan terus mengalihkan pandangan kearah yang lain. Takpe nanti aku cakap dengan dia okey. Bisik hatinya sekadar untuk menenangkan fikirannya yang sudah memikir ke arah yang lain.

Ring...ring...

Loceng berbunyi menandakan waktu belajar sudah tamat dan digantikan dengan waktu rehat.

"Okey class tomorrow I want you all finish the tasks that I gave. Understand? Good." Kata lecturer yang mengajar mereka bahasa inglish sebelum meninggalkan kelas.

"Understood sir." Balas pelajar sebelum bersama meninggalkan kelas.

Dalam kelas hanya tinggal Melia, Hanis dan geng Tina yang berada dibelakang. Melia berjalan ke belakang untuk berjumpa dengan Tina.

"Tina apahal kau pakai baju macam ni, tak menutup aurat tau tak." Marah Melia ke Tina.

"Eh yang sibuk apahal diri aku, aku tahulah nak jaga macam mana. Plus ni trend tau kau apa tahu." Perli Tina pedas ke Melia yang sudah hilang kata dengan percakapan Tina.

"Tina kenapa dengan kau ni. Kenapa ka-." Terhenti percakapan Melia apabila dipotong oleh Tina.

"Apa jadi macam ni, tak kisahkan kau. Untuk pengetahuan kau, aku dah dapat kawan yang lagi bagus dari kau, yang setaraf dengan aku. Kau?" Kata Tina ke Melia dengan suara yang angkuh sambil memandang Melia atas bawah.

Melia yang mendengar terkedu dengan percakapan Tina ke dia.

"Tina, sampai hati kau kutuk aku. Sebab aku tak setaraf dengan kau. Kau ni dah melampau tau tak!" Marah Melia meninggikan suaranya. Hanis yang menjadi pemerhati dari tadi hanya diam, cuba untuk memproses apa sebenarnya terjadi. Sebelum...

Pang...

Tina menampar kuat wajah Melia.

"Berani kau tinggikan suara kau kat aku. Kau ingat kau sapa. Hah!" Marah Tina suara yang sama tinggi dengan suara Melia.

"Kau kena ingat, dulu aku berkawan dengan kau sebab waktu tu aku takde kawan bukan sebab aku suka dekat kau. Lagi satu, aku berkawan dengan kau pun sebab nak dekat dengan Zakrul je." Kata Tina.

"Aku tau kau suka dekat Zakrul tapi kisah apa aku. Yang penting sekarang ni kita bukan kawan okey. And kau jangan dekat dengan Zakrul I kalau tak siap kau." Kata Tina lagi sambil menolak badan Melia sebelum meninggalkannya dengan kawan barunya yang sedang terkejut dengan adegan tadi.

"Melia kau okey?" Kata Hanis dengan tangan sudah membelek muka Melia.

"Aku okey. Tak sangka dia macam tu." Balas Melia dengan tangan sudah memgelap air mata yang mengalir bukan disebabkan tamparan tu tapi disebabkan terkesima dengan perangai dan kata kata Tina ke dia. Dia tak sangka yang Tina sebenarnya mempergunakannya sahaja.

"Siapa pun di-" terpotong kata kata Hanis kerana ada suara yang mengacau mereka.

"Melia betul ke kau tampar Tina tadi." Marah Zakrul ke Melia.

"Hah?" Terpinga pinga Melia apabila disoal sebegitu.

"Ni apa." Kata Zakrul sebelum menarik tangan Tina dan menunjukkan pipi Tina yang berwarna merah.

"Aku-" Melia terkesima dengan keadaan itu.

"Ni kau buatkan." Marah Zakrul lagi.

"Aku tak buatlah dia yang tampar aku dan apasal korang pegang tangan hah kan haram." Marah Melia pula apabila difitnah sebegitu dan terkejut dengan apa yang dibuat oleh Zakrul dan Tina.

"Heh yang kau sibuk tu apahal yang aku tanya ni kau ke yang tampar dia." Marah Zakrul lagi.

"Aku dah kata aku tak buat." Marah Melia dengan suara yang naik seoktaf.

"Kau.." kata Zakrul sebelum...

Pang...

Zakrul menampar Melia kuat. Melia yang terkena tamparan itu terjatuh duduk di atas lantai.

"Yang kau ni apasal, Melia tak buat pun semua benda tu dia yang kena tampar bukan perempuan tu!" Marah Hanis. Dia tak boleh duduk diam kawan dia ditampar takkan dia tak buat apa apa.

"Kau diam ni bukan urusan kau." Marah Zakrul ke Hanis.

"Heh Melia kau dengar sini eh sekali lagi aku dapat tahu  yang kau kacau Tina teruk kau aku kerjakan. Kau tak tau apa yang aku boleh buat. Untuk pengetahuan kau, aku pindah sekolah bukan sebab urusan keluarga tapi aku sendiri yang buat diri aku pindah. Sebab aku ada banyak kes ganas dekat sekolah lama aku. " Kata Zakrul.

"And untuk pengetahuan kau kita bukan kawan lagi dah aku hanya dekat dengan kau sebab kau pengawas je waktu tu. Sebab apa? Sebab kalau aku buat jahat aku dapat back up dari kau." Kata Zakrul lagi sebelum meninggalkan Melia dan Hanis disitu.

"Jantan tu." Kata Hanis dengan perasaan yang geram disebabkan perlakuannya ke Melia.

"Melia kau okey?" Tanya Hanis ke Melia yang sedang teresak menangis.

"Kenapa... Kenapa." Kata kata Melia itu membuatkan Hanis mengambil pilihan untuk memeluk Melia tujuan untuk menenangkan hatinya.

"Sabar Melia sabar ini mungkin ujian. Ada banyak lagi orang baik yang boleh kau jadikan sebagai kawan. Okey dah jangan nangis." Kata kata Hanis membuatkan Melia berhenti menangis dan bertenang.

"Thanks Hanis, kau pun takkan ikut macam mereka kan." Kata Melia ke Hanis selepas mereka berpelukan.

"Kalau tak keberatan boleh tak kau cerita apa hubungan kau dengan diorang." Pinta Hanis ke Melia.

Melia menceritakan ke Hanis daripada awal mereka berkenalan terus jadi macam ni.

"Sampai hati mereka buat kau macam ni. Kalau berkawan itu biarlah betul ni tak nak manfaatkan orang je kerja." Marah Hanis selepas mendengar cerita dari Melia.

"Benda dah lepas jangan nak ungkit lagi. Yang kau nak marah kat aku kenapa." Balas Melia selepas mendengar komen dari Hanis.

"Mana ada aku marah kat kau." Balas Hanis.

"Habistu yang kau pukul kaki aku tadi. Bukan kau marahkan aku ke." Marah Melia ke Hanis.

"Ooh ye eh sorry. Geram sangat dengan perangai diorang." Balas Hanis sambil tangan menepuk kaki Melia kasar.

"Hah tu kau buat lagi." Marah Melia.

" Sorry sorry." Balas Hanis sambil tangan mengusap kaki Melia dimana dia memukul.

"Kau takkan ikut diorangkan kau tetap dengan aku kan." Kata Melia sedikit takut. Takut akan dia kehilangan seorang kawan.

"Tak aku takkan tinggalkan kau okey. Dah jom pergi rehat kalau tak lambat masuk kelas nanti." Balas Hanis ke Melia.

Hanis membantu Melia untuk bangun dari duduk kat lantai dan mereka terus ke cafe. Melia berharap hubungan dia dengan Hanis akan tetap berkekalan selamanya sampai akhir hayat. Amin.










Continue Reading

You'll Also Like

92.8K 4.1K 82
BOOK 2 OF (Mr Mafia Miss Sombong...) Saya sarankan mana yang baru baca sila baca buku 1 seperti yang tertera. s̑̈l̑̈ȏ̈w̑̈ ȗ̈p̑̈d̑̈ȃ̈t̑̈ȇ̈ m̑̈ȃ̈y...
99.9K 8.8K 47
Semuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai aban...
9.5K 595 49
"I'm yours, remember?" ~Forever Mine~ #Sequel I'm Yours?
51.2K 2.7K 39
[ Book 1] Tiada apa yang sempurna pada diri aku . Aku hanyalah seorang wanita yang biasa . Aku dibesarkan oleh makcik dan pak cik aku kerana kedua...