My Overprotective Mafia

Da varrissa

6.1K 193 3

Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama d... Altro

Note
part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Note 2
Part 5
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Nota 3
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
part 31
part 32
Part 33
Part 34
Part 35
part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Note 4
Part 47
Part 48
Part 49

Part 6

200 7 0
Da varrissa

" Kenapa bos suruh aku sekolah kat sini, masa sekolah aku dah habis, ni kena masuk balik aduh malaslah." Ngeluh Sero perlahan. Kalau tak disebabkan bos ugut aku takdenya aku nak masuk sini. Bisik hatinya.

Dua hari yang lalu.....

"Ada apa bos nak jumpa saya?" Soal Sero kepada bosnya.

"Aku nak kau masuk ke Universiti ." Kata Leon sambil menyiapkan tugasnya.

"Kenapa saya kena masuk ke Universiti tu?" Soal Sero sedikit hairan. Haih apahal bos suruh aku masuk Universiti, takkan bos suruh aku belajar balik aku dapat keputusan bagus apa. Bisik hati Sero dengan penuh kehairanan.

"Aku nak kau tengokkan seseorang." Balas Leon santai.

"Tapi sapa?" Soal Sero lagi.

"Melia Trisya." Kata Leon lagi. Banyak pula Soal budak ni. Bisik hati Leon.

"Tapi kenapa?" Soal Sero lagi sekali. Tu kan perempuan yang bos suruh Vian cari, ni mesti nak aku bunuh diakan. Fikir Sero bila terdengar nama perempuan itu.

Leon menatap wajah Sero tajam.

"Aku suruh kau tengokkan dia pun susah eh." Soal Leon tegas kepada orang kanannya.

"Tak bos, tak susah. Maksudnya bos suruh saya tengokkan dia pastu bunuh diakah?" Kata Sero.

"Sapa kata suruh kau bunuh." Menaik sedikit suara Leon bila orang kanannya kata bunuh.

" Habistu, kenapa bos suruh saya tengokkan dia?" Soal Sero pelik.

" Aku nak kau berkawan dengan dia. Lepastu cari apa yang dia suka, dengan sapa dia melepak dan lain lain . Setiap hari kau mesti inform ke aku,faham. Jangan sampai dia tahu kau sapa dan kau bekerja untuk sapa. Faham." Kata Leon lagi tapi dengan perhatikan ke kertas kerjanya. Tidak pada orang kanan dihadapan.

"Faham bos. Jadi maksudnya saya kena jadi pelajar kat situ kan." Soal Sero agak malas.

" Ya." Sepatah perkataan sahaja keluar dari mulut Leon.

"Jadi maksudn-"

"Kau nak pergi ke tak." Kata Leon tegas. Berapa banyak yang budak ni nak Soal hah. Bisik hatinya begang.

"Pergi bos, pergi. Tapi --" terpotong kata Sero.

"Kalau kau tak pergi aku potong gaji kau faham." Kata Leon. Senyumnya bila dengar keluhan orang kanannya.

"Faham bos." Balas Sero menundukkan badannya sedikit sebelum meminta keluar dari pejabatnya.

Okey flashback habis...kembali ke masa sekarang...

"Huh malasnya." Kata Sero sebelum...

"Aduh!"

"Ouch!"

"Woi tak nampak ke aku berjalan kat sini buta eh!" Marah Sero dekat seorang gadis yang berlanggar dengan dia tadi.

"Hah saya buta, saya rasa awak yang buta sebab saya dah lalu dekat sini selepas tu saya nampak awak, saya ke sana pula lepastu saya nampak awak kat sana pulak tu yang buat pelanggaran ni." Ujar gadis itu suara sedikit naik tak nak kalah dengan lelaki di hadapannya.

Perempuan ni..kata hati Sero sedikit begang dengan perempuan depannya.

"Ah sudahlah ni apa nama awak?" Soal gadis itu kepada Sero. Tak nampak macam orang sini ke budak baru.

"Nama aku se-.. ahem Kai. Kai Ahmad." Balas Sero dengan mendehamkan suaranya.

"Kau?" Soal Sero ke gadis tu.

"Melia Trisya, awak budak baru ke sebab saya tak pernah nampak awak kat sini?" Soal Melia ke Sero.

Hah Melia macam pernah dengar..oh nikan budak yang bos suruh aku tengokkan tu. Bisik hati Sero.

"Hah... Oh haah saya budak baru hehe sorry sebab saya terkata kasar tadi, teremosi pulak." Kata Sero meminta maaf ke Melia. Merasakan nasib berada di pihaknya tak delah dia kena pusing satu tempat ni nanti.

"Ooh patutlah tak pernah nampak budak baru rupanya. Takpelah tak terasa pun." Balas Melia.

"Mmm Melia kan boleh kita jadi kawan, lepastu boleh awak tolong tunjukkan sekitar kawasan ni?" Soal Sero bila dia teringat tujuan dia kesini. Kesempatan jangan ditolak, orang dah ada kat depan mata.

"Boleh je, tapi bukan sekarang. Sekarang waktu belajar nanti waktu rehat saya tunjuk. Nanti jumpa saya kat cafe okey, bye." Balas Melia sebelum pergi ke kelas. Aduh terlambat aku. Bisik hati Melia dengan kaki melangkah laju ke kelasnya.

"Yes tugas aku dah selesai tinggal korek dia punya rahsia je. Takdelah aku kena tinggal sini lama lama hahaha." Ketawa Sero tak menghiraukan orang sekeliling.

"Oh aku lupa." Kata Sero sambil membawa telefon keluar dari poketnya dan mendail nombor seseorang.

"Hello?" Balas Leon dalam telefon.

" Bos saya dah jumpa dia." Kata Sero.

"Bagus terus dengan dia cari maklumat tentang dirinya faham." Kata Leon kepada Sero dengan perasan yang ceria. Memang boleh diharap orang kanannya yang satu ni.

" Baik bos." Balas Sero sebelum memutuskan panggilan telefon.




"Hah tunggu ye Melia." Kata Leon selepas panggilan telefon diputuskan.

"Apa yang kau buat kat aku ye, sampai aku terfikir kat kau." Kata Leon lagi.

Leon mengimbas kembali bila dia bertemu dengan Melia waktu tu dia tak rasa apapun tapi bila mereka keluar dan Melia tersenyum kearahnya waktu tu hatinya terasa lain, rasa yang dia sendiri tak dapat nak tafsir. Hah rasa apa ni ye. Bisik hatinya dengan tangan yang memegang dadanya.

Tok..tok..tok..

Leon terbangun dari lamunannya kerana ketukan itu. Siapa yang berani kacaunya sekarang ni. Kata Leon.

"Masuk." Kata Leon sambil membetulkan kedudukannya.

"Bos, Dato Shah dah sampai dengan beberapa orang yang lain. Mereka menunggu di bilik meeting." Kata Vian selepas memasuki bilik bosnya.

"Okey, Vian kau pergi ambil fail tu." Arah Leon ke Vian.

"Baik." Balas Vian. Mereka sekarang mengarah ke bilik meeting mereka.


     

Continua a leggere

Ti piacerà anche

136K 4.4K 40
× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - F...
27.4K 776 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
74.3K 4K 107
Start: 5/10/21 End: 20/3/23 Tengku Arabella Alexandra dan Tengku Isabella Alexandrea ialah kembar seiras tapi tak sama perangai. Ara ialah kakak man...
44.8K 3.5K 68
1st series of Darkness. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...