ORKED IMANI: I Love You My B...

By CikMizz

129K 4.2K 437

[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan... More

Bab1
Bab2
Bab3
Bab 4
Bab 5
Bab6
Bebelan author๐Ÿ’ž
Bab7
Bab8
Bab 9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab 14
Bab15
Bab 16
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab28
Bab29
Bab30
Bab31
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab37
Bab38
Bab39
BAB 40
Bab 42
Bab 43
BAB 44
Bab45
BAB 46
Bab 47
Bab48
Bab49
FINAL CHAPTER

Bab41

839 45 6
By CikMizz

Matanya yang merah itu dikesat kasar. Tangannya menggepal tumbukan. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Ryan? Dah ready ke?" Tanya Irfan dimuka pintu.

Aryan mengangguk perlahan. "Barang yang aku suruh kau bawa tu, dah ada?" Aryan memusingkan tubuhnya.

Irfan mengangguk perlahan. "Dah."

"Jom." Ajak Aryan. Barang yang dipegang oleh Irfan itu dirampas lembut.

"Ayah?" Mata lelaki tua itu dipandang dengan penuh makna. Encik Rashdan mengangguk kecil tanda faham dengan pandangan yang diberikan oleh Aryan.

Puan Ida senyum dengan penuh bangga tatkala kelibat Aryan menuruni anak tangga. Peha anak perempuannya itu ditepuk-tepuk perlahan.

Punggung segera dilabuhkan di hadapan tok kadi. Kaki disilakan. Tangan dihulurkan kerana bersedia untuk sesi yang seterusnya.

"Tengku Aryan Syah bin Tengku Mansor Syah, aku nikahkan engkau dengan.." belum sempat tok kadi itu menyambung, tiba-tiba sahaja layar besar itu berbunyi. Keluar satu video yang dapat membongkarkan segalanya.

Puan Ida tidak keruan jadinya. Begitu juga dengan anak gadisnya. Irfan pula sudah tersenyum sinis.

"Apa semua ni? Aryan?!!" terus Amiera melulu mendapatkan Aryan.

"HENTIKAN SEMUA NI!" arah Puan Ida. Pandangannya dihalakan pula pada Puan Sri Salehah.

"Apa yang akak buat ni?" bahu Puan Sri Salehah digoncang kasar oleh Puan Ida.

Senyuman senget dihadiahkan. "Aku dah cakap Ida. Kau memang tak akan selamat. Segala perbuatan kau semua dah terbongkar. Dari Rashdan berpisah dengan Kay sampailah sekarang." sinis sahaja ayat Puan Sri Salehah.

Puan Ida menggeleng laju. Encik Rashdan pula ditujunya. "Abang, Ida tak buat semua tu. Ryan dengan kak ngah jahat! Betul Ida tak ada pun dera Orked. Sumpah!" wanita itu cuba mendapat simpati dari si suami.

"Serahkan diri awak, Ida." itu sahaja yang keluar dari bibir Encik Rashdan.

Kepala digelengkan berulang kali.

Irfan pula segera beredar dari situ kerana ingin menjawab panggilan telefonnya itu.

"Maaf! Kami dari ibu pejabat polis Shah Alam! Puan Ida dan Amiera sila ikut saya ke balai." datang tiga orang pegawai polis ke dalam masjid tersebut.

Puan Ida serta anaknya ditahan dan digari.

"Abang! Tolong lepaskan saya! Encik!!! saya tak bersalah. Iera! cakap sesuatu!" meronta-ronta Puan Ida agar dia dilepaskan.

Ketawa mengilai dikeluarkan oleh Amiera yang berada di sisi ibunya itu. "Kau nak tahu Aryan? Kalau aku tak bahagia, Orked pun tak boleh bahagia!" jerit gadis itu.

"Kau..!!" belum sempat Aryan ingin menyambung ayatnya itu, Irfan terus datang melulu dengan wajah yang cemas.

"Ryan! Ryan! Aku rasa kita kena pergi hospital! Orked dekat red zone sekarang ni! Doktor kata ada seseorang suntik racun dekat paket darah dia." Irfan memberitahu Aryan. Nafas diambil. Semput dia berlari tadi.

"HAHAHA! Aku dah cakap tadi! Kalau aku tak dapat apa yang aku nak, Orked pun sama!" terus mengilai Amiera tatkala mendengar ayat yang meluncur keluar dari bibir Irfan.

Pandangan tajam diberikan pada Amiera yang berada di depannya itu. Terus dicekup leher baju wanita itu dengan kuat. "Kau! Kalau apa-apa terjadi dekat isteri aku, jangan teragak-agak untuk aku bunuh kau!"

Makin kuat hilaian ketawannya itu.

"Ya ALLAH! Ryan!" Puan Sri Salehah cuba menenangkan Aryan dengan mendekati tubuh lelaki itu. Kemudian, tangan Aryan yang mencengkam leher baju Amiera itu cuba dia lepaskan.

"Mak ngah rasa, lebih baik kamu ke hospital sekarang. Hal yang ini, biar mak ngah uruskan." kata Puan Sri Salehah yang cuba meredakan api kemarahan Aryan itu.

Aryan mengangguk lemah. "Fan jom!" terus dia meninggalkan kawasan masjid tersebut.

Langkah Aryan itu dikejar dari belakang. Aryan pula tidak henti-henti beristigfar agar dirinya kembali tenang.

Ya ALLAH selamatkanlah isteri aku!

















BUSH!

Tumbukan dilayangkan pada wajah Aryan tatkala lelaki itu tiba dihospital.

"Allahu! Haq!" terus dia dapatkan anak lelakinya itu. Dia cuba hentikan perilaku yang dibuat oleh Dani itu.

"Mummy! lepaskan Haq sekarang! Haq nak ajar dia cukup-cukup!" pinta Haq. Nafasnya turun naik. Geram!

Aryan pula merelakan perbuatan adik lelaki Orked itu. Memang layak dia menerima satu tumbukan oleh jejaka muda itu.

"Kau! Kalau kau tak boleh jaga kakak aku, tak payah susah-susah jadikan dia isteri!" cukup kuat suara Dani melemparkan ayat tu.

"Mummy! Lepaskan Haq sekarang!"

"Mengucap Haq! Mengucap! Ingat ALLAH Haq!" dipeluk erat tubuh anak lelakinya itu.

Irfan pula segera menjauhkan Aryan dari Dani itu. Ditarik tubuh Aryan menjauhi jejaka muda itu.

"Dah Iman! Kau marah sekalipun benda dah jadi. Semua ada hikmah disebalik sesuatu perkara. Nak marah sekarang pun tak ada gunanya."

Terus dijeling dengan tajam Irfan yang berada di hadapannya itu. "Kau tak payah sibuk Fan!"

"ALLAHU Haq! Mengucap! Mummy tak ajar anak mummy macam ni!"

"Kalau akak aku mati, aku bunuh kau dulu!"

"Doktor! Macam mana dengan isteri saya?" terus melulu Aryan tatkala doktor yang merawat Orked keluar dari bilik zone merah itu.

"Alhamdulilah. Pesakit dapat diselamatkan. Mujur Haq dapat selamatkannya dengan lebih awal. Namun, pesakit koma. Kita tak tahu berapa lama dia akan sedar dari komanya itu." terang doktor yang merawat itu.

Mata dipejamkan saat mendengar ayat yang keluar dari bibir doktor lelaki itu. Syukur!

ALHAMDULILAH YA ALLAH!

"Ceraikan kakak aku. Nanti, aku hantarkan surat penceraian tu dekat kau dalam masa terdekat ni." datar sahaja suara Dani tatkala mengucapkan ayat itu. Suaranya itu sedikit perlahan namun rasa kedinginan dari nadanya itu.

Aryan yang berada di situ ditinggalkannya. Tak mahu dia berlama-lama di situ. Makin dia berlama disitu, makin dia mahu mencincang wajah lelaki itu. Sumpah sakit!

Melorot jatuh tubuh Aryan. Sampai macam tu sekali adik iparnya itu sangat membencikannya. ALLAHU!

"Aryan! Ya ALLAH!" segera dia dapatkan tubuh menantunya itu.












Air dihulurkan pada Aryan yang sedang duduk di kerusi penunggu.

"Mummy tahu kamu buat ni bersebab." kata Datin Sri Zaharatulaila.

"Mana mummy tahu?" perlahan saja suara Aryan namun masih didengari oleh wanita tua itu.

"Kak ngah dah terangkan satu persatu dekat mummy. Pada awalnya, mummy tak bersetuju dengan rancangan kak ngah tu. Tapi, bila difikirkan balik, dengan cara itu je kami boleh membongkarkan segala perbuatan Ida dan menangkapnya." tenang sahaja Datin Sri Zaharatulaila menerangkannya.

"Terima kasih mummy." wajah wanita itu dipandangnya. "Sebab tak marahkan Aryan." sambungnya lagi.

"Demi ALLAH Ryan tak sanggup kehilangan isteri Ryan. Cukuplah sekali Ryan pernah hilang isteri. Kali ni, Ryan memang tak sanggup nak hilang orang tersayang dan terpenting dalam hidup Ryan ni." terangnya.

"Mummy tahu. Mummy tahu yang Ryan sayangkan anak mummy. Walaupun, permulaan perkahwinan Ryan tak sama seperti pasangan yang lain. Tapi, mummy boleh nampak sinar sayang tu dalam anak mata Ryan."

"Terima kasih sebab terima Orked sebagai isteri Ryan. Terima kasih sebab jaga anak mummy dengan baik." tangan menantunya itu ditepuk-tepuk perlahan.

Aryan hanya menguntumkan senyuman kecil sahaja. Ya ALLAH! Dia sangat bersyukur kerana wanita itu tidak menghukumnya. Sangat bersyukur dapat mertua yang faham akan keadaan sekeliling.

"Bab Haq tu nanti mummy selesaikannya. Biasalah Haq tu. Memang dari dulu lagi dia jadi pelindung kakaknya itu. Kalau ada yang membuli kakaknya, pasti dia lah yang selamatkannya." tertawa kecil Datin Sri Zaharatulaila tatkala memikirkan sikap 'over protective' anak lelakinya itu terhadap Orked.

"Aryan balik la dulu. Bersihkan diri dulu. Nanti, kalau Orked dah sedar, mummy beritahu Ryan."

Aryan menggeleng perlahan. "Ryan tak nak la masa Orked sedar nanti, Ryan tak ada depan mata dia. Kesian dia. Dah la kami kehilangan anak kami. Ryan masuk dulu ea mummy? Ryan nak teman isteri Ryan." terus punggungnya diangkat dari kerusi tersebut.

"Kalau macam tu yang kamu katakan. Baiklah. Mummy balik dulu ye. Nak pujuk Haq tu."

Anggukan kecil terhasil dari kepala Aryan. Tangan wanita itu diraih dan disalaminya.

"Mummy balik dulu."

Kaki dihalakan menuju ke bilik yang menempatkan Orked tatkala dia mengucapkan ucapan selamat tinggal pada mertuanya itu. Pintu wad ditolak perlahan.

Matanya itu dikesat perlahan. Tak mahu nampak lemah.

Kerusi yang berada di sebelah katil itu ditarik lembut. Punggung dihenyakkan secara berhati-hati.

"Maafkan abang. Sebab gagal selamatkan anak kita." tangan Orked diraih. Dicium dengan penuh kasih.

Sumpah! Hati lelaki mana tak sedih akan kehilangan anak yang dikandungkan oleh isteri tercinta? Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya dia dengan tindakan Amiera.

"Sayang bangun lah. Abang janji, yang abang tak akan buat sayang menangis."

"Bodohkan abang sebab biarkan Iera tolak you? Dan bodohkan abang sebab cuai dengan tindakan Iera tu?" senyuman dengan bekas air mata terpamer pada wajah Aryan.

"Sayang bangun please? Abang tak larat nak tanggung rindu abang dekat sayang. I really miss you!" pecah terus tangisan lelakinya.

Ya! Dia sedar perkahwinan keduanya itu telah memberikan sinaran yang sangat bahagia buat dirinya. Tipulah kalau dia tidak cintakan isterinya ini. Kali pertama dia melihat wajah Orked, dia sudah jatuh suka pada gadis ini. Tidak pernah sekali pun dia merasa perkahwinan keduanya itu adalah satu bebanan. Ianya satu kebahagiaan buat dirinya.

Tidak pernah sekalipun dia terfikir perkahwinan dia bersama Orked ini adalah satu paksaan. Bila difikirkan balik rancangan uminya yang hendak menyatukan dia dan juga Orked itu, rasa kelakar pula. Dia sanggup bersetuju untuk memperisterikan Orked. Waktu itu dialah orang yang paling bahagia kerana umi dapat membaca fikirannya yang menginginkan Orked ketika itu.

Namun, pada saat itu dia masih keliru sama ada dia telah menyayangi Orked ataupun hanyalah bayangan arwah isterinya sahaja.

"Bangun ye sayang?"

















YUHUUU!!! Miss me? HAHAHA Lama juga! BTW cerita ni hampir ke penghujungnya! Yeay finally cerita yang bersarang dari tahun 2018 ni akan menutup tirai tidak lama lagi! HAHAHA Love la dekat readers yang sudi membaca ni! Muah ciked!

Continue Reading

You'll Also Like

98.5K 5.1K 70
BOOK 04 [completed]โœ… Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 โœจ ๐–ช๐—‡๐—ˆ๐—๐—‡ ๐–บ๐—Œ Hey Awak ! Jodoh Saya ? โœจ โ™ก๏ธŽ Adrian ร— Ayrose โ™ก๏ธŽ " I'm strong , b...
74.9K 2.2K 63
Tengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membua...
77.2K 2.9K 36
First story from sweethearttina๐ŸŒน Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingi...
17.1K 636 58
Pesan Daiyan pada hati, ini semua kifarah yang harus dilalui. Sebab itu, dia perlu sabar dan kuatkan diri. Namun sekuat mana Daiyan cuba, pada satu s...