Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 35

14K 1.5K 61
By AizackMesle

HARI yang dinanti-nantikan telah tiba. Tarikh keramat yang paling ingin dielak oleh Jelita Elnara. Saat ini, kosong fikiran Jelita. Tak mampu berfikir apa-apa. Apa yang berlegar di dalam kepala, dia hanya ingin cepat-cepat pulang ke hotel. Malam ini Jelita hanya mengenakan gaun paras buku lali berwarna koko. Rambut dibiar lepas ke belakang bahu. Solekan tipis sebagai penghias wajah juga dia tepek ke muka.

"Are you okay, Jelita?" soal Rania, teman baik Jelita ketika di bangku sekolah menengah. Mereka memang jarang jumpa memandangkan Rania sudah bernikah dengan warga tempatan Thailand setahun yang lalu. Rania pun tidak menetap di Malaysia. Sebaliknya, dia ikut suaminya tinggal di Thailand.

"Okey je. Jomlah masuk." Mereka beriringan ke pintu masuk. Majlis malam ini diadakan di Island Hotel & Suites Sabah.

"Lupa nak cakap, kau nampak berseri-seri malam ni. Cantik dress kau. Nampak limited edition tau!" ujar Rania sungguh-sungguh.

Tubuh Jelita dipusing-pusingkan ke kiri dan ke kanan. Menelek tubuh gadis itu dari atas ke bawah dengan senyum yang tidak dibuat-buat. Dia puji jujur dan ikhlas dari lubuk hati. Gaun yang dikenakan oleh Jelita memang nampak eksklusif sangat! Seperti telah ditempah khas.

"Oh, dress ni... biasalah laki aku..."

"Laki kau? Sejak bila kau berlaki?" soal Rania tertanya-tanya. Keningnya bertaut rapat.

"Erm maksud aku... laki... laki kawan aku. Haa! Aku tempah dekat dia." Sampai terbata-bata Jelita dibuatnya nak menjawab soalan cepumas Rania itu. Macam manalah dia boleh terlepas kata tadi.

Yang sebetulnya, gaun ini memang Emiir yang berikan kepada dia. Sehari sebelum dia ke sini, Emiir menyuruhnya agar memakai gaun ini. Walhal, dia memang sudah beli baju siap-siap. Tak sangka pula Emiir dah rancang awal dulu. Saiznya pula betul-betul ikut ukuran badannya. Tepat dan terperinci! Mungkin Emiir main agak aje rasanya.

"Mesti mahal kan? Tengoklah manik-manik ni, eksklusif gila! Nanti kau bagilah location butik dia. Boleh aku pergi jenguk," balas Rania yang sepertinya tidak mengesyaki apa-apa setakat ini.

Jelita angguk dan melepaskan keluhan panjang. Lega rasanya. Mujur Rania tidak seperti Aliah yang cepat menangkap hal-hal 'panas' seperti ini.  Kemudian, mereka meneruskan langkah sambil berbual kosong. Soalan biasa kalau sudah lama tidak berjumpa. 'Kau bila nak kahwin?', 'bila nak tambah anak?', 'kerja okey ke sekarang?'. Soalan asas yang harus dihadap.

Hari ini Rania tidak membawa anak dan suaminya datang bersama. Kata Rania, 'aku nak feeling-feeling bujang malam ni.'

Mereka melangkah ke arah sekumpulan gadis dan sekumpulan jejaka yang sedang berbual sakan di meja sana. Lengan Rania, Jelita cuit-cuit sedikit. Berat benar kaki dia nak terus melangkah. Tapi apabila melihat Rania hanya senyum, Jelita terpaksa akur. Fahamlah maksud wanita muda itu. Tandanya, mereka sudah sampai pun. Nak berpatah balik pun tak ada guna dah. Hendak tidak hendak, hadap ajelah apa yang akan jadi nanti. Rania senyum dan membalas lambaian kecil mereka di meja sana.

"Eh Rania! Lama gila tak jumpa!"

Jelita hanya berdiri tegak di belakang Rania. Kalau boleh, dia ingin mengecilkan diri dan ghaib saja dari majlis ini. Ikut rasa hati, memang dia nak lari aje. Tapi benda pun dah jadi. Dia pun dah sampai sini. Nak bagi alasan apa pula kalau tiba-tiba dia ingin pamit awal. Sehinggalah salah seorang daripada mereka memandang Jelita, barulah dia ukir senyum nipis. Itu pun nampak sangat dipaksa-paksa. Bukan kerana Jelita tidak suka berkawan dengan mereka lagi, tapi ada sebab kenapa dia jadi macam ini. Ada sebab dah rahsia kenapa Jelita tidak mahu terlibat dalam 'circle' yang macam ini.

"Jelita kan...? Eh betullah Jelita! Jelita Elnara. Cantik betul kau sekarang." Kuat pula suara yang sedang bercakap itu. Sampaikan mampu menarik perhatian orang di meja sebelah. Jelita garu kening yang tidak gatal. Senyum sajalah.

"Duduklah duduk. Berdiri buat apa? Nak jadi tugu negara ke apa?" seloroh salah seorang daripada mereka. Dan disambut tawa mereka yang lain.

Jelita saling berpandangan dengan Rania sebelum wanita itu menarik tangan Jelita agar melabuhkan punggung di sebelahnya. Sambil itu, Jelita mengalihkan pandangan ke sekeliling. Memerhatikan homo sapiens yang hadir pada malam ini. Ada yang dia masih kenal, ada yang dia sudah ingat-ingat lupa. Maklumlah, dah makin matang, wajah pun berubah sikit. Dia tak berapa cam sangat.

"Makin cantik kau sekarang Jelita. Pakaian pun amboi bukan main! Mahal ni. Kalau tak silap aku... manik ni, design ni limited edition punya tau. Masih belum official keluar lagi. Macam mana kau boleh dapat ni?"

Jelita kaku. Hilang diksinya untuk menjawab. Jelita yang selalunya banyak mulut untuk membalas, kini hanya mampu senyum polos. Macam mana dia boleh dapat gaun ini? Sudah tentulah daripada Emiir. Raja Emiir Farran! Suami dia yang sah. Tapi kalau dia cakap Emiir tu suami dia pun, ada ke yang nak percaya? Rasa macam tak aje.

Dia diam saja selepas itu. Tak ada kepentingan untuk dia jawab soalan-soalan yang tidak mendatangkan faedah. Yang bertanya tadi pun senyap juga apabila merasakan Jelita kurang selesa dengan soalannya. Mujurlah faham. Kalau tidak, Jelita rasa nak lari dari majlis ini sekarang juga.

"Semua dah ada rupanya. Sorry lambat sikit geng."

Jelita terus angkat kepala tatkala mendengar suara garau itu. Jantungnya berdegup laju, malah laju dua kali ganda dari biasa. Suhu hujung jemarinya turun mendadak. Menggigil. Menggeletar. Tiada siapa yang nampak. Hanya Jelita yang rasa betapa dia ingin cepat-cepat berlari dari sini. Saat anak mata dia dengan lelaki tinggi lampai itu bersabung, tubuh Jelita mengeras. Dia terus memutuskan pandangan dan tundukkan muka kembali.

Di sisi lelaki itu berdirinya seorang gadis tinggi lampai berwajah angkuh yang turut memandang Jelita ketika nama dia disebut. Gadis itu memakai gaun paras lutut berwarna merah terang. Cantik. Menawan. Memikat mata-mata yang memandang. Sesuai sangat digandingkan dengan lelaki tinggi lampai itu. Bagai pinang dibelah dua.

"Jelita Elnara," sebut lelaki itu senada.

Yang duduk semeja dengan mereka sudah memandang aneh apabila Jelita tidak menyahut. Rania yang paling hampir dengan Jelita pun perasan ketidakselesaan gadis itu. Nampak sangat tak senang duduk. Perlahan, Rania raih tangan Jelita di bawah meja. Jelita kalih wajah ke sebelah, membalas tatapan hairan Rania. Dia senyum nipis sebagai balasan. Rania tak tahu. Tak ada sesiapa pun yang tahu.

"Aku nak ke toilet kejap," bisik Jelita di telinga Rania. Tidak berlama-lama, dia terus bangkit dan berlarian anak tanpa arah. Dia sendiri tak tahu mana arah tandas.




BARU selangkah keluar dari tandas, tubuh Jelita refleks terundur ke belakang apabila figura seorang lelaki tegap sedang bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh menjamah mata. Mujur dia sempat kawal suara. Kalau tidak, dia memang terjerit kuatlah. Jelita usap dadanya. Terkejut. Tertegun. Terperanjat. Semua sekalilah. Bercampur-baur perasaannya ketika ini.

Jelita tak mahu leka. Dia ingin lekas pergi. Lelaki tinggi lampai itu, dia cuba endahkan. Buat-buat tak nampak. Jelita cuba melangkah lebih laju tetapi langkahnya mati apabila lelaki itu mula bersuara. Yang jelas-jelas menghantar satu impuls kepada Jelita untuk berhenti. Piloerection. Meremang segala bulu roma dia. Jelita sempat kerling sekeliling. Kawasan ini sunyi memandangkan majlis diadakan di bahagian depan.

"Long time no see, Jelita." Bunyi tumit tapak kasut kulit itu mengaum setiap kali ia menghentak lantai. Tap. Tap. Tap. Setapak demi setapak mendekati Jelita. Sengaja menghantar bola-bola debar kepada gadis itu.

"You look stunning in your dress today," komen lelaki itu pula. Makin dia mendekati Jelita, makin gadis itu cuba menjauh. Dia tertawa lucu. Geli hati melihat reaksi Jelita.

"I never know disebabkan kita dah lama tak berjumpa, awak jadi bisu. Say something, pretty..." Tangannya ingin menyentuh pipi Jelita, namun ditepis oleh gadis itu dengan pantas. Sangat pantas. Dia ketawa lagi. 

"Don't. Touch. Me!" Jelita beri amaran dengan suara yang tertahan-tahan.

"Wow, okey, okey." Lelaki itu perlahan mengundur kembali sambil angkat tangan separas bahu.

Turun naik dada Jelita memandang lelaki itu. Berbeza pula dengan reaksi lelaki yang masih kulum senyum itu. Jelita nampak tertekan, manakala lelaki itu terlihat suka dengan reaksi yang Jelita berikan. Lelaki itu seluk tangan ke dalam poket seluar slek yang dipakainya. Sambil mata bergentayangan ke sekeliling, Jelita berdiri dalam posisi defensif. Bersedia jika lelaki itu cuba berbuat sesuatu di luar kewarasan akal.

"Relaks Jelita. Kenapa awak macam tak suka bila tengok saya ni? I won't harm you."

Jelita menjeling tajam. Tanpa menghiraukan kata-kata lelaki itu, dia terus pusingkan tubuh dan terus melangkah. Namun, kali ini lengannya dipegang pula. Dia rentap kembali lengannya daripada lelaki itu. Keningnya berkerut, nafas pula kencang seperti dilanda ribut puting beliung. Mujur dia sempat berfikir dengan waras. Kalau tidak, pecah muka lelaki itu dek kena lempangan dia.

"Aku cakap jangan sentuh aku!" Keras suara Jelita melontar amaran. Jari telunjuk menunding ke arah lelaki itu.

"Relaks Jelita. Saya cuma nak bertanya khabar. Kenapa nak marah-marah ni?"

"Aku dah lama mati. Aku dah lama mati sejak kau 'bunuh' aku, Arash," balas Jelita kasar tapi nadanya masih terkawal. Dia tak mahu buat kecoh di tempat orang. Kalau ikutkan hati, memang dia bagi penerajang terus aje.

Arash Mikhail. Satu nama yang termasuk dalam senarai hitam kamus hidup Jelita. Ada kisahnya. Kisah hitam yang menjadikan seorang Jelita Elnara sukar mempercayai mana-mana lelaki lagi. Yang menjadikan Jelita tidak mudah rapat dengan namanya lelaki. Kalau diceritakan, mungkin Emiir sendiri tidak akan percaya. Kerana itu, Jelita memilih untuk diam. Biar dia saja yang tahu.

"Jelita... kenapa awak masih macam ni? Saya dah minta maaf kan? Apa salah saya lagi?"

"Hah? Minta maaf? Semudah tu, kau nak aku maafkan kau? Bodoh ke apa kau ni." Jelita ketawa menyindir. Dia menjarakkan diri apabila Arash ingin mendekatinya semula.

"Aku cakap jangan dekat dengan aku!"

Arash tidak mendengar amaran Jelita. Sebaliknya, kaki dia terus menapak ke depan dan berhenti tepat-tepat di depan gadis itu. Gadis yang dia sudah tinggalkan banyak kenangan hitam dan kelam. Senyumnya mula tercetak. Senyum tajam dan sinis. Senyum iblis yang hanya ditunjukkan kepada Jelita Elnara.

Degup jantung Jelita kembali laju tidak semena-mena. Mengalirnya butir peluh dingin di dahi meskipun pendingin hawa sudah mendinginkan ruang itu. Jelita menutup mata. Hanya satu nama yang meniti di bibir. Emiir. Dia perlukan Emiir. Sekuat mana pun dia ada seni mempertahankan diri, jujurnya dia masih perlukan suaminya.

"Emiir... tolong saya..." gumamnya. Namun masih sampai di telinga Arash. Lelaki itu berkerut kening.

"Siapa Emiir?" soal Arash keras.

"That's none of your business. Ke tepi!" Jelita masih berpura-pura berani walaupun raut wajahnya mengatakan sebaliknya. Manik matanya bergerak ke kiri dan ke kanan mengharapkan pertolongan.

"Siapa jantan tu, Jelita?"

"What's going on here?" Suara garau lain sampai pula di pendengaran Jelita. Kedua-duanya pantas mengalihkan wajah. Dengan kesempatan yang ada, Jelita terus menolak Arash dan menyorok di belakang lelaki bertubuh tegap yang baru muncul itu.

"Tolong saya encik. Dia cuba nak apa-apakan saya!" Jelita menunding jari ke arah Arash. Buntang mata lelaki itu.

Arash berdecit. Dia melangkah ke depan dan cuba menarik tangan Jelita. Mujur sempat dihalang oleh lelaki tegap itu. Arash tak kenal lelaki itu. Jelita pun sama. Out of nowhere, lelaki itu muncul menjadi 'hero' Jelita malam ini. Jelita memandang belakang tubuh lelaki di hadapannya itu. Diam-diam, Jelita sedikit kecewa kerana yang diharapkannya tidak muncul. Tapi dia nak harapkan apa? Emiir sekarang berada di Kuala Lumpur. Mana mungkin lelaki itu boleh muncul dalam satu minit.

"Jangan masuk campur urusan orang. I need to talk with you, Jelita. Come here." Arash menolak perlahan tubuh lelaki itu. Tapi sikit pun tidak berganjak.

"Stop making a scene and go. Kawasan ni ada CCTV," kata lelaki itu separuh memberi amaran.

Mata Arash terus melilau mencari kamera litar tersembunyi yang dipasang di kawasan itu. Memang benar-benar ada. Macam manalah dia tidak terfikir tadi. Dia kusutkan rambut dan mula mengundur. Kepala dijatuhkan beberapa kali bersama senyuman sinis yang tidak lekang untuk Jelita.

"Fine. Nanti kita jumpa lagi ya, Jelita?"

"There is no next time! Never!" balas Jelita kasar dari balik tubuh lelaki itu.

Arash ketawa saja. Tidak lama selepas itu, Arash melangkah pergi. Tinggallah Jelita dengan lelaki misteri itu. Kuat hela nafas Jelita. Lega. Tubuhnya masih menggigil. Tindakan Arash tadi benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya. Selepas apa yang terjadi tadi, Jelita rasa mimpi buruknya akan kembali lagi. Berulang dan berputar bagai roda hidupnya. Nafas ditarik dan dihembus panjang-panjang. Kalau boleh biar sampai rasa tenang. Tapi makin dia cuba, makin rasa takut itu kembali.

"Hey, it's okay. Dia dah pergi. Take a deep breath. In... out..." Lelaki itu cuba menenangkan Jelita apabila nampak mata gadis itu sudah berair. Kolam mata Jelita bertakung dengan cecair bening. Bila-bila masa saja air mata gadis itu boleh tumpah.

Jelita akur dan cuba bertenang. Lima minit berlalu tanpa suara daripada Jelita mahupun lelaki itu.

"Feel much better now?" soal lelaki itu lagi.

"Yea, thanks to you." Jelita angguk dan senyum nipis. Air mata di tubir matanya diseka cepat-cepat. Mujur dia tak pakai solekan tebal. Kalau tidak, habis hitam mata dia.

"Good. Kalau macam tu, saya pergi dulu. Take care."

Jelita terpesona seketika apabila melihat lelaki itu senyum. Eye smile dia memukau betul! Agaknya macam manalah rupa suami dia senyum? Emiir jarang nak senyum. Kalau ada pun, tak ikhlas. Senyum yang dibuat-buat dan terpaksa.

"Wait, nama encik apa?" Entah kenapa Jelita nak sangat tahu.

"Fadlan," jawabnya sepatah. Tak jadi melangkah, Fadlan pusing semula menghadap Jelita. Tangan diseluk ke dalam poket seluar.

"Saya Jelita. Jelita Elnara."

"Well, nice to meet you, Jelita." Fadlan senyum.




Mr. Cold Dictator,
28 June 2022

Maaf lewat update. Tak berapa sihat.

Continue Reading

You'll Also Like

648K 39K 49
𝐈𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐥𝐞𝐝 𝐰𝐞𝐛𝐬 𝐨𝐟 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬, 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐮𝐫𝐬𝐮𝐢𝐭 𝐨𝐟 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡𝐬, 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐰𝐞𝐚𝐯𝐞𝐬 𝐢𝐭𝐬 𝐦𝐞𝐬𝐦𝐞𝐫𝐢𝐳𝐢𝐧𝐠 �...
482K 26.8K 47
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐎𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ☆|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
376K 14K 91
"Leave, you're free. Don't ever come back here again." She said, hoping he wouldn't return and she'll get to live Hael was shocked, "Are you abandon...
632K 25K 72
Lilly found an egg on a hiking trip. Nothing abnormal on that, right? Except the egg was four times bigger than supposedly the biggest egg in the wor...