Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 34

16.2K 1.6K 146
By AizackMesle

USAI makan malam bersama, Jelita sengaja mengajak Emiir menemaninya menonton televisyen. Memang Emiir menolak dengan alasan ingin menyiapkan kerja di atas. Tapi Jelita pula bersungguh-sungguh mendesak membuatkan lelaki itu mati akal untuk menolak lagi. 'Tadi siang cakap lain, sekarang lain pula. Bukan main dah janji tak akan ganggu aku buat kerja konon!' Besar kecil, besar kecil aje Emiir merenung Jelita di sebelahnya.

"Tengok movie nak?" soal Jelita dengan riak teruja.

Di tangannya sudah memegang plastik keropok kegemarannya. Fasal hal ini... Sebelum makan tadi, Jelita siap tambah satu lagi syarat iaitu Emiir tidak boleh halang dia makan makanan ringan, snek dan makanan segera lagi. Disebabkan malas bertekak punya fasal, Emiir ikutkan saja. Yang penting Jelita tepati janji. Dia amat-amat mengharapkan itu.

"Haih... panjangnya keluh tu. Yalah-yalah, saya tahulah awak terpaksa teman saya. Pergilah hadap kerja awak tu. Saya tengok sorang pun okey je. Macam tak biasa. Selama ni saya sorang-sorang juga tengok TV sambil tunggu suami balik." Sengaja Jelita mengarang ayat-ayat menyedihkan. Wajahnya dibuat-buat sayu. Siap mengelap air mata khayalannya.

"Apalah nasib dapat suami gila kerja. Isteri ada dekat sebelah pun masih juga ingat kerja... kalau pungguk rindukan bulan. Jelita pula rindukan suami. Haih, nasib kaulah Jelita..." Bukan main kuat lagi Jelita melepas keluhan. Suaranya dikuatkan, kalau boleh biar satu rumah dengar.

Emiir pejam mata seketika. Alat kawalan jauh televisyen diambil dari tangan isterinya tanpa banyak bicara. Dia bersandar bagi menyelesakan lagi kedudukan. Sebelah tangan diletakkan ke atas sofa, tepat di belakang Jelita. Kemudian, dia menekan-nekan saja nombor remote secara rawak. Nak tengok apa? Dia bukannya selalu layan benda-benda macam ini. Selalu waktu macam ini, Emiir memang akan berkurung dalam bilik kerjanya saja.

"Cepatlah. Tadi kata nak tengok. Tengok apa ni?" soal Emiir dengan wajah datar. Tangannya masih memegang alat kawalan jauh televisyen.

"Hehehe..." Jelita tersengih. "Tengok movie jom! Saya buka Netflix kejap."

"Nak tengok movie apa?" Jelita pusing kepala memandang Emiir. Dari tadi dia asyik senyum saja. Dia tahu Emiir separuh rela terpaksa melayan dia sepanjang hari ini. Tapi dia kesah apa. Ini Jelitalah! Emiir kan suami dia. Rasanya tak salah pun kalau dia nak bermanja sekali-sekala.

"Buka ajelah apa-apa pun. Aku tak tahu."

"Aku?" Terus mencerlung mata Jelita.

"Ya, ya. Saya tak tahu movie apa yang best. Kau... awak carilah, kita tengok sama-sama." Emiir masih tersasul-sasul menggunakan awak-saya bersama Jelita.

Jelita ketawa apabila melihat Emiir pasrah melayannya. Bahu Emiir ditepuk-tepuk lembut. Mujurlah awal-awal lagi suaminya suruh Eshaq terus naik atas selepas makan. Kalau tak, rasanya makin parah Emiir terpaksa tebalkan muka. Buatnya Eshaq cerita fasal ini kepada Luthfan. Tujuh hari, tujuh malam tak sudah-sudah lelaki itu membahan.

Keadaan menyepi setelah Jelita memasang filem yang ingin ditontonnya. Dia memang suka filem-filem seram. Apatah lagi Emiir pun sanggup menemaninya malam ini, memang dia nak tengoklah. Kalau tiba-tiba ada jumpscare, dia boleh peluk Emiir. Sambil menyelam minum air, tak begitu? Jelita tersengih-sengih membayangkan aksi-aksi manis yang Emiir akan tunjukkan nanti.

"Saya pro tau dengan filem-filem seram! Awak jangan takut pula nanti!" ujar Jelita seakan ingin menakutkan suaminya yang berhati batu itu.

Emiir pula tergaru-garu kening apabila melihat Jelita tersengih-sengih. Mereka tengah tengok filem kelakar ke seram ni? Tergeleng kepalanya. Tidak lama selepas itu, Emiir turut memandang skrin televisyen. Dia melayan saja filem yang sudah separuh ditayangkan tanpa sebarang suara. Ada sesekali terdengar suara Jelita menjerit kecil. Kemudian, dia nampak gadis itu menutup mata apabila muncul wajah manusia hodoh dan menyeramkan di skrin televisyen.

'Pro konon!' desis Emiir di dalam hati.

"Arghhhh!" Terhinggut bahu Emiir apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk dari sisi. Lagi-lagi dengan jeritan Jelita kalah pontianak. Dia menghela nafas panjang-panjang. Tubuh Jelita ditolak supaya menjauh.

"Jauh sikit boleh tak?" soalnya mendatar.

"Bagilah saya peluk awak. Takutlah..."

"Tadi nak tengok sangat. Tengoklah. Ha, tengok," ujar Emiir sambil menarik-narik wajah Jelita agar memandang skrin televisyen.

Dan-dan waktu itu filem tersebut sedang menayangkan wajah manusia berlumuran darah merah pekat sambil mengilai tawa. Suara jeritan Jelita tidak kalah kuatnya juga. Jelita terus masuk ke dakapan Emiir dan menyembamkan wajah ke dada suaminya. Tangan dilingkar ke pinggang lelaki itu. Nyaman rasanya. Hangat. Rasa lebih selamat. Emiir pula... apabila melihat isterinya seperti terlalu ketakutan, tidak jadi pula dia menolak gadis itu. Tidak lama selepas itu, dia turut melingkarkan tangan ke pinggang Jelita. Lalu menggosok lembut belakang isterinya itu.

Suasana menyepi kembali selepas itu. Emiir menonton filem seram tersebut tanpa sebarang perasaan. Berbeza dengan Jelita yang sesekali terkejut dan menggigil tubuhnya. Setiap kali Jelita terkejut, setiap kali itu jugalah Emiir tarik tubuh isterinya makin rapat. Sehinggalah Jelita tertidur di dakapannya, Emiir menggoyang perlahan bahu gadis itu.

"Bangun. Tidur dekat atas," ujar Emiir sambil menepuk belakang Jelita. Bukannya ingin bangun, malah Jelita makin mengeratkan pelukan. Bibirnya bergumam sesuatu yang tidak jelas. Sesekali dia merengek.

"Takut... tolong... saya takut."

Emiir mengerutkan kening. Dia berdecit kuat apabila Jelita tak mahu bangun. Hendak tidak hendak, dia terpaksa cempung tubuh isterinya naik ke atas. Sesekali telinganya menangkap Jelita bergumam sesuatu yang aneh-aneh. Emiir memilih untuk membiarkan. Mungkin isterinya sekadar mengigau biasa. Itulah, gatal sangat nak tengok cerita hantu. Kan terbawa-bawa sampai ke mimpi.

Tubuh Jelita diletakkan ke atas katil dengan berhati-hati. Tidak mahu mengejutkan lena gadis itu. Kemudian, selimut ditarik sehingga paras bahu. Emiir melihat jam di dinding. Belum lewat sangat. Baru pukul sebelas malam. Dalam otaknya memang fikir nak siapkan kerja-kerja yang tergendala. Dia ingin berjalan ke arah pintu. Nak ke ruang kerjanya selang beberapa bilik. Tapi Jelita terlebih dahulu memegang lengannya.

"Jangan pergi... saya takut..." Nampaknya Jelita masih mengigau. Mata pun tertutup rapat. Cuma Emiir perasan, dahi Jelita berpeluh-peluh bukan main. Nak kata panas, tak pun. Elok aje aircond terpasang.

Emiir mematikan niat untuk keluar dari bilik tidur. Perlahan-lahan, dia memanjat ke atas katil dan berbaring di sebelah isterinya. Sebelah tangan diletakkan ke atas perut manakala sebelah lagi di bawah kepala. Lampu tidur sempat ditutupnya. Tidak lama selepas itu, Emiir sedikit tersentak apabila Jelita merapatkan tubuh ke arahnya. Bukan itu saja, tangan gadis itu melingkar erat di pinggang dia. Kaki siap naik ke atas perutnya.

'Wah, wah, wah! Bukan main sedap kau tidur ya? Mujur kaki tu ringan.'

Meskipun rasa sedikit rimas, Emiir tetap membiarkan Jelita memeluknya. Memang tiap-tiap malam pun macam ini. Walhal, dia memang sudah 'bina' siap-siap benteng agar Jelita tidak masuk ke kawasan tidurnya. Tapi tak jalan. Habis dicampak bantal peluk panjang yang diletaknya di tengah-tengah antara mereka. Mahu tidak mahu, Emiir terpaksa tahan. Jelita memang buas kalau tidur. Beberapa minit selepas itu, Emiir turut dibuai lena dengan sendirinya. Tangannya berada di pinggang Jelita.




PAGINYA, Jelita bersiap lebih awal hari ini. Awal-awal lagi dia sudah turun ke dapur. Tukang masak dan pembantu rumah habis dihalaunya agar berehat saja di ruang tamu. Pagi ini, dia ingin masak sarapan pagi buat Emiir dan Eshaq. Bukan nak kata selalu, tapi jarang sangatlah dia masuk dapur. Selalunya memang tukang masak yang akan sediakan semuanya. Itu sebelum dia buat perjanjian dengan Emiir semalamlah. Tapi mulai pagi ini, dia yang akan masakkan untuk mereka sekeluarga.

"Puan, tak apa ke ni? Kalau tuan marah saya macam mana?"

"Lahhhh... kenapa pulak dia nak marah? Ini kan memang tanggungjawab saya. Mak cik jangan risaulah. Lagipun, saya dah maklumkan awal-awal dekat Emiir yang mulai pagi ni saya akan masak. Mak cik duduk je diam-diam dekat depan, okey?" ujar Jelita sambil senyum lebar kepada Mak cik Yah. Bahu wanita separuh usia itu ditepuk perlahan.

"Kalau puan dah cakap macam tu... baiklah. Tapi kalau ada apa-apa puan nak mak cik tolong, panggil aje tau."

Jelita angguk saja. Setelah Mak cik Yah berlalu ke ruang tamu, dia terus memakai apron. Pagi ini dia nak masak yang ringkas-ringkas saja dulu. Nasi goreng kampung dan bihun goreng. Makanan kegemaran dia juga tu. Kalau Emiir, dia tak tahu menahu sangat pagi-pagi lelaki itu suka makan apa. Masak ajelah. Nak tak nak, Emiir perlu makan juga kan? Jam sudah hampir menginjak pukul 7.40 pagi.

Satu mangkuk sederhana besar nasi goreng kampung dan bihun goreng dihidangkan ke atas meja. Tidak lupa juga, seteko kopi dan susu coklat khas untuk Eshaq. Semuanya sudah dihidangkan kemas-kemas. Usai itu, Jelita kembali ke dapur sambil mencuri-curi pandang ke arah tangga. Nampaknya masih tiada Emiir atau Eshaq yang sudah turun. Dia membuka satu laci dan mengambil sesuatu dari dalam itu. Kemudian, Jelita mengambil segelas air masak.

Tidak lama selepas itu, Emiir turun bersama Eshaq ke ruang makan. Apabila melihat isterinya masih berada di dapur, Emiir tidak terus duduk. Hanya Eshaq yang sudah mengambil tempatnya. Emiir melangkah ke arah Jelita yang sedang membelakanginya. Keningnya bertaut apabila Jelita seakan-akan terkejut benar apabila dia menyentuh bahu isterinya itu. Jelita tersentak. Dia cepat-cepat memasukkan benda di tangannya itu ke dalam poket seluar.

"Eh awak! Terkejut saya tau..." ujar Jelita sambil mengurut dadanya. Muka memang nampak terkejut habis.

"Buat apa tu?" soal Emiir dengan riak tertanya-tanya. Kenapa Jelita nampak seperti sedang menyembunyikan sesuatu?

"Tak ada apalah. Ahh! Jomlah makan. Nanti lewat pula awak masuk office. Eshaq pun dah tunggu tu. Saya masak sendiri tau breakfast hari ni!" kata Jelita penuh teruja.

Jelita menarik tangan Emiir ke meja makan. Tubuh suaminya ditolak supaya duduk di sebelah Eshaq. Kemudian, dia berdiri di sisi meja dengan senyum yang tidak lekang. Emiir sedikit hairan dengan tingkah isterinya. Tapi tak mahu pula dia bertanya lebih lanjut. Dia membiarkan Jelita menuangkan secawan kopi kepadanya. Apabila anak mata mereka bertentang, Emiir hampir terbatuk kerana Jelita selamba mengenyitkan mata. Siap dengan pakej senyum-senyum nakal mengusik lagi.

"Awak nak nasi atau bihun?" soal Jelita apabila melihat suaminya mengalih pandangan ke arah Eshaq pula. Dia diam-diam menahan tawa yang ingin meletus. Lucu betul reaksi suaminya tadi. Alahai, itu baru dia kenyit mata. Belum buat apa-apa pun lagi. Takkan dah bergegar iman? Kahkahkah!

"Apa-apa ajelah. Ni, boleh tak kau stop senyum macam tu? Gatal sangat rupanya. Macam kucing nak mengawan."

"Kau...? Again my hubby. Jangan cari fasal pagi-pagi ni."

Emiir mengeluh setelah tersedar ketersasulannya. Dia tahu Jelita memang sengaja. Tengok dari senyum penuh makna gadis itu pun, dia sudah dapat agak. Saja nak buat dia hilang kesabaran di depan Eshaq. Kalau tidak difikirkan perjanjian remeh mereka semalam, memang rasa nak sumbat Jelita dalam guni beras. Tak boleh behave langsung. Ada saja kerenah isterinya itu. Sehari kalau tak buat sesuatu yang aneh-aneh, bukan Jelitalah namanya.

"Cepatlah cedok bihun tu. Kejap lagi lambat pula masuk office. Takut jammed lagi." Emiir beralasan.

Jelita ketawa mendengar kata-kata suaminya. Eleh, takut jatuh air muka depan anaklah tu! Ke takut kantoi dengan Luthfan? Kahkahkah! Dia mencedok bihun goreng ke dalam pinggan Emiir. Diikuti dengan Eshaq. Usai itu, dia melabuhkan punggung berhadapan Emiir.

"Kenapa tak makan?" Sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulut, mata Emiir tidak lepas-lepas memandang Jelita yang sedang menompang dagu di atas meja.

Jelita geleng kepala dan senyum saja. "Tak lapar pula. Tengok muka awak yang handsome pagi-pagi macam ni, penuh terus perut saya. Rasa nak sendawa banyak kali."

Eshaq sekadar mendengar tanpa suara manakala Emiir pula... ekk! Nak kena bagi reaksi macam mana ni? Lelaki itu menggaru kening yang langsung tidak gatal. Yang gatalnya sekarang ini isteri dia! Tersengih-sengih sambil kenyit mata tak sudah. Emiir mendengus. Sudu dijatuhkan ke atas pinggan lalu kepala Jelita ditolak lembut agar tidak menompang dagu ke arahnya lagi. Janggal rasanya. Senyum semacam isterinya buat Emiir tak senang duduk.

"Jangan merepek. Makan cepat."

"Hubby saya tak mahu suap ke?" tanya Jelita main-main. Hampir ketawa tapi dia tutup dengan senyum lebar. Tak lengkap rasa hari dia tanpa mengusik suaminya dulu.

"Suaplah suap... Tak pandai sweet langsunglah awak ni. Ni kalau laki orang, laju je nak suapkan isteri dia. Tapi awak ni... hmmm. Apalah nasib saya kan. Suami suka buat kejung macam ais. Saya... hmmmph!"

"Nah. Nak makan sangat. Ambik." Emiir terus suap Jelita bihun gorengnya tanpa sempat gadis itu habis cakap. Banyak sangat cakap tu. Sakit telinga, berserabut otak.

"Eyyy awak ni!"

Jelita memandang geram. Masam terus wajahnya. Mulut masih mengunyah bihun goreng yang disuap secara 'paksaan' oleh encik suami. 'Sedap jugak aku masak.' Sempat dia memuji diri sendiri di dalam hati. Tanpa apa-apa, Jelita cubit perlahan lengan Emiir dan menjelingnya tajam. Kalau ikut rasa hati, belum puas. Rasa nak ganyang-ganyang suaminya itu. Punah angan-angan nak dapat suami yang penyayang dan pandai bermanis-manis. Ini tidak. Tak pandai langsung ambil hati isteri! Dasar Mr. Cold Dictator!

"Hari ni saya balik lambat sikit. Nak cari baju untuk reunion sekolah saya tu. Saya pergi dengan Aliah, so awak tak perlu risau," beritahu Jelita tanpa dipinta.

Emiir pandang sekilas. Kemudian, dia sambung makan tanpa suara. Tak berniat untuk tanya lebih lanjut. Okey dah rasanya kalau Jelita bagitahu awal-awal. Tak adalah dia fikir yang bukan-bukan. Pengalaman masa lalu mengajar Emiir agar lebih berjaga-jaga. Tak mahu pisang berbuah dua kali.

"Tak nak tanya ke saya balik pukul berapa?"

Kunyahan Emiir terhenti. Pandang semula Jelita dengan kening bertaut. Nafas dihela perlahan.

"Balik pukul berapa?" soalnya sekadar melayan. Dan-dan Jelita terus senyum-senyum waktu itu. Sukalah tu Emiir layan.

"Tak tahu. Hehehe..." Sengih sajalah labu.

Emiir geleng kepala. Dah tu, suruh orang tanya buat apa? Melihat Eshaq yang sudah selesai makan, Emiir suruh budak itu menghabiskan susu coklat yang dibuat oleh Jelita tadi. Mendapat isyarat mata sang bapa, Eshaq pun cepat-cepat faham. Daddy sebenarnya suruh dia habiskan semuanya cepat dan tunggu di depan. Eshaq yang memang cepat tangkap maksud daddy, terus akur.

Sesudah figura Eshaq hilang di sebalik dinding, Emiir pandang Jelita kembali. "Lambat sangat ke balik nanti?"

"Lambatlah kut. Yang penting, sebelum pukul 12 tengah malam. Hahaha!" jawab Jelita santai diselitkan tawa kecil. Dia sempat curi-curi pandang reaksi suaminya itu. Walaupun tak ketara, tapi dia tahu Emiir kurang senang dengan jawapannya.

"Paling lewat pukul lapan. Lewat seminit, tidur luar. Jangan masuk rumah." Emiir menyudahkan kunyahan terakhir dan terus menolak kerusi ke belakang.

Bebola mata Jelita menyorot pergerakan suaminya. Apabila melihat Emiir sudah melangkah ke depan, dia pun cepat-cepat habiskan makanan. Itulah, tadi main-main sangat. Kan dah kena tinggal. Sesudah itu, dia mengejar langkah Emiir di ruang tamu bersama Eshaq. Ingatkan sudah terus pergi. Tunggu dia juga rupanya.

"Awak salam..." Tangan kanan Emiir terus ditarik tanpa sempat lelaki itu memberi respon. Senyumnya lebar buat sang suami.

Tidak lama itu, Emiir menghulurkan kad kreditnya kepada Jelita. Gadis itu tidak terus ambil. Sebaliknya Jelita pandang tidak berkelip. Merenung kad kredit tersebut dengan rasa yang bercampur-baur. Perlahan, Jelita tolak kembali kad kredit tersebut ke dada Emiir. Kepala digeleng perlahan.

"Kenapa tolak? Ambillah. Tadi kata nak beli baju, kan?" Emiir pelik.

"Takpa. Saya ada duit lagi. Nanti kalau tak cukup baru saya kikis duit awak ye, Yang Mulia Raja Emiir..." balas Jelita berseloroh. Sempat lagi mengusik suaminya akhir-akhir itu.

"If you say so... okay. Kalau nak apa-apa, bagitahu. Jangan diam."

Jelita angguk saja.


Mr. Cold Dictator,
16 June 2022

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 238K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
360K 31.1K 15
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
3.2M 133K 59
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
326K 21.4K 35
She was going to marry with her love but just right before getting married(very end moment)she had no other choice and had to marry his childhood acq...