Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 33

16.2K 1.8K 213
By AizackMesle

JELITA hanya senyum tidak bersalah. Melihat Emiir sedang bercakap-cakap sesuatu dengan Faliq di sudut sana, dia dan Eshaq hanya menunggu. Diam-diam cuba curi dengar perbualan kaum lelaki itu. Entah apalah Emiir cakap dengan Faliq sampaikan wajah mamat itu berubah keruh. Tak lama selepas itu, Faliq terus masuk ke dalam kereta bersama Leila. Sikit pun tidak menegur, bahkan nak kerling Jelita sekilas pun tidak.

Sejurus kereta Faliq memecut laju keluar dari kawasan tadika, Emiir mula melangkah ke arah isteri dan anaknya. Wajah datarnya sedikit pun tidak menggerunkan Jelita. Malah, gadis itu siap tersengih tidak bersalah. Macam kambing. Sengih-sengih kambing. Beg galas Eshaq diambil daripada Jelita tanpa banyak kata. Nak berbahas tentang tadi pun, rasa tak ada mood sekarang ini.

"See you at home." Hanya itu katanya. Cukup membuatkan Jelita tak jadi nak usik lebih-lebih.

"Saya nak minta izin balik lambat sikit boleh? Lepas ni Aliah ajak lepak sekejap. Tak adalah lambat sangat. Sebelum maghrib saya balik. I promised that!" Jelita bersungguh-sungguh angkat tangan gaya orang sedang berikrar.

"No. Aku nak kau balik awal hari ni. Sebelum aku balik, aku nak tengok muka kau ada di rumah. Cakap dengan Aliah, lain kalilah nak lepak ke apa. Suami kau tak izinkan hari ni. Faham?" Kata Emiir tegas. Tubuh Jelita ditolak perlahan dan terus melangkah ke arah kereta.

Jelita kerutkan kening. 'Dah kenapa dengan suami aku ni?'. Dia usap kepala Eshaq dan mengarahkan budak itu agar masuk ke dalam kereta bersama Emiir. Tak lama pun. Sekejap lagi dia pulanglah. Sekarang ni dia tak faham dengan Emiir. Yang muka ketat sangat dah kenapa? Bukan dia ada buat salah apa-apa pun. Bukan tu je, Emiir terus memandu tanpa beritahu kesalahannya. Manalah dia nak tahu yang dia ada buat salah!

Nafas dihela panjang. Jelita masuk kembali ke dalam dan mencari kelibat Aliah. Masih ada beberapa orang murid yang belum pulang. Terpaksalah dia tunggu lama sedikit. Nampaknya Aliah sudah siap mengemas di belakang. Jelita segera mendapatkan tubuh gadis itu. Bahu Aliah ditepuk dari belakang.

"Ohmakkau!" Terkejut Aliah.

Tawa Jelita terhambur melihat wajah terkejut beruk Aliah. Itu pun nak terkejut.

"Tak reti bagi salam ke?" soal Aliah dalam nada menyindir. Kotak air mineral diletakkan ke atas meja. Itu adalah kotak terakhir untuk hari ini.

"Alaaa. Sorry..."

"Sorry apa sorry? Tak payah sorry sorry lah!" Jelita ketawa lagi. Bahu Aliah dirangkul dari sisi. Lalu dia menarik tubuh gadis itu ke arah sudut yang jauh sedikit dari orang.

"Weh, sorry aku tak boleh balik lambat hari ni. Emiir suruh aku balik terus lepas ni. Lain kalilah eh kita membawang," beritahu Jelita dengan suara perlahan. Berbisik-bisik takut orang dengar.

Aliah mencebik bibir. "Haih, susahnya nak keluar dengan member yang dah jadi isteri orang ni!"

Jelita tepuk bahu Aliah. Bulat matanya memandang gadis itu. Kemudian, dia melilaukan mata ke arah sekeliling. Kuat pula suara Aliah tadi. Kalau orang lain dengar, kan susah. Satu hal nak menjawab. Tak ada angin, tak ada ribut, tup-tup dah menikah. Jangan katakan jemputan, majlis sanding besar-besaran pun tak ada.

"Sebelum nak cakap, boleh tak turn off dulu mikrofon dalam tekak kau dulu. Kalau orang dengar, susah aku nanti!"

Aliah angkat bahu. Ekspresinya seolah-olah mengatakan 'ada nampak muka aku kesah?'. Kadang-kadang, Aliah sendiri tidak faham dengan cara Jelita. Elok-elok dah dapat suami sesempurna Emiir pun, masih nak berahsia. Untuk apa? Nak buka jalan untuk perempuan-perempuan di luar tu terus mengharapkan Emiir? Macam tu? Jadi apa-apa nanti, baru nak menyesal di kemudian hari.

"Heran aku dengan kau ni Puan Jelita. Kalau aku dapat suami macam Emiir tu, memang aku show off je depan orang. Ni tak, nak sorok-sorok buat apa? Nanti kalau ada perempuan menggedik dengan laki kau, baru nak menyesal." 

"Kalau dia berani simpan perempuan lain belakang aku, tahulah apa aku nak buat. Ingat aku nak diam je? Dia belum tengok lagi tau aku tae kwan do. Nak rasa smackdown aku, buatlah buat. Alah, lagipun aku percaya Emiir takkan buat semua tu. Mamat tak ada perasaan macam tu..." Jelita sengih membayangkan wajah tidak berperasaan suaminya. Nak bayangkan lelaki itu menggatal dengan perempuan lain pun memang tak boleh. Tak terbayang.

"Memanglah Emiir takkan buat. Tapi kau percaya ke masih ada perempuan di luar sana tu tak pernah terbayang untuk berada di tempat kau?" soal Aliah penuh makna tersirat. Kadang-kadang, rasa nak hempuk juga kepala Jelita ni. Cantik-cantik pun, lambat sangat nak faham.

"Maksud kau?" soal Jelita pula. Keningnya bertaut. Macam pelik je soalan Aliah.

"Kau sedar ke tak ni? Emiir tu bukan orang biasa-biasa tau. Emiir tu orang kerabat. Banyak perempuan yang teringin nak jadi isteri dia. Even aku dulu pun..." Aliah senyum penuh makna.

"Kau apa ha kau apa? Kau jangan cari fasal eh. Kawan tak kawan. Emiir tu suami aku tau!" Jelita tunding jari pada Aliah. Hujung jari telunjuknya menyentuh puncak hidung teman baiknya itu. Wajah memang tak puas hatilah. Eh, panas pula hati kita. Akhirnya, masing-masing ketawa besar.

"Yalahhhh Mrs. Farran. Pergilah balik. Nanti bising laki kau. Budak-budak ni biar aku handle." Aliah tolak tubuh Jelita supaya ke depan. Tinggal beberapa orang saja lagi.



















JELITA baru selesai membersihkan diri. Keluar saja dari bilik mandi, dia terkaku sebentar apabila melihat figura tinggi lampai sedang berdiri di hadapan meja cermin soleknya. Senyum kecil terukir di hujung bibir. Kemudian, Jelita menghampiri suaminya. Sambil itu, rambut yang separuh basah, dikeringkan dengan tuala kecil. Mujur dia terdetik nak bawa baju terus masuk ke dalam bilik mandi. Kalau tak, percuma saja Emiir tengok dia berkemban.

Emiir masih kemas dengan kemeja putih dan seluar slek hitam. Tali leher pun tidak berbuka lagi. Fikir Jelita, mungkin Emiir baru balik. Sebabnya, sebelum dia mandi tadi, lelaki itu masih dalam perjalanan. Jelita bersandar di meja soleknya sambil tatap Emiir dengan senyum. Namun, wajah ketat tanpa senyum milik suaminya buat dia kendurkan bibir.

"Bila awak balik?"

Sepi.

Jelita garu kening yang tidak gatal. Melihat Emiir langsung tidak bereaksi, dia mengeluh panjang. Tuala kecil di tangan, dia sangkut ke atas bahu. Lalu, Jelita berpusing menghadap cermin. Pantulan diri Emiir terus menyapa pandangan. Ternyata, mata lelaki itu masih tertuju padanya.

"Awak mandilah dulu. Saya nak turun masak sekejap."

"Siapa lelaki tu?" soal Emiir mendatar. Tangan disilang ke dada.

"Lelaki mana? Faliq tu ke? Oh! Dia Pak su Leila." Jelita sengih bersalah. Alahai, nak jawab pun takut-takut. Cara Emiir pandang dia buatkan dia rasa nak terkencing. Tajam sangat. Macam dia sudah buat salah besar aje.

"Aku tak suka kau rapat dengan lelaki sembarangan, Elnara."

Tegas nada Emiir sedikit sebanyak menghantar rasa berbeza dalam diri Jelita. Bulu roma tengkuknya meremang apabila Emiir merapatkan tubuh ke arahnya. Emiir meletakkan kedua-dua belah tangan kekarnya ke atas meja solek. Sekali gus mengepung tubuh Jelita di situ. Mereka saling bertatapan pada pantulan cermin.

"Tapi saya tak rapat pun dengan dia. Tadi tu first time dia tegur saya. Itu pun sebab Leila selalu cerita fasal saya dekat dia," jelas Jelita membetulkan salah faham Emiir.

"Tak kesahlah first time ke apa. Aku tak suka, faham?"

"Tak suka ke cemburu?" soal Jelita tiba-tiba terus mendiamkan Emiir.

Melihat sengih-sengih nakal Jelita, Emiir terus memusingkan tubuh gadis itu. Dahi Jelita dijentik lembut. Tak kuat pun. Sekadar melepas geram. Jelita senyum sambil menggosok dahinya. Lengan Emiir dipegang. Dia menyengetkan kepala, cuba mencuri pandang wajah suaminya yang nampak tidak puas hati. Tapi Emiir segera melarikan mata.

"Awak cemburu kan? Eleh, kalau cemburu cakap ajelah cemburu. Kenapa nak sorokkan? Tak menjadi satu kesalahan pun kalau awak cemburu sebab isteri awak kena mengorat dengan lelaki lain, kan?"

"Jadi, betullah dia mengorat kau?" Laju saja mata Emiir mencari wajah isterinya. Kedua-dua belah bahu Jelita segera dipegang.

"Tengok tu. Cemburu lagi..." Suka Jelita mengusik suaminya. Tawanya terlepas besar.

"Jangan perasan," bidas Emiir senada. Lelaki itu berdeham-deham membetulkan suara. Tali leher dilonggarkan.

"Dia jemput saya ke rumah keluarga dia. Ada makan-makan katanya. Tapi saya cakap, saya busy. Lepas tu, dia minta nombor telefon saya," beritahu Jelita tanpa dipinta.

Dan-dan waktu itu, seraut wajah Emiir berubah. Jelita nampak dengan jelas. Walaupun seribu kali Emiir menafikan, dia tahu lelaki itu tetap ada perasaan, kan? Jauh di sudut hati, sebenarnya Jelita nak sangat dengar Emiir cakap yang lelaki itu cemburu. Cemburu melihat dia dengan lelaki lain. Tapi apakan daya, dapat suami macam ini. Terima sajalah labu.

"Kau bagi?" tanya Emiir lagi. Tangannya menggenggam penumbuk.

"Kalau saya cakap... saya bagi? Awak nak buat apa? Nak pergi jumpa Faliq dan delete nombor saya tu? Atau awak sanggup belikan nombor baru untuk saya? Atau..."

"I'll do everything asalkan dia tak dapat contact kau, Elnara," potong Emiir tanpa Jelita sempat menghabiskan kata. Jelita masih lagi senyum. Haih, Emiir cakap macam itu pun, boleh buat hati dia berbunga-bunga setaman.

"Tapi apa salahnya? Leila tu kan murid saya, kawan Eshaq. Kalau apa-apa jadi, senanglah saya nak contact Faliq, kan?"

"Aku tak suka. Dan aku tak izinkan kau rapat dengan mana-mana lelaki yang aku tak kenal."

"Awak cemburu."

"Aku cakap, aku tak suka bukan cemburu."

Jelita ketawa. Tengok tu! Masih juga nak menegakkan sesuatu yang sudah jelas-jelas tipu. Kenapalah susah sangat Emiir nak mengaku? Keras hati betul. Kebal agaknya ego lelaki itu. Dia dah buat macam-macam pun, masih juga belum dapat dilembutkan egonya.

"Apa bezanya? Awak tak suka sebab awak cemburu. Kan?" soal Jelita kembali. Kali ini, dia berjaya menoktahkan kata-kata Emiir. Lelaki itu tidak lagi berbahas. Tanda sudah kalah tu.

"Aku tak nak kau rapat dengan mana-mana lelaki tanpa izin aku, faham? Dah, tepi!" Emiir menolak lembut tubuh Jelita ke tepi. Dia berlalu ke arah katil sambil menanggal tali leher. Butang kemejanya ditanggal satu per satu. Telefon pintarnya diletakkan ke atas night stand. Jelita membuntuti Emiir dari belakang. Senyum tidak lekang.

"Tak faham. Saya tak nak faham. Awak dekat luar tu, saya sendiri tak nampak entah dengan siapa-siapa awak jumpa. Mesti ramai kan perempuan nak dekat dengan awak. Lagi-lagi awak selalu jumpa klien."

"They are just my clients, Jelita Elnara." Terhenti tindakan Emiir menanggal butang kemeja. Dia berpusing semula menghadap isterinya.

"Yalah, klien pun. Tetap ada perempuan kan. Bukannya semuanya lelaki. Tetap ada mata-mata gatal yang cuba pandang awak. So, apa bezanya?" Jelita tidak mahu kalah. Tangan disilang ke dada. Terpaksa melanguk untuk pandang muka suaminya yang jauh lebih tinggi.

"Aku tak boleh control orang daripada pandang aku. Kau nak aku korek mata dia orang ke apa? Ke nak aku lekat sticker 'dilarang tengok kepunyaan Jelita Elnara'? Macam tu?" Makin banyak cakap pula Emiir. Yang Jelita perasan, lelaki itu tak adalah diam sangat pun kalau dengan dia. Kalau dia usik, setidaknya Emiir tetap akan layan walaupun nampak sangat tak mahu layan.

"Yeah, you are right. Fine! Let's make a deal, then. Kalau awak setuju, saya akan ikut cakap awak untuk elak rapat dengan lelaki lain. Mahu?" Jelita petik jari di depan muka Emiir.

"What is the deal?" soal Emiir seperti sudah termakan umpan.

"Awak kena ikut semua syarat saya. Tak banyak pun. Cuma awak jelah, nak atau tak. Okey! Pertama, saya tak nak awak cakap kasar-kasar dengan saya dah. That means, mulai hari ni, saya tak nak awak guna kau-aku dengan saya."

"Habis tu nak guna apa?" Keruh wajah Emiir cuba mencari jawapan.

"Awak tak pernah bercinta ke? Takkanlah tak tahu. Awak boleh panggil saya sayang ke... baby ke... honey... sweetheart... darling... dan bahasakan diri awak dekat saya, abang."

"No! Jangan merepek sangatlah. Aku takkan buat semua tu."

"Okey... saya tahu mungkin semua ni terlalu cepat untuk awak. But at least, jangan guna kau-aku. Guna awak-saya. Okey? Tak susah punlah. Dengan pekerja awak, guna awak-saya boleh je. Takkan dengan saya tak boleh? Lagipun, kalau kita balik rumah keluarga awak atau keluarga saya, takkan nak guna kau-aku? Tak sopanlah bunyinya. Saya ni isteri awak, bukan member awak tau." 

Jelita membuat isyarat 'OK' menggunakan jari. Apabila melihat Emiir perlahan-lahan angguk, dia tidak dapat tahan senyum lagi. Rasa nak cium-cium je seluruh wajah suaminya. Tapi kena sabar. Jangan gelojoh. Lelaki itu bukan nak lari ke mana pun. Masih ada banyak masa lagi.

"Syarat kedua, bagi telefon awak kejap."

"Ha? Nak buat apa?" Emiir terpinga-pinga.

"Bagi ajelah!" Jelita tadah tangan. Meminta Emiir memberikan telefon pintar lelaki itu kepadanya.

Hendak tidak hendak, Emiir terpaksa akur. Telefon pintarnya di atas night stand diambil lalu diberikan kepada Jelita. Nafas dihela kuat. Entah apalah yang ingin dilakukan oleh isterinya itu. Macam-macam betul kerenah gadis itu. Sabar ajelah dapat isteri tiga suku macam ini.

"Password? Hehehe..." pinta Jelita dengan sengih kambing. Emiir mengeluh lagi. Jemarinya menekan-nekan skrin telefonnya. Lalu dia hulurkan kembali peranti elektronik itu kepada isterinya

"Nanti saya nak awak tukar password awak kepada tarikh birthday saya. Itu antara syarat kedua saya."

Emiir diam saja. Malas nak bertekak. Dia biarkan saja Jelita menekan-nekan sesuatu pada telefonnya. Tidak lama selepas itu, Jelita ambil telefonnya pula. Dia menghantar beberapa keping gambar swafotonya ke Whatsapp Emiir. Gambar waktu mereka akad nikah di masjid pun ada.

Jelita menukar gambar profile Whatsapp Emiir yang asalnya gambar hitam kosong dengan gambar dia. Tapi gambar dia yang hanya nampak separuh wajah. Kemudian, gambar hias latar homescreen Emiir turut ditukar dengan gambar dia dan Eshaq. Waktu itu, dia sempat berswafoto dengan Eshaq waktu keluar makan aiskrim. Tidak lupa juga, gambar hias latar lockscreen suaminya diganti dengan gambar mereka dalam persalinan berwarna putih ketika akad nikah dulu. Usai itu, barulah dia kembalikan telefon Emiir.

"Nah. Dah siap! Mulai hari ni juga, profile Whatsapp awak kena guna gambar saya. Wallpaper homescreen guna gambar saya dan Eshaq. Tak lupa juga, lockscreen awak kena ada gambar kita berdua. Awak jangan berani-berani nak tukar, ya!"

"Perlu ke buat macam ni?" soal Emiir setelah diam sekian lama.

"Mestilah perlu! Saya nak perempuan kat luar tu tahu yang awak dah berpunya. Awak kena sedar ye awak tu bukan duda lagi. Dah beristeri ni ha." Dada Emiir ditepuk-tepuk lembut oleh Jelita.

"Fine..." Emiir akur dengan hela nafas panjang.

"Syarat ketiga dan yang terakhir... Saya tak nak awak kerja kuat sangat sampai balik lewat malam. Habis je waktu pejabat, saya nak awak terus balik. Tak kesahlah awak ada kerja banyak mana sekalipun, saya tetap nak awak balik. Awak boleh bawa kerja-kerja awak ke rumah. Saya tak kesah. Dan saya janji takkan ganggu awak buat kerja. Yang penting, balik sebelum pukul enam petang, itu paling lambat."

"Kau tahu kan kerja aku macam mana?"

"Ha, apa? Kau? Aku? Siapa kau? Siapa aku?" Jelita korek telinganya. Berpura-pura tidak dengar.

"Awak tahu kan kerja saya macam mana?" Rasa berpasir lidah Emiir nak sebut satu per satu. Dengan orang luar memang dia biasa. Masalahnya dengan si Jelita ni. Payah. Janggal rasanya.

"Saya tahulah kerja awak macam mana. Banyakkkkk sangat. Tapi kerja tu tak akan ke mana pun. Bukannya kerja awak boleh lari. Tapi kalau saya... saya ada kaki tau. Dan saya boleh 'lari'. Saya ni isteri awak tau.Tiap kali saya balik, takkanlah saya nak kena tunggu awak balik sampai lewat malam. Makan pun sorang. Rumah ni dahlah besar... tak kesian kat saya ke?" Jemari Jelita menyentuh dada Emiir. Butang yang tidak sempat ditanggal semua, dia tanggalkan sampai bawah.

Rahang tajam Emiir bergerak-gerak. Matanya turut mengikut setiap pergerakan jemari isterinya. Jelita masih tidak puas menakal dengan encik suami. Kemeja Emiir yang sudah siap ditanggal semua butangnya, ditarik dari tubuh kekar itu. Jujurnya, jantung Jelita berdegup laju. Tapi dia tutup dengan senyum nakal yang tidak lekang di dibibirnya.

"So, deal?"

Lama Emiir diam sebelum dia angguk. Bersetuju dengan semua syarat yang baru dibentangkan oleh sang isteri. "Tapi janji dengan saya, awak takkan rapat dengan lelaki lain tanpa izin saya, okey?" Emiir mendengus apabila Jelita mengucup dadanya.

"Okey... cik abangku sayang!"

Jelita terus berlarian anak keluar dari bilik tidur tanpa sempat Emiir menahan. Dari dalam lagi boleh dengar suara ketawa gadis itu. Emiir menggeleng. Kemejanya dikutip lalu dicampak ke dalam bakul pakaian kotor. Sejurus itu, dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.


Mr. Cold Dictator,
7 June 2022

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 71.4K 76
မာဗာရစ် + ခွန်းညီလွန်းရန် ( 8.9.2023)
1.7M 109K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
375K 14K 91
"Leave, you're free. Don't ever come back here again." She said, hoping he wouldn't return and she'll get to live Hael was shocked, "Are you abandon...
331K 21.9K 36
She was going to marry with her love but just right before getting married(very end moment)she had no other choice and had to marry his childhood acq...