Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 32

14K 1.6K 143
By AizackMesle

TEPAT jam sepuluh malam, Jelita berdiri terpacak di depan pintu sambil cekak pinggang. Nafas ditarik dan dihembus banyak kali. Sampai terpejam-pejam mata. Selepas menguruskan Eshaq tadi, dia terus turun semula ke ruang tamu. Tak betah menunggu Emiir yang tidak kunjung pulang.

Petang tadi cakap nak jumpa orang sekejap aje. Kenapa sampai dan lewat malam macam ini pun masih belum pulang? Penipu betul. Lelaki semua sama! Kata-kata biasa seorang perempuan.

Tatkala telinga menangkap bunyi enjin kereta dari luar, Jelita terus berdeham kuat-kuat. Tangan naik memeluk tubuh. Gayanya seperti seorang bapa sedang menunggu anak gadisnya yang suka pulang lewat malam. Cuma yang sekarang ini, Jelita sedang tunggu suami. Amnesia agaknya sampai tak ingat jalan pulang!

"Awak pergi mana malam-malam macam ni baru balik?" Buka-buka pintu saja, Emiir telah ditembak dengan soalan maut Jelita.

Lelaki itu tidak hiraukan. Tubuh Jelita ditolak perlahan agar tidak menghalang laluannya. Tali leher dilonggarkan. Letih sebenarnya. Fikir nak membersihkan diri dan menghempaskan tubuh ke atas katil je ni.

Belum pun Emiir melangkah lebih jauh, Jelita terlebih dahulu menarik lengan lelaki itu. Emiir yang berada dalam keadaan tidak bersedia, terus tersandar ke dinding apabila Jelita menolaknya. Gadis itu melekapkan kedua-dua belah tangan ke dinding. Tidak beri ruang untuk dia bergerak.

"Baik awak cakap betul-betul Emiir. Awak jumpa perempuan kan, tadi?" Dalam masa yang sama, Jelita rapatkan hidung ke dada Emiir. Cuba ambil bau tubuh lelaki itu. Tak ada bau yang aneh-aneh. Kemudian, kolar kemeja Emiir diselak-selak. Manalah tahu ada kesan lipstick!

Kan selalu dalam drama macam itu.

"Apa benda kau merepek ni, Jelita Elnara? Aku letih ni, tepilah."

Emiir mengeluh panjang apabila Jelita sengaja mengeraskan tubuh. Gadis itu pandang dia tidak puas hati.

"Saya bagitahu awak ni, Emiir. Jangan main-main dengan saya. Kalau saya dapat tahu awak simpan perempuan lain belakang saya, siap awak! Mandul awak saya kerjakan!" Turun naik dada Jelita.

Kening Emiir terjongket mendengar 'amaran' isterinya. Rasa nak ketawa tapi tak boleh. Kalau tadi Jelita yang mendominasi, sekarang ini, tubuh gadis itu pula yang dikepungnya. Tubuh Jelita dipusingkan sekelip mata saja. Tak sempat Jelita nak memproses apa-apa. Buntang mata gadis itu.

"Kenapa kalau aku simpan perempuan lain pun?" Soalan Emiir seakan-akan mahu mencabar Jelita.

"Awak tu saya punya. Hak saya! Milik saya!"

Tanpa sedar, Jelita terjujur sendiri. Ingatkan nak jerit dalam hati aje. Setelah tersedar keterlanjuran sendiri, dia terus kemam bibir. Mata melilau-lilau memandang benda lain. Asal tidak perlu bertatap dengan Emiir, itu sudah memadai.

"Dahlah, saya nak tengok Eshaq." Tangan diletak ke dada Emiir. Percubaan untuk menolak tubuh suaminya agar 'terbuka' laluan dia melarikan diri. Tak betah direnung sedekat itu oleh encik suami. Nak gugur rasa jantung.

"Kau cemburu?"

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Jelita geleng laju-laju. Bersungguh-sungguh cuba menafikan apa yang sudah jelas. Tapi normallah untuk dia rasa cemburu. Emiir ni kan suami dia! Isteri mana yang tak cemburu kalau suami simpan perempuan lain.

"Tak perlu cemburu. Kau seorang pun susah nak handle."

Renungan Emiir kelihatan redup. Tidak setegas selalu. Tangan yang melekap di dinding, kini jatuh ke perlahan ke sisi pinggang Jelita. Memegang lembut di wilayah itu. Boleh rasa tubuh Jelita kejung. Bagaikan telah dijampi, Jelita hanya senyap di sebalik tubuh suaminya.

"Saya... saya nak naik." Jelita terbata-bata.

Perlahan, Emiir jatuhkan tangan ke sisi tubuh kembali. Undur tiga tapak ke belakang dan memberi laluan kepada Jelita untuk pergi. Dia berdeham perlahan. Isyarat mata diberikan kepada isterinya agar naik ke atas.

Dengan kesempatan yang ada, Jelita cepat-cepat membuka langkah. Tapi tak sempat dia pergi lebih jauh, Emiir terlebih dahulu pegang lengannya. Jelita sedut dan hembus nafas berulang kali. Berharap rentak jantungnya berubah normal kembali. Tubuh dipusingkan perlahan-lahan menghadap Emiir. Senyum nipis diukir.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke Yang Mulia Raja Emiir Farran?" Tertahan-tahan suara Jelita. Ikutkan hati, memang nak teriak kuat-kuat. Biar satu rumah dengar pun tak apa.

Emiir jongket kening. Tubuh isterinya sengaja didorong ke depan. Mendekat ke arahnya tanpa ruang kosong. Jelita membeliakkan mata. Bibir bawahnya dilipat ke dalam. Jelita sampai tak tahu apa yang dia patut rasakan sekarang ini. Kenapa dia rasa Emiir seperti mahu bermain-main dengan hati dia? Kalau tak suka, setidaknya tak perlulah buat hati dia berdebar-debar macam ini. Tahu tak sakit mengenangkan pernikahan mereka selama ini berlangsung tanpa ada rasa cinta!

Bagi Emiir, mungkin lelaki itu tak rasa. Tapi dia perempuan. Hati dia mudah tersentuh walaupun kadang-kadang dia memang sakit hati dengan sikap suaminya yang kerap berubah. Memang awalnya, Jelita tidak merancang untuk 'simpan' hati buat Emiir. Sungguhpun begitu, Emiir tetap sudah sah menjadi suami dia. Hendak tidak hendak, kehidupan ini tetap perlu diteruskan. Dengan cara ini.

Jelita tak patut menyelitkan perasaan suka dalam hubungan mereka. Sedangkan dia sendiri tidak pasti, apa perasaan Emiir sebenarnya. Dia cuba cari. Hari-hari dia cuba baca apa yang terpancar dari bias pandangan lelaki bergelar suami itu. Namun, semuanya sia-sia. Tak ada apa-apa. Kosong. Mungkin Emiir betul-betul tak ada simpan apa-apa perasaan.

"Aku nak makan. Boleh tak tolong panaskan lauk?"

Kening Jelita berkerut. Mata mengerling jam di dinding.

"Makan? Waktu-waktu macam ni? Awak tak takut gemuk ke?" Jelita sempat ketawa dengan soalan sendiri.

"Kau ingat aku macam kau petang-petang melanguk depan TV? Hari cuti, matahari dah terpacak baru nak bangun."

"Hei, saya tahulah saya malas joging! Tak perlulah perli macam tu. Walaupun saya malas joging, tapi saya selalu pergi gim tau! Lagipun badan saya cantik je. Kurus je. Ramping je," Sahut Jelita tidak mahu kalah.

Lalu mata helang Emiir pun turun memandang tubuh isterinya dari atas ke bawah. Ekspresi wajahnya seolah-olah mengatakan 'Really? Macam ni cantik?'. Emiir berdecit. Sebenarnya dari ayat Jelita, mungkin kalau orang lain dengar boleh ketawa-ketawa. Tapi Emiir tetaplah menjadi Emiir yang beku tanpa reaksi. Lengan Jelita dilepaskan.

"Stop bercakap. Sakit kepala aku dengar mulut murai kau. Pergi panaskan lauk, aku mandi kejap. Thank you, wife..." Kepala Jelita ditepuk lembut tiga kali. Gayanya macam Jelita ni seekor kucing pula.











DI Tadika Kaseh. Hari ini mereka mengadakan pertandingan mewarna. Selalunya Eshaq yang paling tidak suka aktiviti-aktiviti macam ini. Disebabkan pujukan Jelita, itu yang budak itu mahu turut serta. Bukan main teruja Eshaq tunjuk hasil mewarnanya. Tak menang tangan Jelita terpaksa layan seorang demi seorang. Seronok memang seronok, letihnya pun 'seronok' juga nak layan.

"Eshaq pergi tunggu dekat sana dengan Leila kejap. Kawan baik-baik dengan Leila tau. Teacher nak ambil barang dekat dalam kejap. Leila, pergi bawa Eshaq duduk dekat kerusi sana. Nanti teacher datang." Kepala Eshaq dan Leila diusap lembut.

Selesai mengambil beg tangan dan barangan lain, Jelita menapak ke arah Eshaq dan Leila yang sedang menunggu di kerusi depan. Syukur, waktu kelas dah habis. Dia hanya perlu tunggu semua muridnya pulang, barulah dia akan pulang. Aliah pula sibuk mengemas di belakang bersama rakan sekerja yang lain.

"Eshaq cakaplah dengan Leila... Sombonglah dia ni. Ishh!"

Kata-kata Leila yang terdengar di telinga Jelita mengundang tawa gadis itu. Kepala digeleng perlahan. Nasiblah awak Leila... Itu baru anak. Belum jumpa bapak dia lagi. Bukan setakat sombong. Menyakitkan hati pula tu! Mujurlah dah jadi suami. Terpaksalah tahan mulut ni daripada terus menyumpah seranah lelaki itu.

"Eshaq cakaplah dengan Leila!" Tangan Eshaq digoyang-goyangkan. Muncung Leila panjang sedepa. Mungkin boleh buat gantung hanger dah.

"Mummy!" Nampak saja Jelita, Eshaq terus melompat turun dari kerusi. Jelita bulatkan mata. Senyum paksa apabila Leila memandang dia dan Eshaq bersilih ganti dengan ekspresi aneh.

"Eshaq... Not here sayang. Ingat kan?" Jelita ingatkan kembali deal mereka.

"Okay teacher!" Sahut Eshaq dengan sengih lebar.

Leila pun ikut turun. Dia berdiri di sebelah Eshaq dengan wajah masam. Jelita pula rasa nak ketawa dengan kerenah budak-budak ni. Macam-macam. Eshaq ni, bukannya tak mahu berkawan. Tapi tak reti buat kawan. Dah lama sangat selalu seorang diri. Terpaksa didewasakan oleh keadaan. Jelita yakin, lama-lama Eshaq akan jadi seperti kanak-kanak seusianya yang lain. Yang suka bermain kejar-kejar. Yang suka berceloteh dengan ramai orang. Dia amat-amat mengharapkan benda itu.

Jelita bukanlah nak kata Eshaq ni tak 'normal'. Cumanya, Eshaq akan memilih dengan sesiapa budak itu mahu bercakap dan berbual. Sebagai contoh, kalau dengan Jelita, memang banyak sangat mulut budak itu nak bercakap. Tak habis-habis. Malah, dengan Emiir sendiri pun Eshaq kurang nak berbual. Lagipula, Emiir jarang ada di rumah. Jelitalah yang selalu layan kerenah budak itu.

"Teacher, kenapa Eshaq tak mahu cakap dengan Leila?" Leila tarik-tarik hujung lengan baju kurung Jelita.

"Eshaq kawan dengan Leila ya sayang? Leila nak kawan dengan Shaq tu. Make more friends. Be gentle with Leila. You're a gentleman, right?" ujar Jelita memujuk. Dengan Eshaq kena cakap baik-baik. Dia yakin lama-lama Eshaq akan dapat kawan juga. Cepat atau lambat saja.

"Tapi dia banyak mulut. Bising," sahut Eshaq selamba. Sempat dijeling Leila yang memandang.

Wah, sebijik macam Emiir! Sama. Serupa.

Jelita hembus nafas kuat. Senyum paksa diukir lalu dia melutut di hadapan Eshaq. Bahu anak tirinya itu ditarik supaya menghadap dia. Sesekali juntaian rambut budak itu dikemaskan. Sayang sangat dekat Eshaq. Memang tak sampai hati nak marah. Kalau marah pun, apa gunanya? Bukan salah Eshaq pun. Budak itu telah membesar dalam suasana dan keadaan yang tidak 'normal' daripada kanak-kanak lain.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Cukup menguatkan ideologi pepatah itu. Tengok cara Eshaq bergaul sekarang pun memang jelas-jelas kerana keterbatasan cara hidup budak itu. Lain orang, lain cara dibesarkan. Lagipula Eshaq baru berusia lima tahun. Masih ada masa untuk 'betulkan' budak itu.

"Now, the way you talk is like your daddy." Jelita cuit halus puncak hidung Eshaq dan ketawa perlahan.

Jelita berdiri kembali setelah melihat Leila berlarian anak ke arah seorang jejaka pertengahan 20-an. Dia tak adalah kenal sangat lelaki itu. Tapi sering nampak lelaki itu ambil dan hantar Leila. Nak kata bapa Leila, memang bukan. Dia kenal bapa budak itu. Pernah nampak sekali. Yang ini rasanya bukan. Lama tersimpan dalam hati, tapi sampai sekarang tak tertanya.

Kaki melangkah ke arah Leila dan lelaki itu dengan senyum nipis. Eshaq hanya membuntuti. Ke mana dia pergi, ke situ jugalah budak itu akan ikut. Kalau boleh, sampai ke tandas pun nak ikut juga. Mujur dia sudah pesan kepada Eshaq banyak kali agar tidak membongkar status sebenar dia ketika di luar.

"Pak su, ni teacher Jelita!" beritahu Leila penuh teruja kepada lelaki itu. Oh, Pak Su. Pak cik saudara Leila rupanya.

"Ahh, saya Faliq, pak su Eila. Eila selalu cerita pasal awak dekat saya. Tak sangka pula tengok depan-depan, lagi bertambah cantik daripada yang saya bayangkan."

Jelita ketawa kecil bagi menutup rasa janggal. Kening yang tidak gatal digaru-garu. 'Sudah! Janganlah sibuk nak jual saham dekat aku. Laki aku yang seorang tu pun tak terjaga.' Jelita berdeham-deham beberapa kali. Rasa nak tercabut telinga dengar pujian melambung Faliq itu. Bukan main puji. Sorrylah bro, I'm not available. Kahkahkah!

"Tak adalah, biasa je. Thank you. Ah ya, Leila hati-hati ya balik. Esok kita jumpa lagi. Main dengan Eshaq sama-sama, okey?" Sebenarnya Jelita malas nak layan Faliq. Fokusnya hanya pada Leila sahaja.

"Cik Jelita sibuk tak malam ni? Famili saya ada buat makan-makan sikit, kalau boleh jemputlah datang."

'Eh tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba ajak aku pergi makan-makan dengan keluarga dia? Buang tabiat ke apa mamat ni? Kenal pun tidak, sesuka hati saja ajak aku macam itu,' desis hati Jelita.

Walaupun kurang suka, Jelita tetap tersenyum menutup perasaan sebenar. Ikutkan hati, rasa nak halau je Faliq pergi sekarang. Menyesal pula sebab tegur Leila tadi. Kalau tak, tak perlulah dia kenal pun dengan mamat sengal ni. Dia sikit pun tak ingin dengan lelaki macam ini. Buat apa dia nak cari lain kalau yang di rumah nanti lebih mengancam. Rawr!

"Terima kasih atas jemputan tu. Maaf, saya busy untuk malam ni. Malam esok. Dan hari-hari seterusnya." Senyumnya masih belum pudar.

"Oh, kalau macam tu... Can I have your number?"

Eyyy! Tak tahu malu sungguh!

Jelita geleng sebagai jawapan. "Sorry tapi saya tak berikan nombor telefon saya kepada orang yang saya tak rapat." Masih lagi kekal senyum. Sopan dan bersikap profesional. Tapi dia tak tahu untuk berapa lama lagi dia mampu bersabar.

Apabila mata Jelita memandang ke belakang Faliq, senyumnya terus pudar perlahan-lahan. Bibir dikemam. Dia pandang sekilas Eshaq yang sedang mendongak ke arahnya. Mungkin ingin beritahu 'Habislah mummy. Dah kantoi. Ayokk!'. Tidak lama selepas itu, dia pandang kembali Faliq yang kekal menunggu. Tak mahu mengalah langsung.

"What's going on here?" Suara garau itu membuatkan Faliq memusingkan tubuh. Mata Emiir hanya tertuju pada Jelita. Langsung tidak berkalih. Hanya Jelita yang menjadi sasarannya saat ini.








Mr. Cold Dictator,
5 June 2022

Continue Reading

You'll Also Like

372K 13.9K 91
"Leave, you're free. Don't ever come back here again." She said, hoping he wouldn't return and she'll get to live Hael was shocked, "Are you abandon...
2.5M 2.4K 3
"The Malhotra Brides" is a heart-warming tale that explores the emotional journey of two sisters, Aditi and Pragya, as they navigate their new lives...
643K 13.9K 58
The sequel to my other story 'nothing lasts forever'. This is based two years later :)
2M 136K 79
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...