Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 31

14.3K 1.6K 172
By AizackMesle

MALAS-malas pun, Jelita tetap ikutkan permintaan encik suami. Ikutkan hati, dia memang tak mahu jejakkan kaki ke bangunan syarikat milik Emiir. Dengan diusungnya sekali Eshaq ni. Kalau pekerja-pekerja Emiir tanya siapa dia, terketar-ketar nak jawab. Kalau bukan kerana perkahwinan rahsia mereka, memang Jelita selamba je mengaku sebagai isteri CEO. Kahkahkah!

Datang sini pun, Eshaq yang tunjukkan jalan. Dia mana tahu apa-apa mengenai Emiir. Lagi-lagi pekerjaan lelaki itu. Dia cuma tahu suaminya merupakan pemilik syarikat ini saja. Hal-hal lain, dia memang tak ambil tahu langsung. Belum masanya lagi.

"Mummy, jom masuk sana!" Eshaq pula yang terlebih teruja. Ditariknya tangan Jelita ke arah lif. Mata-mata yang memandang, budak itu biarkan. Dah biasa. Kalau dia datang pejabat daddy, macam itulah suasana. Tak pernah tengok budak kacak agaknya.

"Tapi ni lif untuk CEO..." Jelita garu kepala.

CEO & HIS RELATIVES.

'Memanglah ikutkan aku ada hak untuk naik lif ni. Tapi kalau orang tanya, takkan aku nak cakap yang aku ni sepupu Emiir? Sepupu belah mana? Sepupu jauh, sudah berbelas-belas tahun tak jumpa? Pfffft! Macam tak logik saja.' desis hati Jelita.

"Mummy kan isteri CEO. Jomlah masuk!"

Jelita terpaksa ikutkan saja. Nampaknya Eshaq memang mahir dah di kawasan pejabat Emiir ni. Mana taknya, budak tu memang dari kecil dah selalu ikut daddy dia. Jelita tersengih-sengih sendiri. Untung betul Eshaq, hidup macam dalam novel.

Sampai di tingkat empat puluh tujuh, bunyi dentingan lif sedikit mengejutkan Jelita yang hampir termenung. Dia mengejar langkah Eshaq yang sudah terlebih dahulu keluar. Takut sesat pula. Dan-dan waktu sedang menuju ke sebuah bilik, mereka terserempak dengan Luthfan yang sedang memegang fail-fail kerja. Mungkin ingin dihantar kepada 'bos' kut.

"Eh, buat apa datang sini?" Nampaknya Luthfan pun agak terkejut setelah menyedari kehadiran Eshaq dan Jelita.

Jelita ukir senyum nipis. "Emiir suruh datang."

"Untuk apa? Ada hal penting ke sampai tak boleh jumpa dekat rumah?"

Bukan nak menyibuk, tapi lebih kepada hairan. Jarang-jarang Emiir mencampur adukkan hal kerja dan hal privasi. Lagi-lagi Emiir dan Jelita menyimpan status suami isteri mereka sebagai rahsia. Itu yang pelik sangat tu.

"Entahlah. Saya mesej tanya untuk apa. Tapi dia tak balas." Jelita angkat kedua-dua belah bahu. Dia pun tak tahu apa sebenarnya tujuan dia datang ke mari. Dah Emiir suruh datang, dia datang ajelah.

Luthfan angguk. Senyum dilempar kepada Eshaq yang setia menunggu di sebelah Jelita. Kemudian, wajah Jelita kembali dicari. Diam seketika untuk beberapa detik. Sedang memikirkan sesuatu. Tapi Emiir ada suruh dia... ah! Mana boleh bagitahu. Itu rahsia antara dia dengan Emiir. Mana boleh bagitahu Jelita.

"Kalau macam tu jomlah. Saya pun nak bagi Emiir fail ni." Dua buah fail di tangan, diangkat supaya Jelita nampak.

"Okey."

Hanya beberapa langkah ke depan, Jelita nyaris berlanggar dengan Luthfan. Kurang peka sebenarnya, leka sangat melilaukan mata ke sekeliling. Dekorasi ruang kerja di sini memang menarik. Refleks, Jelita berundur dua tapak ke belakang apabila Luthfan memusingkan tubuh.

"Are you okay?" Luthfan kerut kening.

"Okey, okey... hehehe." Tersengih-sengih Jelita. Melihat Luthfan memusingkan kembali tubuh, dia lepaskan nafas lega.

Sekali-sekala tangan mengusap lembut kepala Eshaq. Menunggu dan terus menunggu. Dia ikut saja langkah Luthfan. Apabila lelaki itu masuk ke dalam, dia juga ikut masuk tanpa suara. Berdiri di belakang Luthfan, memang tubuhnya langsung tidak kelihatan. Eshaq pula berselindung di belakang Jelita.

"Can you knock the door first, Mr. Luthfan Haris?"

Jemari Emiir yang sedang menekan-nekan papan kekunci laptop terhenti. Tapi kepala masih tidak diangkat untuk memandang gerangan yang sedang berdiri di muka pintu itu. Kalau yang masuk jenis senyap-senyap macam ini, sah Luthfan seorang je. Orang lain mana berani.

Luthfan ketawa kecil. Berjalan lagi ke depan. Jelita dan Eshaq mengekor saja dari belakang. Fail hitam yang diminta oleh Emiir awal tadi, dia letak ke atas meja, di depan Emiir. Tetapi lelaki itu sikit pun tidak memandangnya. Masih setia merenung skrin laptop yang sedang menayangkan graf profit turun dan naik syarikat untuk bulan ini.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, kau dipersilakan keluar." Beku nada Emiir.

Sesekali, bingkai cermin mata yang sedikit melorot ke batang hidung, ditolak dengan jari telunjuk. Jelita tak pernah tahu Emiir rabun. Patutlah tak nampak isteri dia yang cantik jelita ni, buta rupanya... eh! Rabun, ya rabun.

"Ya, nak keluarlah ni. Ni, aku tinggalkan kesayangan-kesayangan kau. Bye!" Sejurus itu, Luthfan terus melangkah keluar dan menutup pintu rapat-rapat. Dia sempat mengenyit mata kepada Jelita yang kelihatan terpinga-pinga.

"Berapa lama saya perlu berdiri macam ni, encik?"

Kejap. Suara macam kenal. Jemari Emiir sekali lagi terhenti. Kali ini dia terus mendongak. Cermin mata dibuka apabila melihat Jelita yang sedang menjongket-jongket kening. Lalu, matanya jatuh pula pada Eshaq yang sedang melambai tangan kecilnya tanpa suara dari balik tubuh isterinya.

"Sejak bila kau ada dekat situ?" soalnya agak terkejut. Tapi Emiir pandai kawal ekspresi. Tak nampak terkejut pun. Reaksi biasa saja. Beku dan stoic.

"Sejak saya ada dekat sinilah," jawab Jelita bodoh.

"Duduklah. Berdiri buat apa?"

"Dia yang tak suruh orang duduk." Jelita lempar jelingan maut kepada Emiir. Tapi lelaki itu tidak layan. Kembali merenung skrin laptopnya tanpa suara.

"Dah suruh kan?"

Terdengar bunyi keluhan panjang Emiir.

"Awak ni menyakitkan hatilah. Rasa nak cubit-cubit je..."

"Diam." Cukup itu, kata-kata Jelita terhenti.

Punggung dihempas kasar ke atas kerusi berhadapan dengan Emiir. Tangan memeluk tubuh. Pandang Emiir tajam-tajam. Besar kecil, besar kecil aje dia tengok suaminya sekarang ini. Panas pula hati tidak semena-mena. Dia yang suruh orang datang sini, disuruhnya orang diam pula.

'Habis tu sekarang ni aku nak buat apa? Nak kena tenung je muka Emiir ke macam mana ni?' Berperang dengan di dalam hati.

"Ada hal apa awak suruh saya datang ni?" soal Jelita setelah mendiamkan diri selama lima minit. Emiir pun diam aje. Dah macam tugu negara dia tunggu ni. Tapi sepatah haram pun Emiir tak cakap apa-apa.

"Takda apa. Saja."

Saja?! Emiir cakap saja-saja? Wah, rasa nak meletus-letus gunung berapi di hati ni.

Dengan hati berbahang, Jelita terus bangkit dari kerusi. Diikuti Eshaq yang langsung tidak mengerti. Buat-buat tak faham jelah. Tangan mummy dipegang lembut. Tak nak mummy marah-marah. Syerammm perempuan marah ni. Apabila melihat daddy pandang mummy dengan kerutan di dahi, Eshaq peluk kaki mummy. Alahai, manja sangat ni.

"Nak ke mana?" Emiir hilang fokus daripada terus menaip. Tatap kembali Jelita yang sedang berdiri tegak di sisi meja kerjanya dengan wajah masam. Apa masalah pula perempuan ni?

"Balik!" jawab Jelita sambil merengus.

Sejurus itu, dia berpusing membelakangi Emiir untuk menuju ke arah pintu. Tapi belum sempat buat apa-apa, suara tegas Emiir menyapa telinga. Terus hilang rasa marah. Sekarang rasa nak menjerit-jerit kegeraman. Geram sangat-sangat dengan perangai mengada-ada Emiir ni!

"Duduk. Aku tak suruh pergi, kan?" Tegas nada Emiir.

"Awak nak saya buat apa tunggu dekat sini? Bukan saya boleh buat apa pun. Tahu tak saya letih baru habis kerja? Nak kena melanguk tunggu awak lagi."

Emiir diam. Mendengar bebelan isterinya yang mungkin tak kunjung sudah nanti, dia terus bangkit dari kerusi. Kaki dihayun ke arah sebuah pintu lain di dalam bilik pejabat ini. Pintu itu dibuka luas, lalu mata memanah wajah kehairanan isterinya.

"Masuk dalam ni. Rehat. Tidurlah dulu kalau nak. Nanti aku dah siap kerja, aku kejut."

Bulat mata Jelita. "Wah! Ada katil? Awak tidur dekat office ke apa sampai perlu simpan katil dalam ni?" Teruja pula Jelita setelah masuk ke ruangan itu.

Tidaklah besar mana. Tapi cukup menempatkan sebuah katil bujang dan sebuah sofa panjang. Ruang dalaman pun terlihat cantik dan unik. Boleh relaks-relaks dalam ni. Jelita senyum apabila melihat Eshaq sudah berlari masuk dan memanjat naik ke atas katil.

"Waktu Eshaq kecil aku selalu bawa dia ke sini. Tu tempat dia. Kadang, aku jarang balik rumah," jelas Emiir kepada pertanyaan isterinya.

Jelita angguk. Patutlah pun.

"Pergi masuk. Aku ada kerja lagi ni."

"Kejap." Lengan Emiir dipegang. Menghalang lelaki itu daripada melangkah ke arah meja kerjanya semula. Sengih kambing diberikan kepada encik suami.

"Saya masih tak faham. Kenapa awak suruh kami datang sini sedangkan awak pun ada banyak kerja."

Agak lama Emiir renung ke dalam anak mata Jelita. Tangan gadis itu ditepis perlahan.

"To boost my energy." Perlahan sangat suara Emiir. Lebih kepada bergumam dan berbisik kepada diri sendiri. Terkerut-kerut kening Jelita cuba mendengar. Tapi memang tak dengar langsung.













SKRIN laptop ditutup. Merasa sedikit lenguh pada wilayah leher dan bahu, jemari memicit-micit lembut di situ. Mata dipejam sebentar sambil bersandar. Jarum jam sudah bergerak hampir ke pukul lima setengah petang. Tidak menunggu lama, punggung dijauhkan dari kerusi. Kaki dibawa melangkah ke arah ruang rehat di dalam bilik pejabatnya ini.

Buka pintu saja, figura anak dan isterinya yang sedang lena sambil berpelukan di atas katil itu menyapa pandangan. Tanpa sedar, Emiir ukir senyum yang teramat nipis. Kaki maju masuk lebih dalam. Berdiri di sisi katil, jemarinya terus mengusap kepala Eshaq.

Daripada Eshaq, lalu mata berkalih pada Jelita. Anak rambut yang menutupi dahi gadis itu diselak ke belakang telinga. Kepala isterinya juga diusap lembut. Tidak lama kemudian, bahu Jelita digoyang-goyangkan perlahan. Sedap pula tidur sampai tak mahu bangun-bangun ni.

"Wake up, Elnara." Suara serak-serak basahnya tidak mengejutkan Jelita. Malah, Eshaq yang terjaga. Terpisat-pisat budak itu menggosok mata.

"Kejutkan mummy. Daddy tunggu di luar."

Tidak menunggu lebih lama, Emiir terus berlalu keluar. Eshaq pandang sebelah. Pipi mummy disentuh sebelum bibirnya berlabuh di situ untuk beberapa saat. Lengan mummy digoyang perlahan.

"Mummy bangun. Daddy nak balik dah tu..." Pipi Jelita dicium sekali lagi. Sampailah kelopak mata Jelita bergerak-gerak, barulah Eshaq berhenti. Budak itu tersenyum lebar apabila mummy bangkit dari pembaringan.

"Nak balik dah ke?" tanya Jelita masih sedikit mamai. Rambut yang kusut, dia betul-betulkan. Diikat satu tocang ekor kuda.

Eshaq angguk. "Daddy tunggu dekat luar."

Eshaq melompat turun dari katil. Berlarian anak menuju ke luar tanpa menunggu Jelita. Tiba di luar, daddy sudah sedia menunggu di sudut sana. Lelaki dewasa itu berdiri menghadap dinding kaca sambil merenung ke luar. Memandang pemandangan di bawah yang nampak seperti bersaiz mini.

Jelita turut mengikut langkah Eshaq. Perlahan-lahan, kaki maju ke arah suaminya, kalau boleh tanpa suara. Terjengket-jengket, lagak seorang pencuri. Bahu Emiir ditepuk sedikit kuat. Percubaan mengejutkan lelaki itu. Tapi sikit pun bahu Emiir tidak ternaik atau terenjat kerana tersentak.

"At least, pura-puralah terkejut walaupun tak." Jelita cebik bibir. Berpeluk tubuh apabila Emiir memusingkan tubuh menghadapnya.

"Jom balik."

Emiir terus melangkah ke arah pintu. Tidak menghiraukan Jelita yang hampir ingin menghamburkan bebelan lagi panjang. Eshaq pun ikut saja langkah daddy. Sempat menangkap jelingan maut mummy kepada daddy tadi.

Keluar saja, masih ada beberapa orang pekerja Emiir yang belum pulang. Masih berhempas-pulas menyiapkan tugasan, mungkin perlu dihantar hari ini kut. Mereka yang melihat Emiir melangkah ingin menuju ke arah lif, terus bangun dan menyapa hormat.

Sesekali sempat mengerling Jelita yang berjalan di belakang majikan besar mereka itu. Rasanya sejak selepas Zohor tadi, mereka perasan gadis itu masuk ke dalam bilik pejabat Emiir bersama Eshaq dan Luthfan. Kemudian, tidak keluar-keluar sehinggalah sekarang ini baru nampak batang hidung.

Jelita yang perasan pandangan pekerja Emiir, terus memperlahankan langkah. Tak boleh jalan saing dengan Emiir dan Eshaq. Nanti mereka buat andaian macam-macam. Emiir sempat menangkap reaksi pekerja-pekerja bawahannya itu. Lalu kaki berhenti melangkah. Langsung sunyi sepi.

"Perkenalkan ni Jelita, babysitter anak saya." Emiir berlagak tenang dan profesional.

"Oh ye ke... bukan apa, kami dengar-dengar tuan kan baru bernikah lagi baru-baru ni. Manalah tahu tuan bawa isteri hari ni. Babysitter rupanya. Tak tahu pula tuan masih upah babysitter walaupun ada isteri. Isteri tuan tak mahu jaga anak tuan ke? Faham. Mesti kena ambil masa untuk terima anak tiri kan," sahut salah seorang daripada mereka. Riak wajah Jelita berubah. Manakala Emiir kekal tenang.

"I don't have anything to hide. I just don't like people looking at what's mine. Lagipula, saya hormat privasi isteri saya. Bila dia dah ready, saya akan kenalkan dia. Don't worry. And one more thing, kalau benda tu bukan berkaitan awak, jangan masuk campur. You may know something, but not everything," tutur Emiir tanpa tapis-tapis.

"Kalau rasa tak mahu kerja, dipersilakan keluar dari syarikat saya." Hanya dengan ugutan lembut macam itu, kecut-perut mereka yang mendengar. Masing-masing menunduk hormat dan duduk kembali. Kata maaf dilantun kepada majikannya.

Emiir pandang Jelita. Mengisyaratkan isterinya agar melangkah melalui isyarat mata. Dia biarkan Jelita dan Eshaq berjalan berdua di hadapan. Tangan diseluk ke dalam poket seluar. Emiir pusingkan tubuh ke arah pekerjanya tadi. Mata menikam tajam.

"Resign sendiri atau nak saya pecat? Pilih. I give you 24 hours to decide."

Usai itu, Emiir terus melangkah ke arah anak dan isterinya yang sedang menunggu di depan pintu lif. Tidak dihiraukan kata-kata maaf yang keluar bertalu-talu dari mulut pekerjanya itu. Oh, lepas ini akan jadi bekas pekerja. Dia tak akan simpan 'sampah' macam itu dalam syarikatnya. Tak kesahlah sebagus mana pun hasil kerjanya, Emiir lebih pentingkan adab.

"Awak cakap apa dengan lelaki tadi tu?" soal Jelita hairan. Dia tertanya-tanya kerana melihat wajah pekerja Emiir tadi terus berubah ketara. Entah apa yang Emiir cakap kepada lelaki itu.

Jelita cebik bibir sedikit apabila dia hanya mendapat gelengan sebagai balasan. Eleh, itu pun nak rahsia-rahsia!

"Shaq nak naik dengan mummy atau daddy?" Kali ini Jelita fokuskan perhatian kepada Eshaq.

Tapi tak sempat Eshaq menjawab, suara beku Emiir buatkan dahi Jelita berkerut. Kening bertaut.

"Kau bawa Eshaq balik dulu. Aku nak jumpa orang sekejap."

'Dahlah suruh orang datang. Saja nak mainkan aku ke apa?! Ishhhh!' Hanya mampu terluah di dalam hati. Jelita diam saja selepas itu.



Mr. Cold Dictator,
2 June 2022





SELINGAN BAB AKAN DATANG

"Awak pergi mana malam-malam macam ni baru balik?" Buka-buka pintu saja, Emiir telah ditembak dengan soalan maut Jelita.

Tapi dia tidak hiraukan. Tubuh Jelita ditolak perlahan agar tidak menghalang laluannya. Tali leher dilonggarkan. Letih sebenarnya. Fikir nak membersihkan diri dan menghempaskan tubuh ke atas katil je ni.

Belum pun Emiir melangkah lebih jauh, Jelita terlebih dahulu menarik lengan lelaki itu. Emiir yang berada dalam keadaan tidak bersedia, terus tersandar ke dinding apabila Jelita menolaknya. Gadis itu melekapkan kedua-dua belah tangan ke dinding. Tidak beri ruang untuk dia bergerak.

"Baik awak cakap betul-betul Emiir. Awak jumpa perempuan kan, tadi?" Dalam masa yang sama, Jelita rapatkan hidung ke dada Emiir. Cuba ambil bau tubuh lelaki itu. Tak ada bau yang aneh-aneh. Kemudian, kolar kemeja Emiir diselak-selak. Manalah tahu ada kesan lipstick!

"Apa benda kau merepek ni, Jelita Elnara? Aku letih ni, tepilah."

Emiir mengeluh panjang apabila Jelita sengaja mengeraskan tubuh. Gadis itu pandang dia tidak puas hati.

"Saya bagitahu awak ni, Emiir. Jangan main-main dengan saya. Kalau saya dapat tahu awak simpan perempuan lain belakang saya, siap awak! Mandul awak saya kerjakan!" Turun naik dada Jelita.

Kening Emiir terjongket mendengar 'amaran' isterinya. Rasa nak ketawa tapi tak boleh. Kalau tadi Jelita yang mendominasi, sekarang ini, tubuh gadis itu pula yang dikepungnya. Tubuh Jelita dipusingkan sekelip mata saja. Tak sempat Jelita nak memproses apa-apa. Buntang mata gadis itu.

"Kenapa kalau aku simpan perempuan lain pun?"

"Awak tu saya punya. Hak saya! Milik saya!"

Tanpa sedar, Jelita terjujur sendiri. Ingatkan nak jerit dalam hati aje. Setelah tersedar keterlanjuran sendiri, dia terus kemam bibir. Mata melilau-lilau memandang benda lain. Asal tidak perlu bertatap dengan Emiir, itu sudah memadai.

"Dahlah, saya nak tengok Eshaq." Tangan diletak ke dada Emiir. Percubaan untuk menolak tubuh suaminya agar 'terbuka' laluan dia melarikan diri. Tak betah direnung sedekat itu oleh encik suami. Nak gugur rasa jantung.

"Kau cemburu?"

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Jelita geleng laju-laju. Bersungguh-sungguh cuba menafikan apa yang sudah jelas. Tapi normallah untuk dia rasa cemburu. Emiir ni kan suami dia! Isteri mana yang tak cemburu kalau suami simpan perempuan lain.

"Tak perlu cemburu. Kau seorang pun susah nak handle."

Renungan Emiir kelihatan redup. Tidak setegas selalu. Tangan yang melekap di dinding, kini jatuh ke perlahan ke sisi pinggang Jelita. Memegang lembut di wilayah itu. Boleh rasa tubuh Jelita kejung.

Continue Reading

You'll Also Like

645K 38.9K 48
๐ˆ๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐“๐š๐ง๐ ๐ฅ๐ž๐ ๐ฐ๐ž๐›๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐‡๐ž๐š๐ซ๐ญ๐ฌ, ๐š๐ง๐ ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ข๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐“๐ซ๐ฎ๐ญ๐ก๐ฌ, ๐‹๐จ๐ฏ๐ž ๐ฐ๐ž๐š๐ฏ๐ž๐ฌ ๐ข๐ญ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ฌ๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ณ๐ข๐ง๐  ๏ฟฝ...
1.6M 71.4K 76
แ€™แ€ฌแ€—แ€ฌแ€›แ€…แ€บ + แ€แ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€Šแ€ฎแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€›แ€”แ€บ ( 8.9.2023)
2.5M 2.4K 3
"The Malhotra Brides" is a heart-warming tale that explores the emotional journey of two sisters, Aditi and Pragya, as they navigate their new lives...
360K 31.1K 15
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...