Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 28

15.3K 1.7K 259
By AizackMesle

JUMAAT. Selepas menunaikan solat asar, Jelita terus bersiap-siap ingin keluar. Semalam dia sudah meminta izin daripada Emiir untuk pulang ke rumah sewa lamanya. Masih ada beberapa barang penting yang tertinggal di sana. Itu yang dia mahu pergi ambil. Tapi tanpa Emiir atau sesiapa. Hanya Jelita seorang.

Kerana hakikatnya, pernikahan dia dan Emiir masih tidak diketahui umum. Jelita tidak mahu hebohkan dulu kepada teman lain tentang pernikahan dia baru-baru ini. Lebih-lebih lagi kepada Nisa. Gadis itu sudahlah tidak reti tutup mulut.

Silap-silap hari bulan, dicanangnya kepada jiran-jiran pasal pernikahan dia dengan Emiir.

"Mummy nak ke mana?"

Langkah Jelita terhenti. Tubuh dipusing menghadap Eshaq yang sedang berpeluk tubuh di ruang tamu. Kaca televisyen sudah tidak menarik minat budak itu lagi. Melihat penampilan Jelita, Eshaq tahu mummy mahu keluar. Pergi ke mana, dia pun tidak tahu.

"Mummy nak keluar kejap. Shaq tunggu kat rumah kejap ya?" Jelita hayun kaki ke arah Eshaq.

"Nak ikut..."

Jelita sudah garu kening. Kalau dia bawa Eshaq, kantoilah nanti. Tapi untuk meninggalkan budak itu seorang diri di rumah, hati memang tidak sanggup. Bukanlah seorang pun. Ainun dan pekerja-pekerja yang lain ada je di rumah. Tapi Eshaq ni asyik mahu berkepit dengan dia.

"Shaq nak ikut, boleh kan?" Eshaq kedip-kedipkan kelopak mata. Tangan Jelita dipeluk erat-erat.

"Boleh. Tapi Shaq janji akan behave, ya? Tunggu dalam kereta diam-diam. Mummy nak balik ke rumah sewa mummy."

"Okey! Shaq janji akan jadi budak baik."

Kata-kata Eshaq berjaya undang senyum di bibir Jelita. Kepala anak tirinya itu diusap lembut. Apabila nampak Ainun baru keluar dari ruang dapur, Jelita terus menggamit wanita itu datang ke mari. Nak bawa Eshaq keluar, penghuni rumah ini perlu tahu juga.

"Kak, saya nak bawa Eshaq keluar kejap. Nanti kalau Emiir balik, tolong cakap dekat dia, ya? Saya dah maklumkan dekat Emiir yang saya nak keluar. Tapi tak sure sampai pukul berapa. Kalau saya lewat, akak tolong beritahu Emiir saya lewat sikit."

Ainun angguk saja. Senyum dilempar kepada isteri dan anak majikannya. Hampir seminggu Jelita tinggal di banglo tiga tingkat ini, seronok rasanya dapat berkenalan dengan gadis itu. Mujur Jelita sejenis yang mudah mesra alam. Tak adalah kekok sangat nak bergaul dengan gadis itu.

Jelita pun bukanlah jenis yang suka guna 'kuasa'. Walau pada zahirnya, Jelita ialah isteri kepada Raja Emiir Farran, sikit pun gadis itu tidak meninggi diri. Malah, Jelita lebih selesa kalau pekerja-pekerja Emiir menganggap dia sebagai teman. Bukan menghormatinya hanya kerana gelaran isteri yang dia pegang.

"Saya bawa Eshaq sekali ya. Kami pergi dulu kak."

"Hati-hati."

Jelita dan Eshaq melangkah keluar sambil berpegangan tangan. Sesekali budak itu pandang wajah Jelita. Tapi apabila Jelita menyambut pandangannya, Eshaq cepat-cepat meluruskan mata ke depan kembali. Pura-pura tidak buat apa-apa.

"Kenapa curi tengok mummy macam gitu?" soal Jelita sambil ketawa kecil. Tercuit hati kecilnya dengan tingkah Eshaq.

"Mummy cantik."

Dan tawa Jelita makin meledak-ledak. Tergeleng kepala mendengar kata pujian budak itu. Bukan main lagi pujinya. Kecil-kecil sudah pandai buat orang jatuh hati. Harap-harap dah besar nanti jangan jadi buaya darat sudah.

"Kenapa ketawa? Shaq serius tau. Mummy cantikkkkk sangat!"

"Iya? Cantik banyak mana?" Sekadar melayan. Jelita gosok kepala Eshaq.

Eshaq terdiam seketika. Memandang sepuluh jari kecilnya sebelum membalas tatapan Jelita yang masih setia menunggu jawapan. Lalu, dia depakan tangan seluas-luasnya. Senyumnya mengembang lebar.

"Tak boleh kira pakai jari. Tak terkira. Jadi, banyak ni..." Sambil mendepa tangan.

Jelita senyum saja. Sampai di Perodua Axia kesayangannya, pintu di bahagian sebelah pemandu dibuka untuk Eshaq. Tubuh budak itu ditolak lembut supaya masuk ke dalam perut kereta sebelum dia menutup kembali pintu tersebut.

Tidak buang masa, Jelita juga segera meloloskan diri ke dalam kereta. Menghempas punggung ke bahagian pemandu. Tali pinggang keledar dipakai. Sempat berbalas senyum dengan Eshaq yang diam di sebelah.

"Nanti teman mummy pergi beli barang sikit eh?"

"Mummy nak beli apa?" Sekejap-sekejap Eshaq pandang Jelita. Kemudian, dia pandang ke depan semula.

"Maggie. Tadi mummy ke dapur, tak ada langsung maggie atau keropok dan snek."

"Daddy tak bagi makan semua tu. Jadi, tak ada sesiapa akan beli. Sebab kalau daddy tahu, dia akan jadi bapak singa." Sempat Eshaq mengutuk bapa sendiri.

Jelita kerutkan kening. Aik? Takkan keropok pun tak boleh? Jelita faham, makanan macam itu memang kurang sihat. Banyak perisa tambahan. Tapi kalau makan sekali-sekala, tak apa kut. Kalau lapar tengah-tengah malam, takkan nak melantak nasi sepinggan pula, kan?

Tiba-tiba ada satu mentol menyala tegak di atas kepala. Jelita dapat akal. Dia tersenyum sumbing memikirkan rencana yang sedang berputar di dalam kepala. Ini Jelitalah! Lagi dilarang, lagi dia akan buat. Setakat Emiir tu, kacang tanah aje.

"Takpa. Nanti mummy beli stok. Kita seludup senyap-senyap."

"Kalau daddy marah, mummy tak takut ke?" soal Eshaq ragu-ragu. Dia yang selama ini tinggal dengan daddy, dah masak benar dengan perangai lelaki itu. Kalau daddy marah, gajah di seberang lautan pun boleh terasa bahang amarah daddy.

Jelita geleng kepala. Senyum dan terus meluruskan mata ke depan semula.

"Tapi daddy tu menakutkan. Mummy betul ke nak tengok daddy marah?"

Lagilah Jelita rasa ingin ketawa. Lagi Eshaq seperti ingin menakutkan dia, lagi dia rasa ingin tahu. Sebesar mana agaknya amarah Emiir boleh meletus. Walau sejujurnya, ada juga terselit rasa gerun di dalam hati, tapi Jelita kekal tenang.

Kalau Emiir marah, pandai-pandailah dia nanti. Lagipun, apalah sangat Emiir nak buat? Takkanlah lelaki itu sampai sanggup sembelih dan panggang dia seperti kambing golek, kan?










TIBA di rumah teres dua tingkat itu, Jelita terus memusingkan stereng kereta memasuki pagar rumah tersebut. Enjin kereta tidak dimatikan. Risau anak 'raja' sebelah dia ini kepanasan pula terpaksa tunggu di dalam kereta. Walaupun tidaklah lama mana.

"Ingat tau. Jangan keluar ke mana-mana. Duduk je dalam kereta. Mummy masuk kejap je ni. Dalam sepuluh minit aje. Kalau ada sesiapa nampak Shaq dalam ni, Shaq cepat-cepat tunduk. Menyorok. Faham?" Dititipkan pesanan kepada Eshaq.

Eshaq pula sekadar angguk akur. Tidak berbunyi untuk membentak, melawan atau merungut. Syukurlah Eshaq jenis yang mudah dengar cakap. Tak banyak kerenah seperti kanak-kanak seusianya.

"Mummy jangan lama-lama sangat tau." Tangan Jelita dipegang.

"Iya sayang."

Sejurus itu, Jelita terus keluar dari perut kereta. Melihat pintu depan tidak dikunci, Jelita tahu Nisa ada di rumah sekarang ini. Lagipula memang semalam awal-awal dia sudah beritahu Nisa, dia akan pulang sebentar untuk ambil barang.

Waktu dia beritahu Nisa bahawa dia akan berpindah, bukan main banyak lagi mulut gadis itu bertanya macam-macam. Pindah di mana? Dengan siapa? Atas sebab apa? Rumah yang macam mana? Bermacam-macam lagi. Dia jawab acuh tak acuh saja. Tiada kepentingan untuk dia beritahu Nisa.

"Eh, balik seorang je ke?"

"Nampak macam ada sepuluh orang yang escort aku ke?" balas Jelita dalam nada sarkastik.

Berubah seraut wajah Nisa mendengar balasan Jelita. Sombong ya amat! Dah cukup baik dia cuba beramah. Tak reti nak balas elok-elok agaknya. Kalau diikut rasa hati, memang dia nak sangat tarik-tarik rambut gadis itu. Bekas teman serumahnya. Semua benda nak berahsia.

"Aku tanya elok-elok. Tak reti nak balas elok-elok ke? Menyampahlah aku dengan kau ni!" Dari posisi duduk, kini Nisa bangkit. Plastik keropok Super Ring sudah diletakkan ke atas meja.

Jelita menjeling sekilas. Dia memang malas nak melayan perangai Nisa. Nampak macam dia yang kurang beradab sekarang ini, tetapi kalau sesiapa yang tahu perangai sebenar Nisa, mereka pun akan melayan gadis itu seperti ini.

"Aku balik sini bukan nak cari gaduh dengan kau. Aku cuma nak ambil barang aku je. Cau." Dengan itu, Jelita terus memanjat satu per satu anak tangga.

Nisa menghentak-hentak kaki ke lantai. Geram memang geram. Dah lama dia pendam rasa sakit hati dan ketidakpuasan hati terhadap Jelita. Hubungan mereka memang tak pernah rapat walau tinggal serumah.

Sambil berpeluk tubuh, Nisa melangkah ke arah pintu. Waktu Jelita masuk tadi, gadis itu lupa tutup pintu agaknya. Dan-dan waktu itu, manik matanya sengaja nak memandang ke arah Perodua Axia yang terparkir di depan. Kening Nisa bertaut rapat.

Kemudian, dia kalihkan pandangan ke dalam rumah. Tetapi apabila dia bawa kembali mata ke arah kereta Jelita, wajahnya terus berubah pucat lesi. Mana dia? Dia nampak dengan mata kepala sendiri. Ada seorang budak lelaki tanpa senyuman duduk tegak di bahagian sebelah pemandu.

Wajahnya samar-samar. Tidak terlalu kelihatan. Memandangkan Nisa pun rabun sedikit. Dia lupa memakai cermin mata. Ketika dia pandang kembali, budak itu sudah hilang. Tiada sesiapa di tempat itu.

Nisa sudah menelan-nelan kesat liurnya. Apa benda yang dia tengok tadi tu? Budak tu benar-benar ada atau itu hanyalah ilusi matanya saja? Tapi kalau betul, anak siapa pula Jelita bawa itu?

"Kau tengok apa?"

"Arghhh jangan kacau aku!" Jelita pejam mata apabila bahunya ditolak-tolak. Buang keluh panjang, kedua-dua belah bahu Nisa dipegang. Cuba menenangkan Nisa yang sudah seperti kerasukan hantu.

"Kau kenapa ni?"

Turun naik dada Nisa. Tatapan hairan Jelita dibalas.

"Kau... kau betul-betul datang seorang ke? Kau takda bawa sesiapa? Kau tak tipu kan?"

Pantas mata Jelita meliar ke arah keretanya. Melihat ada satu tangan melambai kecil, tubuhnya tidak kelihatan. Dia tahan ketawa. Berdeham-deham sambil merenung Nisa dengan wajah serius.

"Betullah aku datang seorang. Mana ada siapa-siapa. Kenapa? Kau nampak apa?"

"Aku nampak! Aku nampak ada budak kecil dalam kereta kau tadi. Tapi bila aku pusing balik, budak tu dah takda!"

Jelita pura-pura terkejut. Bulat matanya. Kemudian, dia pegang lengan Nisa kuat-kuat. "Kau kenapa tarik aku ni?" Cepat-cepat Nisa merentap kembali tangannya.

"Kau cakap ada budak tadi. Jomlah tengok. Aku pun takutlah nak tengok seorang-seorang..."

"Tak nak aku! Kau dah ambil barang kau kan? Berambuslah!" Tubuh Jelita ditolak. Tanpa sebarang amaran, pintu rumah dihempas kasar. Tapi sikit pun Jelita tidak terkejut. Dia siap ketawa-ketawa.

Jelita jalan melenggang ke arah kereta. Pintu di bahagian belakang dibuka. Lalu dia memasukkan barang-barangnya tadi. Banyak barang Shopee aje pun. Barang yang dia beli dua minggu lepas. Dua hari lepas baru sampai.

"Shaq buat apa tadi? Sampai kawan mummy takut macam gitu?" Jelita buka hikayat sejurus masuk ke dalam kereta. Kepala ditoleh memandang Eshaq. Tapi budak itu sekadar angkat bahu. Geleng kepala.

"Mana ada Shaq buat apa-apa. Shaq cuma pandang dia je tadi. Tapi bila teringat pesan mummy, Shaq menyoroklah."

Oh, macam itu kejadiannya.

Terangguk-angguk kepala Jelita. Apabila mengingatkan wajah cuak Nisa tadi, rasa nak ketawa kuat-kuat pun ada. Pucat lesi wajah gadis bekas temah serumahnya itu tadi. Gayanya macam baru lepas nampak hantu.

"Jomlah kita gerak. Nanti lewat. Nak pergi cari barang lagi. Shaq nak aiskrim tak? Kita pergi makan aiskrim. Nak?"

"Tapi nanti daddy..."

"Shhh, no one will knows." Jelita kenyit mata. Perlahan-lahan, sudut bibir Eshaq menjungkit lebar. Angguk dan senyum kepada mummy.














TEPAT sebelum masuk waktu maghrib, Jelita menghentikan kereta di hadapan banglo tiga tingkat milik Emiir. Melihat kereta yang selalu dipandu oleh suaminya sudah terparkir di sebelah, tahulah dia Emiir sudah pulang.

Plastik-plastik makanan ringan dipegang kuat-kuat. Dia sudah bungkus semuanya dengan plastik hitam. Nak seludup barang 'larangan' punya pasal. Ini kalau kena tangkap dengan 'pihak berkuasa' iaitu Emiir, mampus nak menjawab.

"Daddy dah baliklah. Macam mana ni mummy?"

"Relaks, relaks. Jangan gabra. Shaq tenang je okey. Kalau daddy marah, mummy kan ada. Mummy takkan benarkan daddy marah Shaq."

"Tapi nanti daddy marah mummy..." Panjang muncung Eshaq. Tangan Jelita dilepaskan.

"Mummy tak kesah pun. Kalau daddy marah, mummy merajuk ajelah. Bukan susah pun."

'Erkkk... tapi kau fikir Emiir ada masa nak pujuk kau ke?' bisik hati Jelita kepada diri sendiri.

"Jom masuk." Tubuh Eshaq ditolak perlahan supaya melangkah dulu. Diam-diam Jelita berperang dengan perasaan sendiri. Dia janji, kalau Emiir marah teruk, dia akan bagitahu abah. Berani Emiir marah anak abah, ya? Kahkahkah!

Tiba di ruang tamu, langkah Jelita dan Eshaq kedua-duanya terhenti mendadak apabila telinga mendengar suara rendah Emiir menegur. Lelaki itu sedang duduk di atas sofa single sambil bersandar.

"Ke mana maghrib-maghrib macam ini baru ingat balik?" Macam sindiran pun ada. Jelita menjeling sekilas. Plastik hitam disorok ke belakang tubuh.

"Kan saya bagitahu awak semalam, saya balik rumah sewa saya kejap. Ambil barang. Lepas tu saya saja pergi mall kejap. Saja bawa Eshaq jalan-jalan..." balas Jelita lancar. Tiada kegagapan walaupun sejujurnya dia gugup apabila perasan Emiir sudah bangun.

Lelaki itu membawa langkah demi langkah ke arahnya dan Eshaq tanpa suara. Kelihatan santai menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Wajah stoic suami dia tak pernah hilang. Lagi-lagi membuah butir debar dalam diri dia.

"Errr kalau tak ada apa-apa. Saya dan Eshaq naik dululah. Nak mandi ni. Kejap lagi nak solat maghrib sama-sama, kan?" Jelita sudah bersedia untuk melarikan diri ke tingkat atas.

"Tunggu kejap." Lengan Jelita, Emiir sambar pantas. Plastik hitam di tangan isterinya bertukar tangan. Tubuh Jelita mulai menegang. Saling berpandangan dengan Eshaq yang sedang mengangkat-angkat kening.

"Apa benda ni?" Keras suara Emiir kedengaran.

Dia sudah buka plastik tersebut. Ada stok maggie dua paket, keropok, snek dan jajan. Ini merupakan barang 'terlarang' paling Emiir anti sekali.

Jelita garu kening sambil tarik sengih. "Awak ni belajar tinggi-tinggi, takkan tu pun tak tahu. Itu kan maggie, keropok... Apalah awak ni, hahaha..." Tawa Jelita perlahan-lahan mati.

Emiir pandang Eshaq pula. Jelita perasan pandangan suaminya. Lengan lelaki itu terus dipegang. Emiir tidak sepatutnya memarahi Eshaq. Bukan salah budak itu pun. Salah dia yang nak sangat beli benda itu.

"Shaq pergi naik dulu sayang. Pergi bersihkan diri."

Sepatah pun Emiir tidak bersuara. Sekadar membiarkan Eshaq berlarian anak naik ke atas bersama Ainun yang sudah sedia menunggu di sudut sana. Lalu Jelita menjadi 'pesalah' seterusnya. Manik hitam itu memanah wajah Jelita dalam-dalam. Seperti busur panah.

"Aku rasa kau tahu peraturan rumah ni. My rules."

"Okey... Saya tahu saya salah. Tapi awak janganlah besarkan benda ni. Bukan hal besar pun. Ini makanan aje. Lagipun saya memang suka makan semua ni..."

"You are my wife. Aku tak suka kau ajar Eshaq makan benda-benda macam ini. You should know that."

"Tapi..."

Jelita terdiam apabila Emiir menolaknya ke dinding. Sebelah tangan lelaki itu terlekat di dinding belakangnya. Bukan mengepung tubuh dia. Masih ada ruang. Tapi apabila Emiir menundukkan tubuh separas dia, mata Jelita tidak mampu mengedip.

"Mulai saat ni, aku tak benarkan kau makan benda tak sihat macam ni. Jangan bawa masuk makanan ni dalam rumah aku lagi. Kalau aku dapat tangkap kau makan benda ni sorok-sorok, siap kau."

"Kenapa? Apa yang awak nak buat? Awak ingat saya takut dengan awak? Ini Jelitalah! Jangan sampai saya tunjuk ilmu pertahankan diri saya tau." Jelita seakan mencabar. Berani bertentang mata dengan suaminya.

"You don't know what I'm capable of, Elnara."

El... Elnara? Sejak bila Emiir panggil dia dengan panggilan itu? Rasa seram sejuk pula. Dengar Emiir sebut nama belakang dia saja, sudah berjaya buat bulu-bulu roma tengkuknya naik.

"Kenapa awak panggil saya Elnara?"

Emiir tidak bereaksi. Dia kembali mengundur. Menjarakkan diri beberapa langkah ke belakang. Lalu berpeluk tubuh di depan Jelita. Plastik hitam berisi hasil 'seludupan' isterinya tadi sudah diletak jauh-jauh daripada gadis itu.

"Pergi naik. Mandi. Nanti aku naik, tunggu aku."

"Kenapa saya nak kena tunggu awak? Awak nak buat apa?"

"Kau rasa? Apa yang patut aku buat?" Soalan berbalas soalan. Sumpah, Jelita langsung tidak faham dengan maksud Emiir. Macam ada makna tersirat. Tapi entahlah. Malas nak fikir.

"Pergi naik, Elnara. Nanti kita solat sama-sama."

"Oh solat... fuh..."

"Kau fikir benda lain ke?"

Laju-laju Jelita geleng kepala. Gila. Kenapa dengan Emiir ni? Atau paling tepatnya, apa kena dengan diri dia? Semuanya jadi serba tidak kena ketika bersama lelaki itu. Boleh gila rasanya lama-lama macam ini.

"Saya naik dululah."

Jelita lari laju-laju naik ke atas. Ada kalanya hampir tersadung. Mujur sempat berpaut pada palang besi tangga. Emiir yang melihat hanya mampu geleng kepala. Nafas dihela kuat. Kemudian, dia melabuhkan punggung ke atas sofa kembali. Plastik makanan ringan tadi dicapai. Meneliti satu per satu isi di dalamnya.

Mr. Cold Dictator,
9 May 2022


SEDUTAN RANDOM CHAPTER


SPLASH!

Jelita rasakan tubuhnya melayang jatuh ke dalam kolam renang dengan kedalaman 120cm dari dasarnya. Air yang berkocak-kocak mula berlumba-lumba ingin memasuki hidung. Rasa seperti ada sesuatu menarik-narik kakinya ke dasar kolam.

Kedua-dua belah tangannya terkapai-kapai ke udara. Tidak terkira, berapa kali dia sudah tertelan air kolam yang berkocak. Satu fakta tentang Jelita, dia memang tak pandai berenang. Dia berani buat semua benda. Dia tidak takut ketinggian. Dia tidak kesah kalau lipas hinggap di kakinya sekalipun. Tapi untuk berenang, dia tidak boleh. Kejadian waktu kecil dulu, membuatnya trauma sehingga kini.

"To... tolong!" Hidungnya terasa pedih apabila air kolam berterusan memasuki rongga hidung. Tangan yang terkapai-kapai cuba mencapai udara sudah longlai.

Jelita reda andai hari ini merupakan hari terakhirnya. Belum sempat dia mengatup mata, bunyi kocakan air kuat menarik perhatian Jelita agar tidak terus 'mati' sia-sia. Tubuhnya terasa dicapai oleh satu tangan kekar.

"Aw... awak... Saya takut..."

"Shuhhh, I'm here with you now." Tubuhnya ditarik ke tepi kolam. Jelita terus dibaringkan ke atas daratan.

"Jelita!"

Suara yang tidak asing itu beralun di telinga. Tapi Jelita sudah tidak berdaya. Matanya perlahan-lahan terkatup. Hanya wajah tampan penuh kerisauan Emiir perkara terakhir yang dia mampu lihat.

Emiir cepat-cepat menutup tubuh Jelita yang kini basah dengan kot hitamnya. Biarpun kot itu juga basah, setidaknya mata keranjang lelaki-lelaki asing di situ tidak dapat menjamah tubuh isterinya. Emiir bencikan tatapan mereka.

"Jelita!" Muncul pula seorang jejaka berjaket jeans biru tua di sebelah. Emiir tepis tangan jejaka tersebut daripada cuba menyentuh wajah Jelita.

"Biar aku bawa Jelita. Dia tak sedarkan diri ni."

"She's with me. Biar aku yang bawa dia."

"Kau siapa nak bawa anak dara orang dalam keadaan macam ni? Aku tak kenal kau. Aku takkan benarkan kau bawa Jelita..."

"I'm her husband. Her legal husband, Emiir."

Dan-dan semua yang mengerumuni mereka waktu itu membeliakkan mata mendengar kata-kata Emiir. Lagi-lagi kaum perempuan yang sudah berbisik-bisik seperti tikus. Tidak sangka, pada waktu macam ini, di tempat begini, Emiir membongkarkan status sebenar Jelita.









TARGET : 1K VOTES . 200 COMMENTS.

Continue Reading

You'll Also Like

368K 42.3K 20
في وسط دهليز معتم يولد شخصًا قاتم قوي جبارً بارد يوجد بداخل قلبهُ شرارةًُ مُنيرة هل ستصبح الشرارة نارًا تحرق الجميع أم ستبرد وتنطفئ ماذا لو تلون الأ...
1.6M 128K 61
"ရှင်သန်ခြင်းနဲ့သေဆုံးခြင်းကြား အလွှာပါးပါးလေးကိုဖြတ်ကျော်ခါနီးမှာမှ ငါမောင့်ကိုစွန့်လွှတ်တတ်ဖို့ သင်ယူနိုင်ခဲ့တယ်၊ လူတွေက သံသရာမှာ ရေစက်ရယ်၊ဝဋ်ကြွေး...
1.6M 71.4K 76
မာဗာရစ် + ခွန်းညီလွန်းရန် ( 8.9.2023)
329K 21.7K 35
She was going to marry with her love but just right before getting married(very end moment)she had no other choice and had to marry his childhood acq...