Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 21

12K 1.5K 173
By AizackMesle

KEJUNG tubuh Jelita apabila Wan Radea mengarahkannya tunggu di ruang tamu. Bukan itu yang jadi masalah. Yang masalahnya, ni apasal ada banyak sangat bunga hiasan atas meja? Bonda nak suruh dia telan semua bunga ni ke? Aduh, takut kalau difikirkan.

Tidak lama selepas itu, Wan Radea melabuhkan punggung berhadapan dengan Jelita. Tanpa suara, jemarinya mula memainkan rentak seni. Mengambil satu per satu bunga hiasan tersebut lalu dicucuk ke dalam pasu.

Tidak banyak bunyi, Jelita juga membuat perkara yang sama. Dia ikut saja setiap tindakan Wan Radea. Sesekali, dia cucuk terlalu kuat. Sampai bengkok batang bunga tersebut. Diam-diam, Wan Radea memerhati Jelita dari hujung mata.

Tergeleng kepalanya.

"Kamu tak pandai gubah bunga?" soalnya terus. Tak ada tapis-tapis.

Hampir tercekik air liur. Jelita berdeham-deham. Soalan itu biasa saja. Tapi rasa seperti menusuk terus ke hati. Memang dia tak reti pun! Jelita mana pernah buat benda-benda macam ni. Nama saja Jelita, tapi dia tidak meminati bunga. Bukanlah sampai tidak suka langsung. Cuma tidak gemari.

Kalau dia cakap tak reti, berkurang pula markah dia dalam 'ujian' bonda ini. Jelita tahu, diam-diam sebenarnya bonda sengaja menguji dia. Mahu melihat sejauh mana dia layak untuk menjadi isteri Emiir. Alah, banyak dah dalam Akasia TV3. Bonda ni buat kerja tak clean!

Tapi kalau Jelita tak jujur, lagilah bonda akan anggap dia kuat menipu dari awal lagi. Silap-silap hari bulan, dicanangnya kepada Emiir pasal dia gilakan harta lelaki itu. Jelita tersepit sekarang ini.

"Errr... saya tak pandai sangat bab-bab gubah bunga ni. Tapi kalau melukis, saya suka!" Gasak ajelah. Janji jawapan selamat.

Wan Radea jatuhkan kepala beberapa kali. "Kamu minat seni. Sama macam Emiir?"

Jelita angguk sungguh-sungguh. Senyum sedikit tatkala hari ketika Emiir membawanya ke galeri lukisan tempoh hari itu terbayang kembali di kepala. Waktu Emiir meminta jawapannya, yes or yes? Waktu itu memang rasa nak meletup kepalanya dengan gaya Emiir.

"Emiir pernah bawa saya ke studio dia. Saya tak sangka Emiir berbakat macam tu."

"Emiir bawa kamu ke sana?" Jelita angguk laju-laju. Teruja pula.

"Tapi dia tak pernah bawa orang luar ke sana..." gumam Wan Radea perlahan.

"Bonda... errr maksud saya aunty nak ke mana?" Tersasul pula. Jelita tarik sengih tidak bersalah.

Amboi, terus kau bondakan mak Emiir tu ya! Jangan gelojoh Jelita. Behave! Sikit je lagi ni. Nanti dah balik, kau buatlah ikut kau. Nak terkangkang ke, menonggeng ke dekat rumah. Takda siapa juga tahu.

Wan Radea yang sudah angkat punggung, mengerling Jelita dari ekor mata. Tanpa jawapan, dia terus atur langkah ke arah sebuah almari hiasan ruang tamu  yang mencecah harga ribuan ringgit itu. Jelita tidak menghalang. Sekadar memerhati dari tempat duduknya.

Selepas membelek-belek sesuatu di dalam almari tersebut, Wan Radea kembali ke arah Jelita. Gadis itu sedang leka mencucuk bunga hiasan tadi ke dalam pasu. Ada yang sudah bengkok. Mujur tidak patah.

'Ganas juga budak ni.' getus hati Wan Radea.

"Tak perlu buat kalau tak minat." Ditegur sebegitu, tangan Jelita pegun.

Perlahan-lahan dia meletakkan kembali batang bunga tersebut sambil garu kening yang tidak gatal. Anak rambut yang menutupi dahi, diselit ke belakang telinga. Ini kalau tercucuk mata, buta pula. Jelita selesakan posisi duduknya.

Melihat bonda meletakkan beberapa buah album gambar di hadapannya, Jelita tentang mata wanita itu. Terkebil-kebil tidak mengerti. Bonda nak uji suruh dia lap benda ni pula ke? Bonda ni, nak cari menantu ke... nak cari orang gaji?

"Bukalah. Tu semua album gambar keluarga ni."

Okey, tarik semula kata-kata tadi. Bonda memang nak cari seorang menantu.

Akur dengan arahan bonda, Jelita capai sebuah album gambar yang dirasakannya begitu menarik. Hiasan luarannya sangat antik. Nampak macam 'mahal' dan eksklusif.

"Yang tu banyak gambar Emiir."

Jelita tersengih-sengih dalam diam. Pandai betul dia pilih. Mana tahu ada gambar hodoh Emiir, boleh dia jadikan bahan untuk mengejek-ejek lelaki itu. Bukan selalu datang peluang begini. Dia akan gunakan dengan sebaiknya!

"Saya buka ya?" Minta izin dulu. Karang kalau bonda tak bagi tengok yang ini, mahu dipelangkungnya kepala dia.

"Bukalah." Bonda beri lampu hijau.

Hampir satu jam berlalu, Jelita tutup album gambar ketiga yang sudah dilihat. Masih ada beberapa buah lagi, tapi Jelita sudah hampir ingin 'muntah' melihat betapa gah dan mewahnya homo sapiens di dalam setiap gambar yang dilihatnya tadi.

Cuba bayangkan satu hari nanti, muka dia pula terpampang di dalam album gambar ini... bayangkan ajelah. Macam langit dengan bumi. Enggang dengan pipit. Harimau dengan kucing. Katak dengan berudu... eh bukan-bukan. Lain dah tu.

"Comelnya!" Jelita jadi teruja apabila melihat satu gambar Emiir. Tak sedar Wan Radea setia memerhati gelagatnya dari awal lagi.

"Itu waktu Emiir berusia enam tahun."

"Macam Eshaq... sejibik!" Itu yang dia suka sangat sebenarnya.

Pada awalnya, Jelita sangkakan si pemilik tubuh di dalam gambar tersebut ialah Eshaq, tenyata Emiir rupanya. Tersengih-sengih sendirian. Kali ni, dia tak nafikan, Emiir nampak betul-betul comel. Rasa nak cubit-cubit saja pipi dia.

"Aunty, boleh tak Jelita nak simpan gambar ni?"

"Hah?"

Tatkala itu, Jelita baru sedar atas keterlanjurannya. Dia tersengih-tersengih seperti kerang busuk. Tundukkan wajah, bibir ditepuk-tepuk perlahan. Terketap-ketap bibir sambil buat senaman nafas. Sedut dan hembus nafas berulang kali. Biar sampai rasa tenang.

'Ya Allah, kenapa tak tahu malu sangat kau ni, Jelita?!' Menemplak diri sendiri di dalam hati.













FUH! Akhirnya, Jelita mampu menarik nafas lega-lega. Di rumah keluarga Emiir tadi rasa seperti duduk dalam penjara. Habis makan bersama, berbual kosong, bonda ada berkongsi juga makanan kegemaran Emiir. Itu pun Jelita yang tak tahu malu bertanya. Ternyata, selera Emiir masih selera orang Melayu. Tak susah pun nak kenyangkan perut Emiir, kata bonda.

Untuk bonda, bagi Jelita wanita itu tidaklah seteruk seperti ibu-ibu anak pewaris Megah Holdings. Bonda itu ramah orangnya kalau kena tempat dan laku. Mungkin bonda masih perlu menyesuaikan diri dengan Jelita. Mujur Jelita bukan jenis cepat terasa hati.

Banyak juga yang bonda kongsikan dengan Jelita mengenai Emiir. Antaranya ialah... 'Emiir tak suka kucing'. Tatkala mendengarkan itu, panjang sengih jahat terukir senyap-senyap di bibir Jelita. Mengingatkan dua ekor kucing kesayangannya di rumah, lagilah buat dia merancang bermacam-macam akal.

Bunyi getaran pada telefon bimbit membuatkan bahu Jelita terhinggut sedikit. Terkejut jugalah apabila nama Mr. Cold Dictator terpampang di ruang notifikasi mesej Whatsapp. Satu perkara dia perasan, Emiir lebih suka menghantar mesej berbanding bercakap di talian.

Lelaki itu hanya akan menghubungi ketika ada perkara yang benar-benar penting sahaja.

Dah balik?

Sepenggal senyuman terbit di hujung bibir tatkala membaca dua patah perkataan itu. Bagi orang lain, mungkin macam biasa. Dah balik? Itu aje? Tapi bagi Jelita, bagi seseorang yang beku macam Emiir ni, rasa seperti luar biasa pula.

Laju jemarinya menekan-nekan pada papan kekunci telefon. Tanpa teragak-agak, butang hantar ditekan. Tersengih-sengih sambil gulung hujung rambut di tepi kereta. Gaya seperti anak gadis remaja sedang bercinta. Bergayut dengan buah hati!

Dah. Baru je sampai.

Hampir lima minit menunggu, sudah tiada balasan dari pihak Emiir. Dua tanda biru pun tak ada. Tanpa sedar, Jelita menghembus nafas kasar. Beg tangan dipegang kuat-kuat sebelum mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

'Mamat ni saja buat aku excited tunggu chat kau kan?'

Tiba di ruang tamu, Jelita hempaskan punggung ke sofa. Tangan bersilang ke dada sambil bersandar. Pejam mata seketika. Tidak betah menunggu, telefon bimbitnya dicapai kembali. Buka Whatsapp, dengan harapan ada mesej lagi daripada Emiir.

"Tak apa, kau tunggu nanti. Aku block nombor kau!" gumamnya geram.

"Eh, baru balik? Ingat dah lupa jalan rumah."

Jelita meluruskan pandangan kepada Nisa, rakan serumahnya yang baru turun dari tingkat atas. Panjang keluh dilepas. Geleng kepala, sandar tubuh kembali, dan pejamkan mata. Rasanya tak ada benda dia harus beritahu kepada Nisa.

Sebetulnya, Jelita kurang 'ngam' dengan Nisa. Selalu dalam rumah ini, masing-masing buat hal sendiri. Jarang nampak Nisa di rumah kerana gadis itu lebih suka keluar bersama teman-temannya. Kalau bukan kerana susah cari rumah sewa murah di kawasan sini, memang dah lama Jelita pindah.

Lagi satu, dia kurang gemar dengan perangai Nisa yang suka bergosip. Kalau gosip biasa tak apa lagi, ini sampai semua benda jadi bahan gosip gadis itu. Kalau letak Nisa sekali dengan mak di kampung, memang haru jadinya. Tak diam satu rumah.

"Kau pergi mana seharian tak ada? Hari minggu pun merayap."

'Eleh, yang kau hari-hari keluar, tak apa pulak. Pernah ke aku sibuk? Menyemaklah minah ni!' Jelita diamkan diri. Tapi hati sudah menyumpah seranah Nisa.

"Aku cakap dengan kau ni."

"Kau nak apa ni? Nampak kan aku baru balik. Aku penatlah."

"Aku tanya aje kan. Tak reti nak jawab elok-elok ke?" Nisa mula cari punca pergaduhan. Rasa tak aman melihat Jelita bersenang-lenang agaknya.

Jelita merengus kasar. Tanpa apa-apa, punggung dijarakkan dari sofa. Dirempuh bahu Nisa tanpa perasaan. Melihat Nisa yang hampir terjatuh sambil pegang bahu, sudut bibir mengukir senyum sinis.

'Dasar minah lembik! Baru langgar sikit dah jatuh. Itu belum aku buka segala macam silat, taekwando aku lagi.' Getus hati Jelita.

Lalu tanpa menghiraukan Nisa yang sedang merintih sakit, dia terus berlalu naik ke bilik. Ingat balik rumah dapat rasa tenang sikit. Tapi makin sakit hati dengan sikap kepochi Nisa. Tak lama saja lagi. Lepas ini, memang dia akan keluar dari rumah ini juga.

Beg tangan diletak ke atas meja. Usai itu, Jelita hempaskan tubuh ke tengah katil. Bergolek-golek sambil memeluk bantal peluk panjang miliknya. Baru lima belas saat pejamkan mata, Jelita tercelik kembali apabila terdengar telefon bimbitnya berdering.

Ikon hijau digesek tanpa mengerling walau sekilas pun nama pemanggil tersebut. Sambil itu, dia pejam mata kembali. Meniarap sambil peluk bantal. Memang hampir-hampir nak ke alam mimpi dah ni.

"Helo?" sapanya perlahan.

Buat seketika, kening Jelita berkerut.

"Helo?"

Tak ada balasan juga. Siapa pula yang main-main hubungi dia waktu-waktu macam ini? Kalau setakat nak main-main, jangan telefon! Buang masa dia saja. Tanpa teragak-agak, ibu jari Jelita hampir memutuskan talian, namun dia pegun apabila menyedari nama yang terpampang di skrin telefonnya.

Mr. Cold Dictator.

Emiir? Kenapa Emiir hubungi dia? Ada hal mustahak apa?

"Helo, Emiir...?" Buat kali ketiga, Jelita ulang benda yang sama.

"Kenapa call saya? Ada apa-apa hal ke?"

"Bonda layan kau okey ke tadi?" Suara serak-serak basah Emiir buat Jelita berdeham-deham.

Emiir hubungi dia semata-mata untuk tanya benda itu? Dari meniarap, Jelita bersandar ke kepala katil. Bantal peluk ditarik, meletakkan benda itu di bawah dagu. Tersenyum-senyum seorang diri.

"Okey je. Bonda tak marah-marah pun."

Jelita tunggu suara Emiir lagi. Tapi seketika kemudian, dia tautkan kening. Skrin telefon dijarakkan dari telinga. Nak kata Emiir putuskan talian, masih ada lagi nama lelaki itu. Tapi kenapa senyap aje? Emiir tertidur ke? Eh... takkanlah boleh tertidur. Sedap sangat ke suara dia sampai buat lelaki itu mengantuk?

"Okey."

Tit!

"Emiir..." Tak sempat kata apa-apa, panggilan telah diputuskan sepihak oleh Emiir.





Mr. Cold Dictator,
18 April 2022

[ SOYA or SODA? ]

800 votes ?

Continue Reading

You'll Also Like

3M 177K 77
Nobody ever loved him; she was the first who loved him. He did not have a family and then one day she entered into his life and became a world for h...
366K 31.5K 15
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
2.5M 2.5K 5
"The Malhotra Brides" is a heart-warming tale that explores the emotional journey of two sisters, Aditi and Pragya, as they navigate their new lives...
1.7M 110K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...