Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 16

12.7K 1.4K 240
By AizackMesle

KEMBALI bekerja seperti biasa. Jelita ketawa lepas melihat Aliah hampir tersadung akibat berkejaran dengan Leila. Budak perempuan itu turut ketawa riang. Sukalah bila Aliah melayan kerenahnya.

Tidak lama selepas itu, Jelita terpandang ke satu arah. Dia yang tadinya meletak kepala ke atas meja, tahan mengantuk, terus tercelik. Duduknya jadi tegak. Terus berdiri di sisi meja itu.

"Good morning teacher!"  Sapa Eshaq ceria.

Mana tak cerianya. Budak ni angkut sekali bapak dia masuk dalam. Jarang sangatlah nampak Emiir hantar Eshaq ke tadika. Memang jarang. Atau lebih tepatnya, macam tak pernah ada.

Eshaq melambai. Pandangan masih melurus kepada Jelita yang kekal statik di sisi meja. Keningnya berkerut. Dipandang dua orang dewasa yang saling berpandangan itu bersilih ganti. Kelopak mata terkedip-kedip.

Kejap tengok daddy. Kejap tengok mummy— emm maksud dia cikgu cantik.

"Teacher tak mau balas good morning juga ke? Penat Shaq tunggu tapi teacher pandang daddy je."

Hampir tersedak liur Jelita dibuatnya. Amboi, tak bertapis langsung kata-kata Eshaq. Bebola mata meliar ke sekeliling. Sebelum matanya bertentang dengan Aliah di sudut sana, dia sedut nafas puas-puas dulu.

Boleh bayangkan tak cara Aliah pandang dia dengan jegil mata, cekak pinggang. Macam dia buat masalah besar. Pandangan curiga. Ini mesti sebab Aliah dengar apa yang Eshaq cakap tadi.

Botol air mineral 500 mL diambil. Diteguk perlahan-lahan bagi melegakan tekak.

"Teacher suka daddy ehh?"

"Uhukk! Uhukk!"

Kali ini betul-betul terbatuk. Tidak dapat dibendung lagi rasa malu. Wajah Jelita terus merah bila disoal begitu. Sementelahan yang menyoal itu ialah Eshaq. Anak Emiir ni kan, pandai-pandai aje.

Eshaq ketawa-ketawa. Tangan Jelita dipegang lalu kepala disengetkan. Mencuri-curi pandang Jelita yang tertunduk sambil tahan sisa batuk. Dia tarik sengih bila gadis itu cuba larikan mata. Tidak mahu bertentang mata.

"Ermm, Shaq pergilah letak beg dulu," arah Jelita perlahan.

Sejak bila kau jadi perempuan melayu terakhir ni Jelita? Ni semua sebab Emiir! Pandang aku macam nak telan. Getus hati kecilnya. Sempat menggerutu mengatakan yang salahnya ialah Emiir.

Perempuan tak salah!

Berlarian anak Eshaq ke arah Aliah yang sudah menunggu. Ada Leila di sebelahnya. Budak perempuan itu melambai Eshaq malu-malu. Terkedip-kedip kelopak mata bila Eshaq terus jalan melepasinya tanpa balasan.

Sesudah figura Eshaq hilang dari pandangan, mata diseret kembali memandang Emiir. Rasa kekok pula berdepan dengan lelaki itu sejak insiden di kampung dua hari lepas.

Sengih janggal.

"Saya masuk dalam dululah," pamitnya laju-laju.

Berura-ura ingin pusingkan tubuh, namun pergerakannya mati apabila dengar suara serak-serak basah Emiir. Tak jadi berpusing. Kembali menghadap lelaki itu dengan kening terangkat sebelah.

"Jelita."

Uish, kenapa macam seksi ya bunyi nama dia bila disebut oleh Emiir?

"Ya?"

"Tolong tengokkan Eshaq untuk aku." Emiir titipkan pesan. Benar-benar memaksudkannya. Jujur dan ikhlas dari lubuk hati.

Sepenggal senyuman terbit di hujung bibir. Anak mata polosnya menikam lembut anak mata orang yang jauh lebih tinggi itu. Terpaksa melangut. Barisan gigi putihnya dipaparkan kepada Emiir. Senyumnya juga ikhlas.

Kalau Emiir tak pesan begitu pun, sudah semestinya dia akan sentiasa pastikan Eshaq dalam keadaan baik. Bukan sekadar Eshaq, malah dengan murid-murid lain pun dia buat macam itu juga.

"Mestilah..." jawabnya bersahaja.

Emiir angguk. Berundur setapak ke belakang untuk pamit pergi. Tapi kali ini pergerakannya pula terhenti bila mendengar seruan Jelita. Toleh wajah ke arah gadis itu.

"Encik kerja elok-elok tau."

Erkk, perlu ke kau pesan macam tu, Jelita? Hati menyangkal tindakannya. Rasa ingin jahit bibir dan tukar wajahnya biar Emiir tak kenal dia lagi.

Emiir diam. Dia diam bak tahu apa yang bermain di fikiran Jelita saat ini. Bukan tidak nampak Jelita yang terkedu. Mungkin tidak menyangka dia akan titip pesan begitu. Malah, bukan setakat Jelita, Emiir pun terdiam sekali.

Tak tahu perlu respon bagaimana.

"Hm, you too. Kalau Eshaq buat perangai, call saja aku."

Jelita angguk sambil garu kening. Sekejap-sekejap pandang tempat lain, lalu curi kerling Emiir. Emiir masih berdiri di depannya. Tidak berganjak walau setapak. Lelaki itu memang tak mahu pergi ke macam mana ni?

Sikit-sikit Emiir berdehem. Tersedar waktu sudah bergerak ke jam lapan lima belas minit pagi. Jelita kemam bibir. Ada kalanya terpandangkan Aliah di sebalik pintu. Pandai betul Aliah curi-curi dengar.

Yang tak boleh tahannya, Eshaq turut jengul kepala di balik tubuh Aliah.

"Aku pergi dulu," beritahu Emiir senada. Cuma ingin memaklumkan Jelita walaupun tak ada sebab dia perlu buat begitu.

Kalau ikut personaliti sebenar Emiir, dia boleh saja terus berlalu tanpa hiraukan Jelita. Tapi bila bersama Jelita, ringan pula mulut dia beritahu perkara yang tidak penting.

Jelita angguk. Sehinggalah tubuh tegap Emiir lenyap dari pandangan, dia berpusing ke belakang. Siap-siap menghadap Aliah yang tersenyum nakal. Habislah! Terpaksa tadah telinga seharian ini dengar usikan Aliah.

"Encik kerja elok-elok tau..." ajuk Aliah dengan tawa.

Terketap-ketap bibir Jelita.

Nak marah tapi kena sabar.






TEMPOH berfikir sudah tamat. Seminggu berlalu sejak Emiir 'melamar' Jelita. Malam tadi dia sudah hubungi mak. Keputusan sudah diputuskan. Pinangan Aisar ditolak mentah-mentah.

Puas Jelita pujuk mak agar putuskan saja pinangan Aisar. Hampir menginjak jam dua belas malam barulah panggilan tamat. Itu pun sebab Jelita malas bergaduh mulut dengan mak.

Seminggu kebelakangan ini, Jelita sentiasa tidur dalam ragu-ragu. Walakin pinangan Aisar ditolak, perlukah dia terus menerima Emiir? Yang paling penting, apa perasaan Emiir terhadapnya, atau apa perasaan sebenar dia terhadap Emiir?

Dia sudah melakukan solat istikharah setiap hari selama seminggu ini. Tiap-tiap malam berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk. Namun, sehingga hari ini masih tiada 'jawapan' mampu dia putuskan.

Ragu-ragu. Was-was. Berbelah bahagi hatinya.

Hari ini penentu segalanya. Penentu sama ada Emiir dan Eshaq akan jadi sebahagian daripada hidup dia atau tidak. Sejujurnya Jelita masih takut. Takut dengan realiti.

Pengalaman masa lalu mengajar Jelita agar lebih berhati-hati tentang perbezaan taraf hidup. Layakkah enggang dan pipit terbang bersama? Layakkah Jelita, seorang gadis biasa ini hidup bersama Emiir yang mempunyai segala-galanya?

Yang paling penting, mampukah Emiir terima dia seikhlasnya andai rahsia terbesar yang dia simpan selama ini 'terbongkar'. Tidak dapat bayangkan rasanya andai Emiir 'buang' dia satu hari nanti hanya kerana punca itu.

This is the last day. I'm waiting for your answer.

Hampir setengah jam Jelita tenung skrin telefonnya. Mesej Whatsapp daripada Emiir dipandang sepi. Emiir benar-benar menuntut. Jelita pula masih dalam dilema.

Telefon bimbitnya dipegang. Melihat bar pada nama Emiir. Mr. Cold Dictator, nama yang dia simpan untuk Emiir. Gelaran 'istimewa' daripada Jelita. Beberapa saat berlalu, nampaknya Emiir masih lagi online.

Mungkin menunggu balasan Jelita.

Sedut dan hembus nafas panjang-panjang. Jelita buang keluh berat. Susah sangat keputusan yang dia harus buat ini. Keputusan sama ada menerima atau menolak lamaran Emiir akan menentukan jalan cerita hidupnya akan datang.

Mesej Emiir tidak dibalas. Cukup saja beri bluetick. Yang penting Emiir tahu dia baca.

Selang beberapa minit selepas itu, mata Jelita membulat bila lihat Emiir sedang typing. Apa agaknya lelaki itu mahukan lagi? Entah-entah Emiir nak memaki dia agaknya.

I know you're online. I want to meet you, Jelita. At 5.00 pm. I'll pick you up.

Dan-dan Jelita tersedak. Telefon bimbitnya dimatikan. Gigit halus bibir bawahnya. Dia dilandai gementaran. Rasa didesak begini buatkan dia tidak mampu berfikir dengan baik. Macam mana kalau dia tercakap benda bukan-bukan dengan Emiir kerana terlalu gementar?

Oh tidak! Dia tak mahu jumpa Emiir! Ya, tak perlu jumpa!








SESUDAH menunaikan solat asar, Jelita berteleku seketika di atas tikar sejadah. Panjang doanya diaminkan selepas itu. Memang ikut rasa hati tak mahu. Tapi kenapa dia masih tidak keruan? Masih tidak tenang hati walaupun panjang doanya tadi.

Jelita cuma harap semuanya akan berakhir. Tapi entah kenapa, hatinya juga mengutuk tindakannya kali ini. Kuasa telefonnya dimatikan sejak tengah hari tadi. Langsung tidak dibuka.

Gementaran ini terasa menggigit-gigit ulu hati. Tak boleh jadi. Jelita tak mahu menyesal di kemudian hari. Lantas, telefon bimbit yang tersimpan kemas di dalam beg tangan diambil.

Sebelum itu, sempat dia berkira-kira di dalam hati. Berfikir sama ada keputusannya ini benar atau tidak. Makin lama berfikir, Jelita rasa dia sudah dapat jawapannya. Yang pastinya, hanya Allah saja tahu perasaan dia ketika ini.

Menunggu beberapa saat, kuasa telefonnya dihidupkan. Sejurus skrin telah memaparkan halaman homescreen, Jelita tekan pada ikon Whatsapp. Tak banyak pun deretan mesej.

Ada Aliah dan Eshaq saja.

Tapi jarinya terhenti pada satu nama. Mr. Cold Dictator.

Dia terima dua mesej dan satu panggilan terlepas daripada Emiir. Bibir bawah digigit sipi-sipi. Tarik dan hembus nafas berulang kali. Kalau boleh biar sampai hilang rasa tidak keruan ini.

Dengan lafaz bismillah, jari menekan pada mesej Emiir.

I'm in front of your house.

Dari duduk, terus berdiri tegak. Mulut dan mata terbuka luas. Emiir ni biar betul? Ke dia main-main aje? Lantaran rasa tertanya-tanya begitu tinggi, Jelita menapak ke tingkap. Mengintai dari balik langsir.

Audi! Itu Audi yang selalu Emiir bawa.

Tertelan-telan liur payah. Terpasung seketika nafas di kerongkong. Macam mana Emiir boleh ada di sini? Atau lebih tepatnya macam mana lelaki itu tahu tempat tinggal dia? Jelita jalan mundar-mandir di ruang tengah bilik.

Apa dia nak buat ni?

Mata mengerling jam di dinding. Patutlah Emiir menunggu. Sekarang sudah jam lima dua puluh minit petang. Bermakna sudah dua puluh minit Emiir tunggu dia di luar? Kalau lihat dari mesej yang dihantar oleh Emiir, mesej pertama pada jam tepat lima petang.

Mesej kedua pula dibaca.

No matter how long it takes, I'll wait for you. Just get in the car when you're ready.

Sesak nafas pula rasa bila baca mesej Emiir. Kalau dia tak keluar dua jam lagi, Emiir tetap akan tunggu ke? Tak. Tak boleh! Dia tak boleh biarkan Emiir terus menunggu.

Tidak berfikir lama, Jelita tanggalkan telekung daripada tubuh. Tak sempat bersiap dah. Dia hanya calit lipbalm dan bedak kompak untuk tacap wajah. Sebenarnya dari awal lagi dia sudah bersiap pakai baju kurung.

Sopan ya amat. Ada gaya-gaya gadis melayu terakhir.

Beg tangan dicapai. Jelita berlarian anak keluar dari rumah sewanya. Sejurus sampai di sisi kereta, dia ketuk dulu tingkap kereta tersebut. Takkanlah mahu serbu masuk terus kan. Tak sopan.

Diam-diam sebenarnya Jelita rasa terharu kerana Emiir masih menunggu. Lega. Rasa seperti separuh beban di hatinya sudah lenyap. Kini digantikan dengan rasa debar untuk berdepan dengan Emiir.

Perlahan, pintu Audi milik Emiir dibuka. Tayang senyum janggal bila wajah stoic lelaki itu menyapa pandangan. Seperti selalu. Dia tak pernah nampak senyuman Emiir. Sikit pun tidak. Tak pernah. Tak pernah ada. Atau sebenarnya ada tapi dia yang tak perasan?

Atau mungkin sebenarnya Emiir sedang marah kerana dia sengaja melambat-lambatkan masa? Dari gaya Emiir, dia tahu lelaki itu bukan seorang yang suka berleka-leka.

"Maaf encik, saya solat asar dulu tadi."

Sunyi sepi. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Emiir untuk sepuluh saat pertama. Sehinggalah Jelita masuk ke dalam dan menutup pintu. Pun sama juga. Emiir tak bersuara.

"Encik marah saya ke?" soal Jelita serba salah.

Emiir sekadar geleng. Pandangan melurus ke depan. Memulakan pemanduan tanpa menghiraukan Jelita yang sedang berdentam-dentum jantungnya. Sejujurnya dia juga tidak tahu nak jawab apa.

Nak kata marah, tak pun. Biasa saja.

"Kita nak ke mana ni?"

"My studio."

Dan perbualan tidak sampai satu minit itu tamat di situ saja. Jelita tidak bertanya lebih lanjut, Emiir pula diam-diam kerling Jelita yang menung ke luar tingkap. Ralit melihat pemandangan kota yang sedang bermandikan cakar langit.


Mr. Cold Dictator,
28 March 2022

Sorry for the late update. Busy, hope you guys can understand me. I'll try to update once or twice a week.

[ Makan or tidur ? ]

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 80.4K 36
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
2.5M 2.5K 4
"The Malhotra Brides" is a heart-warming tale that explores the emotional journey of two sisters, Aditi and Pragya, as they navigate their new lives...
3M 177K 77
Nobody ever loved him; she was the first who loved him. He did not have a family and then one day she entered into his life and became a world for h...
2.9M 239K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...