Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

Av AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... Mer

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 13

12.4K 1.5K 258
Av AizackMesle

DULANG ditatang bersama satu teko kopi O ke ruang tamu. Beberapa pasang mata mengalihkan pandangan termasuk sepasang mata helang itu. Dari dapur lagi boleh dengar suara abah ketawa-ketawa. Suka betul orang tua itu melayan Emiir.

Mak juga tidak ketinggalan. Gayanya mahu meminang Emiir. Tergeleng kepala Jelita. Mana dia nak letak muka Taylor Swift dia ini nanti? Tidak sangka pula pertemuan mereka kali ini menjadi seperti ini.

Jelita rasa sebal. Menyampah pula bila lihat wajah selamba tidak berperasaan Emiir. Nafas digali sedalam-dalamnya. Dengan lagak perempuan Melayu terakhir, dulang minuman diletakkan perlahan-lahan ke atas meja kopi. Menggigil-gigil tangannya. Seperti terkena sawan parkinson.

Bukan tidak perasan sejak dia tiba di ruang tamu tadi, mata helang Emiir tidak henti-henti menikamnya. Rasa sukar pula mahu bernafas. Tersekat di skala enam. Berdehem-dehem perlahan. Cuba buang butir debar.

"Tuangkanlah sekali, Jelita."

Hendak tidak hendak, Jelita akur. Dia menuang kopi tersebut ke dalam tiga buah cawan lalu diletakkan di depan abah, mak dan berakhir dengan Emiir. Mata tidak diangkat. Lebih rela renung teko kopi.

"Minumlah Emiir. Ni ada kek pandan, Jelita buat petang tadi. Jelita ni kalau buat sesuatu tak pernah mengecewakan. Apa tu orang muda-muda cakap, purrfect."

Pandai-pandai je abah jual saham aku!

"Terima kasih, pakcik."

Terherot-herot bibir Jelita mengutuk Emiir senyap-senyap. Tak percaya langsung bila tengok Emiir versi sopan santun anak Melayu macam ini. Dengan dia, layan acuh tak acuh je. Senyum pun tak nak. Berlagak! Sombong ya amat.

Muka tu kalau tidak, mesti tegang seperti tengah tahan cirit. Suka mengarah orang pulak tu. Dasar Mr. Cold Dictator! Bagus. Jelita sudah ada gelaran baru buat Emiir.

"Sedap, Emiir?"

Emiir diam seketika. Kerling Jelita yang menjeling.

"Sedap pakcik."

'Ye ye je tu. Macam tak ikhlas aje bunyinya.' Getus Jelita di dalam hati. Bila mata mereka bertentang, dia berikan jelingan tajam penuh maut. Emiir seperti biasa tidak melayan. Kembali pandang Pak Jusoh. Lelaki pertengahan usia ini memang peramah orangnya.

"Emiir lama ke dekat kampung ni?"

"Tak kut. Selesai urusan, saya balik semula ke KL. Mungkin dalam dua hari aje," jawab Emiir jujur. Sekali-sekala kerling Jelita. Kemudian, Pak Jusoh kembali.

Abah angguk saja. Fahamlah urusan jejaka muda ini. Dari gaya Emiir, lelaki itu nampaknya bukanlah calang-calang orang. Memang sah dari bandar. Kereta yang dibawa Emiir pun bukan biasa-biasa. Berkilat-kilat dari jauh. Boleh agak lelaki itu datang dari keluarga senang. Harapnya Emiir tak kesah bermalam di rumah serba sederhana mereka malam ini.

Jaizara juga baru menyertai mereka di ruang tamu. Terpegun jugalah dia beberapa saat ketika wajah tampan Emiir menyapa pandangan. Sekejap. Macam kenal. Mata dikelipkan beberapa kali.

"Kamu tercegat apa dekat situ, Zara. Duduklah," tegur abah.

Jelita pandang kakak hairan. Kemudian, pandang Emiir yang dipandang oleh kakak. Sudah kenapa pulak? Jangan cakap kakak terkena sindrom cinta pandang pertama sudahlah. Emiir lamar dia dulu tahu! Ehh...

"Ni...ni Raja Emiir Farran, kan?" Jaizara masih tidak percaya.

Lelaki yang dia pernah lihat dalam majalah hiburan Bintang Global beberapa hari lalu, kini ditatap dengan mata kepala sendiri. Demi Tuhan, Jaizara terasa mahu rebah. Emiir ni sudah boleh dikatakan antara bintang global Malaysia. Lelaki itu sering menjalani penggambaran Men Fashion di luar negara.

Emiir angguk sekali. Wajah serius masih maintain. Kekalkan auranya sama seperti ketika dalam majalah dan televisyen. Intimidating.

"Zara..." Tegur abah. Tidak mahu Jaizara melakukan sesuatu yang akan memalukan mereka sekeluarga di depan Emiir.

Jelita berdehem. Daripada terus membiarkan Jaizara melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, lebih baik dia 'selamatkan' Emiir dulu. Wajah abah dipandang. Tersenyum olok-olok. Lengan cinta pertamanya itu dipegang.

"Abah, esok pagi Jelita nak pusing-pusing kampung. Pinjam motor abah eh?" Tukar topik perbualan.

"Haa, alang-alang tu bolehlah Jelita bawa sekali Emiir ke rumah Pakcik Man ya. Emiir pun tak mahir dengan kawasan sini kan. Sekalilah Jelita bawa pusing-pusing." Cadang Pak Jusoh.

Abah! Kenapa pulak Jelita kena bawa mamat ni sekali? Tak pasal-pasal dia jadi tour guide kampung pula.

"Alaa, tapi abah..."

"Tapi apa? Apa salahnya bawa Emiir sekali."

"Tak manislah, bah. Apa pula kata orang-orang kampung nanti. Takkan berdua je..."

Pak Jusoh ketawa-ketawa. Sebab itu rupanya. Puncak kepala Jelita dibelai lembut seperti anak kucing. Hati tuanya kuat mengatakan Jelita hanya mencipta alasan. Sejak bila Jelita pandai fikir perspektif orang pula ni? Dulu bukan main...

"Ala bah, buat apa fikir sangat orang cakap. Orang tak tahu apa yang kita buat. Apa sebenarnya yang berlaku. Orang tahu bercakap, menjaja cerita tak betul aje."

Terngiang-ngiang suara Jelita satu tahun yang lepas setelah gadis itu buat keputusan untuk terus menetap di Kuala Lumpur atas komitmen kerja. Bibir tua Pak Jusoh merekah, senyum mengusik.

"Iyalah, bukan berdua. Esok pagi abah suruh Ecah teman."

Ecah, atau nama sebenarnya Aisyah, anak jiran rumah sebelah. Budak perempuan berumur sebelas tahun itu memang rapat dengan Jelita. Ketika Jelita masih remaja, Aisyah memang selalu datang bermain di rumah mereka. Jelita jadi babysitter tidak bergaji.








MUJUR tidak roboh. Penuh berhati-hati menutup pintu diperbuat daripada zink itu. Emiir bergerak setapak demi setapak ke depan. Jelita di sebelah senyap memegang lampu suluh. Bilik air kampung memang terletak di luar rumah.

Jelitalah yang terpaksa teman Emiir. Bukan lelaki itu minta, tetapi mak yang beria-ia suruh temankan. Kalau jadi apa-apa kepada anak dia yang cantik manis ni, memang semua salah mak! Percaya sangat Emiir ni. Kalau dah namanya lelaki, lelaki juga.

Bunyi cengkerik malam lagi sedap didengar. Sesekali bunyi dedaun kering dipijak. Haih, macam jauh sangatlah. Padahal tidak jauh mana pun. Kenapa terasa seperti sudah satu jam berjalan?

Jelita memang sengaja biar Emiir jalan di depan. Lagi rasa selamat. Tapi langkah Emiir pula makin perlahan dan berhenti di hadapan pintu. Lelaki itu tidak pusing ke belakang. Sekadar berdiri tegak di depan pintu. Jelita nak menyelit masuk pun tidak boleh.

Emiir ni kenapa? Kena sampuk ke apa?

"Jelita..." Seru suara serak-serak basah itu.

"Ya?"

"Tadi aku terdengar perbualan kau dengan mak kau dalam bilik. Maaf, terdengar."

Semerta, tubuh Jelita menegang. Kaki memasung di belakang Emiir. Masih ada jarak tiga inci jauh. Lampu suluh pula sudah dimatikan. Kawasan itu sudah cerah dengan lampu dapur rumah.

"Apa yang encik dengar?"

"Anak ketua kampung meminang kau."

Jelita angkat wajah. Saat itu, mata hitam pekat Emiir sudah sedia menikam. Entah bila lelaki itu berpusing pun dia tidak perasan. Itulah, kuat berangan lagi. Refleks, Jelita mengundur dua tapak lagi ke belakang.

"Mak kau dah terima pinangan tu."

"En...encik saya..." Tidak mampu terluah.

Jelita lipat bibir ke dalam. Kenapa dia yang rasa serba salah? Atau sebenarnya Jelita yang terlampau berharap Emiir akan batalkan rancangan mak? Jelita benar-benar buntu. Dia tersepit.

Tapi mak sudah pun terima pinangan Aisar Halim, anak Pakcik Man.

"You know right, kau masih ada pilihan. Aku tak paksa. Tapi tempoh seminggu yang aku berikan tu, tetap sah. Tetap berjalan. I will wait for your answer."

Dan-dan, awan memberi laluan kepada bulan, membuka tirai kelam malam itu. Cahaya samar-samar bulan memancari wajah Emiir. Jelita terpegun. Pandangan Emiir nampak lain. Nampak lebih redup. Tiada emosi terselit tetapi dia tahu maksud Emiir.

Jelita rasa seperti terkena aritmia. Epinephrine bergerak laju ke pembuluh darah. Berteguk-teguk liur ditelan. Kenapa rasa berdebar ini menghentam-hentam dada? Rasa semacam. Serba tidak kena. Renungan Emiir sangat tidak baik untuk jantungnya.

"Kenapa saya? Saya tak rasa encik buat semua ni hanya kerana Eshaq, kan?"

Sepi mengulit suasana. Lama Emiir renung wajah Jelita. Memastikan dia ingat satu per satu ciptaan yang ada di wajah gadis itu. Hembus nafas perlahan, kaki melangkah dua tapak ke depan. Tatkala itu, Jelita pun mengundur. Tindakan refleks.

"Semua yang aku lakukan untuk Eshaq. Tak ada sebab lain."

"Penting betul Eshaq kepada encik sampai sanggup buat semua ni. Jadi, Eshaq betul-betul bukti cinta encik dengan bekas isteri encik dulu. Saya tak rasa encik..."

Kata-kata Jelita terhenti apabila Emiir makin ke depan. Tidak berhenti langkah. Okey, sekarang Jelita rasa menyesal sebab cuba cabar emosi Emiir. Bebola mata meliar-liar ke serata arah. Kawasan sudah gelap kembali. Wajah Emiir pun hanya disuluh cahaya bulan. Lampu suluh kembali dihidupkan.

"Encik..."

"You know nothing about me, Jelita Elnara. Don't talk if you don't know what you're talking about."

Piloerection. Bulu roma meremang. Suara rendah milik Emiir seolah-olah menghantar signal amaran bahaya. Jelita gigit bibir kuat-kuat. Alamak, dia tersalah tekan butang. Nampaknya butang 'tornado' Emiir terusik.

Masih ke belakang. Tidak perasan ada seketul batu yang akan menjadi sebab Jelita tergolek di depan Emiir. Nyaris. Sikit lagi. Dan semakin hampir. Emiir terus menarik lengan Jelita. Tubuh mereka dekat sekali.

"Hati-hati. Kalau jatuh nanti, mak kau salahkan aku pula."

Jelita baru perasan dengan posisi mereka yang masih dekat. Rapat. Kalau di sudut lain, mungkin orang nampak mereka sedang melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Ternyata dia turut memegang lengan Emiir. Errk...tindakan refleks. Tak fikir apa dah tadi. Takut tergolek aje.

Lengan Emiir dilepaskan, begitu juga Emiir. Lelaki itu jarakkan kembali kedudukan mereka. Berdehem-dehem betulkan suara. Mujur Emiir sempat tarik. Kalau tidak, berganda-ganda tembok malu Jelita.

Buatnya tergolek di depan Emiir. Tentu-tentulah lelaki itu akan ketawa besar. Eh, tapi Emiir masih ada urat ketawa ke? Risau urat ketawa lelaki itu sudah putus. Senyum pun payah. Agaknya otot Risorius Emiir memang tidak ada sejak azali.

Waktu-waktu macam inilah telefon bimbit ingin berbunyi. Jelita seluk tangan ke dalam poket seluar. Skrin telefon berjenama Samsung keluaran tahun 2019 itu ditatap seketika. Lama juga. Adalah dalam seminit.

Tertera nama baby boy pada skrin telefon. Kalau tidak diingatkan Emiir ada di sini, rasanya dia dah teruja untuk menerima panggilan tersebut. Tetapi melihat Emiir masih tegak di hadapan, melayang segala keterujaan Jelita.

"Kenapa tak angkat?" soal Emiir tanpa nada.

"Eshaq..."

Perlahan, Jelita angkat skrin telefon ke depan wajah Emiir. Fikirnya, Emiir akan mengalami hal yang sama. Gelisah. Resah. Serba tidak kena. Tetapi Jelita lupa satu hal. Emiir mana ada kelenjar adrenal. Itu yang relaks semacam. Tidak cemas langsung.

"Jawab jelah."

"Tapi encik..."

"Bukan dia tahu pun aku ada dengan kau."

Mengeluh. Perlahan-lahan, Jelita gesek ikon hijau. Sebelum itu, sempat dibuka pembesar suara. Biar Emiir dengar sekali perbualan mereka. Kut-kut Emiir pun rindu suara anaknya. Jelita ni prihatin orangnya.

Emiir beri isyarat mata kepada Jelita agar melangkah masuk ke dalam rumah. Berlama-lama di luar pun tidak elok. Lagi-lagi mereka hanya berdua di situ. Selalu orang kata, jika berdua, pasti akan ada yang ketiga iaitu syaitan.

"Kenapa teacher angkat lambat?" Dengar suara kecil Eshaq di hujung talian.

Jelita ketawa saja.

"Maaf sayang. Teacher dekat tandas tadi."

Memang teacher pergi bilik air pun. Tapi teman daddy awak, Shaq.

Telinga dibuka mendengar. Mereka berdiri di pintu dapur. Emiir merapatkan pintu, mengunci selak dan bersandar di situ. Menunggu Jelita berbual dengan Eshaq. Tak boleh biarkan Jelita berbual dengan Eshaq di depan. Nanti Pak Jusoh dan Leha tanya macam-macam. Susah pula.

"Hmm, teacher. Shaq bosanlah. Teacher datanglah sini. Takpe teacher. Daddy bukan tahu pun. Daddy tengah outstation. Teacher datanglah sini..." rengek Eshaq.

'Alamak! Ni daddy awak renung teacher ni, Shaq. Macam nak telan-telan aje teacher.' Getus hati Jelita.

"Tak bolehlah, Shaq. Teacher ada kerja ni. Lain kali, ya?"

"Kalau macam tu, esoklah."

"Esok tak boleh juga." Garu kening. Cuba cipta alasan lain.

"Esok kan ahad. Takkan teacher pun kerja juga?"

Jelita pandang Emiir. Kemudian, pandang skrin telefon semula. Alasan apa nak beri lagi ni. Ternyata Eshaq lebih bijak cari soalan. Soalan lipat maut pula tu. Memanglah dia tak ada kerja esok. Masalahnya dia ada di kampung ni.

"Eh, Jelita, Emiir. Kamu berdua buat apa dekat sini?" Suara Pak Jusoh mematikan perbualan Jelita. Liur disedut dalam-dalam.

Alamak abah!

"Teacher? Siapa tu teacher?"









Coldest Husband,
15 March 2022

So far, okey ke untuk diteruskan story ni?

[ SATURDAY OR SUNDAY ? ]

Fortsätt läs

Du kommer också att gilla

378K 14.1K 91
"Leave, you're free. Don't ever come back here again." She said, hoping he wouldn't return and she'll get to live Hael was shocked, "Are you abandon...
1.6M 89.6K 86
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
660K 40K 49
𝐈𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐥𝐞𝐝 𝐰𝐞𝐛𝐬 𝐨𝐟 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬, 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐮𝐫𝐬𝐮𝐢𝐭 𝐨𝐟 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡𝐬, 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐰𝐞𝐚𝐯𝐞𝐬 𝐢𝐭𝐬 𝐦𝐞𝐬𝐦𝐞𝐫𝐢𝐳𝐢𝐧𝐠 �...
3.2M 133K 59
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...