[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 43.8K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 68

19.1K 612 21
By nu_haina

Habis menonton televisyen di tingkat bawah, Medina yang masih bertelekung sejak dari solat Isyak berjemaah masuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Dhiya.

Kasyaf turut ada bersamanya, tadi mereka bersama-sama di bawah memandangkan Mak Su Nora yang menjaga Dhiya.

Lebih kurang hampir pukul 10 malam tadi, Nora dan suaminya pulang ke rumah.

Telekung ditanggalkan lalu dilipat ala kadar. Medina intai Kasyaf yang hanya duduk di hujung katil.

"You."

"Hmm?"

"Malam ni I nak tidur dengan Dhiya, boleh?"

Kasyaf pandang Medina kemudian angguk kecil. "Boleh, tapi kenapa?" saja dia tanya.

"Saje, dah lama tak tidur dengan Dhiya," jawab Medina sambil senyum nipis.

Sesudah itu Kasyaf hanya diam. Ada kalanya dia garu bahagian yang gatal dek digigit nyamuk.

"You."

"Hmm?"

Menunggu Medina meneruskan kata tapi apabila masih diam, Kasyaf angkat muka pandang Medina.

Isterinya hanya memandang Kasyaf, bagai ada kata yang tak terluah.

"Kenapa?" dia tanya lembut.

Tapi mulut Medina ibaratkan terkunci lalu dia mendekati Kasyaf, menghenyakkan punggung di sebelah ruang kosong dengan suaminya.

Dia ambil tangan Kasyaf ke dalam genggamannya.

Kasyaf agak ada perkara yang berat Medina ingin bangkitkan jika sudah begini.

"You sayangkan Dhiya?" tiba-tiba dia bertanya.

Dahi Kasyaf berkerut hinggakan keningnya mendekat. "Apa you tanya, mesti lah sayang. Dia kan isteri I."

Medina menggeleng, bukan jawapan itu yang dia ingin dengar. "Bukan sayang yang macam tu."

Hening.

Lelaki itu bagai dapat mengagak maksud sebenar Medina.

"Maksud I, you sayangkan Dhiya sebagai isteri yang you letakkan dia adil pada tempatnya, atau you sayangkan dia hanya sebab dia isteri yang menjadi tanggungjawab you?" serius intonasi Medina bertanya.

Kasyaf diam, soalan itu sendiri membuatkan dia tertanya. Sejauh manakah perasaan dia pada Dhiya.

"Apa pun perasaan you yang sebenarnya pada Dhiya, I tak nak you ambil kira perasaan I sekali. You tak perlu nak pertimbangkan yang I rasa. Kalau you cintakan dia atau tak, itu adalah hati dan perasaan you. Dhiya juga isteri you sebagai mana I. Dia berhak ke atas batin you."

Diam diam lagi tidak berkutik. Memikirkan kata-kata Medina.

Cintakah dia pada Dhiya?

Akuinya memang dia kasihkan Dhiya, tapi cinta? Perasaan itu ada kah?

Sejujurnya dia tidak layak untuk Dhiya. Klisye tapi Dhiya terlalu baik. Kasyaf tidak boleh nafikan sikapnya pada Dhiya dulu adalah tidak adil, menzalimi Dhiya kerana jujur dia katakan memang dia mengelak untuk meluangkan masa bersama dengan Dhiya di Kuantan.

Bagaimana dia boleh melupakan Dhiya yang setia menunggu pulangnya setiap hujung minggu. Apabila dia tidak pulang hingga pernah ke sebulan lamanya, tuhan sahaja yang tahu terseksanya Dhiya ketika itu.

Dan perceraian yang hampir berlaku.

Itu yang paling kejam.

Kedengaran Medina tarik nafas dalam. "Kalau you ada perasaan cinta pada Dhiya, I harap you bagitahu Dhiya sebelum terlambat. Dia berhak tahu, itu hak dia."

Medina angkat punggung, terasa tempat duduknya tadi hangat. "You tahu kan, dah lama Dhiya tunggu you, lebih dari 10 tahun."

Kakinya melangkah pergi, meninggalkan Kasyaf untuk berfikir.

Dia tidak memaksa Kasyaf untuk memberitahu Dhiya sekiranya tidak. Tapi jika memang benar ada, sebelum terlambat.

Ungkap lah bait kata yang Dhiya tunggu bertahun menanti.


PINTU diketuk dari luar dan tanpa menunggu jawapan, Medina tolak dan masuk ke dalam bilik.

Dhiya yang sedang menelan ubat diperhatikan seketika dari muka pintu.

"Nak apa Dina?" soalnya sebaik menelan ubat. Dia pandang Medina yang menapak mendekatinya.

"Aku nak tidur dengan kau malam ni."

"Kenapa?" aneh.

"Saja."

"Tidur lah." Semalam Mak Su Nora temankan dia tidur, malam ini Medina pula.

Tingkah laku Dhiya diperhatikan, "Kau nak tidur dah ke? Nak aku tutupkan lampu?"

"Hmm, tapi kalau kau tak nak tidur lagi tak apa lah."

"Eh tak apa, tak apa." Medina mendekat kembali dengan pintu, suiz lampu ditutup. "Aku pun dah nak tidur.

Medina mendaki anak katil, berbaring di sebelah Dhiya yang sudah baringkan diri.

Bantalnya yang sedikit tinggi dibetulkan.

Ketika itu mereka bertentangan anak mata sebelum akhirnya Dhiya ketawa kecil, aneh apabila dirinya menjadi tetapan Medina.

"Kau kenapa? Aku cantik sangat ke?" bergurau.

"Cantik." Jujur.

Jawapan itu buatkan Dhiya kekok, jarang sangatlah Medina serius seperti ini.

"Bila kau due?" beralih topik, perut Medina yang semakin membesar disentuh lembut. Terasa ada pergerakan.

"Insyallah 3 minggu lagi."

"Dia apa? He ke she?"

"Katanya lelaki. Kau nak aku bagi nama apa?"

"Aku pula. Kau lah, ke tanya Kasyaf ke."

"Kau kan suka plan nama anak ni. Bukan dulu kau ada list ke nama anak lelaki, nama anak perempuan. Bagi lah cadangan, aku tak tahu ni." Suara Medina berubah menjadi manja, lama tidak seperti itu dengan Dhiya.

Kepala menggeleng. "Entah, dah nak dekat 20 tahun dah, mana aku ingat."

Medina sengih lalu pudar menjadi senyuman. Perutnya diusap lembut. "Tak sabar aku nak kau jumpa dengan dia."

"Kalau aku sempat." Penuh makna.

"Mesti sempat punya. Kau juga janji dengan aku nak jaga anak aku dulu kan?"

"Dah lah, mengah aku baring sebelah kiri macam ni." Tubuhnya dipusingkan bertentangan dengan Medina, tidak mahu angan-angan lama yang tidak mungkin akan terjadi diungkit kembali.

Terasa lama kesunyian antara mereka, jadi Dhiya kira Medina sudah tidur lantas dia pejamkan mata.

Tetapi apabila terasa bahunya dipeluk dari belakang, seraya sedar akan Medina merehatkan kepalanya pada bahu Dhiya, matanya dibuka kembali.

"Dhiya." Perlahan, tetapi memandangkan suara itu hanya di telinga, dia dengar.

"Ya."

"Aku minta maaf." Suaranya lirih, perasaan yang dia pendamkan selama ini mula mengganggu hati.

Dahi Dhiya berkerut. "Kenapa?" malam-malam begini, tiba-tiba sahaja.

Diam.

"Aku—"

Diam.

"Aku—"

Tetapi Dhiya tidak memotong kata Medina, mungkit terasa berat untuk memberitahu. "Aku dah ambil Kasyaf dari kau."

"Apa maksud kau?" terasa ingin pusingkan kepala tetapi tidak mahu mengganggu kedudukan Medina pada masa itu.

Diam lagi.

Terasa Medina yang menarik nafas dalam.

"Mana mungkin aku tak tahu yang kau simpan hati pada Kasyaf selama ni, yang kau sukakan dia sejak kali pertama kau nampak dia dekat pulau."

Hening tiba lagi.

"Mana kau tahu?"

"Kau kawan aku, Dhiya. Sahabat aku."

Waktu itu hampir sedekad dia kenal dengan Dhiya, dia sudah dapat baca bahasa tubuh dan mata Dhiya, yang memang dia sukakan Kasyaf.

Jadi sebab itu sewaktu dia di German, apabila lelaki itu menyatakan perasaannya pada Medina, dia tidak dapat menerima.

Kerana waktu itu Medina tahu yang Dhiya yang menyukai Kasyaf.

"Kau yang suka dia dulu, jadi aku yang ambil dia dari kau. Sebagai kawan, aku endahkan perasaan aku semata perasaan aku."

"Dina—" terasa suara itu menghancurkan dingin malam yang semakin terasa.

Tangan Medina yang berada di pinggang diraih. "Kau tahu apa itu mahfuz?"

"Luh mahfuz?"

"Hmm."

"Tahu sekadar yang aku tahu. Kenapa?"

"Luh mahfuz itu adalah lembaran ketetapan makhluk Allah yang sudah ditetapkan dan dicatat baik dari sekecil-kecil zarah dan sebasar-besar alam. Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki."

"Jadi, apa yang berlaku antara aku, kau dan Kasyaf atau semua orang adalah satu takdir dan telah tertulis di luh mahfuz. Tidak ada kuasa untuk aku atau sesiapa pun menidakkan takdir Allah."

"Sama ada aku kenal Kasyaf dulu atau tak, simpan hati pada Kasyaf dulu atau tidak, itu tidak akan dapat menafikankan kedudukan kau di hati Kasyaf atau pertemuan kau dengan kasyaf. Jodoh itu rahsia Allah, Dina. Kita takkan tahu." Panjang lebar dia berhujah, memberitahu bahawa tidak terdaya untuk sesiapa menolak takdir yang sudah ditentukan.

Dhiya tidak dengar Medina membalas, tetapi apabila terasa pelukan Medina makin erat seraya terasa bahunya basah, Dhiya biarkan sahabatnya malam itu.


TIDURNYA yang tidak lena memaksa Dhiya untuk mencelikkan mata. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, tidak selesa.

Medina yang bersebelahannya dilihat, lena.

Jam dinding pula dipandang, lebih dari pukul 3 pagi.

Dhiya bangun, duduk di birai katil sambil mengurut dada yang senak membuatkan dia tercungap.

Kiri kanan bebola mata bergerak. Mencari sesuatu yang entah apanya tidak kena.

Seminit.

5 minit.

10 minit.

Dengan berhati-hati, Dhiya berdiri. Terasa seperti tubuhnya tidak stabil, palang katil separas pinggang dipegang kuat.

Hilang pening, dia melangkah perlahan. Tidak mahu mengejustkan Medina.

Apabila keluar dari biliknya, dia perhatikan Kawasan ruang keluarga kecil, gelap memandangkan hanya lampu ruang tamu bawah sahaja dipasang.

Segugus kunci yang bersangkut pada dinding diraih lalu dia menapak ke bilik arwah babanya yang lama tidak dijejaki.

Pintu yang berkunci dibuka dan dia masuk ke dalam.

Kemas dan bersih walaupun dia sendiri amat lah jarang bertandang ke sini sejak kematiah Encik Fauzi.

Mungkin setahun sekali, atau mungkin dalam setahun tidak pernah.

Kerana ianya terlalu mengingatkan Dhiya terhadap ibu bapanya yang telah pergi.

Jadi biasanya Mak Su Nora yang akan mengemas bilik ini.

Dhiya duduk di tepi katil. Memandang setiap inci bilik yang terasa asing.

10 tahun.

Selama itu bilik ini kosong tidak berpenghuni. Dan selama itu boleh pakai dengan jari berapa kali Dhiya bertandang ke sini.

Anak mata terhenti pada bingkai gambar yang ada di atas meja kecil bersebelahan katil.

Lampu tidak terpasang, Cuma cahaya dari bulan malam dan lampu jalan yang menembusi langsir nipis sliding door yang meneranginya di bilik itu.

Bingkai diambil lalu dipandang lama.

Sedekad? Dua dekad? Tidak, lebih dari itu usia gambar itu.

Gambar yang ada dia, Encik Fauzi dan mamanya ketika percutian di Cameron Highlands 28 tahun dipandang lama.

Lama sehingga akhirnya air mata turun jatuh ke kaca bingkai gambar.

Satu persatu pergi, dan tidak lama lagi akan menjadi gilirannya.

Gambar dibawa ke dada dan Dhiya baringkan tubuhnya ke katil yang dingin.

Terasa nafas yang semakin membuatkan hidungnya sesak, dia bernafas melalui mulut hingga kan terasa kering.

Cepat-cepat Dhiya mengucap di dalam hati. Sejak kejadian tempoh hari Dhiya akan mengucap terlebih dahulu sebelum tidur.

Mati tidak akan menunggunya.

Dadanya berombak terasa nafas semakin tidak mencukupi. Mata dipejam rapat.

Bai esok chapter last :')

Btw patut tak Kasyaf bagitahu Dhiya? Sebab kalau tak sempat bagitahu, lagi banyak regrets. Saya suka banyak regret ni. hehehehehe

Continue Reading

You'll Also Like

6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
530K 43K 40
Tawanan Series; || || || Peristiwa hitam itu datang lagi. Si dia yang dulunya menghilang kini bertindak sebagai watak utama. Ini bukan kisah sesiapa...
3M 163K 65
Top 1 [Amazing Romance GenreπŸ…] Top [ GOOD STORYLINE πŸ…] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...